;

Monday, May 2, 2016

AJAIBNYA....AKU, DIA DAN HATI...

Setelah sekian lama blog dibiarkan tidak bertanda, hari ini terpanggil untuk menandakan ia dengan sesuatu.

Apa yang diramalkan, kini telah berlaku. Ajaibnya, mungkin disebabkan perkara itu telah diramalkan, maka persiapan mental dan fizikal juga telah bersedia. Ajaibnya, tiada kekesalan dan tiada kemarahan yang datang bersama-sama. 


Apabila kebenaran tidak perlu susah payah dicari, ia seakan datang bergolek. Ajaibnya, kehadirannya bukan seperti satu tsunami yang boleh mengakibatkan kehancuran, bahkan seakan memberi satu udara baharu yang memperteguhkan lagi kubu pertahanan. 


Apabila kenyataan diterima tanpa pertengkaran, hati semestinya tidak akan berbicara. Ajaibnya, tiada kata-kata yang dapat terucap oleh bibir, menjauhi diri daripada permusuhan kerana bukan itu yang dicari daripada sebuah perhubungan. 


Apabila lidah masih mendodoikan sayang, sedangkan hati, tubuh dan jiwa tidak seirama. Ajaibnya, irama itu tetap terus dilagukan kerana ia hanya pertuturan semata. Tiada kaitan dengan kehendak hati mahupun jiwa. 

Apabila diri mula sudi untuk menyingkir, tidak pasti itu yang diimpi atau helah selama ini. Ajaibnya, penyingkiran itu bererti tidak lagi akan bersua wajah,namun mampukah penyingkiran itu melenyapkan luka yang telah dilukai?


Apapun yang dicari atau dingini, harap ia berjaya kau perolehi. Aku tetap di sini, meneruskan kehidupan seperti yang ku hajati....jika kemaafan yang kau cari, ia telah ku beri....


No comments:

Post a Comment