;

Wednesday, July 9, 2014

SEBUAH PEMBERIAN

'Sebuah ikatan, bukan hanya dipatri dengan sumpah janji, mahupun lafaz akad, tetapi merupakan satu ikatan yang teguh terpatri antara dua hati, yang menghubungkan dua perasaan dan dua jiwa menjadi satu. Melalui ikatan itu mereka beroleh kebahagiaan, ketenangan, kesefahaman dan yang paling utama merasa kasih sayang yang didambakan setiap insan.' 

Andai tertulis bahawa kebahagiaan yang dipinjamkan buat kita hanya sementara, walaupun berat hati untuk menerima, yakinilah bahawa apa yang ditakdirkan bakal memberi hikmah buat kita berdua. Aku pasti, apa yang telah terbina tidak akan begitu mudah untuk ku lupakan, namun aku percaya, kira ini yang terjadi, aku hanya sekadar memberi laluan kepadamu untuk meraih kebahagiaan sebenar yang tidak pernah kita peroleh. Buat diriku, apa yang ada tidak mudah untuk ku padamkan begitu sahaja. Biarlah masa yang menentukannya..

Duhai sayang ku yang jauh, jika bukan cinta, ingatlah aku kerana diriku yang pernah singgah dihatimu. Ingatlah diriku yang satu ketika dahulu pernah bertakhta dihatimu. Ingatlah diriku yang dahulu pernah merajai segenap perasaanmu. Ingatlah diriku yang dahulu namaku senantiasa meniti dibibirmu. Ingatlah diriki yang dahulu sentiasa kau rindu. Ingatlah diriku yang dahulu turut sama mengharungi suka dan dukamu. Ingatlah diriku yang dahulu sentiasa menemani kala susah, senang dan sakitmu. Ingatlah diriku yang dahulu sering menasihati dan memarahi dirimu. Ingatlah diriku yang dahulu kita sering jalani kehidupan bersama-sama. Dan yang terakhir ingatlah diriku yang hingga kini masih mengasihimu..