;

Tuesday, December 24, 2013

ERTI KASIH

Satu ketika nanti, 
Bila kau bertanya,
Apa yang ku ada untukmu,
Oh sayang ku pasti,
Kau takkan percaya,
Andai ini yang aku katakan

Seluruh hati ini kuserahkan padamu,
Kaulah yang menemani setiap mimpi indah,
Takkan ada yang lain mengganti dirimu,
Kerna kau yang terindah, 
Yang menghuni hatiku selamanya.

Biarpun kita tak dapat bersama,
Melayari bahagia yang terbina,
Ku harap kau mengerti erti kasih ini,
Selamanya kau bersemadi dalam jiwa.

Satu ketika nanti, 
Bila kau bertanya,
Apa yang ku ada untukmu,
Oh sayang ku pasti,
Kau takkan percaya,
Kau menghuni hatiku selamanya......


Wednesday, December 4, 2013

Monday, December 2, 2013

NEW BEGINNING

Sangat teruja!!! Itulah perasaan yang dapat saya gambarkan tatkala berada di tempat baru. Setelah 4 tahun, akhirnya hari ini menjadi saksi untuk saya memulakan tugas di tempat baharu, mempelajari perkara baharu, menangani masalah baharu, berpandangan baharu dan serba baharulah! Itulah cabarannya kini. Asyik mengadap masalah 'psikologi' manusia yang penuh warna-warni serta turut menyumbang kepada penyemarakan aura negatif disekeliling, adalah satu keadaan yang tidak sihat untuk saya kekal lama di situ. Biarlah mereka yang negatif itu duduk sesama mereka yang negatif juga. Untuk saya, melarikan diri itu adalah lebih baik agar saya tidak sama menjadi negatif seperti mereka!!

Thursday, October 3, 2013

A LITTLE BIT OF GIVING

Seronok sebenarnya apabila dalam saya dok membuat coretan di blog, coretan tersebut sebenarnya dapat membantu pembaca blog saya untuk membuat keputusan dalam hidup mereka selain membuka mata mereka untuk mensyukuri apa yang telah ditakdirkan kepada mereka. Wah! Pada saya itu besar impaknya secara diam. Secara tak langsung, kira macam berilmu juga coretan yang saya kongsikan dalam blog saya ni..hehehe.... Well, terserah pada individu la... Saya sekadar menulis untuk mencurahkan apa yang ada ketika membuku dalam lubuk hati.

Monday, August 19, 2013

Thursday, August 15, 2013

Sebuah Ungkapan

Aku ingin kamu bahagia, tertawa, tak lagi memakai topeng ceria di depan orang-orang untuk menyembunyikan kesedihan. Aku yakin kamu bisa! Terus terang, kalau aku hanya menuruti perasaan, mungkin akan banyak mengecewakan banyak orang. Tapi pada akhirnya, aku pun berfikir sihat, aku harus menjadi anak yang shalih yang tidak menjadi beban fikiran orang tua dan mertua, menjadi suami dan ayah yang shalih untuk istri dan anak-anakku, dan memberikan yang terbaik untuk mereka. Alhamdulillah, sampai perjalanan waktu, ajaran agama lebih dalam aku yakini dan kujadikan landasan hidup, yang pada akhirnya, aku hanya menilai tinggal di dunia hanyalah sementara, tak lama. Dan pelajaran ikhlas adalah yang paling berat dalam ajaran agama, karena segala ibadah tanpa keikhlasan tak akan berbuah pahala. Maka aku menjadi tak memedulikan dunia yang seringkali menipu kita dengan segala kenikmatannya. Aku tak peduli kalau harus banyak mengorbankan kebahagiaan yang sebenarnya sangat aku inginkan. Aku hanya ingin orang-orang yang mencintaiku tersenyum bahagia, dan pada akhirnya aku semakin tahu akan kebahagiaan yang sesungguhnya, yaitu saat bisa melihat orang-orang yang kita cintai bahagia dan menganggap betapa berartinya kita bagi mereka. Di sinilah arti pentingnya kita di dunia, bukan kita bahagia untuk orang lain, tapi bagaimana agar orang lain bahagia karena kita. Dan aku anggap inilah pengorbanan yang terbesar dalam hidup. Aku tahu kamu telah lakukan pengorbanan ini, hanya keikhlasan saja yang harus dipertebal. Jangan sampai kita merugi, sudah berkorban dan berusaha ikhlas tapi masih saja menyesali diri, karena ketauilah, ikhlas tak mengenal sedih hati. Jangan sampai kita sudah banyak berkurban, tapi pahala dari Allah kita tak mendapatkannya. Doaku selalu menyertaimu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan di atas merupakan emel yang dikirimkan oleh seorang teman jauh kepada saya beberapa tahun yang lalu. Tak sangka masih ada dalam simpanan saya...Mesejnya sangat ringkas, telus dan menusuk ke dalam jiwa. Benar apa yang diperkatakan olehnya. Hidup kita hanya mempunyai satu tujuan. Dalam usaha untuk mencapai tujuan tersebut, bermacam dugaan yang perlu dihadapi, berbagai pengorbanan yang perlu dilakukan, banyak hati yang akan terluka dan beberapa jiwa yang akan terseksa. Apabila sampainya waktu, maka tiada apa apa lagi yang mampu untuk kita lakukan.
 

Friday, July 19, 2013

Hanya Aku





Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu

Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu...

Monday, July 15, 2013

Pelangi Buatku...

Salam Ramadhan. Tak sempat nak update blog disebabkan kekangan halangan yang tiada hentinya datang menerpa. Sudah kehendak kerja sebegitu, terima sajalah seikhlasnya, tanpa rungutan...hehehe. Hasrat dihati teringin sangat nak mencoret tentang beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam hidup lebih-lebih lagi yang menggembirakan. Macam biasalah, kalau sebut tentang kehidupan, bukan sahaja yang gembira sahaja, tapi mesti juga ada yang pahit dan menyakitkan. Orang kata baru balance!

Pada 4 Julai 2013 yang lepas, ada sesuatu yang menggembirakan berlaku dalam diri. Gembira sebab ianya tidak disangka-sangka. Apakah ia? Jeng..jeng..jeng... Saya telah diumumkan sebagai salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, mewakili pejabat. Wah!! Sangat teruja sebenarnya sebab baharu 4 tahun berkhidmat di UTM. Sewaktu di YWJ dahulu, selepas 8 tahun barulah nama naik sebagai penerima anugerah yang sama. Rupanya berada di tempat yang lebih ramai staf, dengan berbekalkan tempoh perkhidmatan yang tidak terlalu lama, lebih awal rupanya rezeki itu menjengah! Apapun, itu semua rezeki. Kalau ada yang mempertikaikannya, mereka memang b erhak untuk berbuat sedemikian pun. Hak mereka lah. Saya no komen sebab anugerah sebegini kita tidak pernah memintanya, bahkan ianya melalui satu proses bermula daripada pencalonan dan peringkat seterusnya. Kalau dilihatkan prosesnya, memang panjang dan berperingkat. Jadi, malas nak bercerita di sini. Yang pasti saya telahpun naik pentas untuk menerima pengiktirafan tersebut! Hehehe....

Tinggalkan dahulu kisah gembira di atas. Sejak awal Ramadhan hinggalah sekarang, tak putus-putus rasanya saya menerima perkhabaran saudara-mara yang jatuh sakit, kematian selain bermimpikan orang-orang yang terlebih dahulu pergi meninggalkan saya iaitu Mummy saya. Pernah saya ceritakan dalam blog saya ini juga kisah mummy yang meninggal dunia akibat penyakit kanser beberapa tahun yang lalu. Sejak akhir-akhir ini saya sering mimpikan dia, sehinggakan ada satu malam, tanpa sedar saya menangis di dalam tidur dan tersedar dalam keadaan pipi yang basah dilinangi tangisan. Memandangkan mummy saya itu berbangsa Cina, tiada Fatihah yang dapat saya sedekahkan kepada dia melainkan hanya ingatan yang tulus. Awal permulaan Ramadhan, ayahanda kepada sahabat saya pergi mengadap Ilahi. Arwah memang saya kenali, kerana berkawan rapat dengan anaknya. Pemergian arwah di bulan Ramadhan sangat-sangat meninggalkan kesan kepada anaknya namun setelah saya nasihati untuk beliau renungkan kelebihan bulan Ramadhan dan baraqah yang arwah ayahnya bakal perolehi, terubat sedikit kesedihan tersebut. Semalam pula, saya baru pulang daripada melawat pakcik di Shah Alam yang dimasukkan ke ICU sejak awal Ramadhan yang lalu kerana komplikasi paru-paru. Pakcik yang saya panggil Ayah Long sememangnya seorang pakcik yang mesra dengan saya sejak kecil lagi. Saya ingat lagi pada usia 17 tahun apabila saya berura-ura untuk memohon kursus kewartawanan (MASCOMM) di UiTM sebaik sahaja result SPM diumumkan, beliau orang yang saya rujuk kerana beliau juga seorang wartawan ketika itu. Beliau sangat menyokong minat saya itu namun atas alasan-alasan tertentu saya tidak jadi untuk memohon kursus berkenaan. Beliau juga sering berbual bertanyakan banyak perkara mengenai diri saya apabila berkunjung ke rumah. Beliau tahu saya seorang yang suka bersukan dan beliau akan menyokong minat saya dengan memperincikan kelebihan-kelebihan bersukan kepada tubuh badan kita dan macam-macam lagi. Cuma, sewaktu diri saya dikecam hebat oleh sanak saudara akan satu keputusan yang saya lakukan, beliau langsung tidak memberikan komen atau bertanya apa-apa kepada saya. Saya sebenarnya ternanti-nantikan juga komen atau nasihat daripada beliau. Tapi, jauh dalam sudut hati, saya sangat berharap agar beliau menjadi satu-satunya ahli keluarga yang dapat memahami mengapa keputusan tersebut yang saya pilih kerana beliau sememangnya sangat memahami diri, jiwa dan karakter saya selama ini dan saya sangat menghormati beliau kerana sikapnya yang suka memberikan nasihat dan tak lupa juga kata-kata perangsang kepada saya sejak saya masih dibangku sekolah sehinggalah kini. Semoga Allah segera sembuhkan Ayah Long daripada penyakit yang sedang dihidapinya. Amin.

Apapun juga dugaan, kesedihan mahupun kegembiraan yang datang menerpa dalam hidup, akan saya tempuhi dengan tabah dan sabar. Sebab saya tahu disebalik semua itu, ada pelangi indah yang telah Allah janjikan untuk saya kelak....

Wednesday, June 5, 2013

I WISH...

Dalam kehidupan saya yang saya tahu bila-bila masa pun boleh terhenti tanpa saya mampu untuk menghalangnya, hanya ada beberapa perkara yang ingin saya pastikan dapat saya lakukan iaitu:

1] Membahagiakan diri sendiri serta keluarga dan mereka yang ada dekat dalam hati saya.
2] Memberikan kebahagiaan kepada orang lain dalam konteks yang mereka kehendaki, walaupun pada hakikatnya tindakan tersebut mencalarkan hati sendiri.
3] Memastikan kehadiran diri saya di dunia ini tidak menyusahkan orang lain, sehingga mereka tidak dapat untuk mengecap impian dengan adanya saya disisi mereka.
4] Memastikan kehadiran insan lain dalam hidup saya dapat dibalas dengan kegembiraan, disulami dengan kasih sayang yang tiada belah baginya dan dipastikan ikatan tersebut terbina atas dasar saling mengasihi, mempercayai dan melengkapi. 

Besar ertinya perkara itu buat saya.....



Sunday, April 21, 2013

Feel This Moment

One day when the light is glowing,
I’ll be in my castle golden,
But until the gates are open,
I just wanna feel this moment...



IDEAL LIFE

As usual, lama sungguh membiarkan blog ini bersawang..heheheh...apapun ianya baik untuk pertumbuhan habitat spider-spider saya untuk berkembang biak menjadi spiderman hopefully satu hari nanti..ekekkeke...(saya adalah kipas susah mati superhero Spiderman sebenarnya). Hari ni, sempena hari Ahad yang sangat santai (since saya dapat break daripada perlu hadiri/uruskan apa2 bengkel) makanya saya mengambil peluang ini untuk mencoret sesuatu di blog saya. Saya suka dengan perkataan 'coret' sebab ia tidak mengikat saya dengan tatabahasa atau gaya bahasa yang betul.. hehehe...

Ideal life. Idealkah life kita sekarang? Saya akan berikan pendapat saya tentang tajuk ini di penghujung coretan saya nanti dan sekarang seperti biasa saya ingin memetik luahan atau pendapat sahabat handai saya mengenai perkara ini. Seorang sahabat yang masih single apabila ditanya tentang life, memberitahu bahawa dia perlu cuba sebanyak mungkin untuk menyimpan harta. Kumpul duit nak kahwin, beli kereta dan rumah, buat pelaburan tak kiralah di Public Mutual atau kawasan yang sewaktu dengannya dan melakukan aktiviti sosial bersama kawan-kawan. Dan yang paling penting dapat buat atau beli apa sahaja yang diimpikan. Itu pendapat si orang bujang. Beralih pula kepada mereka yang sudah berkeluarga/mendirikan rumahtangga, life yang dicari merupakan kebahagiaan bersama insan tersayang. Well, simple but meaningful! Seperti orang yang belum berkahwin, mereka sering diajukan soalan "bila nak kawin?" sementara yang sudah berkahwin pula diajukan soalan "bila nak ada anak?". Mungkin itulah erti life bagi kebanyakan orang di luar sana. Dan sebenarnya tanpa disangka, persoalan seperti inilah yang turut menyumbang dalam statistik keruntuhan akhlak dan institusi kekeluargaan di negara kita. Percaya tak? Macam tak percaya tetapi hakikatnya itulah ia. Kenapa jadi begitu? Cuba fikirkan, apabila si bujang yang kerap diajukan dengan soalan bila nak kawin tadi tu menjadi tertekan, apa yang ada dikepalanya cuma satu iaitu KAHWIN! Di sinilah bermula episod cerita kaut asal boleh untuk memenuhi kehendak. Belum sempat kenal lama, terus nak kawin. Bila dah kawin, mulalah nampak temberang si lelaki/perempuan, tiada keserasian, mencetuskan pergaduhan dan akhirnya diakhiri dengan perceraian. Bukankah itu menyumbang kepada gejala kejatuhan institusi kekeluargaan? Dalam akhbar pun sering laporkan perkara ini dan macam-macam usaha yang kementerian berkaitan lakukan namun pencegahan masih belum berjaya lagi. Nak tau apa yang saya rasa dapat membantu mencegah? Educate masyarakat kita supaya belajar untuk membina soalan selain daripada soalan2 yang hanya memberi tekanan kepada mereka yang berkenaan.

Itu kisah orang bujang. Meh pindah kepada kisah orang yang dah berkeluarga pulak. Ada seorang sahabat pernah berkata bahawa hidupnya hanya akan sempurna apabila sudah memiliki anak. Lalu Allah kurniakan seorang cahayamata kepadanya. Namun, apabila anak itu semakin membesar, dia masih merasakan hidupnya tidak bahagia dan dia masih tercari-cari dimanakah letaknya bahagia itu. Berkahwin belum pasti mendapat bahagia. Berdua belum tentu lagi serasi. Jadi, kenapa perlu memperjudikan hidup? Mengapa apabila sudah lahir seorang cahayamata ke dunia, ideal life yang dicari masih belum berjumpa? Jawapannya, pada hati masih terbuku satu rasa yang kurang senang pada seseorang atau sesuatu yang membuatkan kehidupan yang dijalani seakan-akan seperti satu bebanan yang perlu ditanggung. Aduh! Sakitnya kepala bila ini berlaku. Kita sangka kita sudah berkahwin dengan seorang lelaki/wanita yang ideal buat diri kita tapi sebenarnya lelaki/wanita ideal yang disangkakan hanya menjadi satu bebanan dalam hidup. 

Ok sekarang tiba masa untuk saya berikan pandangan. My concept of ideal life is to have a peace of mind, got control of my life and to allow myself to feel and to have happiness all the time. Walaupun pada waktu yang sangat buruk, kita tetap akan merasakan life is actually wonderful if compared to others. Thinking of that, it will help to ease my mind. Kadang2 kita tersilap dalam bereksperimentasi dengan kehidupan sendiri dan end up dengan dihadapkan sesuatu yang mendukacitakan namun ia tidak bermakna kita harus berterusan menyeksa diri, seolah-olah its the end of everything. Bahkan kita harus bangkit dari kegagalan, bina semula kekuatan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Susah sebenarnya untuk kita jadi wanita yang kuat. Kita sering melihat diri kita perlukan sokongan dari keluarga, sahabat dan bila tiada semua itu, dunia kita terasa gelap. Saya telah melalui proses itu. Tanpa sesiapa (kecuali seorang dua teman), saya bina kekuatan untuk mendapatkan semula kebahagiaan yang saya telah cagarkan selama ini. Kebangkitan itu sendiri is priceless jika nak dibandingkan dengan apa yang saya kecapi pada hari ini. 

Akhir kata, seorang wanita boleh rasakan dirinya kuat kerana mampu mengurus anak dengan dua tangan sendiri tanpa dibantu oleh suami, tetapi cuba tanya pada hati pula, apakah itu yang hati mahukan. Kekuatan itukah yang sedang terbina dalam diri? Idealkah life sedemikian? Adakah bahagia yang kita perolehi? Tidak salah kalau saya katakan Ideal life anda hanyalah apabila anda dapat menurut kepada permintaan masyarakat dengan mengenepikan kehendak sendiri. Anda tahu tak betapa lemahnya diri anda apabila anda berada dalam keadaan itu????