;

Tuesday, May 22, 2012

REZEKI DATANG TANPA DIDUGA

REZEKI DATANG WALAUPUN DI DUGA TAPI DENGAN SESUATU YANG TIDAK DIJANGKAKAN. ALHAMDULILLAH....BERSYUKUR DAN TERUS BERSYUKUR..

Friday, May 18, 2012

KASYAF DAN ILHAM SUFI

Fitrah manusia merupakan sebaik-baik persediaan dalam melaksanakan tugas-tugas kehambaan kepada Allah s.w.t. Melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t dan menguruskan kehidupan di bumi merupakan kewajipan manusia. Dalam melaksanakan hal yang demikian itu fitrah manusia dikurniakan sesuatu yang sangat luar biasa iaitu keupayaan untuk membuat pilihan. Hanya manusia dan jin yang memiliki keupayaan memilih. Makhluk lain tidak diberikan bakat tersebut. Dalam membuat pilihan fitrah manusia boleh menggunakan bakat-bakatnya iaitu fikiran, ilham dan kasyaf.

Melalui bakat berfikir manusia boleh membuat pilihan dalam menguruskan kehidupan lahiriah mereka. Kekuatan fikiran yang ada dengan manusia mengangkat manusia kepada darjat yang tinggi. Mereka mampu menguasai daratan, lautan dan udara. Mereka mampu mengambil manfaat daripada anasir alam yang ada di sekeliling mereka. Sempadan bagi kekuatan fikiran adalah jangkauan pancaindera dan logik. Apa yang tidak mampu dijangkau oleh pancaindera akan menimbulkan kesulitan kepada fikiran dan apa yang tidak termasuk dalam bidang logik akan mengelirukan fikiran.

Sufi seterusnya masuk ke dalam bidang kasyaf. Penyaksian mata hati dan pengalaman rasa merupakan bidang kasyaf. Hati menyaksikan dan merasakan suasana ghaib dan hal-hal yang berhubung dengan ketuhanan. Walaupun sufi menyaksikan dan merasakan hal ketuhanan tetapi ia bukanlah Tuhan. Apa yang dibukakan kepada sufi itu adalah ibarat kunci yang membuka pintu makrifat untuk sufi mengenali Tuhan. Kasyaf tahap tertinggi hanyalah pengalaman rasa tanpa penyaksian tentang hal ketuhanan itu. Pengalaman rasa atau zauk tanpa penyaksian membawa sufi bermakrifat tentang Allah s.w.t yang Maha Esa, tiada sesuatu yang menyerupai-Nya. Makrifat cara begini menanamkan kefahaman yang tidak mampu dihuraikan.

Sufi memperolehi maklumat melalui kasyaf. Kadang-kadang kasyaf berlaku kepada sufi dalam bentuk ibarat atau pembukaan secara umum tanpa perincian. Kasyaf yang demikian perlu ditafsirkan. Biasa terjadi tafsiran yang dibuat oleh sufi itu tidak menepati gambaran atau ibarat yang dibukakan kepadanya Bila sufi menerima berita secara umum maka tafsiran secara umum juga yang diberikannya. Maklumat yang diperolehi secara umum, tanpa perincian, tidak dapat menceritakan sesuatu perkara dengan tepat. Sufi juga mungkin mendapat maklumat mengenai sesuatu kejadian dan maklumat tersebut datangnya daripada sumber takdir yang akan berubah, sedangkan perubahan yang akan berlaku tidak dibukakan kepadanya. Allah s.w.t berfirman:
  
Saya terbaca tentang artikel ini disatu laman web 'alhakiki'. Sebelum ini saya pernah mendengar tentang ilmu kasyaf yang sering disebut. Rupa-rupanya kita sebagai manusia biasa ni sememangnya boleh dipilih untuk memiliki ilmu ini, dengan izin Allah s.w.t. Dengan ilmu ini juga, insyaallah kita tidak akan tersalah membuat pilihan. Sekadar berkongsi bahan bacaan dengan semua....
 
 

Monday, May 14, 2012

Wednesday, May 2, 2012

NAK BERJAYA, KENALAH USAHA..

Saya selalu pesan pada diri sendiri, kalau nak berjaya, kena gigih berusaha dan yang paling penting jangan gunakan tipu daya mahupun menindas orang lain demi untuk berada di atas. Lebih-lebih lagi dalam urusan mencari rezeki, melakukan pekerjaan, cubalah profesional walaupun dalam apa juga tindakan kita supaya kesan negatifnya tidak terpalit pada orang lain.

Sudah sekian lama saya bengangkan sesuatu, berkaitan urusan kerja di mana hak saya diperlekehkan oleh rakan sekerja demi kerana dia tidak menyukai saya. Saya diamkan sebab saya malas nak cari gaduh dengan orang yang nama sahaja bijak tapi akal secetek air dalam gelas! Tapi bila dah terbukti yang dia cuba nak main kotor dengan saya, saya nekad, saya tidak akan biarkan perkara ini begitu saja. Saya akan ambil tindakan! Tindakan yang mengikut saluran yang betul. Sekali lagi, tindakan biarlah profesional. Tak kisahlah orang suka atau tidak dengan saya, yang penting saya berkemampuan untuk menyelesaikan perkara ini, menuntut semula hak saya dengan cara yang penuh berhemah. Tuhan akan selalu ada untuk saya, melindungi saya dan merahmati saya selagi saya tidak berbuat jahat sesama manusia. Itu pegangan hidup saya. Lagipun, saya dah berbelas tahun bekerja, bukannya saya tidak pernah berhadapan dengan manusia pendengki macam ni, acap kali dah jumpa dan sebenarnya itulah juga caranya untuk kita melihat diri sendiri, memperbaiki kelemahan diri dan berusaha untuk tidak menjadi manusia yang busuk hati. Insyaallah....

PESANAN....DAN AKHIRNYA....

Pesan pendeta :  
Jangan biarkan sesuatu merajai hati, kelak, saat ia hilang, lukanya tidak akan pernah sembuh sepanjang hayatmu....

...dan hari ini, saya cuba merenung di sebalik kata-kata tersebut, 
seakan-akan dapat dilihat kebenarannya..



Tuesday, May 1, 2012

TERAKHIR



Meski aku takkan pernah
Bisa lagi melihatmu
Cinta ini takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan..

.........



KU SEDAR
SEKUAT MANA PUN KU BERLARI
BELUM TENTU DAPAT KU MILIKI DIRIMU

KU AKUI
AKU HANYA ADA KAMU
YANG MENYAYANGIMU SETULUS HATI
SEDANG NYATANYA
KAU BUKANLAH UNTUK KU

WALAU SEKUAT MANA KU MENCUBA
DI SISIMU KAN SELALU ADA DIA
TEMPATKU HANYA PADA LIANG MATA
SAAT KAU PEJAMKAN IA
DI SITU KU KAN MENJELMA

SELAMANYA
KU TAKKAN BISA MENGGANTI DIRINYA
TUK JADI PENDAMPINGMU
DALAM TAWA MAHUPUN DUKA
SELAUT KASIH INI
SERUMPUN CINTA SUCI
AKAN KU BAWA IA PERGI

ANDAI NANTI
TIADA TEMPAT KITA DI SINI
NUN DI SANA KU SETIA MENANTI
KITA BERSAMA BERSATU UNTUK SELAMANYA

KITA BERSAMA BERSATU UNTUK...SELAMA-LAMANYA..