;

Wednesday, July 9, 2014

SEBUAH PEMBERIAN

'Sebuah ikatan, bukan hanya dipatri dengan sumpah janji, mahupun lafaz akad, tetapi merupakan satu ikatan yang teguh terpatri antara dua hati, yang menghubungkan dua perasaan dan dua jiwa menjadi satu. Melalui ikatan itu mereka beroleh kebahagiaan, ketenangan, kesefahaman dan yang paling utama merasa kasih sayang yang didambakan setiap insan.' 

Andai tertulis bahawa kebahagiaan yang dipinjamkan buat kita hanya sementara, walaupun berat hati untuk menerima, yakinilah bahawa apa yang ditakdirkan bakal memberi hikmah buat kita berdua. Aku pasti, apa yang telah terbina tidak akan begitu mudah untuk ku lupakan, namun aku percaya, kira ini yang terjadi, aku hanya sekadar memberi laluan kepadamu untuk meraih kebahagiaan sebenar yang tidak pernah kita peroleh. Buat diriku, apa yang ada tidak mudah untuk ku padamkan begitu sahaja. Biarlah masa yang menentukannya..

Duhai sayang ku yang jauh, jika bukan cinta, ingatlah aku kerana diriku yang pernah singgah dihatimu. Ingatlah diriku yang satu ketika dahulu pernah bertakhta dihatimu. Ingatlah diriku yang dahulu pernah merajai segenap perasaanmu. Ingatlah diriku yang dahulu namaku senantiasa meniti dibibirmu. Ingatlah diriki yang dahulu sentiasa kau rindu. Ingatlah diriku yang dahulu turut sama mengharungi suka dan dukamu. Ingatlah diriku yang dahulu sentiasa menemani kala susah, senang dan sakitmu. Ingatlah diriku yang dahulu sering menasihati dan memarahi dirimu. Ingatlah diriku yang dahulu kita sering jalani kehidupan bersama-sama. Dan yang terakhir ingatlah diriku yang hingga kini masih mengasihimu..

Sunday, June 1, 2014

MENGEMAS!!

Whoaaaa!!! Hola bloggerzz!! Hola my dear blog yang sekian lama bersawang..hehehehe... Kali ni memang betul lama saya tinggalkan blog ini bersawang. Bukan tak de benda nak update tapi tak ada masa untuk update. Semakin hari semakin busy. Hari ini memandangkan mood untuk membuat kerja kurang ada, maka bolehlah digunakan sedikit untuk mengemas blog i yg dah lama tak dikemas ni. Bila dah tinggal blog agak lama, sebenarnya ada banyak cerita yang hendak diceritakan tapi rileks dulu brader...slow and steady la ye. Sebagai mukaddimah, saya kongsikan mutiara kata berikut yg ikhlas datangnya dari sanubari saya...hehehhe...:

Ada kala kita rasakan ujian sering mendatangi kita, sehingga kita rasa terlalu sedih untuk berhadapan dengan ujian yang diberikan. Tetapi, jika dilihat pada sudut lain, ujian yang diberikan kepada insan lain sebenarnya lebih berat daripada ujian yang sedang kita hadapi. Oleh itu, belajar untuk menerima ujian kerana disitu ada sabar, ada kekuatan, ada ketabahan, ada semangat dan ada keyakinan! 

Tidak dapat dinafikan, dalam kehidupan kita, ada seseorang yang kita akan letakkan rasa sayang terlalu tinggi kepadanya. Ketahuilah bahawa ianya boleh bila-bila masa pergi meninggalkan kita. Saatnya masa itu tiba, belajarlah untuk melepaskan sesuatu yang kita sayangi..pergi. Ubatlah hati dengan apa cara sekalipun kerana kehidupan masih akan terus berjalan walau dalam keadaan sesukar mana pun.

Saya menyukai awak, seperti awak menyukai saya. Tetapi saya menyayangi awak tidak seperti awak menyayangi saya kerana sayangnya saya pada awak adalah setulus hati dan sepenuh jiwa dan saya tahu awak tidak mampu menyayangi saya sebegitu sekali.

Kelemahan terletak pada minda. Apabila minda mengatakan kita lemah, maka akan lemahlah jadinya ia. Kekuatan datangnya dari akal dan semangat. Apabila akal berkehendakkan ia menjadi kuat, semangat akan menyahut seruan akal lalu mengolahnya menjadi tindakan.