;

Tuesday, July 26, 2011

Nak dijadikan cerita, semalam perabot baru untuk bilik saya telahpun sampai. Maka apa lagi, ofis jadi tunggang langgang macam dilanggar todak la dibuatnya! Dalam kesibukan mengemas barang-barang, tiba-tiba terjumpa la satu kad ni (sebenarnya banyak kad yang saya jumpa sebab kebiasaannya kad-kad ucapan yang saya terima semua saya sumbat tak kiralah kat mana pun (laci, fail, beg dll). So, bila dah terjumpa semula dengan kad-kad ucapan lama ni, maka dibukalah satu persatu untuk dibaca semula dan kad ini menarik perhatian. Dikirim oleh seorang teman saya, sama seperti kad-kad yang lain, cuma ucapannya sahaja yang agak menarik.... hehehe... (jangan harap la saya nak tulis di sini!!!) 


Well, semua kad-kad ucapan tersebut saya simpan di dalam almari, buat tatapan hari depan pula...

KISAH SEHELAI DAUN KERING..WHAT A LIFE...

Kisah sehelai daun kering yang saya temukan di tepi pantai satu ketika dahulu, tersadai di atas pepasir putih yang saya jangka entah berapa kali ia dihanyutkan dek arus pantai yang sentiasa pasang surut dan kemudian terdampar lagi di pantai tatkala air laut mula surut. Tentu berulang kali proses ini berlaku, namun, ajaibnya ia tidak reput atau hancur, sebaliknya hanya menampakkan rangka sahaja. Memang ajaib! 


Bila dilihat semula daun tersebut dan dibandingkan pula dengan kehidupan kita, life manusia sama seperti daun, daripada berada di dahan, layu lalu gugur ke bumi dan seterusnya melalui proses 'repetation' sama ada disebabkan oleh faktor persekitaran, individu mahupun lain-lain. Hidup manusia pun ada pasang surutnya. Tidak sentiasa gembira malah diselang selikan dengan duka juga. Apabila selesai melalui situasi pasang surut tersebut, terpaksa melangkah pula melalui proses ulangan, perkara yang sama ataupun yang berbeza, namun berulang kali sehinggalah kepada hembusan nafas yang terakhir. Kalau daun mengering disebabkan oleh  proses dihempas pantai, dihanyutkan ke laut dan seterusnya terdampar semula ke pantai, sebaliknya manusia pula akan melalui proses kesakitan, dukacita, gembira, sedih, pahit, manis, semuanya, berulang kali hingga ada kala buat kita sudah mula hilang rasa untuk mengecapi segala melainkan melalui tiap proses sebagai satu rutin harian. 

BILA MELIHAT SEMULA KEPADA DAUN KERING YANG SAYA LETAKKAN DI DALAM DOMPET SAYA DAN DIBAWA KEMANA-MANA SAHAJA, IA AKAN SENTIASA MENGINGATKAN SAYA KEPADA PENGALAMAN DAN KENANGAN KEHIDUPAN SAYA YANG SEBENARNYA TIDAK UBAH SEPERTI SEHELAI DAUN KERING YANG TIDAK KIRALAH SETINGGI MANAPUN MULANYA IA BERADA, TIBA MASANYA KE BUMI JUGA IA GUGUR TANPA DIPEDULIKAN LAGI DAN HANYA MENANTIKAN DIRI DIMAMAH BUMI...WHAT A LIFE......

Thursday, July 21, 2011

Ada kala,

Ada ketika,
Jadi terlupa,
Siapa sebenarnya aku..

Wednesday, July 13, 2011

SESUATU YANG SEDANG DIFIKIRKAN

...sebenarnya kalau boleh memang tak nak fikir, tapi tetap gak difikirkan, sebab ianya sentiasa ada dalam fikiran. Kalaulah boleh dibuang segala pemikiran ni, rasa aman sikit fikiran, tidur pun lena...tapi macam mana nak buat supaya ia tidak difikirkan sedangkan ianyalah yang menjadi keutamaan agenda di fikiran sekarang ni..tak boleh betul nak fikir camne caranya untuk tidak memikirkan..difikir-fikir semula, berbaloikah semua yang sedang aku fikirkan ni? macam tak berbaloi...tapi hakikatnya..

ITULAH YANG SEDANG DIFIKIRKAN

Nurul - Kerana Terluka.MP4


Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menentukan…

Tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang…

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu
Bisanya…

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempias membasahai jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa

...dengar lagu ni semalam kat radio..lama betul tak dengar...

Kiranya tempias membasahai jendelamu

Itulah airmata yang jatuh di pipiku, Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu, Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa... part ni yang paling syahdu sekali....huhuhuhu....

Tuesday, July 12, 2011

Francissca Peter : Akulah Kekasihmu (HQ Audio)


Di pertemuan semusim yang lalu
Harumnya suasana
Kehadiranmu sewangi haruman
Menyegarkan perasaan

Tanpa ku menduga
Bagaikan lautan menghempas
Menghanyutkan daku
Terlontar jauh dari sisimu

Mengapa mesti terpisah
Sedangkan aku sabar dalam kesetiaan
Biarkan wajah rinduku terdampar sepi
Menunggu berakhirnya nafas... ini

Sejenak itu aku menyedari
Betapa sayangnya aku
Andainya dikau menyesali diri
Pulanglah kerna akulah kekasihmu

... sejak pertama kali dengar lagu ni 10 tahun yang lalu sampailah kehari ini, lagu ini tetap kekal menjadi lagu kegemaran dan ada ketika tanpa disedari air mata mampu mengalir mengenangkan kisah yang tersirat disebaliknya, dan ianya akan berkekalan begitu...


WHEN I'M GONE


There's secrets in this life that I can't hide
Somewhere in this darkness there's a light that I can't find
Maybe it's too far away, maybe I'm just blind
Maybe I'm just blind

So hold me when I'm here, right me when I'm wrong
Hold me when I'm scared and love me when I'm gone
Everything I am and everything in me
Wants to be the one you wanted me to be

I'll never let you down even if I could
I'd give up everything if only for your good
So hold me when I'm here, right me when I'm wrong
You can hold me when I'm scared you won't always be there
So love me when I'm gone, love me when I'm gone

When your education x-ray cannot see under my skin
I won't tell you a damn thing that I could not tell my friends
And roaming through this darkness I'm alive but I'm alone
Part of me is fighting this but part of me is gone

So hold me when I'm here, right me when I'm wrong
Hold me when I'm scared and love me when I'm gone
Everything I am and everything in me
Wants to be the one you wanted me to be

I'll never let you down even if I could
I'd give up everything if only for your good
So hold me when I'm here, right me when I'm wrong
You can hold me when I'm scared, you won't always be there
So love me when I'm gone


Monday, July 11, 2011



but i can never make you happy...


Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa..


Sunday, July 10, 2011

SOAL HATI, SOAL JODOH

Saya mempunyai beberapa orang teman yang masih belum memperoleh jodoh. Ada antara usia mereka akhir 20an, ada yang sudah menginjak 30an dan tak kurang pula 40 an. Soal jodoh, Allah yang tentukan, itu pegangan saya sejak dulu dan kita sebagai hambanya hanya berusaha mendapatkannya dan seterusnya bertawakal. Bagi saya sendiri, jodoh hadir dikala usia saya 30 tahun. Agak 'tua' dipandangan masyarakat barang kali, tapi who cares! Kalau saya yang memegang kuasa itu, saya tidak akan putuskan pada usia tersebut baru saya akan berkahwin.

Berkahwin di usia lewat, tidak langsung merisaukan saya ketika itu tetapi fikiran agak serabut juga dibuatnya apabila orang sekeliling seperti keluarga dan saudara mara asyik membincangkan perkara itu. 'Bila nak kawin?' 'Tak elok lambat'dan macam-macam lagi. Saya berpegang kepada satu perkara ketika itu iaitu menamatkan pengajian saya, sebab saya ingin mengubah hidup menjadi seseorang yang berjaya dan saya yakin pendidikan mampu merealisasikannya. Ok, bukan kisah saya yang sebenarnya ingin saya ketengahkan tetapi keluhan teman-teman yang masih belum dikurnia jodoh. Saya masih ingat lagi, kata-kata seorang saudara yang merupakan ustazah bahawa dalam mencari jodoh biarlah sekufu atau dalam istilah lain sedarjat. Ini penting bagi memastikan keluarga kita dimuliakan oleh keluarga mertua dan diri kita sendiri tidak diperlekehkan apabila tidak sekufu. Sebagai contoh berkahwin dengan orang kaya (dalam konteks orang kaya yang tidak beriman) sedangkan keluarga kita cuma biasa-biasa je. Sudah tentu keluarga kita sering dihina oleh mertua dan tidak mustahil juga mertua meletakkan diri kita setaraf orang gaji apabila berada di rumah mereka. Lagi satu, soal pendidikan pula. Yang ini yang paling sering saya lihat menjadi perbalahan di kemudian hari. Isteri yang berpendidikan / berjawatan lebih tinggi daripada suami karakternya agak keterlaluan apabila semua keputusan dialah yang akan tentukan yang mana akhirnya si suami itu diperlekehkan dan tidak dipandang sebagai ketua keluarga hanya disebabkan pendidikan / jawatan yang lebih rendah daripada isteri. Ini yang berlaku.

Sering saya nasihatkan teman-teman saya yang rapat, janganlah berkahwin sekiranya kita sudah menduga perkahwinan itu hanya akan membawa dukacita ke dalam hidup kita. Kalau berkahwin dengan tanggapan bahawa seseorang itu akan berubah, itu juga harus dilupakan sebab seorang lelaki (kecuali yang betul-betul baik) memang sangat susah untuk berubah! Itu yang saya lihat menerusi pemerhatian dan pengalaman. Kalau berkahwin demi untuk memenuhi tuntutan agama sehinggakan pakai sapu je orang yang kurang dikenali, bersiap sedialah di masa akan datang nanti. Dalam beberapa kejadian, seorang lelaki itu telahpun menunjukkan beberapa sikap yang menjelekkan, namun dek kerana cinta atau ikatan (sudah bertunang contohnya) sikap sedemikian seolah-olah tidak dipandang, dibutakan mata hati. Satu lagi, ini juga saya lihat menerusi pengalaman. Seorang lelaki yang berkahwin lewat, harus diselidik betul-betul dirinya sebab kebanyakan kes yang saya perhatikan, mereka ini sebenarnya ada sikap yang agak something yang membuatkan ia memberatkan jodohnya. Satu kes yang saya ketahui, lelaki tersebut berkahwin pada usia 30an, seorang yang agak pendiam dan kurang berkawan namun berkerjaya agak baik, berkahwin dengan seseorang yang saya kenali dan beberapa tahun kemudian mereka memilih untuk berpisah dan perpisahan mereka pula melalui proses yang agak sukar disebabkan lelaki tersebut sebenarnya mempunyai sikap/penyakit yang agak keterlaluan sekiranya hendak dicerita. Kes kedua, seorang lelaki berkahwin pada usia 30an juga, ada rupa, pendidikan tinggi dan berkerjaya agak best juga tetapi rupanya seorang yang hanya mementingkan kawan-kawan berbanding keluarga selain baran dan tidak langsung mahu mendengar nasihat walaupun sudah acap kali ditegur oleh mertua. 

Ada teman saya beritahu, seorang lelaki tu tidak kahwin lagi walaupun usia sudah banyak disebabkan kecewa dengan cinta pertama yang tidak kesampaian. Saya tidak gelak mendengarnya, namun hati saya yang gelak! Mungkin teman saya itu masih naif, tidak mengenali insan bernama LELAKI dan menerima sahaja apa jua yang disampaikan atau diceritakan oleh orang sebagai kisah benar. Satu sikap lelaki yang mungkin ada yang tidak tahu, apabila mereka gagal, tidak kiralah gagal dalam apa sekalipun lebih-lebih lagi dalam perhubungan, mereka akan cuba melakukan sesuatu untuk membuktikan yang diri mereka masih 'laku' dan bukan bekas kekasihnya sahaja yang mahukan dirinya tetapi ramai lagi perempuan di luar sana yang menanti! Dia akan cuba segera untuk mendapatkan buah hati baru dan seterusnya ingin menayangkan, kalau boleh, kekasih barunya itu kepada bekasnya. Di situlah letaknya ego lelaki yang mungkin perempuan tidak fahaminya. Ada seorang teman saya, menolak cinta seorang lelaki disebabkan oleh beberapa perkara pada lelaki tersebut yang tidak disukainya dan seminggu dua kemudian dia bercerita bahawa temannya itu sudahpun mempunyai buah hati baru! Hah! Apa cerita tu?? Tapi itulah cerita seorang lelaki. Seorang teman baik saya yang sedang menjalin hubungan dengan seseorang, saya nasihatkan kepadanya untuk selidiki latar belakang teman barunya itu betul-betul dan dia sering menceritakan perkara itu kepada saya apabila mereka keluar bersama. Saya sayangkan teman saya itu, sebab dia sahabat rapat saya, dan dalam usianya yang sebaya saya, saya tidak mahu dia kecewa hanya disebabkan seorang lelaki dan perkahwinan. Dia ada kerjaya yang baik, kehidupan yang baik dan semua itu tidak harus dimusnahkan sewenangnya oleh seorang lelaki! Dia bahagia dengan kehidupannya bersama keluarga kini namun saya tahu dia juga menginginkan jodoh itu mendekatinya kalau boleh. Dengan sesiapapun yang rapat dengan saya, sering saya nasihatkan jangan mudah mempercayai lelaki. Selidik betul-betul diri mereka dan penting juga untuk kita tidak berkahwin dengan lelaki yang berpenyakit sebab perkara tersebut akan memudaratkan diri kita sendiri kelak jika kita berkahwin dengannya. 

Akhir sekali, untuk teman-teman saya yang di luar sana yang masih belum mendapatkan jodoh, hidup kita bukannya akan bermula apabila mempunyai seorang suami. Hakikatnya, hidup kita sudah lama bermula tanpa kehadiran mereka dan oleh sebab itu janganlah biarkan kehidupan ini dimusnahkan oleh seorang lelaki hanya kerana sebuah ikatan dan juga kealpaan kita untuk menilai. Wallahualam. Perkara ini ada dalam kuasa Allah s.w.t. Dia sudah tuliskan semuanya dan jangan dikesali sekiranya masih belum dikurniakan jodoh kerana sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Mungkin juga Allah telah merencanakan untuk mengangkat martabat anda sebagai seorang wali seperti Rabiahtuladawyah, maka sebab itulah dia tidak dikurniakan jodoh yang akhirnya Allah berikan syurga sebagai ganjarannya.

Saturday, July 9, 2011

SEPI


Ada sesuatu yang membuatkan malam ini sepi,

Sesuatu yang membuatkan bintang tidak bertemankan bulan,
ke mana agaknya bulan menghilang?
di saat bintang setia menunggu kehadiran bulan yang nyata tidak kunjung tiba..

DIMANA ADA SAYANG...


Saya biasa mendengar peribahasa 'kalau sayangkan seseorang/sesuatu, tinggalkan sedikit benci' dan begitu juga sebaliknya. Sejauh mana sebenarnya kebenaran kata-kata ini? 

Kalau dilihat semula dalam kehidupan, pengalaman dan kisah-kisah yang telah saya harungi sejak kecil hingga besar, aspek ini sering terjadi sebenarnya. Cuma ada kalanya ianya tidak sepenuhnya dapat dilaksanakan. Berapa ramai yang ingin membenci seseorang /sesuatu yang disayanginya? Mungkin bila berada dalam keadaan marah, masa itulah kebencian akan hadir. Tapi bila perasaan sedang tenang? Boleh ke? Apa tujuan untuk diletakkan benci kepada sayang yang sedia wujud? Saya belum pernah lagi mengamalkan ia namun saya suka untuk berikan pandangan. Mungkin yang dimaksudkan bukanlah untuk membenci selamanya tetapi yang sebenarnya ialah meletakkan had sayang itu kepada satu tahap di mana apabila ia sudah sampai kepada tahap tersebut, ia akan terhenti di situ. Begitu juga dengan benci. Seseorang pernah berkongsikan fakta kepada saya bahawasanya apabila kita memarahi atau membenci seseorang/sesuatu, badan kita akan mengeluarkan sejenis asid dan asid ini seterusnya akan mengganggu sistem tubuh daripada beroperasi sebaiknya. Asid ini akan kekal berada dalam tubuh untuk tempoh yang lama juga walaupun pada ketika itu kemarahan/kebencian kita itu hilang. Oleh sebab itulah, kita tidak digalakkan untuk membiarkan rasa benci atau marah itu membara untuk tempoh 3 hari, sebab kesannya pada tubuh badan kita adalah lama. Saya percaya dengan fakta ini sebab saya lihat tiap kali saya marah atau wujud rasa benci, saya dapat rasakan sistem tubuh saya macam ada yang tak kena. Sakit di sana sini. Tapi bila hilang rasa tu, elok pula. 

Dulu, saya pernah bermusuh dengan seorang sahabat, lama juga. Tapi, satu hari tercetus satu rasa kepadanya. Ingatan! Dan bermula dari situ rasa lain pula yang menjelma dan bermula detik itu saya cuba untuk berhubung semula dengannya. Mungkin, kita harus sentiasa menjadi seorang pemaaf sekiranya kita mahukan yang terbaik untuk diri kita dan sebenarnya juga bila kita memberikan yang terbaik kepada diri kita, kita sebenarnya telah memberikan sesuatu yang baik juga kepada orang lain, secara tidak langsung. Even kalau kita membenci seseorang pada awalnya, tapi bila kita berikan sedikit rasa sayang kepadanya, ia akan mengubah diri kita tanpa disedari kepada satu sifat yang kita sendiri tidak duga, iaitu sifat PEMAAF. Itulah yang saya fahami tentang kata-kata tersebut. Saya telah mula mempraktikkannya. Cuma saya tidak tahu sejauh mana saya mampu untuk meletakkan rasa benci kepada sesuatu yang yang sayang pula. Adakah saya mampu? Entah. Mungkin boleh untuk dicuba dan lihat nanti perubahannya.

Saturday, July 2, 2011

Perlahan bawa semua tanya
Satu bersamaLangkahdi taman ini
Terangkai bunga tanda
Cinta murni adanya
Tapi kekasihpun tiada
Muncul hapus rinduku

Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan
Atau hanya.. mimpi.. yang tiada pernah berakhir jua
Terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya bagi dia
Kan kurasa sepi.. meratapi.. 
malang tanpa dirinya







...bestnya kalau dapat buat macam pic kat atas tu skang ni... arghhh!!!.....

Friday, July 1, 2011

RASA ITU MENGGANGGU LAGI

Malam ini, rasa itu datang lagi mengetuk pintu hati. Walau ku tahu akan hadirnya, namun tidak mahu rasanya ku biarkan ianya memasuki taman hati ini kerna yang datang bersamanya bukanlah perkara yang indah. Ingin rasanya ku halangi ia daripada mencemari taman hati ini, mengotori segala apa yang telah indah tersemai, mewarnai taman hati selama ini. 


Dia mengetuk lagi dan kali ini agak keras ketukannya, serta berulang kali. Belum sempat aku menghalanginya, tiba-tiba menderu ia segera memasuki lalu mencemari taman hati. Ku pandang lesu utusan yang dibawa bersama, sebuah tayangan yang tidak ku pinta, namun meruntun jiwa. Ia mendekatiku lalu berkata, "lihatlah padaku, kerana sememangnya inilah yang sedang berlaku!" Ku pejam kedua-dua anak mataku, menyatakan keengganan untuk melihatnya namun bagaikan ada kuasa yang membuatkan mata yang terpejam itu, kembali terbuka, lalu menonton tayangan itu tanpa rela. "Cukuplah...aku tidak mahu melihatnya lagi," pintaku dalam hiba tapi tidak diendahkan. Sekali, dua dan berkali-kali ia diperlihatkan. "Inilah kebenarannya. Selagi kau tidak mampu melihatnya, selagi itulah kenyataannya tidak dapat kau terima. Belajarlah untuk menerimanya, dan dari situ hidup kau akan kembali sempurna..."

Taman hati ini nyata telah dicemari tanpa keizinanku. Aku tidak berdaya lagi untuk menghalang atau menegah. Ku biarkan sahaja ia sebegitu rupa. Ku gigihkan hati untuk menyahut apa yang dikatakan sebentar tadi. Walau perit, ku tontoni juga ia dengan rasa berat yang menghenyak dada. Dan, tanpa sedar, air mata deras membasahi pipi.

Ini coretanku, malam ini. Dan, tayangan itu telahpun berlalu meninggalkan taman hati yang telah berjaya ia kotori. Entah kenapa, aku seakan pasti bahawa tayangan itu merupakan realiti yang berlaku pada malam ini. Ia tetap satu rasa. Biarpun kebenarannya tidak pasti, hati berat mengatakan................ ITULAH YANG SEDANG TERJADI....