;

Monday, August 27, 2012

TEMPAT JATUH LAGI KAN DI KENANG

Wah! Seronok bila dah naik bekerja semula. Penat berjalan raya pun tak best jugak jadinya, mendatangkan bosan. Lepas ni sibuk nak hadiri majlis walimatul urus sahabat-sahabat pulak. Nasib baiklah mereka semua orang Johor, dan tidak jauh pula tempat mereka semua. Insyaallah, tiada aral, sampailah nanti ke rumah kalian semua hehehe.. 

Hari ni, dengan mood raya yang masih bersisa (kalau habis terus pun tak pe hehehe) terasa ingin berkongsi sesuatu yang berkait dengan kenangan yang tidak mudah untuk dilupakan. Sekeping foto mampu untuk mengembalikan seribu kenangan. Cewah! Sebenarnya foto ini merupakan 'work-station' atau ruang kerja saya semasa masih berkhidmat di Yayasan Warisan Johor. Tempat ini telah saya duduki sejak dari tahun 2000 sehinggalah tahun 2009! Lama bukan??? Kalau orang tengok ruang kerja saya ni pun dorang akan kata macam ruang kerja seorang kerani. Sebenarnya memang betul pun! Ruang kerja pegawai dan kerani tiada bezanya langsung! Apapun orang nak kata pasal ruang kerja saya ni, saya sendiri rasa sangat selesa untuk bekerja. Nak pas kerja pada kerani pun tak perlu berjalan jauh. Sama ada sebelah ataupun berdepan dengan saya sahaja. Sebab itulah, bila masuk ke UTM saya tidak kisah sekiranya saya tidak ditempatkan di dalam bilik. Yang penting ada meja, kerusi dan komputer untuk saya buat kerja! Itu sudah memadai. Nak dibandingkan dengan ruang kerja saya sekarang, jauh panggang dari api. Apapun, saya sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t kurniakan pada saya. Yang paling utama, semua urusan kerja saya dipermudahkan dan saya dapat bekerja dengan baik.

Friday, August 10, 2012

SELAMAT HARI RAYA!

 

Dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua pengunjung/pembaca blog saya, kawan-kawan baik yang jauh mahupun dekat, saudara mara yang berada di Shah Alam, Kuala Lumpur dan Johor Bahru, serta semua yang mengenali diri saya. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang telah saya nyatakan di atas dan semoga sambutan Aidilfitri tahun ini diraikan dengan meriah dalam suasana penuh kegembiraan.