;

Monday, August 22, 2011

Sekadar ingin berkongsi kata-kata yang dipetik dari blog seseorang. Sesuatu yang tidaklah panjang untuk dibaca namun sangat meninggalkan kesan kepada saya yang membacanya kali pertama....
Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

Tuesday, August 9, 2011

Wow! Seronok tak terkata saya bila terjumpa balik dengan poster ni! Sebenarnya saya ni memang peminat cerita Blues Untuk Aku yang dahulunya dipopularkan oleh kartunis Aie (rasanya sampai skang Aie masih berkarya) dan poster ini merupakan antara poster yang saya tampalkan pada dinding di tepi katil, menjadi perangsang motivasi kepada saya sepanjang zaman belajar di ITM dahulu. Setiap kali nak landing atas katil tu, akan pandang poster tu dulu dan kemudiannya berfikir dua tiga kali sama ada nak teruskan hasrat untuk tidur atau gunakan masa tidur tu untuk belajar. hehehhee...ayat dia memang sangat-sangat memotivasikan diri saya time tu. Yelah..siapa nak jadi orang bangang kan.....hehehe... Dah dapat masuk universiti, tapi tak gunakan peluang dan kesempatan yang ada tu dengan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya di pertengahan jalan, kandas! Masa zaman belajar sangat takut memikirkan perkara itu. Yang ada dalam kepala cuma belajar, dan belajar je. Tak nak nanti dikategorikan sebagai orang bangang. Alhamdulillah.... Melihat semula kepada poster itu mengingatkan semula saya kepada nostalgia tersebut.......


Sunday, August 7, 2011

AKU INGIN

Sesungguhnya..


aku hanya ingin melihat dirimu menjadi yang terbaik, memiliki semua yang terbaik, memanfaatkan perkara-perkara yang baik untuk menjadi yang terbaik,
didampingi oleh insan yang baik,
dan mempunyai masa depan yang baik. 

Andai itu semua telah kau miliki, mata ini akan terpejam tanpa sebarang kesal yang beraja di hati.

Dan hati itu kembali berbisik......


Wednesday, August 3, 2011

BERCAKAP BILA PERLU

Di bulan puasa ni ada baiknya kalau kita kurangkan bercakap benda yang yang tidak berfaedah dan lebihkan kepada melakukan perkara-perkara yang lebih membawa manfaat. Itu saya akui. Bila banyak bercakap ni sebenarnya lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Banyak bercakap boleh menyebabkan seseorang tu haus. Banyak bercakap juga boleh jadi menjurus kepada perbuatan menceritakan perbuatan orang / mengumpat dan perkara itu sangat-sangat ditegah dalam bulan puasa ni. Banyak bercakap juga ada kala membawa kepada berbicara tentang perkara-perkara yang ditegah. Oleh itu kurangkan lah untuk bercakap dan banyakkanlah berselawat, berzikir memuji Allah s.w.t.

Seorang teman pernah berkata.... "kadang-kadang kita diam ada sebab, bukan sebab marahkan orang semata tetapi ada kala kita cuma nak tenangkan hati disamping mengingati Tuhan..."

Wallahualam...

Tuesday, August 2, 2011

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Alhamdulillah, dapat lagi diri ini menyambut ketibaan Ramadhan untuk tahun ini bersama seluruh ahli keluarga yang tercinta. Masih teringat lagi tahun lepas saat penghujung Ramadhan, hati kecil berkata, masih dapatkah aku menyambut Ramadhan akan datang? Alhamdulillah....


Dikesempatan ini saya nak mengalukan kehadiran Ramadhan ini dengan menyeru semua sahabat-sahabat bloggers untuk sama-sama kita menggandakan kebajikan dan pahala dengan beribadah, bersedekah dan tak lupa juga dengan melakukan solat terawih. Kembali teringat semasa saya masih tinggal di hostel bersama teman-teman, setiap kali Ramadhan kali tidak lepaskan peluang untuk berterawih di surau berhampiran pejabat. Untuk 2 minggu yang pertama memang rajin. Tapi bila masuk minggu seterusnya, dengan undangan berbuka puasa di luar terpaksa dipenuhi maka terawih pun dah jadi lompong sana sini. Untuk tahun ni, undangan berbuka puasa masih belum diterima tapi setakat merancang untuk berbuka bersama teman-teman sepejabat, itu memang dah ada dalam perancangan. Insyaallah ye kawan-kawan.....hehehehe...

Semoga Ramadhan ini menjadi pemangkin untuk kita menguatkan lagi ibadah kepada Allah s.w.t dan kata-kata ini saya tujukan untuk diri sendiri...Mudah-mudahan....Amin....