;

Monday, October 31, 2011

Kerinduan ini,
Terlalu dalam untuk diselami,
Kepiluan ini,
Terlalu pahit untuk dikenangi,
Kesakitan ini,
Terlalu perit untuk diteladani,
Kekecewaan ini,
Terlalu sukar untuk difahami,
Kebahagiaan ini,
Tidak sering dikecapi,
Kemanisan ini,
Bukan untuk dinikmati,
Kepahitan ini,
Hinggapnya kekal dihujung hati,
Kemesraan ini,
Satu keindahan untuk dikenangi.

MENSYUKURI APA YANG ADA..TERIMA KASIH SAHABAT!

Seorang sahabat telah menyedarkan saya tentang pentingnya untuk mensyukuri nikmat dan apa yang telah Allah berikan/hadiahkan dalam hidup saya kerana menurutnya sekiranya saya masih tidak mengendahkannya, satu hari nanti nikmat tersebut akan Allah tarik semula dari hidup saya. Saya renung dalam-dalam kata-katanya, mengiyakan sebuah kebenaran. Ada sesuatu yang telah Allah tarik dari hidup saya di atas kekhilafan dan kealpaan saya untuk tidak mensyukurinya sedangkan apa yang telah diberikan merupakan sebuah hadiah yang tidak ternilai untuk sesetengah orang. Saya membiarkan 'hadiah' tersebut diambil dari hidup saya tanpa sebarang penyesalan dan hari ini pula saya rasa tidak wajar untuk timbul kekesalan tersebut di dalam sanubari kerana apa yang telah diambil tidak mungkin akan dikembalikan. 

Saya bangun pagi ini dengan satu semangat baru. Saya ingin mensyukuri apa yang telah saya punyai selama ini. Segalanya! Sekiranya Allah izinkan, saya tidak mahu kehilangan satu pun dan untuk itu saya akan berusaha untuk menjadi yang terbaik agar akan datang tiada lagi penyesalan yang akan berlaku. Saya kutip semua kata-kata sahabat saya, demi untuk kebahagiaan saya, kebahagiaan insan-insan di sekeliling saya, yang ada di dalam hati saya. Saya akan menjadi seseorang sebagaimana yang diperlukan. Saya harap saya punya dan diberi kekuatan untuk mengotakan setiap apa yang saya janjikan. 

TERIMA KASIH SAHABAT!

Sunday, October 30, 2011

Dalam kesebalan, kerumitan, ketensenan, kebiulan, kekusutan, kekalutan, kekecewaan, kehampaan, kesedihan, kegembiraan, kebarangkalian dan bermacam-macam lagi ke..an yang ada dalam kepala hotak saya sekarang ni, saya telah menjebakkan diri dengan aktiviti yang baru ini dan saya rasa ianya amat membantu saya menangani semua ke..an yang disebut tadi. Bermula hari ini, ia akan menjadi salah satu aktiviti yang akan saya lakukan di masa lapang, sama ada berseorangan ataupun dengan adik saya. Dan langkah pertama yang harus saya lakukan ialah membeli sebuah BASIKAL!!! Tadi petang pun dah ajak adik pergi meninjau basikal di kedai, saja nak tengok harga, jadi nanti bolehlah diketepikan sedikit duit bagi tujuan tersebut. Saya minat dengan basikal ni, jenama RALEIGH, harganya pun bagi saya boleh tahan untuk sebuah basikal, mana taknya, kalau saya beli basikal ni bererti kos lepas saya ialah sebuah PSP, yang saya sangat berminat juga untuk membelinya! Tapi tak apalah, kepuasannya lain. Saya rasa inilah yang ingin saya lakukan ketika ini. Oleh itu, tolong RESTUI minat baru saya ini...hehehhee...

Tuesday, October 25, 2011

SESUATU YANG MENERJAH

Ada sesuatu yang menerjah ke dalam kotak mel saya hari ini. Macam selalu, banyak benda sebenarnya yang berjaya menerjah masuk ke dalam kotak mel saya, sama ada yang saya mahu ataupun tidak mahu. Berbalik semula kepada sesuatu ini, saya agak tertarik untuk membacanya dari hanya membaca tajuknya sahaja. Lalu saya klik dan baca. Satu persatu, sebaris demi sebaris (tidaklah sampai tahap mengeja!). Mesejnya sangat jelas walau hanya dibaca sekali sahaja. Tetapi entah kenapa, saya memilih untuk membacanya berkali-kali juga! Bukan kerana bahasanya yang indah, juga bukan kerana penceritaannya yang menarik tetapi kerana tarikan sesuatu yang pada awalnya sudah berjaya menangkap perhatian saya! Saya baca lagi. Mesej yang memang saya sudah sedia faham, difahami sekali lagi, dan lagi, dan lagi dan akhirnya saya memilih untuk terus menutup kotak mel saya itu. Tidak terfikir untuk memberikan komen apatah lagi membalasnya. Cukuplah mesej yang cuba disampaikan, saya terima. Itu sahaja yang ingin saya katakan.

am i really that stupid,
sitting here all alone,
waiting for miracles to come,
or pray for something to turn the other way round?
crossing my fingers and hoping magic can be done,
when everything seems to be very clear,
that nothing can be undone,
hope will only floats,
and time will never stop,
no matter how hard i try,
EVERYTHING WILL REMAIN AS IT IS...


I’m not that naive
I’m just out to find
The better part of me

I’m more than a bird...i’m more than a plane
More than some pretty face beside a train
It’s not easy to be me

Wish that I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie
About a home I’ll never see

It may sound absurd...but don’t be naive
Even heroes have the right to bleed
I may be disturbed...but won’t you concede
Even heroes have the right to dream
It’s not easy to be me

Up, up and away...away from me
It’s all right...you can all sleep sound tonight
I’m not crazy...or anything...


Tidak pernah saya sangka sesuatu yang saya lakukan yang kenyataannya tidaklah seistimewa mana, atau berhempas pulas segala, sekadar satu tindakan yang biasa-biasa sahaja namun akhirnya berjaya memberi impak yang agak besar juga pada diri seseorang. Apa yang saya cuba lakukan sekadar ingin meluahkan perasaan saya pada ketika itu, dan ternyata apa yang saya cuba sampaikan telah dapat diterima dengan baik malah lebih daripada itu! Kenyataannya, apabila sebuah rasa itu cuba diperlihatkan secara ikhlas, keikhlasan itu berjaya diterima sekaligus memberikan pelbagai perasaan lain sebagai susulan. Indahnya bukan pada benda-benda tetapi apabila olahan perasaan yang pada awalnya cuba disampaikan berjaya diinterpretasi dengan perasaan juga oleh orang lain! 
Kadang-kadang dengan sedikit dan sekecil perkara yang kita lakukan, berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati seseorang hinggakan kita terfikir yang mungkin orang lain takkan mampu melakukan sedemikian kepada kita. Apakah itu kata hati yang sedang dalam kegembiraan ataupun sebenarnya kata akal yang cuba menidakkan kenyataan? Mungkin kita boleh merasakan yang hidup ini serba indah dengan adanya seseorang yang kita sayangi disisi kita dan dalam masa yang sama pula menidakkan kehadiran insan lain yang cuba menggembirakan hati kita. Kata hati dan kata akal memang tidak pernah sama! Seperti diri saya sendiri, belajar untuk meneruskan kehidupan mengikut acuan yang saya pilih walaupun pada awalnya saya telah melakukan sedikit kesilapan, namun apabila kehidupan itu tetap harus diteruskan, acuan baru harus digunakan dan kali ini harap saya tidak silap lagi dalam memilih acuan. Orang lain, sesiapa sahaja boleh mengatakan bahawa suatu perkara itu harus dilakukan walaupun bukan dengan kehendak sepenuh hati mereka, tapi demi kelangsungan hidup. Buat saya berfikir sejenak, adakah itu REALITI ataupun sebenarnya FANTASI yang sedang diangan-angankan? Mungkin dalam konteks ini ia bolehlah disamakan dengan SAYA MAKAN NASI HARI INI SUPAYA SAYA BOLEH HIDUP ESOK HARI. Inilah yang mungkin dimaksudkan dengan kelangsung hidup itu barangkali. Secara langsung atau tidak, itu pilihan masing-masing yang kita sebagai pemerhati ni tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan tersebut kerana KITA BUKAN SIAPA-SIAPA disisi mereka sebenarnya. Biarlah mereka memperjudikan nasib mereka sendiri kerana itu juga yang kerap kita lakukan dalam kehidupan sendiri. HIDUP = PERJUDIAN??  Ya, pada saya itulah hakikatnya! Kalau bukan judi, tak taulah lagi istilah yang sesuai. Kata mak, tak baik disamakan kehidupan dengan sesuatu yang jelas haram, tapi kebenarannya itulah dia. Kita akan menangis apabila bersedih dan ketawa apabila sedang gembira. Sama jugalah seperti judi, kalau tak menang, kalah. Itu je pilihannya. Kalau menang, kita senang hati. Kalau kalah, muka monyok sepanjang hari. Penekanan saya terhadap satu perkara, buatlah apapun, pilihlah siapapun, pergilah kemanapun dan rancanglah macam mana pun, selagi itu yang kita rasa kita ingin lakukan, tak ada benda lain yang akan menghalang laluan kita melainkan diri kita sendiri yang mengesahkan halangan tersebut. Diri kita sendiri yang akan membersihkan tiap halangan yang ada dihadapan. Diri kita sendiri yang akan mengenalpasti jenis halangan yang ada dihadapan dan dari situ mudahlah untuk ia diatasi. Pucuk pangkalnya adalah diri kita. Kalau itu yang kita mahu, itu jugalah yang akan kita lakukan. Tentang ini, saya rasa saya tak silap, dan kadang-kadang terasa seperti ingin menghentikan masa daripada terus berdetik, agar apa yang sedang dilalui...
BIAR SAHAJA BERAKHIR...


Sunday, October 23, 2011

ADA APA DENGAN...SAYANG?

Seorang sahabat pernah bertanyakan kepada saya satu soalan suatu ketika dahulu. Soalannya, pandangan saya terhadap sayang. Dan jawapan saya:

1. Sayang itu tercetus daripada perasaan yang lahir dari hati. Ia tidak bermazhabkan nafsu, malah tidak juga disebabkan paksaan. Ia hadir secara semula jadi namun kita sedar akan kehadirannya.
2. Sayang itu bukan sekadar ucapan pada bibir tetapi yang lebih utama, ia menggambarkan sebuah perasaan yang tersembunyi jauh di dalam hati, tidak dapat dilihat, namun apabila sekali terluah, keindahannya dirasai segenap jiwa!
3. Sayang itu indahnya bukan pada ungkapan, tetapi pada penghayatan seseorang yang melafazkan dan seseorang yang menerimanya. Apabila yang melafazkannya adalah insan yang kita sayangi, penerimaannya adalah kebahagiaan sepanjang hari untuk insan yang menerimanya. Cuba bayangkan andai ungkapan itu hadir daripada seseorang yang tidak mendapat tempat di dalam hati kita? Bahagiakah kita apabila mendengarnya?
4. Sayang itu tidak boleh diukur dari segi panggilan. Sayang itu hanya boleh diukur andai hati kita boleh diselami oleh insan yang kita sayangi dan sayang itu juga boleh dipaparkan menerusi perbuatan, tingkah laku dan penerimaan insan yang disayangi tersebut.
5. Sayang itu bererti memberi dan menerima, sentiasa berusaha untuk mengekalkan keharmonian demi kerukunan sebuah hubungan. 
6. Sayang itu bererti seseorang itu senantiasa diingati, tidak kira di mana, dalam apa keadaan sekalipun, dalam hela nafas, dalam setiap denyut nadi.
7. Sayang itu melahirkan kerinduan lebih-lebih lagi apabila berjauhan. Kerana sayang, ingatan itu menjadi semakin mendalam.
8. Akhir sekali sayang itu memberikan kita rasa kesepian apabila tiada dirinya.

Selepas memberikan jawapan saya, sahabat tadi merenung jauh. Apa yang ada di dalam kepalanya, tidak dapat saya baca. Mungkin apa yang saya katakan tidak sama seperti apa yang dia tafsirkan. Pandangan kita sememangnya tidak akan sama antara satu sama lain. At least, dengan cara itu, tidaklah kita akan mendengar perkara yang sama je. Sesekali bagilah minda kita terbuka kepada sesuatu yang berbeza. Ye tak? Jadi.... ADA APA DENGAN SAYANG SEBENARNYA???







Tuesday, October 18, 2011

SEKEPING KANVAS BERWARNA PUTIH

Hidup manusia ni umpama sehelai kanvas putih. Apabila terpercik satu warna di atasnya, keseluruhan kanvas sudah tidak putih seperti sedia kala lagi walaupun hanya bahagian tertentu sahaja yang menerima percikan warna tersebut. Apabila dilukiskan pula dengan corak dan hiasan, maka akan terpamerlah keindahan yang hanya mampu diinterpretasi oleh orang yang melihatnya.

Tafsiran manusia yang melihat kanvas yang tadinya putih bersih, kini sudah mula diwarnai, berbeza antara satu sama lain. Ada yang memandangnya indah dan ada pula sebaliknya. Masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza bahkan ianya mungkin juga tidak sama seperti apa yang terkandung dalam benak hati pelukisnya. Sebuah kanvas yang telah diwarnakan menggambarkan kehidupan manusia yang ada kalanya indah untuk dilihat dan ada ketikanya pula tidak. Manusia berhak untuk mewarnakan kehidupannya dengan apa warna, corak bahkan hiasan sekalipun. Tiada siapa yang mampu membantah atau menidakkan sebarang tindakannya selagi ianya tidak menyalahi apa-apa peraturan dan mengganggu gugat kehidupan orang lain. 

Saya tidak pasti warna atau corak apa yang akan cuba saya berikan pada kanvas saya sekarang. Banyak perkara yang ada di dalam kepala namun tidak pasti bolehkah ia saya terjemahkan menjadi sebuah lukisan yang indah kelak? Biarlah masa yang menentukan segalanya........

Monday, October 17, 2011

Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku

Kucuba dan terus mencuba

Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku

Derita oh derita

Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya

Tapi pasti suatu hari nanti

Sinar suriakan menjelma
 

Wednesday, October 12, 2011

EVERYDAY I LOVE YOU

I don't know but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you
I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn somethng new
Everyday I love you
'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul.
It's a touch when I feel bad
It's a smile when I get mad
All the little things I am
Everyday I love you
Everyday I love you boy
Everyday I love you
'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul
If I asked would you say yes?
Together we're the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you
And I'll give you my best
Everyday I love you 


Tuesday, October 4, 2011

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah