;

Saturday, October 13, 2012

A GIFT FOR MYSELF

Saya memang seorang peminat jam. Walaupun sudah miliki 6 pasang jam tangan, tapi saya masih nak beli jam tangan baru! Dan baru-baru ini saya berkesempatan untuk membeli seutas jam tangan, dengan harga yang berpatutan. Belek punya belek, pusing punya pusing akhirnya hati terkenan pula. hehehe.... cinta pandang pertama orang kata ekekeke.. Sesuai dengan sambutan ulang tahun kelahiran yang ke 35, maka saya hadiahkan diri sendiri jam tangan ini. Yay!!! Terima kasih. hehehhee

SAYANG - SHAE

 
Ni la dia lagu yang saya cari-cari selama ni. Harap-harap korang pun enjoy la mendengarnya.

Alamak!! Ye tak ye laa!!

Ada orang cakap kat saya.... "Uit..sawang da penuh. Bila nak bersihkan?" Dan hari ini, saya pun jengah lah ke blog yang sudah sekian lama sepi ni. Mak aiii!!! Betul la! Bukan setakat sawang je bahkan keturunan dan komuniti labah-labah pun nampaknya semakin maju di sini!!! Hahahaha...lamanya tak menulis blog rupanya. 

Sebenarnya kesibukan bekerja memaksa blog saya sepi seketika tanpa entri terbaru. Orang kata, kerja ni memang tak pernah mengurang. Semakin bertambah adalah! Tapi kalau kita wat dek pada kerja, dalam erti kata lain tidak diselesaikan, akan jadi menimbun pulak kerja tu. Sudahnya kita juga yang terjerat bila ada kerja yang tidak diselesaikan, dan bos pulak mula la mengicau! Tapi memandangkan hari ini hari minggu dan saya pula terpaksa bertugas sempena Majlis Konvokesyen UTM ke 49, maka dapat jugalah peluang untuk saya tulis entri terbaru di blog ni, sekaligus menghalau populasi yang tidak diundang di sini. 

Sambil-sambil menconteng kat sini saya nak sharekan juga beberapa quotes yang menarik diperolehi dari internet. Sebenarnya, untuk saya, kata-kata ni ibarat seorang motivator tak bergaji yang dok bercakap dengan saya tentang kehidupan dan secara tidak langsung meminta saya untuk sematkan dalam kepala supaya ianya membantu untuk membentuk diri saya menjadi lebih sempurna. Saya ni bukan jenis mudah mendengar kata orang. Mungkin juga atas sebab tu tak ramai insan disekeliling yang suka-suka nak jadi penasihat sebab mereka tahu apa yang mereka cakap belum tentu lagi saya akan dengar. Hehehhee.....  Sambil-sambil membuat kerja ni, sambil-sambil juga melayan lagu di radio. Ada satu lagi ni, sangat catchy muziknya, sangat sempoi liriknya dan sangat enjoy dibuatnya setiap kali mendengar. Saya yakin lagu ni bukan dari Malaysia sebab ada antara sebutan liriknya tu serlahkan ia dari Indon. Maka, dalam usaha mencari akhirnya berjaya juga saya mendapatkannya. Hah! Kan betul!! Memang artis Indon dan beliau mix Australi (ala2 Indon jap hehehe) lagi.. Tapi lagu tu nanti saya letak kat entri lain je hehehhe....