;

Saturday, October 13, 2012

A GIFT FOR MYSELF

Saya memang seorang peminat jam. Walaupun sudah miliki 6 pasang jam tangan, tapi saya masih nak beli jam tangan baru! Dan baru-baru ini saya berkesempatan untuk membeli seutas jam tangan, dengan harga yang berpatutan. Belek punya belek, pusing punya pusing akhirnya hati terkenan pula. hehehe.... cinta pandang pertama orang kata ekekeke.. Sesuai dengan sambutan ulang tahun kelahiran yang ke 35, maka saya hadiahkan diri sendiri jam tangan ini. Yay!!! Terima kasih. hehehhee

SAYANG - SHAE

 
Ni la dia lagu yang saya cari-cari selama ni. Harap-harap korang pun enjoy la mendengarnya.

Alamak!! Ye tak ye laa!!

Ada orang cakap kat saya.... "Uit..sawang da penuh. Bila nak bersihkan?" Dan hari ini, saya pun jengah lah ke blog yang sudah sekian lama sepi ni. Mak aiii!!! Betul la! Bukan setakat sawang je bahkan keturunan dan komuniti labah-labah pun nampaknya semakin maju di sini!!! Hahahaha...lamanya tak menulis blog rupanya. 

Sebenarnya kesibukan bekerja memaksa blog saya sepi seketika tanpa entri terbaru. Orang kata, kerja ni memang tak pernah mengurang. Semakin bertambah adalah! Tapi kalau kita wat dek pada kerja, dalam erti kata lain tidak diselesaikan, akan jadi menimbun pulak kerja tu. Sudahnya kita juga yang terjerat bila ada kerja yang tidak diselesaikan, dan bos pulak mula la mengicau! Tapi memandangkan hari ini hari minggu dan saya pula terpaksa bertugas sempena Majlis Konvokesyen UTM ke 49, maka dapat jugalah peluang untuk saya tulis entri terbaru di blog ni, sekaligus menghalau populasi yang tidak diundang di sini. 

Sambil-sambil menconteng kat sini saya nak sharekan juga beberapa quotes yang menarik diperolehi dari internet. Sebenarnya, untuk saya, kata-kata ni ibarat seorang motivator tak bergaji yang dok bercakap dengan saya tentang kehidupan dan secara tidak langsung meminta saya untuk sematkan dalam kepala supaya ianya membantu untuk membentuk diri saya menjadi lebih sempurna. Saya ni bukan jenis mudah mendengar kata orang. Mungkin juga atas sebab tu tak ramai insan disekeliling yang suka-suka nak jadi penasihat sebab mereka tahu apa yang mereka cakap belum tentu lagi saya akan dengar. Hehehhee.....  Sambil-sambil membuat kerja ni, sambil-sambil juga melayan lagu di radio. Ada satu lagi ni, sangat catchy muziknya, sangat sempoi liriknya dan sangat enjoy dibuatnya setiap kali mendengar. Saya yakin lagu ni bukan dari Malaysia sebab ada antara sebutan liriknya tu serlahkan ia dari Indon. Maka, dalam usaha mencari akhirnya berjaya juga saya mendapatkannya. Hah! Kan betul!! Memang artis Indon dan beliau mix Australi (ala2 Indon jap hehehe) lagi.. Tapi lagu tu nanti saya letak kat entri lain je hehehhe....

Monday, September 17, 2012

Monday, August 27, 2012

TEMPAT JATUH LAGI KAN DI KENANG

Wah! Seronok bila dah naik bekerja semula. Penat berjalan raya pun tak best jugak jadinya, mendatangkan bosan. Lepas ni sibuk nak hadiri majlis walimatul urus sahabat-sahabat pulak. Nasib baiklah mereka semua orang Johor, dan tidak jauh pula tempat mereka semua. Insyaallah, tiada aral, sampailah nanti ke rumah kalian semua hehehe.. 

Hari ni, dengan mood raya yang masih bersisa (kalau habis terus pun tak pe hehehe) terasa ingin berkongsi sesuatu yang berkait dengan kenangan yang tidak mudah untuk dilupakan. Sekeping foto mampu untuk mengembalikan seribu kenangan. Cewah! Sebenarnya foto ini merupakan 'work-station' atau ruang kerja saya semasa masih berkhidmat di Yayasan Warisan Johor. Tempat ini telah saya duduki sejak dari tahun 2000 sehinggalah tahun 2009! Lama bukan??? Kalau orang tengok ruang kerja saya ni pun dorang akan kata macam ruang kerja seorang kerani. Sebenarnya memang betul pun! Ruang kerja pegawai dan kerani tiada bezanya langsung! Apapun orang nak kata pasal ruang kerja saya ni, saya sendiri rasa sangat selesa untuk bekerja. Nak pas kerja pada kerani pun tak perlu berjalan jauh. Sama ada sebelah ataupun berdepan dengan saya sahaja. Sebab itulah, bila masuk ke UTM saya tidak kisah sekiranya saya tidak ditempatkan di dalam bilik. Yang penting ada meja, kerusi dan komputer untuk saya buat kerja! Itu sudah memadai. Nak dibandingkan dengan ruang kerja saya sekarang, jauh panggang dari api. Apapun, saya sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t kurniakan pada saya. Yang paling utama, semua urusan kerja saya dipermudahkan dan saya dapat bekerja dengan baik.

Friday, August 10, 2012

SELAMAT HARI RAYA!

 

Dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua pengunjung/pembaca blog saya, kawan-kawan baik yang jauh mahupun dekat, saudara mara yang berada di Shah Alam, Kuala Lumpur dan Johor Bahru, serta semua yang mengenali diri saya. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang telah saya nyatakan di atas dan semoga sambutan Aidilfitri tahun ini diraikan dengan meriah dalam suasana penuh kegembiraan.



Wednesday, July 11, 2012

KEMBALI MENULIS

Wow!! Lama gila tak menulis di blog ni! Ini pun saya baru je pulang dari UUM, Sintok, Kedah kerana menghadiri kejohanan sukan staf IPTA Malaysia selama hampir 2 minggu. Saya bermain sukan badminton dan telah diturunkan bermain beregu campuran dan beregu wanita. huhuhuu...sebenarnya saya lebih prefer main beregu wanita berbanding mix tapi apakan daya...Alkisahnya, daripada 3 perlawanan tersebut, kami telah memenangi 1 perlawanan iaitu menentang UM dengan score 4-3 dan dalam game tersebut mata kemenangan diperolehi menerusi mix double yang mana saya turun sebagai pemain. Alhamdulillah..walaupun tidak bermain begitu baik tapi kemenangan ternyata memihak kepada kami. At least semua orang gembira setelah berhempas pulas berlawan.  Satu la nak cerita pasal bila berhadapan dengan perlawanan ni, yang pertama sekali perasaan kita tu sure lah gelabah, tak tentu hala, time tu la rasa nak buang air walaupun dah 5 kali pergi buang air sebelumnya! Bukannya senang nak hindar atau hilangkan perasaan nervous tu tapi sebenarnya itulah challenge yang perlu kita hadapi terlebih dahulu. Bagi diri saya sendiri, rasa gelisah, nervous dan lain-lain tu telah saya cuba untuk menghadapinya. Bagaimana? Entahlah, saya cuma setkan dalam kepala saya yang perlawanan itu sama seperti game saya petang-petang bersama rakan. Dan biasanya dalam game bersama rakan-rakan statistik kemenangan lebih tinggi daripada kekalahan. Oleh itu, dalam perlawanan sebenar saya cuma setkan dalam kepala yang lawan saya adalah rakan saya sendiri dan saya mesti menang game ini! Itu sahaja! Alhamdulillah, permainan pun dapat dikawal dengan baik, tidaklah buat unforce error yang banyak atau lebih tepat lagi yang bodoh dan yang paling penting menang semua game! Hanya sewaktu menentang USM iaitu johan tahun lepas, saya kalah namun saya bangga dengan kekalahan tersebut sebab hanya saya dan rakan sahaja yang berjaya bermain sehingga ke rubber set sedangkan yang lain tersingkir dalam straight set!

Well, itulah hakikat sebuah perlawanan. Menang dan kalah adalah dua perkara yang akan diterima. Apapun keputusannya yang penting kita berpuas hati dengan corak mainan dan berjuang sehingga ke titisan yang terakhir!!

Tuesday, June 5, 2012

Tentang Rasa


Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Tuesday, May 22, 2012

REZEKI DATANG TANPA DIDUGA

REZEKI DATANG WALAUPUN DI DUGA TAPI DENGAN SESUATU YANG TIDAK DIJANGKAKAN. ALHAMDULILLAH....BERSYUKUR DAN TERUS BERSYUKUR..

Friday, May 18, 2012

KASYAF DAN ILHAM SUFI

Fitrah manusia merupakan sebaik-baik persediaan dalam melaksanakan tugas-tugas kehambaan kepada Allah s.w.t. Melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t dan menguruskan kehidupan di bumi merupakan kewajipan manusia. Dalam melaksanakan hal yang demikian itu fitrah manusia dikurniakan sesuatu yang sangat luar biasa iaitu keupayaan untuk membuat pilihan. Hanya manusia dan jin yang memiliki keupayaan memilih. Makhluk lain tidak diberikan bakat tersebut. Dalam membuat pilihan fitrah manusia boleh menggunakan bakat-bakatnya iaitu fikiran, ilham dan kasyaf.

Melalui bakat berfikir manusia boleh membuat pilihan dalam menguruskan kehidupan lahiriah mereka. Kekuatan fikiran yang ada dengan manusia mengangkat manusia kepada darjat yang tinggi. Mereka mampu menguasai daratan, lautan dan udara. Mereka mampu mengambil manfaat daripada anasir alam yang ada di sekeliling mereka. Sempadan bagi kekuatan fikiran adalah jangkauan pancaindera dan logik. Apa yang tidak mampu dijangkau oleh pancaindera akan menimbulkan kesulitan kepada fikiran dan apa yang tidak termasuk dalam bidang logik akan mengelirukan fikiran.

Sufi seterusnya masuk ke dalam bidang kasyaf. Penyaksian mata hati dan pengalaman rasa merupakan bidang kasyaf. Hati menyaksikan dan merasakan suasana ghaib dan hal-hal yang berhubung dengan ketuhanan. Walaupun sufi menyaksikan dan merasakan hal ketuhanan tetapi ia bukanlah Tuhan. Apa yang dibukakan kepada sufi itu adalah ibarat kunci yang membuka pintu makrifat untuk sufi mengenali Tuhan. Kasyaf tahap tertinggi hanyalah pengalaman rasa tanpa penyaksian tentang hal ketuhanan itu. Pengalaman rasa atau zauk tanpa penyaksian membawa sufi bermakrifat tentang Allah s.w.t yang Maha Esa, tiada sesuatu yang menyerupai-Nya. Makrifat cara begini menanamkan kefahaman yang tidak mampu dihuraikan.

Sufi memperolehi maklumat melalui kasyaf. Kadang-kadang kasyaf berlaku kepada sufi dalam bentuk ibarat atau pembukaan secara umum tanpa perincian. Kasyaf yang demikian perlu ditafsirkan. Biasa terjadi tafsiran yang dibuat oleh sufi itu tidak menepati gambaran atau ibarat yang dibukakan kepadanya Bila sufi menerima berita secara umum maka tafsiran secara umum juga yang diberikannya. Maklumat yang diperolehi secara umum, tanpa perincian, tidak dapat menceritakan sesuatu perkara dengan tepat. Sufi juga mungkin mendapat maklumat mengenai sesuatu kejadian dan maklumat tersebut datangnya daripada sumber takdir yang akan berubah, sedangkan perubahan yang akan berlaku tidak dibukakan kepadanya. Allah s.w.t berfirman:
  
Saya terbaca tentang artikel ini disatu laman web 'alhakiki'. Sebelum ini saya pernah mendengar tentang ilmu kasyaf yang sering disebut. Rupa-rupanya kita sebagai manusia biasa ni sememangnya boleh dipilih untuk memiliki ilmu ini, dengan izin Allah s.w.t. Dengan ilmu ini juga, insyaallah kita tidak akan tersalah membuat pilihan. Sekadar berkongsi bahan bacaan dengan semua....
 
 

Monday, May 14, 2012

Wednesday, May 2, 2012

NAK BERJAYA, KENALAH USAHA..

Saya selalu pesan pada diri sendiri, kalau nak berjaya, kena gigih berusaha dan yang paling penting jangan gunakan tipu daya mahupun menindas orang lain demi untuk berada di atas. Lebih-lebih lagi dalam urusan mencari rezeki, melakukan pekerjaan, cubalah profesional walaupun dalam apa juga tindakan kita supaya kesan negatifnya tidak terpalit pada orang lain.

Sudah sekian lama saya bengangkan sesuatu, berkaitan urusan kerja di mana hak saya diperlekehkan oleh rakan sekerja demi kerana dia tidak menyukai saya. Saya diamkan sebab saya malas nak cari gaduh dengan orang yang nama sahaja bijak tapi akal secetek air dalam gelas! Tapi bila dah terbukti yang dia cuba nak main kotor dengan saya, saya nekad, saya tidak akan biarkan perkara ini begitu saja. Saya akan ambil tindakan! Tindakan yang mengikut saluran yang betul. Sekali lagi, tindakan biarlah profesional. Tak kisahlah orang suka atau tidak dengan saya, yang penting saya berkemampuan untuk menyelesaikan perkara ini, menuntut semula hak saya dengan cara yang penuh berhemah. Tuhan akan selalu ada untuk saya, melindungi saya dan merahmati saya selagi saya tidak berbuat jahat sesama manusia. Itu pegangan hidup saya. Lagipun, saya dah berbelas tahun bekerja, bukannya saya tidak pernah berhadapan dengan manusia pendengki macam ni, acap kali dah jumpa dan sebenarnya itulah juga caranya untuk kita melihat diri sendiri, memperbaiki kelemahan diri dan berusaha untuk tidak menjadi manusia yang busuk hati. Insyaallah....

PESANAN....DAN AKHIRNYA....

Pesan pendeta :  
Jangan biarkan sesuatu merajai hati, kelak, saat ia hilang, lukanya tidak akan pernah sembuh sepanjang hayatmu....

...dan hari ini, saya cuba merenung di sebalik kata-kata tersebut, 
seakan-akan dapat dilihat kebenarannya..



Tuesday, May 1, 2012

TERAKHIR



Meski aku takkan pernah
Bisa lagi melihatmu
Cinta ini takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan..

.........



KU SEDAR
SEKUAT MANA PUN KU BERLARI
BELUM TENTU DAPAT KU MILIKI DIRIMU

KU AKUI
AKU HANYA ADA KAMU
YANG MENYAYANGIMU SETULUS HATI
SEDANG NYATANYA
KAU BUKANLAH UNTUK KU

WALAU SEKUAT MANA KU MENCUBA
DI SISIMU KAN SELALU ADA DIA
TEMPATKU HANYA PADA LIANG MATA
SAAT KAU PEJAMKAN IA
DI SITU KU KAN MENJELMA

SELAMANYA
KU TAKKAN BISA MENGGANTI DIRINYA
TUK JADI PENDAMPINGMU
DALAM TAWA MAHUPUN DUKA
SELAUT KASIH INI
SERUMPUN CINTA SUCI
AKAN KU BAWA IA PERGI

ANDAI NANTI
TIADA TEMPAT KITA DI SINI
NUN DI SANA KU SETIA MENANTI
KITA BERSAMA BERSATU UNTUK SELAMANYA

KITA BERSAMA BERSATU UNTUK...SELAMA-LAMANYA..

Monday, April 30, 2012

Bunga Terakhir


Bunga terakhir ku persembahkan kepada yang terindah
Sebagai suatu tanda cinta untuknya
Bunga terakhir menjadi satu kenangan yang tersimpan
Takkan pernah hilang tuk selamanya

http://farm4.static.flickr.com/3489/3780331255_fd3d723f2c.jpg

Wednesday, April 25, 2012


Di ketika ini keadaan tiada mengizinkan..
Untuk ku lafazkan kata-kata menghuraikan perasaan

Wednesday, April 18, 2012

YANG TERJADI KAN TETAP TERJADI


Walau macam manapun kesungguhan,
Belum tentu dapat melawan sebuah KETENTUAN.
Walau sebanyak manapun kekuatan,
Belum tentu dapat melawan sebuah KESEDIHAN.
Walau segigih manapun usaha,
Belum tentu dapat mengecap sebuah IMPIAN.

Apa yang terjadi kan terjadi,
Dengan keizinan Ilahi
Aku menyakini yang kan terjadi tetap terjadi
Pertemuan... di azali...

Wednesday, April 11, 2012

A Thousand Years


And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

 
How can I love when I'm afraid to fall..


The One That Got Away


In another life, I would make you stay, So I don't have to say, You were the one that got away
 

You are the one that got away...

Wednesday, April 4, 2012

Sudah Cukup Sudah


Quite a lovely song....

Thursday, March 29, 2012

Ada ketika, sesuatu telah menyedarkan saya.......
Tiada gunanya mengharapkan sesuatu untuk berlaku sebaliknya,
Sedangkan hakikatnya sama ada diri kita atau orang lain,
yang sebenarnya berkehendakkan sesuatu itu
untuk berlaku mengikut kemahuan mereka...

DAN IA TERJADI BUKANLAH KERANA KETENTUAN TAKDIR SEMATA-MATA

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Thursday, March 22, 2012

Cinta Dan Benci


Sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu...

Saturday, March 10, 2012

NEW NOVEL TO READ

Minggu lepas saya berkesempatan untuk pergi ke pesta buku yang diadakan di DSI, UTM. Masa lunch time, ajak 2-3 member, kami pun pusing-pusing la disekitar gerai-gerai buku sedia ada. Sedar tak sedar tau-tau saya dan kawan-kawan saya pun terpisah sebab masing-masing sibuk membelek buku sampai tak sedar yang sorang member di utara, sorang lagi di selatan. 

Nak dijadikan cerita, saya ni tak bajet la nak beli buku jadi tidaklah membawa duit lebih masa tu melainkan duit baki lebihan masa makan lunch sebelumnya. Tapi, dalam sibuk membelek tu, tiba-tiba terpandanglah satu buku yang sangat menarik tajuknya. NEVER LET ME GO. Sebenarnya tajuk ni merupakan satu movie yang saya sedang berusaha mencarinya namun masih belum berjumpa lagi. Kiranya movie ni adaptasi dari novel la. Penulis novel ni yang menariknya ialah orang Jepun yang dilahirkan dan membesar di US. KAZUO ISHIGURO. Kalau tengokkan intro movie di internet, memang best cerita ni. So, memandangkan saya masih belum berjaya membeli DVD cerita ini, maka saya rasa ada baiknya saya khatamkan dulu membaca novel ini. Lagipun, rasanya sudah agak lama tidak membaca novel. So mungkin inilah masanya. Buku ni pun dibeli dengan meminjam dahulu duit member hehehe. Nasib baik dia ada bawa duit lebih. Usaha berikutnya ialah mendapatkan pula movienya. Hehehehe....

All Over Me



I GIVE MY SMILE TO EVERYONE
BUT I ONLY GIVE MY HEART TO ONE.....

Wednesday, March 7, 2012

Zamani ft. Sharifah Zarina - Tak Keruan (lirik)



Rentak lagu ni tersangat best! Kali pertama dengar kat radio pun dah boleh nak beri perhatian. Ada member sangka lagu ni dinyanyikan oleh artis Indonesia padahal our own local talent Zamani and Sh. Zarina. Well, nice song...


Wednesday, February 29, 2012

PENCINTA TERBAIK



Berikan ku peluang terakhir sekali lagi
Untuk membukti kasih sejujurnya di hati
Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna

Kaulah insan pertama berpacaran dengan ku
Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Monday, February 27, 2012

Ada ketikanya kita perlu untuk merasa sakit demi untuk mendidik diri menghadapi keperitan apabila diri disakiti.