;

Monday, February 28, 2011

DEMI SEGALANYA...

Alhamdulillah, selesai satu perkara hari ini. Mudah-mudahan urusan yang lain selepas ini akan jadi lebih mudah... 

Pernah dengar tak kata-kata ni?

Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."

Kata-kata di atas tu kerap saya pegang dan percaya sebab saya tahu, disebalik semua kejadian, ada hikmah yang tersembunyi. Semua tu dah memang dirancangkan untuk terjadi. Kita ni sebagai khalifah atas muka bumi ni cuma macam bahan ujikaji je sebenarnya. Kalau kita rasa apa yg kita dah ada sekarang ni dah cukup bagus, tunggulah sehingga Allah rampas semua tu dari kita. Masa tu baru kita sedar betapa semua yang berlaku ni adalah di luar daripada apa yang telah kita rencanakan. 

Hari ini saya sedar satu perkara.... bila kita nekad untuk melepaskan sesuatu pergi, sebenarnya kita telah melepaskan separuh daripada kehidupan kita bersamanya. Kemudian, dengan baki kehidupan separuh yang masih tertinggal itu pulalah yang akan kita gunakan untuk membina semula kehidupan pada masa hadapan. Yang penting, kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi apa jua rintangan yang mendatang! 

Demi segalanya... kelemahan akan segera bertukar menjadi kekuatan, kepayahan akan menjadi kesenangan, kedukaan akan menjadi kegembiraan, kesepian akan segera terisi, kepiluan akan segera berlalu pergi......

Sunday, February 20, 2011

ROAD TO...LONDON...

Tengok pada tajuknya pun dah boleh wat hati saya rasa gembira dan tersenyum sendiri. Hehehe...Tah apalah yang ada pada London hingga membuatkan ianya menjadi salah satu destinasi yang saya amat-amat harapkan dapat sampai satu hari nanti. Tahun lepas, nyaris saya dan sepupu merancang percutian ke London tapi akhirnya batal atas sebab tertentu. Entah bila agaknya saya dapat memijakkan kaki ke kota London ni, kota keindahan, kota cinta hehehe...


Saya ada memasang azam. Dengan sahabat-sahabat rapat pernah juga saya kongsikan azam saya ni iaitu untuk melanjutkan pelajaran ke London! Wow! Bestnya kalau betul saya dapat peluang tu. Lepas habis belajar boleh kerja sekejap kat sana pulak. Hmm... itu adalah antara impian dan azam saya yang tak tahu bila agaknya dapat direalisasikan. Tak kisahlah bila pun, kalau bukan sebab menyambung pelajaran, saya berharap sangat dapat menjejakkan kaki ke kota London ni satu hari nanti. 

Apa yang menarik sangat tentang London? Kalau tanya saya, entah, saya pun tak tahu nak jawab apa. Saya cuma tahu impian itu terpasang sejak kakak saya melanjutkan pelajaran di Cardiff, London. Masa tu memanglah kami sekeluarga tak pernah pun melawat dia semasa di sana, tapi dari apa yang diceritakan London ni memang tempat yang menarik. 

Bas double decker ni merupakan satu simbol yang paling sinonim dengan London. Agaknya kat London je kot ada bas macam ni hehehe..entah...

Road to London...mmmm....entah bila..tapi pasti satu hari nanti!

Saturday, February 5, 2011

DIRIKU BUKAN YANG TERBAIK

Seseorang berkata kepada saya, blog saya sudah lama bersawang disebabkan ketiadaan entri-entri terbaru. Hehehe..memang benar. Saya tidak punya banyak masa untuk menulis di blog disebabkan kekangan masa yang hebat. Ada kala saya jengah je blog saya itu untuk saya membaca sebarang jejak yang ditinggalkan oleh kenalan saya pada chatbox. Itu saja yang dapat saya lakukan. Tetapi malam ini, saya terpanggil untuk menulis sesuatu untuk blog saya. 

Sudah lebih 33 tahun saya tinggal di muka bumi Allah ini, diizinkan untuk menghirup udara segar dan menjalani kehidupan. Alhamdulillah, syukur sebab itu sebenarnya anugerah yang paling tinggi nilainya untuk dikecapi oleh seorang manusia. Sesekali bila menoleh ke belakang, melihat semula jejak-jejak yang saya tinggalkan dan merenung ke hadapan pula memikirkan jejak yang macam mana pula ingin saya tinggalkan, hati terkedu seketika. Dalam proses renung merenung, lihat melihat, rupanya terpandang jugalah akan kelemahan yang ada pada diri yang akan sentiasa saya bawa sama ada ke hadapan mahupun ke belakang. Perkara ini mungkin tidak dapat saya tinggalkan ia kerana ia hadir bersama-sama jiwa seorang Zetty. Ianya adalah ketentuan yang Allah telah berikan pada setiap hambanya, ibarat satu ikon yang harus dibawa dalam proses kejadian setiap manusia. 

Kelemahan yang saya maksudkan ini ialah macam mana pun saya berupaya untuk menjadi seorang yang sempurna, in the end, sebenarnya saya tidak mampu untuk menjadi sempurna. Istilah sempurna itu terlalu subjektif untuk diterokai. Mungkin pada 10 perkara, hanya 2 sahaja yang berjaya saya temukan kesempurnaan. Begitulah hakikat istilah sempurna yang dapat saya rumuskan. Saya dilahirkan bukan untuk menjadi seseorang yang sempurna buat seseorang. Mungkin pada family pun saya masih belum sempurna sebagai seorang anak, adik, kakak, isteri, anak saudara, cucu dan sebagainya. Itu baru skop yang kecil. Tapi sudah jelas ketaranya! Dalam erti kata lain diri ini bukan yang terbaik untuk dimiliki, didampingi, dikasihi, dicintai, disayangi, dirindui dan diingati oleh siapa-siapapun. Disebabkan ketidaksempurnaan yang ada dalam diri. Mungkin juga terlalu jauh untuk menjadi yang terbaik kepada seseorang. Namun, itu lah ketentuan yang Allah telah janjkan. Ibarat pepatah, harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. Setiap yang mati itu dikenang namanya lalu dikaitkan dengan ketokohannya barangkali, sumbangannya, jasa-jasanya, budi pekertinya, akhlaknya, sikapnya yang disenangi ramai dan sebagainya. 

Mungkin saya tidak mampu menjadi yang terbaik kepada sesiapapun. Tapi yang pasti saya juga punya sekeping hati untuk dikongsikan dengan orang-orang disekeliling saya yang saya hargai kehadiran mereka disisi saya. Itu yang penting walaupun kehadiran saya disisi mereka tidak pernah dihargai. Saya mungkin tidak mampu untuk menjadi yang terbaik buat KAMU, dan saya relakan KAMU untuk menemukan insan yang terbaik buat diri KAMU yang dapat memberikan KAMU kebahagiaan. Kerana saya tahu, setiap manusia berhak untuk mengecap kebahagiaan dalam kehidupannya. Sebagaimana yang pernah saya perkatakan dahulu, saya mungkin bukan rumput yang terbaik untuk kamu, namun saya juga berhak untuk berada di padang yang luas, bersama dengan rumput-rumput yang lain untuk disedari kewujudannya oleh insan-insan yang bernama manusia....

Apabila harapan mulai sirna,
Kekecewaan menghuni segenap ruang hati,
Hati kembali menyoal,
Apa yang KAU mahu?

Apabila kebenaran yang ditunjukkan, 
Menjadi kemarahan,
Kejujuran dan ketulusan tidak lagi dipandang,
Kebencian merajai hati,
Membelenggu jiwa yang merindui,
Bayangan seribu mimpi.