;

Sunday, April 24, 2011


UNTUK MEYAKINKAN SESEORANG AKAN SESUATU PERKARA,

BUKANLAH SESUATU YANG MUDAH UNTUK DILAKSANAKAN.
LEBIH-LEBIH LAGI APABILA SESEORANG ITU JENIS YANG MEMANG TIDAK AKAN MENDENGAR APA YANG CUBA DISAMPAIKAN KERANA DIA LEBIH SUKA MENDENGAR DARIPADA MULUT ORANG LAIN SEDANGKAN SEJAUH MANA KEBENARANNYA, DIA SENDIRI TIDAK TAHU. TAPI, BERBALOIKAH UNTUK KITA TERUS MEYAKINKAN ORANG SEBEGINI? MEMANG TAK BERBALOI!!!! LANTAKLAH!!!
ASALKAN MEREKA DAN KELUARGA MEREKA BAHAGIA! 

Wednesday, April 20, 2011

TOLL GATE GIRL..HAI!

Tadi, sewaktu pulang dari kerja, setibanya di tol Kulaijaya, toll gate girlnya yang bernama Sh. Noradilla tiba-tiba menegur saya....


"Akak baru balik kerja ke?" dia tanya.

"Ye..." jawab saya sepatah.

"Akak kerja kat mana?" tanya dia lagi.

"Kat UTM." Sepatah lagi jawab saya.

Dia senyum. Saya senyum, "terima kasih," jawab saya mengakhiri perbualan singkat kami apabila palang tol telah diangkat. Bertambah lagilah kenalan saya di tol Kulaijaya ni...hehehehe

Saturday, April 16, 2011

MY FAVOURITE



Lagu ni rasanya ramai yang suka especially my cousin, Ayeen, tak silap lagu ni dimainkan masa majlis kahwin dia dulu. I love this song. Boleh dikatakan the best love song ever! Good lyrics, good melody, just soooo perfect!!!


Thursday, April 7, 2011

DIPERSIMPANGAN DILEMA

Pernah tak korang sesekali melalui saat macam ni : Korang berada di persimpangan, ada pilihan tapi tak tahu mana satu yang harus diikut. Nak guna firasat atau gerak hati atau main tibai je? 


Sekarang inilah situasi yang sedang saya hadapi. Seakan dalam dilema. Saya mahukan sesuatu tetapi tidak berani untuk mengejarnya. Bila saya tidak berbuat apa-apa hati pula menyuruh saya segera bertindak. Kemudian, tiba-tiba ia bertukar pula menjadi kemarahan terhadap sesuatu, maka kemarahan itu dilepaskan. Selepas itu, perasaan marah tadi bertukar pula menjadi sedih dan pilu mengenangkan kehancuran yang telah saya lakukan. Dengar macam orang dalam kebingungan je kan. Memang betul pun, tengah bingung ni. Rasa macam tertekan pun ada hinggakan hilang selera nak makan dan bila disuakan makan pulak, tak sampai 10 minit, akan keluar baliklah makanan tersebut. Tensionnya berada dalam keadaan macam ni! Apa yang dibuat serba tak kena rasanya. Badan pun dah mula rasa lesu je ni. Nak buat apapun, tak bersemangat. 

Apa saya kena buat sekarang? Berdiam diri, buat seolah-olah tiada apa yang berlaku di sekeliling saya? Mematikan hati dan perasaan daripada menjiwai semua rasa yang hadir? I hate this kind of feeling!! Really, really, hate it! But what can I do to make it go away? 



TAKKAN MATI SESEORANG ITU DALAM HIDUP ORANG YANG DISAYANGINYA...


BARANGKALI YANG AKAN MATI ADALAH JIWA, HATI DAN PERASAAN
SESEORANG YANG BAKAL KEHILANGAN.

APA LAGI YANG AKAN MATI???

Wednesday, April 6, 2011

TERBANGLAH WAHAI MERPATI

Merpati,

Sekian lamanya kau berada dalam jagaanku,
Dari seekor anak, hinggalah kau membesar menjadi ibu,
Kau setia bersamaku,
Walau hanya kurungan tempatmu,
Jelas kau amat membahagiakanku.

Merpati, 
Meskipun hanya dalam kurungan,
Sahabat-sahabatmu sering mendekat,
Bermain-main denganmu biar tidak mampu rapat,
Dek kurungan yang teguh menongkat,
Pada ruangan dikau ditempatkan,
Pada ketika aku tiada bersamamu.

Merpati, 
Hari ini kau merenung daku,
Renungan yang jarang sekali kau berikan,
Hingga hadir air jernih pada matamu,
Membuatku sayu, mengerti akan apa mahumu.

Merpati,
Demi sebuah kebahagiaan,
Kurungan ini ku robohkan,
Lalu dirimu ku belai,
Ku amati wajahmu buat ubat kerinduan,
Percayalah, Aku mengerti akan keinginanmu,
Dan hari ini akan ku berikan kepadamu,
Dikau akan ku lepaskan,
Terbanglah dikau wahai merpati ku sayang,
Pergilah kau bersama teman-temanmu,
Nun di awanan ku kan selalu merenungmu,
Membasuh rindu yang akan terus bertamu.


MAAFKAN SAYA...

Hari ini seorang teman memberitahu saya sebuah kenyataan dan realiti yang sebenarnya sangat menyakitkan hati namun looking at the positive side, thanks to you for making me realizing it. Orang kata, bertanyalah pada musuh kita akan kelemahan diri kita, dan bukannya pada kawan kita. Tapi hakikatnya yang ini bukan musuh saya, sebaliknya sahabat saya! Thanks to you my friend for telling me something I didn't notice all this while.


Sekarang ni, saya renung semula apa yang berlaku dalam hidup saya. Satu persatu, helaian demi helaian, album hidup, saya singkap kembali. Merenung, mengimbau dan mentafsir. Benar katanya. Banyak hati yang telah saya sakiti selama ini. Hati insan-insan di sekeliling saya. Insan-insan yang menyayangi diri saya. Kasih sayang yang mereka berikan, dibalas dengan kesakitan. Apa yang saya tidak lihat sebenarnya? Something's missing and I seem not knowing it. Kasihan mereka selama ini atas perbuatan saya ini. Tapi sekarang saya sudah tahu, dan saya akan bertindak untuk mengatasinya.

Therefore, To all my friends, families, colleagues, SORRY if i've done something bad to you people all this while. Walaupun tanpa sedar, tapi PERCAYALAH saya tidak pernah berniat untuk menyakiti hati kalian. Maafkan saya... Jika kesakitan yang saya berikan. Saya terima sekiranya KEBENCIAN yang kalian hadirkan kepada saya. Mungkin saya bukan seseorang yang baik untuk kalian. Dan mungkin juga saya tidak layak untuk berdamping dengan kalian disebabkan sikap saya ini. Sekiranya ada sesiapa yang ingin menjauhi daripada saya, silalah berbuat demikian SEGERA agar wabak ini tidak terus menerus menyerang anda. Mungkin inilah sisi gelap diri yang selama ini tidak saya sedari.

Sekali lagi...MAAFKAN SAYA....

DUHAI HATI

Duhai hati,
Kenapa kau tidak berhati-hati,
Sedangkan kau tahu badai yang menanti,
Bakal menghunjam ganas sanubari,
Tidak pasti berjaya atau tidak untuk kau harungi.

Duhai hati,
Tidakkah tekanan ini sudah cukup membebankan,
Atau kau ingin hadirkan dengan satu lagi dugaan?
Yang kau ciptakan demi sebuah kenyataan,
Yang belum pasti lagi akan dapat kau realisasikan.

Duhai hati,
Cukuplah dirimu berkata dusta,
Pada aku, dia mahupun sesiapa sahaja,
Tutur kata bisa manis bak gula,
Namun kau lebih mengetahui yang tersirat disebaliknya.

Duhai hati,
Tangis ini seperti tidak ada penamatnya,
Menangisi kekhilafan dan kekesalan jiwa,
Seperti sebuah kisah yang dipermainkan semula,
Di hadapan mata ia tertera,
Dengan diri ini umpama boneka,
Mampu melihat tanpa dapat berbuat apa-apa....

DUHAI HATI...JANGANLAH KEJAM KAU MENGHUKUM DIRI...HIDUP INI AKU YANG PUNYA, DENGAN ENGKAU SEBAGAI PENGHUNI DAN PEMBEKAL KEPADA SEMUA RASA..


Monday, April 4, 2011

PELIK TAPI BENAR

Pelik, pelik, pelik dan pelik...kenapa agaknya ye? Walaupun sudah banyak kali diberitahukan akan implikasi terhadap satu keputusan yang akan dibuat oleh seseorang untuk suatu perkara yang melibatkan masa depan, namun masih juga dia ingin meneruskan sebagaimana yang telah diputuskan. Kenapa tak nak dengar nasihat? Mungkinkah kisah menerusi pengalaman tak cukup kuat untuk meyakinkan dirinya atau sebenarnya dia yakin bahawa kesudahan kisahnya tidak akan berakhir sebagaimana kisah orang lain? Alasan keluarga, takdir dan ketentuan tak boleh digunakan sebenarnya dalam memutuskan hal melibatkan masa depan sebab in the end ketentuan jugak ke yang akan menyatakan bahawa kita akan hidup menderita kesan daripada keputusan yang kita sendiri buat tanpa paksaan siapa-siapa pun?

Susah untuk dinyatakan apa yang tersirat dalam hati seseorang sebenarnya, tidak mudah atau mungkin juga tidak mampu untuk kita baca sepenuhnya. Disebalik penafian dan keengganan hatinya terhadap sesuatu sebenarnya tersembunyi sebutir kecil hablur perasaan atau keinginan hatinya, dirinya terhadap sesuatu yang selama ini dicari dan dinantikan dalam hidupnya. Mungkin itulah dia alasannya. Dan disebabkan itu juga, apabila semuanya sudah terbentang luas di hadapan mata, ianya terus sahaja disambar tanpa menghiraukan perkara-perkara lain. Semoga sahaja kita dan mereka yang bertindak sedemikian rupa berjaya ditemukan  dengan sesuatu yang dikejar dan diimpikan selama ini dan bukanlah dipertemukan dengan penderitaan diakhir cerita walaupun hakikatnya penderitaan itu akan selalu menemani hidup manusia.....

Wallahualam....