;

Wednesday, July 11, 2012

KEMBALI MENULIS

Wow!! Lama gila tak menulis di blog ni! Ini pun saya baru je pulang dari UUM, Sintok, Kedah kerana menghadiri kejohanan sukan staf IPTA Malaysia selama hampir 2 minggu. Saya bermain sukan badminton dan telah diturunkan bermain beregu campuran dan beregu wanita. huhuhuu...sebenarnya saya lebih prefer main beregu wanita berbanding mix tapi apakan daya...Alkisahnya, daripada 3 perlawanan tersebut, kami telah memenangi 1 perlawanan iaitu menentang UM dengan score 4-3 dan dalam game tersebut mata kemenangan diperolehi menerusi mix double yang mana saya turun sebagai pemain. Alhamdulillah..walaupun tidak bermain begitu baik tapi kemenangan ternyata memihak kepada kami. At least semua orang gembira setelah berhempas pulas berlawan.  Satu la nak cerita pasal bila berhadapan dengan perlawanan ni, yang pertama sekali perasaan kita tu sure lah gelabah, tak tentu hala, time tu la rasa nak buang air walaupun dah 5 kali pergi buang air sebelumnya! Bukannya senang nak hindar atau hilangkan perasaan nervous tu tapi sebenarnya itulah challenge yang perlu kita hadapi terlebih dahulu. Bagi diri saya sendiri, rasa gelisah, nervous dan lain-lain tu telah saya cuba untuk menghadapinya. Bagaimana? Entahlah, saya cuma setkan dalam kepala saya yang perlawanan itu sama seperti game saya petang-petang bersama rakan. Dan biasanya dalam game bersama rakan-rakan statistik kemenangan lebih tinggi daripada kekalahan. Oleh itu, dalam perlawanan sebenar saya cuma setkan dalam kepala yang lawan saya adalah rakan saya sendiri dan saya mesti menang game ini! Itu sahaja! Alhamdulillah, permainan pun dapat dikawal dengan baik, tidaklah buat unforce error yang banyak atau lebih tepat lagi yang bodoh dan yang paling penting menang semua game! Hanya sewaktu menentang USM iaitu johan tahun lepas, saya kalah namun saya bangga dengan kekalahan tersebut sebab hanya saya dan rakan sahaja yang berjaya bermain sehingga ke rubber set sedangkan yang lain tersingkir dalam straight set!

Well, itulah hakikat sebuah perlawanan. Menang dan kalah adalah dua perkara yang akan diterima. Apapun keputusannya yang penting kita berpuas hati dengan corak mainan dan berjuang sehingga ke titisan yang terakhir!!