;

Tuesday, June 28, 2011


 



Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri.
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi...

Monday, June 27, 2011

DENDAM DALAM DIAM - NORA



Dalam hidup manusia,
Ada masa kita kena memberi,
Ada ketika pula kita kena menerima.
Sesekali kita dapat berlari,
Namun ada ketika kita akan terjatuh.
Ada pula saatnya kita harus berpegang,
Dan sampai masanya kita harus melepaskan.

Apapun situasinya, kita harus belajar untuk menghadapi semua keadaan tersebut. Biar berat sekalipun, kita harus kuat dan mampu untuk melakukannya sebab apa jua yang dimiliki oleh kita atas dunia ni, bukanlah selamanya akan kekal menjadi milik kita. Ianya hanya pinjaman, dan sampai waktunya ia harus dipulangkan. 

Mungkin juga sekarang ni sudah sampai ketikanya untuk saya mula membuka mata, minda dan hati ini kepada alam dan dunia. Supaya nanti tidaklah tindakan saya sering akan mengundang kesusahan kepada insan-insan yang ada dalam hidup saya. Di mana harus saya mulakan dahulu, biarlah masa yang menentukannya. Harapan saya, tiada dendam yang akan terhasil baik pada diri saya mahupun pada orang lain. Saya harus mengorak langkah untuk ini. Dan harap-harap, langkah itu tidak akan terpesong daripada sasaran....

Wednesday, June 22, 2011

A HEART BREAKING MOMENT

Semalam saya telah mendapat satu berita yang amat menyedihkan iaitu seseorang yang saya hormati, kagumi dan sanjungi telah disahkan menghidap kanser dan yang lebih membuatkan saya serta beberapa yang lain lebih terharu ialah apabila kansernya kini berada pada tahap ke 4! Saat menerima berita itu, saya sangat terkejut dan tentu sekali tidak menyangka kerana beliau yang saya kenali sangat sihat orangnya (kecuali kebelakangan ini kesihatannya sering terganggu) dan mempunyai gaya hidup yang aktif. Tiada siapa yang dapat menduga apa yang telah Allah janjikan dalam hidup kita. Apa yang harus kita lakukan ialah tabah dan sabar dalam menerima apa jua ketentuanNya.


Siang tadi saya berkesempatan untuk melawat beliau dirumahnya. Hiba hati saya memandang wajahnya. Namun, disebalik semua itu masih lagi saya dapat melihat ketabahan dan semangat kental beliau, seperti selalu, masih terpancar. Walaupun sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku di masa hadapan, beliau masih berusaha gigih bersama isteri tercinta dan ahli keluarga yang lain untuk mencari penawar bagi penyakitnya. Saya kagumi sifatnya yang itu, sebagaimana saya sentiasa mengagumi kebijaksanaan, kehebatan dan ketokohan beliau dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin, ketua dan nakhoda dalam mengemudi bahteranya. 

Apa yang saya boleh katakan, saya berdoa semoga beliau berjaya mengharungi semua ini dengan tabah dan kuat kerana sebagai seorang penghidap kanser, itulah yang paling diperlukan selain daripada menjalani proses rawatan. Saya doakan supaya apa jua proses rawatan yang bakal beliau lalui, beliau berjaya menempuhinya dengan gigih. 

Friday, June 10, 2011

KENANGAN UNTUK MUMMY..


Baru-baru ni Aliff (anak sedara saya sepeti dalam gambar ni) tak sihat, demam. Maklumlah, sekarang ni tengah musim sakit. Usahkan budak-budak, orang tua pun leh jatuh sakit!! 

Nak dijadikan cerita, budak kecik bila sakit sudah tentulah asyik merengek je kerjanya. Jadi, sebagai mak sedara yang bertanggungjawab dan penyayang (ceh!!! hehehehe...) saya pun tolonglah menjaga Aliff, main-main dengan dia, buat dia ketawa. Lepas tu datang kakak saya hulurkan ubat yang telah dimasukkan dalam botol susu kepada saya untuk diberikan kepada Aliff. Dan, semulajadi seorang budak kecik la kan....bukannya nak makan ubat tu, sebab tak sedap! Di'luek-luek'kannya ubat tu bila dimasukkan ke dalam mulut. Nak suruh dia hisap, lagilah dia tak nak. Last-last, nak bagi gak ubat tu masuk ke dalam badan dia saya pun picit-picit la hujung puting botol susu dengan harapan ubat tu akan keluar dan masuk dalam mulut, diselang-seli dengan sebotol air masak sebagai umpan.

Alkisahnya, dalam tengah sibuk buat kerja tu, dengan secara tiba-tiba dan tanpa disangka, Aliff menghamburkan muntahnya yang setangki ke atas saya! Habis kuyup saya kejap dengan muntahnya yang setangki tu. Panas je rasa bila muntah tu mula menembusi baju dan seluar yang saya pakai, menyentuh ke kulit pula. Mak aiiiiiiii....baunya!!!!!!! huhuhuhu... Saya pun apa lagi, bawalah si kecik tu ke bilik air untuk dibersihkan dan disalinkan baju dan lepas tu membersihkan diri saya pula.

Bila saya nak masuk ke bilik air, Sarrah tanya saya... "Kenapa mummy? (Mummy ni panggilan baru saya ke atas anak-anak sedara saya sekarang ni..hehehe). Saya pun jawab, "Aliff muntah." Lepas tu Sarrah gelak, dan dia cakap, "..tak pelah, Aliff bagi mummy kenangan..". Hehehehe...kenangan ye...ok la tu Sarrah...kalau bukan sebab muntah pun dah banyak nau kenangan yang korang bagi kat Mak Ngah sejak kecik sampai la sekarang ni. Dan semua kenangan tu Mak Ngah tulis tau sebagai entri dalam blog Mak Ngah ni, Sarrah je tak tau...hehehhehehe.....

Wednesday, June 8, 2011

KAU ILHAMKU


Semalam seseorang telah menghubungi saya dan dalam asyik berbual beliau tiba-tiba mengatakan sesuatu kepada saya. Apa yang dikatakan olehnya sebenarnya merupakan sesuatu yang beliau baca daripada blog saya, tentang penulisan novel. 

Beliau secara tiba-tiba memberikan idea tentang sebuah kisah yang pada saya amat menarik juga untuk ditulis dan dikisahkan sebagai novel. Selepas sesi perbualan tersebut, saya merenung sejenak ruang dinding yang tiada apa. Sambil kisah tersebut berlegar-legar di kepala. Boleh tahan juga cerita ni, detik hati kecil saya. 

Terima kasih sahabat! Insyaallah, idea tersebut akan cuba saya terjemahkan kepada sebuah cerita untuk saya tulis nanti.