;

Sunday, May 15, 2011

I WAS MADE FOR YOU


All of these lines across my face
Tell you the story of who I am
So many stories of where I've been
And how I got to where I am
But these stories don't mean anything
When you've got no one to tell them to
It's true...I was made for you
I climbed across the mountain tops
Swam all across the ocean blue
I crossed all the lines and I broke all the rules
But baby I broke them all for you
Because even when I was flat broke
You made me feel like a million bucks
You do
I was made for you
You see the smile that's on my mouth
It's hiding the words that don't come out
And all of my friends who think that I'm blessed
They don't know my head is a mess
No, they don't know who I really am
And they don't know what 
I've been through like you do
And I was made for you...
All of these lines across my face
Tell you the story of who I am
So many stories of where I've been
And how I got to where I am
But these stories don't mean anything
When you've got no one to tell them to
It's true...I was made for you


Heard this song in Greys Anatomy as I wrote it on my wall and shared the video as well. Lagu ni best, really caught my ears at the first place. And now i feel like I'm alive listening to the song.


Saturday, May 14, 2011

SPEECHLESS

NOTA SARRAH...


Hari ini saya memilih untuk mengemas bilik. Membersihkan barang-barang di bilik daripada habuk-habuk dan yang paling utama sekali membuang segala benda yang rasanya dah tak penting lagi untuk disimpan. Bila selesai berbuat demikian, barulah nampak almari buku saya begitu kemas dan lapang...hehehe...(selama hari rupanya banyak menyimpan benda tak penting..). Dalam tengah kemas-kemas tu tiba-tiba terjumpa la sesuatu yang sudah 2 tahun saya simpan iaitu nota daripada Sarrah sewaktu dia berusia 6 tahun kepada saya. Kononnya tulis surat la tu..hehehe...Masa nota ini ditulis, Sarrah sebenarnya hendak pergi bercuti ke KL bersama mamanya serta ibu dan ayah saya. Masa tu saya tak ikut, dan bekerja. Dan masa nota ni ditulis juga, Sarrah sebenarnya sudah mula pandai membaca dan menulis, tapi biasalah, tidak semuanya betul. Tapi yang penting dia sudah boleh membaca dan medium yang paling dia suka baca pada ketika itu ialah surat khabar especially headlines (sebab tulisan besar-besarkan!!). Bersambung semula kepada cerita nota ini.... Sebaik sahaja saya pulang ke rumah, mereka semua sudah pergi. Saya pun naik ke bilik dan siap-siap untuk salin baju apabila tiba-tiba saya terpandang nota ini diletakkan di atas meja make-up. Saya pun ambil lalu membacanya dan selepas itu terus senyum. Sarrah..Sarrah..hehehehe..Notanya berbunyi..."KEPADA MAK NGAH, SARRAH YANG MENGHANTAR SURAT INI KEPADA MAK NGAH. SARRAH BERCUTI EMPAT HARI. MAK NGAH, NANTI JANGAN LUPA TELEFON ANTI LELAN DAN KIRIM SALAM. DARIPADA SARRAH".  Senyuman terukir pada wajah saya sepanjang hari itu. Dan hari ini, apabila saya terjumpa kembali notanya, saya kembali senyum lalu nota itu saya lipat dengan cermat dan saya letakkan dalam beg kerja sebab saya tahu di mana nota itu seharusnya saya letakkan....dalam diari saya. 

Wednesday, May 11, 2011

Boulevard


Lagu ni sebenarnya lagu lama. Kira oldies love song la. Selalu dengan kat Sinar FM, leh jadi tersuka lak. Lirik dia very touching, lagu sedih la lebih kurang. Anyway, i really love listening to this song.


Friday, May 6, 2011

JOM DENGAR LAGU!!



Tadi masa balik dari kerja, dengar lagu ni diputarkan. Tak tau la lagu ni lagu baru Spider ke lama sebab selama ni macam tak pernah dengar pun lagu ni tapi melodi dia sangat la berlainan. Macam ada unsur sesuatu tapi susah nak dijelaskan sesuatunya tu. Apapun, liriknya sangat indah, simple tapi berjaya lekat di kepala. Sesiapa yang berminat bolehlah dengar. Enjoy!!!

Thursday, May 5, 2011

BERMUHASABAH DIRI

DALAM HIDUP KITA SEHARIAN, SEDAR TAK ADA KETIKA SESUATU PERKARA TU BERLAKU DI LUAR JANGKAAN KITA? BILA BERLAKU PERKARA ITU, KALAU KITA SUDAH BERSEDIA, MUNGKIN BOLEHLAH KITA HADAPI DENGAN TENANG. TAPI MACAM MANA KALAU KITA LANGSUNG TIDAK BERSEDIA UNTUK MENERIMANYA? 

SESUATU YANG TIDAK DIDUGA, SAMALAH SEPERTI SESUATU YANG TIDAK DAPAT KITA BERIKAN WALAU NYAWA DIUGUT SEKALIPUN! KALAU DAH TAK DAPAT NAK BAGI, APA LAGI DAYA KITA..YE TAK? SEDIH TU PERKARA BIASALAH TAPI SEBENARNYA YANG HARUS KITA LIHAT SECARA POSITIF IALAH HIKMAH YANG TERSEMBUNYI DI SEBALIK TIAP KEJADIAN. MUNGKIN IANYA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA DIRI KITA SENDIRI ATAU JIKA BUKAN PADA KITA, PADA ORANG LAIN BARANGKALI. SEKIRANYA DIRI KITA TIDAK DAPAT MENGECAP BAHAGIANYA, APA SALAHNYA SEKIRANYA BAHAGIA ITU MENJADI MILIK ORANG LAIN PULA? BETUL TAK? BERBAGI KEBAHAGIAAN...MUNGKIN SATU HARI KEBAHAGIAAN ITU AKAN MENJADI MILIK KITA PULA. 
INSYAALLAH.....