;

Thursday, September 29, 2011

TIGA KATA



Tiga kata je... harap-harap sekali disebut akan kekal selamanya...

Tuesday, September 27, 2011

This I Promise You



NO MATTER HOW HARD IT IS...THIS IS PROMISE YOU....

Tuesday, September 20, 2011

Sunday, September 18, 2011

REDHA


'Bila Allah cepat makbulkan Doa mu, Maka DIA Menyayangi mu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doa mu, Maka DIA Ingin Menguji mu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doa mu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untuk mu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului Kemurkaan Nya'.
 
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, Insya ALLAH. Berfikirlah secara positif, sesuatu yang berlaku itu kalaupun ia tidak memberi kebaikan kepada kita, allah dah janjikan kebaikan itu untuk dia, seseorang yang berada di luar sana...tak kiralah siapapun atau apapun gelaran yang kita berikan kepada mereka.


Wednesday, September 14, 2011

KOS LEPAS DALAM HIDUP

Best betul bila sebut pasal kos lepas ni. Sebut je kos lepas, terus teringat dengan teori ekonomi. Hah, korang yang amik subjek ekonomi masa sekolah menengah dulu takkan la tak tau apa ke benda kos lepas ni kan. Wat malu je la kalau lupa..hehehehe.... Sorry la, saya tak rajin la pulak nak bercerita pasal teori ekonomi ni kan sebab kalau korang nak tau, leh lah rajinkan diri bukak buku ekonomi!! hahaha...jangan marah!!!

Dalam malas nak cerita panjang pasal kos lepas ni, rasanya kena gak la bercerita skit sebab nak nampakkan persamaan ia dalam kehidupan kita. Bila kita mempunyai keinginan yang tidak terhad sedangkan kemampuan kita agak terhad terutama sekali dari aspek kewangan, sudah semestinya kita harus membuat keputusan, yang mana berkesudahan dengan ada antara keinginan tersebut yang terpaksa dilepaskan demi sebuah keinginan yang lebih utama. Itu dalam ekonomi. Hakikatnya dalam kehidupan kita pun begitu juga. Ibarat berada dipersimpangan di mana kita harus memilih dan pada setiap simpang itu sudah dijanjikan sesuatu untuk kita andai itu pilihan kita. Apa yang berlaku ialah salah satu pilihan tersebut akan menjadi kos lepas. Mungkin kalau ada rezeki kita boleh berusaha untuk mendapatkannya kembali dan ada kemungkinan juga ianya ibarat peluang sekali dalam hidup, yang mana bila sudah dilepaskan tidak mungkin akan dapat kita milikinya sampai bila-bila! Andai ia peluang sekali dalam hidup, harap-harap saja pilihan pertama yang kita lakukan itu tepat! Tapi itulah juga antara sebab mengapa diberikan pelbagai rasa dalam kehidupan. Yang pasti, kos lepas ini berlaku dalam apa jua keadaan dan situasi. Bukan hanya dalam ekonomi! Akhirnya membawa saya untuk mengingati akan bait-bait lirik lagu ini....Kanku coretkan kenanganmu, Dalam sanubariku ini, Agar jadi yang terindah, Di dalam hidupku ini... Hehehe...walaupun dah jadi kos lepas ke, terlepas ke, melepas ke, ia akan tetap menjadi sebuah kenangan yang terindah... 

Monday, September 5, 2011

Ada kala...kesedihan itu datangnya secara tiba-tiba,

Mengetuk pintu hati, memberi lara yang tidak dipinta.

Ada kala kesedihan itu datang tanpa disedari,
Entah bila ia menjelma, hanya linangan air mata yang menjadi saksi.

Ada kala kesedihan itu menjadi peneman diri,
Biarpun kecewa namun ia setia mendampingi.

Ada kala kesedihan tak mampu diucapkan,
Biar diam membisu, hakikat ia penuh dengan pertanyaan.

Ada kala kesedihan itu menggembirakan,
Biar melekat di hati, kepahitan kan kelak meringankan beban.