;

Tuesday, December 28, 2010

TIDAK AKAN PERNAH BERAKHIR SEMUA KISAH

Seseorang bertanya.... "Bagaimana dengan kisahmu itu? Sudah bertemukah dengan penyelesaiannya?" lalu seseorang pantas menjawab, "Tidak akan pernah berakhir semua kisah dalam hidup manusia. Hari ini ia selesai, selang sekelip mata sahaja sudah datang yang baharu lalu penyelesaian yang lain harus dicari kerana itulah yang dinamakan dengan kehidupan..."

Benarkan? Hamka sendiri pernah menyebut tentang perkara ini di dalam penulisannya bahawa "..urusan pekerjaan seorang insan itu tidak akan pernah selesai selagi jasadnya masih mampu menghirup udara dan jantungnya masih berdegup!" Urusan pekerjaan yang disebut oleh Hamka merujuk kepada permasalahan, persoalan, liku-liku, ranjau kehidupan yang perlu diharungi dalam meniti hidup ini.

After all, what had been done, could not be undone! Life is full with surprises!!!

Saturday, December 25, 2010

SESUATU YANG TERPENDAM

Saat mata terpejam,
Jiwa terasa kosong,
Hati kembali menyambung bicara,
Yang telah sekian lama terputus kata-kata.

Saat bibir berbicara,
Yang kedengaran bukan bait kata,
Bukan juga madah pujangga,
Hanya bisik angin menghembus lalu,
Merawat bisu yang membelenggu.

Andai dapat ku lontarkan kata,
Ingin sekali aku berbicara,
Pandangilah diriku di sini,
Mengharap dikau kan mengerti,
Segala hukuman relaku sandang,
Selagi hati kembali tenteram.


Thursday, December 23, 2010

TIADA LAGI

Sia sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu

Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu…


Tuesday, December 14, 2010



ANTARA KONSEP REZEKI DAN SISTEM YANG CORRUPT

Persoalan ni sentiasa berlegar-legar dalam kepala. Kadang-kala cuba gak nak tepis dia keluar tapi tak lama kemudian ia akan datang semula. Semuanya adalah tentang ketentuan dalam perjalanan hidup kita yang tak semuanya seperti yang direncanakan. Bila dikurniakan sesuatu kita akan menganggap ia sebagai satu kurniaan rezeki yang tidak terhingga. Bila tidak beroleh sesuatu pula, kita menganggap ia sebagai sebuah sistem yang telah korup dan orang-orang yang ada di dalam sistem tersebut turut korup!


Pada mulanya mungkin kita membuat statement sedemikian sebab geram or marah tapi apabila kenyataan yang terbentang di hadapan mata menunjukkan sememangnya ada unsur korupsi di dalam tersebut, bagaimana hendak menggambarkan perasaan kita? Dah tentu geram, sedih, kecewa, hampa dan sebagainya kan? 

Apa yang pasti, kita tidak boleh memperbaiki sistem yang korup tersebut melainkan kita sendiri berada di dalam sistem tersebut dan berusaha untuk memperbaikinya. Rasanya itu adalah yang terbaik. 

Tapi, persoalannya pula ialah, sampai bila kita harus menunggu untuk berada di dalam sistem tersebut??? 

Friday, December 10, 2010

KU POHON..

Sewaktu hendak memulakan sesuatu,
Segala kepayahan, kesulitan dan dugaan terpaksa dihadapi,
Mudah-mudahan,
Dalam mengakhiri sesuatu,
Tidak lagi berhadapan dengan situasi sedemikian.

Semoga segalanya dipermudahkan.....
Ku pohon padaMu...

Thursday, December 9, 2010

YANG TERLIHATKAN PAGI INI

Hari ni, sama seperti hari-hari bekerja yang lain. Rutin harian yang perlu diikuti. Tapi yang menariknya pada pagi ini ialah apabila saat mata saya  terpandang akan seseorang, maka terkait pula kisah pandangan tadi kepada perkara-perkara yang lain sehinggalah menjejakkan kaki ke pejabat.

Seperti biasa, saya akan mengambil laluan yang sering saya ikuti. Dan saya sebenarnya bukan tak biasa bertembung dengan perempuan ni (saya namakan dia sebagai A). Hampir hari-hari rasanya. Setakat bertembung begitu je, saya memandu sedangkan dia berjalan kaki untuk ke jalan utama menunggu bas. Mana saya tau A naik bas? Sebab daripada pakaiannya saya tau A bekerja di kilang. Pagi ni saya terserempak lagi dengan A tapi kali ni saya terpandang akan sesuatu yang dibawa oleh A iaitu bekal! Tak tau apa isinya tapi saya boleh agak mestilah makanan. Beliau menoleh ke arah saya disaat saya memandang ke arahnya dan saya hulurkan senyuman (senyum je lah kan, takkan nak tumpangkan pulak! heheh) 

Sepanjang saya memandu, tiba-tiba fikiran saya dok fikir tentang kehidupan bagi mereka yang bekerja di kilang. Saya ada kawan yang dahulunya pernah bekerja di kilang dan daripada pengalamannya, ternyata bukanlah senang kehidupannya. Makan selalu dicatu, kerja toksah cakaplah penatnya macam hapa! Kadang-kadang setelah seharian penat bekerja, pulang ke rumah cuma makan maggi je. Kasihannya saya dengar. Kalau nak duit lebih, kena kerja overtime. Tapi lepaknya badan selepas itu, hanya tuhan saja yang tahu. Kalau saya membeli barang di kedai, selalu saya nampak peker-pekerja kilang ni sibuk membeli bahan makanan untuk dibawa pulang ke rumah. Nak nampak dorang beli ayam ikan, susah, malah rasanya tak pernah nampak melainkan awal bulan je kot. Yang sering saya nampak dorang beli ialah telur dan sayurnya pula adalah sawi. Mungkin dimasak bersama maggi kot. Tah lah. 

Kadang-kadang melihatkan kehidupan orang lain buat diri sendiri insaf. Walaupun dalam keadaan tidaklah semewah mana tapi rezeki yang diperolehi cukup lumayan! Sebab hari-hari dapat makan nasi dengan lauk-pauk yang sedap. Makan maggi tu cuma bila datang rasa yang betul-betul hendak makan atau orang kata mengidam. Selebih darinya, pandang maggi pun tak nak. Lebih-lebih lagi bagi saya yang perut tidak tahan sangat dengan maggi sebab boleh mengundang cirit-birit bila makan. 

Alhamdulillah. Kalau tak ada pekerja kilang, bagaimana kilang hendak berfungsi, ye tak? Janganlah bila kita tengok orang kerja kilang kita cemuh, padahal diri sendiri yang bekerja dalam pejabat yang berhawa dingin tu sebenarnya lebih hina daripada orang yang menyumbang kepada ekonomi negara! 

Tuesday, December 7, 2010

SAAT HATI INI MERONTA

Hari ini, saya duduk di rumah seharian, tidak ke mana-mana. Perasaan ingin keluar itu memang ada namun ada sesuatu yang menyekat. Saya memanfaatkan waktu yang ada dengan mengemas kamar sendiri, selain memasak sejenis masakan kegemaran saya, membelai baby kakak sesekali dan selebih itu duduk mengurung diri di dalam bilik. 


Tiba-tiba perasaan itu sekali lagi datang! Bukan! Bukan perasaan untuk keluar rumah, tapi perasaan untuk kembali menulis! Lamanya saya tidak menulis sedangkan satu ketika dahulu itulah caranya saya mengisi masa lapang. Menulis! Tidak kiralah apa yang saya tuliskan, cerpen, sajak atau sekadar menulis semula kata-kata yang saya petik dari mana-mana, yang pasti saya akan menulis. Kini, minat itu kelihatannya semakin jauh dari saya dan hari ini, ajaibnya dia kembali menyapa! Terima kasih! Saya sangka 'dia' sudah lama pergi meninggalkan saya. Rupanya 'dia' masih setia bersama saya cuma kehadirannya sahaja yang tidak saya rasai. 

Terima kasih kerana hadir semula! Dan hari ini, bersempena dengan tahun baru hijrah, saya mula memahat azam untuk kembali menulis! Walaupun masa saya agak terbatas kini, namun saya akan cuba mencari ruang untuk saya memulakannya semula. Dan ketika ini, hati saya tertanya-tanya, apa yang akan saya tuliskan sebagai permulaannya? Hmmm...........


Monday, December 6, 2010

Tiap kali saya berasa geram, marah, sakit hati atau kawasan yang sewaktu dengannya, sangat-sangat, saya akan membuat sesuatu bagi melepaskan ia. Ada orang mencari terapi dengan mendengar lagu, contohnya, berbeza pula dengan saya. Saya akan mencari dinding tebal, genggamkan jari jemari saya lalu saya akan menumbuk dinding tersebut bertalu-talu sehingga kadang-kadang saya tidak sedar bahawa tindakan saya itu telah membuatkan tangan saya berdarah! Begitulah caranya saya melepaskan semua geram yang terbuku dalam hati. Bila akhirnya hati saya mula merasa lega, ibarat segala rasa geram, marah dan sakit hati tadi telah berjaya dilepaskan, baru saya akan berhenti menumbuk dan ketika itu barulah saya dapat rasakan perit pada tangan saya yang sudahpun berdarah.

Kenapa saya suka buat macam tu? Entahlah. Kesakitan dibayar dengan kesakitan barang kali??????????


Sunday, December 5, 2010

SEKADAR BERKONGSI..

Kata-kata ini saya petik daripada seorang kakak/teman yang sangat-sangat saya kagumi kerana dikurniakan Allah dengan bakat menulis yang amat menakjubkan. Tiap baris kata penuh puitis meluahkan makna, mudah untuk difahami namun meninggalkan kesan penghayatan yang amat dalam....seperti kata-kata ini..........

TERIMA KASIH ALLAH. Hati saya bertanya, bersalahkah berikan derita kepada diri untuk sekian lama? Akal menjawab, itulah cinta. Diri bertanya pula, sampai bila? Nyawa menjawab, bilanya tidak pernah sampai, selagi hayat dikandung badan.
~.~. AMINAH MOKHTAR ~.~


Sekadar coretan: Tidak sabar menantikan kemunculan Trilogy beliau 'Terima Kasih Allah' untuk saya jadikan bahan bacaan saya nanti.

PATRI

Andai hati ini sang kecapi
Perasaan jadi talinya
Engkau memetik jari jemari
Berlagu irama duka dan lara


Andai tubuh ini boneka
Nalurinya benang sutera
Engkau dalang mengawalnya
Ke timur ke utara kemana jua
Aku hanya menuruti
Mengikut apa saja hukuman


Andai diri ini taman tasik
Sang kirana pula jiwa raganya
Engkau menjaring dengan senyuman
Dan mengurungkannya dari segala
Namun diri ini insani
Pasti ada kemahuannya


Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci



Saturday, December 4, 2010

It's sad, so sad
It's a sad, sad situation
And it's getting more and more absurd
It's sad, so sad
Why can't we talk it over
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word


Friday, December 3, 2010

SHARING IS CARING


I like the way you wanted me
Every night for so long baby
I like the way you needed me
Every time things got rocky

I was believing in you
Am I mistaken do you say,
Do you say what you mean
I want our love to last forever

But I'd rather you be mean than love and lie
I'd rather hear the truth and have to say goodbye
I'd rather take a blow at least then I would know
But baby don't you break my heart slow

I like the way you'd hold me
Every night for so long baby
And I like the way you'd say my name
In the middle of the night
While you were sleeping

I was believing in you
Was I mistaken
Do you mean, mean what you say
When you say our love could last forever

Well I'd rather you be mean than love and lie
I'd rather hear the truth and have to say goodbye
I'd rather take a blow at least then I would know
But baby don't you break my heart slow

[Bridge]
You would run around and lead me on forever
While I wait at home thinking that we're together
I wanted our love to last forever

Well I'd rather you be mean than love and lie
I'd rather hear the truth and have to say goodbye
I'd rather take a blow at least then I would know
But baby don't you break my heart slow

 
 

Thursday, December 2, 2010

Layan lagu jap

Kat Facebook lagu ni tengah top! Ada je orang yang tag kan lagu ni dengan kisah-kisah menarik sebagai bahan perasa tambahan...hehehhe...Saya yg rajin meng'klik' pada video yang dorang tagkan tu, jadi tersuka lak dengan lagu ni. Best gak walaupun didengar banyak kali. Lagu daripada artis Indonesia, tak kenal nau pun siapa Dadali ni dan yang paling penting sekali lagu ni tak pernah dengar walau sekali pun kat radio. Mmmm...tak taulah lagu ni lagu baru ke lama. Tapi sekadar nak kongsi kat blog saya je. Layanzzzz la ye....


Wednesday, December 1, 2010

MIMPI LAGI


Semalam gara-gara seorang sahabat bercerita tentang harga minyak yang naik lagi, saya terbawa-bawa cerita tersebut ke dalam tidur hingga bermimpi. Saya mimpi saya telah membeli sebuah motorsikal (sebenarnya memang dah lama pasang impian untuk beli motor ni tapi mak tak izinkan). Motorsikal tersebut saya beli dek kerana kecewa dengan harga minyak yang selalu naik lately ni. So, tiba masa saya melaram la motor baru saya tu. Nak dijadikan cerita tiba-tiba ada road block dekat kawasan rumah saya dan saya pun apa lagi kenalah tahan. Bila polis minta tunjukkan lesen terketar-ketar saya mencari (sebab saya tak de lesen motor! hehehe) dan last-last saya beritahu dengan polis tu yang lesen saya tertinggal di rumah dan terpaksa balik untuk ambil. Polis pun leh percaya la plak! hehehheh...Siap polis tu tampal sesuatu pada motor saya lagi seolah-olah macam lesen temporary supaya tak de polis lain yang akan tahan saya lepas ni. Ekekekkeke...gelak saya pagi ni bila ingat kan mimpi tu... Agak-agak, kalau betul saya beli motor, motor macam mana yang sesuai??? 


Yang macam atas tu kot........hehehhehehe.......