;

Thursday, March 31, 2011

KADANG-KADANG....

Kadang-kadang kita ingat, sesuatu perkara yang diusahakan sudah mula menampakkan kesan positif tetapi rupa-rupanya tidak! Ia cuma sesuatu yang cuba diletakkan ke tepi seketika oleh hati dan minda disebabkan tidak mahu lagi ianya bersarang di dalam kepala dan kalau boleh mahukan ia keluar terus daripada menghuni ruang hati dan kotak minda yang sudah sedia ada semak dengan bermacam-macam permasalahan. 

Jadi manusia memang macam tu. Kita rancang apa yang kita hendak, gerakkan, usahakan dan berdoa serta bertawakal, tetapi andai ia tidak berlaku seperti yang kita harapkan, maka terpaksalah kita mengandaikan bahawa ianya telah lupus dari beban fikiran dan hati. Dengan cara itu, kita seolah memujuk hati sendiri dengan memberikan sedikit harapan palsu untuk ia kekal tabah, sabar dan kuat dalam menempuhi dugaan kehidupan...

Tuesday, March 29, 2011

TOLL GATE PEOPLE...Hello!!

"Hai..kerja ke hari ni?"

"Yup, keje."
"Ala...kan hari ni hari Ahad...balik lah, sambung tido..hehehhee..."
"Dah namanya keje, Sabtu ke Ahad, terpaksalah bangun jugak tinggalkan katil.."

Itu antara perbualan yang berlangsung secara tidak formal antara saya dengan Nur Faezah, seorang petugas di tol Kulai. Saya tidak mengenalinya dan dia juga begitu. Namun, disebabkan sudah hari-hari menggunakan highway sebagai laluan utama untuk ke tempat kerja, maka kemesraan itu terjalin secara tiba-tiba. 

Nur Faezah dan Shafiq, dua petugas yang sangat rajin menegur saya setiap kali kereta saya melalui kaunter mereka. "Awak main badminton kat mana? Saya nak join boleh?" Itu antara perbualan antara saya dengan Shafiq. Saya sekadar senyum sahaja memandangnya dan saya katakan padanya nak join main badminton meh datang ke UTM! Hahahah...Siap nak bagi nombor telefon pada saya untuk call dia bila nak main tapi saya tak kuasa nak melayan. Kang lain lak jadinya hehehee....

Bila berlaku perkara begini, saya selalu teringat cerita Toll  Gate Girl lakonan Amy Mastura dan Rashid Salleh. Cerita ni sangat kelakar dengan gandingan Rita Rudaini dan Amy Mastura sebagai jurutol yang sangat sempoi.Dalam kisah tersebut Amy Mastura berkenalan dengan seorang lelaki iaitu Rashid Salleh yang kerap menggunakan laluan toll sehingga membuatkan beliau teringin untuk mengenali gadis tersebut. Di penghujung cerita, mereka bercinta dan kisah mereka berakhir dengan bahagia. Itu drama! Dalam realiti, berlaku ke macam tu? 

Tapi kalau melihatkan pada keadaan yang berlaku pada saya, saya rasa tak mustahil untuk ia berlaku sebenarnya. Nur Faezah, seorang gadis yang ceria, sangat kecoh orangnya (walaupun saya tak kenal tapi saya tahu dari gaya bila dia berbual) dan yang paling tak dapat saya lupakan wajahnya hampir sangat serupa dengan seorang teman saya Saniah. Teringat saya kejap pada Nia, yang agak lama juga saya tak jumpa. 

Sebenarnya ada lagi seorang petugas jurutol selain Nur Faezah yang saya kenali iaitu Fazlizan cuma dia ni sebenarnya tak pernah berkata satu benda pun dengan saya cuma setiap kali saya melewati kaunternya dia akan hulurkan senyuman dan kemudian kulit muka tegang semula. Hahahaha...mereka memang sudah dilatih untuk senyum walaupun sebenarnya mereka tak hingin nak senyum agaknya!! Itu yang berlaku pada Fazlizan agaknya. Terpaksa senyum tapi hanya untuk beberapa saat. Lepas tu wajah akan kembali seperti asal! 

Inilah antara wajah-wajah insan di sekeliling saya yang tidak saya kenali, tidak sempat untuk kita menjalinkan perkenalan dengan formal, namun hakikatnya merekalah yang hari-hari saya jumpa! Kalau nama mereka tidak tertera pada kaunter, mungkin saya hanya akan mengenali wajah mereka sahaja tapi tidak nama mereka. Itu yang ajaib tentang kehidupan!

Sunday, March 27, 2011

MAAFKAN DIRIKU...

Maafkan diriku andai hati ini kurang mengerti,
Maafkan diriku andai diri kurang memahami,
Maafkan diriku andai seringkali menyakiti,
Maafkan diriku andai seringkali mengasari,
Maafkan diriku andai hatimu sering ku guris,
Maafkan diriku andai ada pertuturanku yang mencuit hatimu,
Maafkan diriku andai diri ini tidak sempurna dimatamu,
Maafkan diriku andai kasih sayang belum cukup kucurahkan padamu,
Maafkan diriku andai serba serbi diri ini kekurangan..

Aku amat menyayangi dirimu, 
Biar jarang sekali ku lafaz atau pancarkan di hadapanmu....
 

Sunday, March 20, 2011

MIMPI...


Dipertemuan ini, ku lihat wajahnya ada rona bahagia,
Sedangkan dia… berdiri di sana bagaikan roh tanpa jiwa,
Senyuman terukir dibibirnya,
Namun kesugulan terhias diwajah dia,
Dia bahagia, bisik hati kecil yang memandangnya tanpa berkedip,
Tetapi mengapa pula dia itu sedemikian rupa?
Tangannya dihulur dengan keceriaan,
Lalu disambut dia dengan kepiluan,
Kesunyian mula berbicara,
Menerusi hati-hati yang menyimpan seribu duka,
Kau tak akan pernah tahu apa yang ada di hatiku,
Juga takkan kau baca menerusi air wajahku..
…..Ahhhh……mimpi ini benar-benar membelenggu….



Tuesday, March 15, 2011

Ungu - Percaya Padaku | VC Trinity



Thanks to my friend yang perkenalkan lagu ni pada saya... Like this song, especially dalam keadaan skang ni... Enjoy...

Monday, March 14, 2011

INDAHNYA LAUTAN

Indahnya lautan!!! Kalaulah dapat disaat ini saya berada di sebuah pulau sebagaimana dalam gambar, alangkah  seronoknya. Terasa macam nak sangat berada kat laut sekarang ni. Bukan untuk bermandi-manda. Cukup  sekadar melontarkan pandangan, merenung lautan yang luas terbentang di depan mata sambil melontarkan juga segala benda yang bersarang dalam kepala supaya tidak lagi mendiami. 

Saya sendiri tak tahu kenapa, saya suka pada laut. Bila nak dapatkan ketenangan jiwa, pergi ke laut. Pandang ke arah laut selama yang boleh. Dengar dengan teliti deruan ombak yang sesekali menghempas pantai, sambil melayan deruan angin yang damai menyapu muka. Hmmmm....sempat berimaginasi sekejap berada di tepi pantai, nak-nak sebuah pulau yang tenang, tidak ramai pengunjung, sendirian bersama lautan yang luas. Saya ada beberapa teman yang turut berkongsi minat yang sama terhadap laut ni. Bila tension, ada masalah, mesti akan cari laut. Mungkin juga ada jiwa-jiwa insan ni yang dapat merasakan ketenangan bila berada di lautan. Hilang sebentar semua masalah dan kecelaruan yang ada di dalam benak. Tenang, aman dan mendamaikan. 

Bila agaknya dapat ke laut ni??? Saatnya sekarang sangat sesuai untuk saya berada di sana. Untuk saya mendapatkan sedikit kedamaian hati. 



SOMETIME I JUST NEED TO KEEP THINGS FROM BEING HEARD,
COZ IT COULD HELP TO EASE SOMETHING.
SOMETIME I JUST NEED TO PLAY DUMB WITH PEOPLE,
SO THEY WOULDN'T REALLY KNOW WHAT I FELT EXACTLY..
 


Setitis air mata yang mengalir,

Jelas menunjukkan betapa kasihnya seorang wanita itu terhadap seseorang.
Dari hanya setitis cuma,
Bisa ia menjadi selautan,
Dan saat itu usah kau bayangkan lagi tentang kasihnya,
Apa yang perlu kau kenangkan ialah,
Tentang pengorbanannya...
Kerna itu yang paling utama....

Sunday, March 13, 2011

KISAH DALAM LAGU...SEGALANYA MUNGKIN

Malam siang ku lalui
Dengan debaran di hati
Pengalaman teman-teman
Membuat ku rasa bimbang
Di dalam kehidupan
Segalanya berkemungkinan

Hari ini aku tahu
Ku tak meraguimu
Kerna telah jadi bukti
Kau setia pada janji
Tetapi esok hari
Tak tahu apa 'kan terjadi
Tadi, dalam perjalanan pulang dari JB, terdengar lagu ni. Sepanjang mendengar lagu ni tiba-tiba dalam kepala bermain-main beberapa kisah dan kenangan. Itu yang orang cakap, lagu ni sebenarnya memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan dalam kes saya lagu mengembalikan nostalgia, kisah dan kenangan! Saya yakin orang lain pun begitu. Kita sering mengharapkan sesuatu, kalau berjanji harapannya ialah untuk menunaikan janji tersebut. Kalau berkasih sayang, harapannya biar sampai membina mahligai dan seterusnya berkekalan. Kalau bersahabat, harapannya biarlah berkekalan. Tapi sebenarnya, sejauh mana apa yang kita harapkan itu berjaya menjadi kenyataan?

Ku ingin pertahankan
Sebuah kejujuran
Ingin ku bersamamu
Ke akhir hayatku

Namun ku tak berani
Berjanji dengan pasti
Kita hanya merancang
Tuhan yang menentukan

Semua perkara adalah di luar bidang kuasa kita. Saya sendiri akui, apa yang saya ingini, kadang-kala tidak menjadi sepertimana yang diharapkan. Kita juga ada kalanya tidak berdaya untuk menolak tidak menyakiti hati siapa-siapa dalam menghadapi keadaan tersebut biar hakikatnya kita berusaha untuk menggembirakan hati semua pihak. Biar ada hati yang sakit, ianya bukanlah sesuatu yang direncanakan sejak awal. Segala kemungkinan itu wujud, cuma kita sering mengharapkan agar apa yang berlaku nanti adalah sesuatu yang baik dan bermanfaat.

Jangan kau salah mengerti
Dengan pengakuan ini
Usah disalah tafsirkan
Bukan ku tak sayang

Ku mahu kau menginsafi
Dengan kehidupan ini
Segala berkemungkinan
Untuk terjadi

In the end, kita disedarkan dengan satu pilihan dan pilihan itu sebenarnya hadir dalam bentuk kemungkinan sebelum ini. Saat itu, apa yang dapat kita lakukan hanyalah menerima pilihan yang ada itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Mungkin akan tinggal parut, kesan daripada kelukaan, namun itu semua akan menjadi sebuah lukisan dalam kehidupan kita. Bila timbul parut yang baru, parut lama tidak lagi dikenangkan namun menerusi lagu dan sebagainya, ada kala kenangan itu akan datang kembali bertamu, mewarnakan semula parut lama yang sudah berbekas. Demi sebuah masa depan, ada kala kita harus melepaskan sesuatu yang amat kita sayang untuk pergi berlalu dari diri. Ianya mungkin akan melukakan satu pihak namun di pihak yang lain, ianya akan memberikan sinar baru untuknya meneruskan kehidupan ini. Itu yang selalu saya nampak. Ada kala ianya dilakukan demi diri sendiri dan tidak kurang pula ada yang dilakukan demi kehidupan insan lain dan sudah pasti insan tersebut mempunyai kaitan yang paling hampir dengan hati seseorang itu. 

Apa jua pilihan yang ada buat kita, kita hanya boleh memilih sedangkan yang menentukan hanyalah Tuhan yang Maha Esa. At least kita tahu, apa yang kita lakukan itu ada kalanya merupakan sebuah pengorbanan yang tidak dapat diterangkan kepada orang lain untuk mereka fahami. After all......SEGALANYA BERKEMUNGKINAN....

Thursday, March 10, 2011

MY FAVOURITE SCENT



Sedar tak sedar sebenarnya saya begitu tertarik dengan bau perfume yang diberikan oleh sahabat baik saya, Sumaiya kepada saya dalam setahun lebih yang lalu iaitu Amber Romance by Victoria Secret. Actually, benda ni Maiya bagi pada saya satu set bersama dengan beg, body mist dan shower creme. Mulanya saya tak berapa nak pakai sangat benda ni memandangkan masa tu saya da banyak perfume yang belum habis. Tapi lama-lama, bila perfume pun mula habis, saya pun gunalah produk pemberian Maiya ni tadi. Baunya, ahhhh...sangat-sangat menenangkan. Sedap sangat. Dan beberapa  bulan yang lepas, setelah anak-anak saudara saya memicit perfume itu pada keseluruhan ruang bilik tidur saya, maka riwayat Amber Romance saya pun bakal tamat tidak lama lagi. Tapi saya sudah sediakan back-up plan!!!! Iaitu, contact Maiya dan minta dia belikan lagi Amber Romance untuk saya di USA!!! Hahaahha..mintak suruh belikan 2 lagi! Dia kata no problem dan hari ini dia emel saya. Emel dia berbunyi begini..." I wanted to let you know that I bought the Amber Romance body perfumes for you, packed it up and was ready to send it, but when I went to the post office today, they said they dont allow liquids to be shipped internationally :-( They said their policy changed. I was so bummed out!! :( I feel so bad, I was so excited to send those for you. I was wondering if you want to try and have me buy it from ebay.com; there might be some sellers who will ship internationally. Let me know inshaAllah. So sorry! :(.."

Huhuuhu...napelah tiba-tiba regulation kat USA tak benarkan untuk pos liquid!! Kalau tak 2 minggu lagi saya dah boleh pakai da perfume tu..huhuhuhu...frust tul!



Mariah Carey - I Want To Know What Love Is



I gotta take a little time

A little time to think things over
I better read between the lines
In case I need it when Im colder

In my life there's been heartache and pain
I don't know if I can face it again
Cant stop now, Ive traveled so far
To change this lonely life

I wanna know what love is.....
I want you to show me......
I wanna feel what love is.....
I know you can show me......

I'm gonna take a little time
A little time to look around me....
Ive got nowhere left to hide
It looks like love has finally found me....

In my life! there's been heartache and pain
I don't know if I can face it again
I cant stop now, Ive traveled so far
To change this lonely life!.!.!.!.

I wanna know what love is.....
I want you to show me......
I wanna feel what love is......
I know you can show me......

I wanna know what love is....
I want you to show me....
And I wanna feel, I want to.... feel what love is....
And I know, I know you can show me....

I wanna know what love is, lets talk about love
I want you to show me, I wanna feel it too
I wanna feel what love is, I want to feel it too
And I know and I know, I know you can show me
Show me love is real, yeah
I wanna know what love is...


Tuesday, March 1, 2011



Dalam hati saya, rasa macam ada banyak benda yang ingin diluahkan, satu persatu bagaikan menunggu giliran untuk dipanggil. Tapi, blog ini bukan medannya. Tak sesuai untuk dijadikan medium tersebut. Walaupun saya tak tahu siapa  yang masuk ke blog saya ni dan membaca entri-entri saya, yang pasti tidak semua perkara dapat dikongsikan di sini. Harap maaf!!! Hehehehe....

Ada satu perkara yang saya suka nak kongsikan di blog saya, iaitu minat saya, kegemaran, hobi. Saya pun tak tahu kenapa tetapi kebanyakan minat dan hobi saya semuanya berkisar kepada sukan je. Bila terlibat dengan aktiviti yang berkaitan dengan sukan ni, saya rasa macam dapat melepaskan semua tekanan yang terbuku dalam pala dan melemparkan semua masalah menekan diri.Antaranya kickboxing! Hehehe..saya tak pernah ke gym untuk melakukan aktiviti kickboxing ni tapi ada masa dan ketika saya akan melakukan kickboxing tersebut di rumah dan yang menjadi mangsa adalah dinding! Cuma yang tak bestnya 'membelasah' dinding ni ialah, bunyinya tu akan membuatkan seisi rumah dengar dan tercari-cari malaun mana punya angkara yang mengetuk dinding malam-malam buta! Biasanya saya akan mula membelasah dinding ni bila sedang berusaha untuk melepaskan semua tekanan yang ada dalam jiwa. Ada orang tanya tak sakit ke tangan? Jawapan saya...maunya tak sakit! Tapi kadang-kadang kesakitan tu lah yang akan berikan sebuah kepuasan yang secara tak langsung dapat menghilangkan penderitaan seseorang. Reverse phsychology! 

Hari ni sebenarnya saya rasa diri macam kosong. Yang saya nampak hanyalah apa yang ada di depan mata saya iaitu kerja-kerja saya. Lebih dari tu, tiada! Malamnya pulak, saya rasa macam keinginan untuk menumbuk dinding tu ada! Tapi saya pendamkan je dulu. Kan ke best kalau boxing sand bag macam gambar kat atas tu ada dalam bilik saya sekarang ni. Rasa puas dan berjaya melepaskan semua!! Tak pe...sabar dulu ye tangan...masanya akan tiba... 

Akhir sekali, saya nak citer skit tentang melepaskan sesuatu yang kita sayangi pergi atau diberi kepada orang lain. Satu ketika dulu, masa saya kecik, saya ikut keluarga ke rumah seorang teman rapat abah. Orang ni banyak bela arnab. Arnab bulu panjang pulak tu! Dalam dok main-main dengan arnab tu, orang tu pun tanyalah abah, nak bela arnab tak? Teruslah kami tiga beradik suka dan cakap dengan abah nak bela arnab tu dan abah pun ok, setuju! Orang tu suruh pilih arnab mana yang abah nak dan abah cakap mana-mana pun boleh. Orang tu cadangkan biar arnab jantan betina supaya dia boleh membiak nanti. Masa pilih arnab betina tu, orang tu cadangkan seekor arnab putih ni. Gebu, cantik sangat! Dia kata, arnab tu nama Akira, arnab kesayangan dia. Seboleh-boleh dia nak bagi Akira pada kami dan abah menolak, mintak arnab yang lain. Akhirnya orang tu cakap, kalau kita rapat dengan seseorang, dan kita nak berikan dia sesuatu, sebaik-baiknya berilah sesuatu yang kita sayang sebab dengan cara tu kasih sayang sesama sahabat akan berkekalan ke akhir hayat. Kami bela Akira sampai dia mati dan sekarang ni kami tak jumpa lagi dengan kawan abah tu. Tapi saya yang dulu kecik masa jumpa kawan abah tu pun masih ingat lagi dengan auntie dan uncle Tahir yang bagi kami Akira. Sampai sekarang siapa sangka, saya masih ingat lagi dengan kata-kata uncle Tahir tu. Ada ketikanya, kita terpaksa melepaskan sesuatu, bukan disebabkan kita sudah tidak sayang tetapi disebabkan terlalu sayanglah maka ia dilepaskan pergi. Dan ada ketikanya pula, kita memberikan sesuatu yang teramat kita sayang dengan harapan kasih sayang itu akan berkekalan. Bagi saya, kedua-duanya penting dan akan saya praktikkan dalam kehidupan. Melepaskan sesuatu yang disayangi adalah tanda pengorbanan tahap tertinggi, yang tidak semua manusia mampu untuk lakukan. Memberikan sesuatu yang disayangi kepada seseorang pula bukti tanda kecintaan dan kasih sayang dengan harapan ianya akan berkekalan. Indahnya....

Alleycats - Seribu Bintang * With Lyrics



Seribu bintang, seribu kenangan... SATU KETENTUAN...