;

Wednesday, November 30, 2011

KU KAN SELALU ADA UNTUK MU



Untuk sahabat di luar sana...APAPUN YANG TERJADI, KU KAN SELALU ADA UNTUKMU...
JANGANLAH KAU BERSEDIH, COZ EVERYTHING'S GONNA BE OK...

Tuesday, November 29, 2011

Sunday, November 27, 2011

KATA

Kata Seseorang:
PERCERAIAN ITU MERUPAKAN SUATU PERKARA YANG MEMALUKAN.

Kata Saya:
MENJALANI KEHIDUPAN BERSAMA ORANG YANG TIDAK KITA CINTAI ATAU SAYANGI ITU MERUPAKAN SATU PENYEKSAAN DAN PENDERAAN KE ATAS DIRI SENDIRI.

Kata Anda:
TEPUK DADA TANYALAH HATI SEBAB DI SITU ADA JAWAPANNYA...

SEMALAM KU BERMIMPI....

Ini kisah sebuah mimpi. Mimpi yang orang sering katakan sebagai mainan tidur. Mimpi juga ada kala dikaitkan dengan perasaan seseorang pada siang harinya. Tidak kurang juga ada yang berpandangan bahawa mimpi merupakan satu petanda/alamat ke atas hidup seseorang. Ada kalanya kita mimpikan tentang ahli keluarga kita, diri sendiri, sahabat kita dan tak kurang juga mimpi yang berlegar pada seseorang yang tidak kita kenali. Apapun tafsiran kita terhadap mimpi, ia sesuatu yang tidak dapat untuk kita elak walaupun sebelum tidur kita siap membasuh kaki dan berwuduk; itu petua orang tua. Saya tidaklah mengamalkannya, oleh itu tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Tapi kenyataan yang saya tahu, saya jarang bermimpi dan kalau bermimpipun, keesokan harinya saya tidak ingat akan mimpi saya itu lagi. Hmm...aneh kan?

Semalam saya bermimpi dan aneh juga mimpi ini saya masih ingati hingga sekarang. Dalam mimpi tersebut, saya berada di sebuah tempat yang saya tak pasti sangat di mana sebenarnya dan terlihat seorang sahabat saya begitu sugul dan murung wajahnya. Saya dekati dirinya, memandang wajahnya yang sugul itu tanpa berkata-kata dan dengan tidak semena-mena sahabat saya itu menangis, teresak-esak pula. Tangisnya semakin lama semakin kuat hingga terhenjut-henjut badannya menahan esakan. Saya yang masih diam cuba memujuk dengan memegang bahunya dan dia tiba-tiba memeluk saya. Selepas itu dia memandang tepat ke bola mata saya dan tanpa mulutnya bergerak ada sesuatu yang disampaikan kepada saya. Dia meminta saya untuk membantunya, menyelamatkannya dari seseorang yang saya kenali siapa gerangannya. Saya katakan kepadanya hanya dia sahaja yang dapat melepaskan dirinya daripada situasi ini. Dan sekali lagi dia menangis.

Tersentak akan sesuatu, tiba-tiba saya terjaga dan terus melihat jam. Saya fikirkan seketika akan mimpi tersebut, dan kemudian terus menyambung tidur saya. Sekali lagi, bagaikan drama bersiri, mimpi itu bersambung kembali, tetapi kali ini dengan situasi yang berbeza dan di sinilah saya tidak dapat mengingati sepenuhnya akan mimpi tersebut. Saya terjaga semula, melihat jam dan bingkas bangun untuk menunaikan solat subuh dan kemudia memanjat doa buat sahabat saya. Itu sahaja rasanya bantuan yang dapat saya berikan kepadanya seandainya itu yang diperlukan dari saya.

Friday, November 18, 2011

Salahkah Aku Terlalu Mencintaimu


Kutatap dua bola matamu.
Tersirat apa yang kan terjadi.
Kau ingin pergi dariku.
Meninggalkan semua kenangan.
Menutup lembaran cerita. Oh sayangku...
Aku tak mau... Ku tau semua akan berakhir.
Tapi ku tak rela lepaskanmu.
Kau tanya mengapa aku tak ingin pergi darimu.
Dan mulutku diam membisu...

Salahkah bila diriku terlalu mencintaimu.
Jangan tanyakan mengapa
Karena aku tak tau.
Aku pun tak ingin bila
kau pergi tinggalkan aku.
Masihkah ada hasratmu
tuk mencintaiku lagi.
Apakah yang harus aku lakukan.
tuk menarik perhatianmu lagi...
Walaupun harus
Mengiba agar kau tetap disini.
Lihat aku duhai sayangku...

Wednesday, November 16, 2011

TENTANG SESEORANG



Lama tak dengar lagu ni. Dari OST Ada Apa Dengan Cinta.

Monday, November 14, 2011

BINA ATAU MUSNAH?

Saya mempunyai satu hobi yang melekakan iaitu bermain puzzle tapi ini bukan sebarang puzzle. Puzzle ni memerlukan saya untuk membina sesuatu, tak kira la sebuah monumen, seekor dinosaur, sebuah alat dan macam-macam lagi. Puzzle ni daripada kayu dan saya perlu membuka satu persatu bahagian dengan teliti dan berhati-hati supaya tidak patah/rosak sebab kalau terjadi bergitu, maka sama ada akan tempang atau tidak siap apa yang saya cuba bina itu nanti. Binaan terakhir saya seingat saya ialah helikopter (pernah post di FB) dan lepas tu tak ada lagi. Saya mengambil masa lebih kurang sehari setengah untuk menyiapkan helikopter tersebut dan itu memerlukan saya untuk berkurung sepanjang masa di dalam bilik kerana tidak mahu ada gangguan. Konsentrasi sangat perlu, kalau tidak silap pasang bahagian, maka akan cacatlah nanti benda tersebut. Sehingga ke hari ini, saya sudah berjaya menyiapkan banyak benda antaranya kapal selam, kapal layar, pistol, T-Rex, kereta kebal, kereta lumba, kereta klasik, dan banyak lagi sampai saya sendiri pun dah terlupa termasuklah helikopter tadi. Ada antaranya masih dalam keadaan baik di bawah jagaan saya dan ada pula yang telah dihancurkan dek tangan-tangan anak saudara yang suka sangat memegang dan bermain dengannya sampai patah benda tu dibuatnya. 

Dengan menggunakan hobi saya ni sebagai contoh, yang ingin saya rumuskan ialah IT TOOK 100 YEARS TO BUILD A NATION BUT ONLY ONE DAY TO DESTROY IT! Fahamkan? Ini pepatah Inggeris yang pernah saya baca. Nation tu besar sangat bunyikan? Tapi mesejnya tetap sama. Sebenarnya, kita ni kalau nak membina apa pun, sebagai contoh mudah sebuah perhubungan, sangat lama dan agak mengambil masa untuk hubungan tersebut subur mekar sebab disebalik sayap-sayap perhubungan tersebut terselit pisau-pisau yang akan melukakan diri kita andai kita tidak berhati-hati. Itu perumpaan yang diberikan oleh Kahlil Gibran. Dan ia memang benar. Bukanlah mudah untuk memastikan sebuah perhubungan itu berjaya digerakkan kerana elemen yang perlu ada dalam usaha tersebut ialah antaranya kasih sayang, kesabaran, kepercayaan, keyakinan, tolak ansur dan saling kebergantungan. Dalam konteks ini, walaupun saling kebergantungan dilihat sebagai satu elemen negatif kerana akan hanya membuatkan insan menjadi tidak berdikari, tetapi dalam konteks hubungan pula saya melihat ia sebagai satu keperluan sebab dari situlah akan meledakkan rasa kasih yang tinggi terhadap seseorang. Daripada ledakan rasa itulah akan selalu membuahkan satu rasa bahawa dirinya amat diperlukan dalam hidup saya. Saya telah melalui sebuah perhubungan yang mana ketiadaan beberapa elemen yang saya sebutkan di atas membuatkan perhubungan tersebut musnah akhirnya. Dari situ, saya renungi semula kehidupan ini dan saya yakini, itulah perkara yang saya perlu ada sebenarnya dalam memastikan sesebuah perhubungan yang saya jalinkan akan berjaya. Dan ia tidak akan saya ulangi dengan melakukan kesilapan yang serupa.

Hakikatnya, memusnah itu lebih mudah daripada membina. Tapi apakah kemusnahan itu berlaku dengan sendirinya? Adakah pula insan tidak berusaha untuk membina sesuatu yang baik demi memastikan apa yang ingin dibina itu berjaya dicipta? Sebab itulah perlu adanya sifat tolak ansur sesama manusia. Walaupun tidak sepenuhnya memberi keyakinan, namun ia sedikit sebanyak dapat menyerapkan dalam hati kita bahawa 'saya sedang cuba melakukan sesuatu yang baik untuk membina semua ini.' Sekiranya ia tidak juga dapat diberikan, maka mustahil untuk proses pembinaan itu dapat terhasil dengan mudah. Kalau terbina pun ia, saya pasti ia terhasil daripada hati yang telah remuk dan calar-balar bahkan dipenuhi kesan parut akibat luka yang dilukai, berkali-kali. 

Saya hanya ingin membina sesuatu berlandaskan sesuatu yang telah saya yakini sejak dari mula. Dan saya tidak akan teragak-agak untuk memusnahkan ia seandainya saya yakini bahawa tidak akan terbina apapun daripada usaha saya selama ini melainkan hanya membawa kepada luka baru pada hati selain parut luka lama yang dilukakan semula, berkali-kali. Untuk itu juga, saya sanggup berhadapan dengan apa juga kemungkinan, dugaan dan cabaran demi untuk mempertahankan sesuatu yang saya yakini kesemua elemen terkandung di dalamnya kerana saya tahu bukan mudah untuk saya mendapatkan kesemua elemen tersebut dalam sebuah perhubungan. Saya yakini, tuhan menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk saya, kerana itu Dia berikan dugaan dan ujian kepada saya kerana  Dia tahu saya mampu mengharunginya. Sama seperti hobi puzzle saya, walaupun ada kala berhadapan dengan kesulitan dalam proses pembinaan tersebut, kesabaran dan keyakinan saya amat tinggi dalam memastikan bahawa ianya akan tetap dapat saya selesaikan. Tiada apa-apa halangan yang akan mengganggu-gugat saya dalam melalui proses ini. Dan saya berjaya buktikan, memang selama ini saya telah berjaya menyiapkan semua puzzle tersebut tanpa ada satu pun yang termusnah atau saya musnahkan sendiri kerana proses yang saya lalui penuh dengan kecintaan dan minat yang mendalam selain kesabaran yang tertanam di dalam jiwa saya yang rapuh ini.