;

Sunday, November 28, 2010

DAMN GOOD STORY

Hari ni tak de apa sangat nak buat, dengan hujan selebat-lebatnya kat luar sana, saya banyak habiskan masa dalam bilik sambil menonton DVD Box-set Greys Anatomy yang baru saya beli. Season kali ni memang tersangatlah sayu dan sedih dan touching dan macam-macam lagi. Macam-macam isu tentang kehidupan kita sebagai manusia yang cuba diangkat dalam setiap episod. Dan tak dinafikan, setiap episod berjaya mengundang airmata saya yang tiba-tiba gugur disebabkan tersangatlah sedih.

Sebenarnya, bukan cerita ni yang saya cuba nak sampaikan kali ni. Tapi mesej disebalik sebuah cerita. Sebagai manusia, kita selalu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita nak, memberi apa yang kita nak berikan, berkongsi apa yang nak kita kongsikan dan melepaskan apa yang nak kita lepaskan. Tapi dalam usaha kita ke arah itu, banyak halangan yang akan ada di hadapan kita yang membuatkan kita jadi ragu-ragu, was-was, tidak pasti dengan tindakan kita yang selanjutnya. Sama ada tindakan itu tepat atau tidak,tak ada siapa yang tahu selagi ianya tidak dilakukan. Dan apabila keputusan tersebut dibuat, tinggal masanya untuk kita menunggu dan melihat komplikasi disebalik keputusan yang kita buat itu. Pretty much like our life isn't it? There's no doubt about it. Ketawa dan airmata silih berganti menemani hidup kita. Masam, manis dan pahit merupakan antara rasa-rasa yang terpaksa kita telan dalam hidup ini. Ups and downs, umpama tayar yang berputar, membuatkan life kita sebentar di atas dan tanpa diduga pula sudah berada di bawah. Ada perkara yang membuatkan kita gembira, sedih, kecewa dan sebagainya. Perkara-perkara ini silih berganti menjengah kehidupan kita. 

In the end, apa yang dapat kita buat? Nothing, but just sit back and smile or cry. Thats all....



Saturday, November 27, 2010

KEMELUT DI MUARA KASIH

Seandainya dapat kau selam
Sambil mentafsir tasik hatiku
Cuma tenang di permukaan
Dan di dasarnya bergelora

Persoalan demi persoalan
Membelenggu akal dan fikiran
Tidak ku temu jawapan

Seandainya dapat ku lari
Jauh ku pergi membawa diri
Sebenarnya langkah terkunci
Antara kasih dan juga budi

Mengapa kau jua yang kurindu
Walau sudah ku tahu
Payah bersatu
Hidup denganmu

Engkau sungguh jujur dan ikhlas terhadapku
Tak pernah walau dalam sekali pun
Kau pinta ku membalas
Semuanya itu lambang kesetiaan mu
Bukannya mengaburi mata ini
Atau sebaliknya

Kita bagaikan pertaruhan
Pada yang menyaksikan
Jauh manakah kita bertahan

Jika ku tersilap
Pastinya di pandang hina
Terlalu banyak sungguh halangan
Terpaksa ku terjah
Aku pun tidak tahu
Apa yang ingin Tuhan tunjukkan
Adakah ini dugaannya
Hanyalah sekadar untuk menguji setiamu

Seandainya hajat tak sampai
Tanah dan badan pasti berkecai
Terkubur harapan di liang cinta
Kasih ini kita semadikan

Bukan mudah untuk menyelami dan membaca hati seseorang. Kadang-kala, kita perlu melihat menerusi bahasa tubuh, mendengar menerusi kata-kata sinis dan membaca menerusi pemerhatian. Itupun belum tentu lagi dapat ditafsir apa yang terbuku pada hati. Jangan ditangisi sekiranya apa yang diimpikan tidak seindah kenyataan, kerana hakikatnya itulah realiti sebuah KEHIDUPAN. Yang indah, yang manis, hanya menyapa sekali-sekala dalam hidup kita, bukan selalu. Namun, kehidupan masih terus berjalan. Tiada yang terhenti. Melainkan Allah berkehendakkan untuk segalanya berakhir, termasuklah kehidupan seorang INSAN.


Friday, November 26, 2010

THE TRUTH HURTS! BUT THIS TIME IT FEELS GOOD!

Pertama kali agaknya saya merasakan kebenaran itu sesuatu yang melegakan hati saya dan bukan sebaliiknya. Kebiasaannya, mengetahui akan kebenaran sesuatu sering mengundang rasa sakit pada perasaan dan sekaligus dapat mengundang airmata, tapi berbeza pula kali ini.

Saya lega selepas mengetahui sesuatu yang tidak dinyatakan secara nyata (direct). Walaupun mengambil masa sedikit untuk 'menghadam' sebuah kata-kata sebelum dapat mentafsir maknanya, namun hasilnya amat memuaskan hati. Mungkin tidak boleh diterima oleh orang lain, tapi who cares! Saya harap masa yang mendatang nanti akan dapat mempermudahkan segala apa jua perkara yang saya cuba 'hadamkan' tanpa menyulitkan atau merumitkan keadaan saya pada ketika itu. 

Tuesday, November 23, 2010



Oh what a shame, what a rainy ending given to a perfect day
Just walk away, no use defending words that you will never say
And now that I'm sitting here thinking it through
I've never been anywhere cold as you


But we're all alone, was it just a dream 
Feelings untold, They will never be sold 
And the secrets safe with me 

Viva Forever, I'll be waiting 
Everlasting, Like the sun 
Live Forever, for the moment 
Ever searching, for the world 




Walau jauh, tak semestinya berpisah,
Walau dekat, tak semestinya berhubung,
Ikatan hati tak pernah terlerai,
Selagi hayat dikandung badan,
Sehingga hujung nyawa.

Monday, November 22, 2010

SEMALAM KU BERMIMPI...

Alkisah tersebutlah cerita, dalam susah saya ni nak bermimpi di waktu malam, boleh la pulak malam tadi sudah singgah satu mimpi dalam tidur saya. 

Mimpi saya tu macam ni... Masa tu saya berada di sebuah tempat. Tempat tu kalau tak silap macam kat kawasan sekolah Convent je. Masa tu saya dengan mak dan juga seorang kenalan, bersama menuju ke sebuah tempat. Lepas tu, secara tiba-tiba, datang deras air, macam banjir. Saya, mak dan kenalan tadi apa lagi terus lari selamatkan diri.Entah mana mana kami boleh berada di sebuah bangunan tinggi lak. Rupa-rupanya air yang tadinya disangka banjir, datang macam tsunami pulak. Banyaknya air!! Naik saya takut mellihatnya. Tapi yang peliknya, air yang datang tu tidak pula kotor atau keruh, tapi jernih, bersih. Cuma masa tu saya berasa takut sangat. Lepas tu je saya terus terjaga. Sedar-sedar azan Subuh baru nak berkumandang

Apa la makna mimpi saya tu ek? Orang kata, kalau mimpi air yang bersih, jernih, tanda nak dapat rezeki. Hmm.. harap gitu lah. Jangan dapat bala sudah!!!! Hehehehe...

Friday, November 19, 2010


Seringkali….
Aku rasa aku yang bersalah,
Namun,
Hati ini yang sebenarnya masih kekal membeku,
Walau kebaikan terbentang di hadapan mata,
Belum cukup teguh untuk menilai semua,
Selagi hati ini masih enggan berbicara,
Bicara sebuah duka.

Thursday, November 18, 2010


Cuz we lost it all 
Nothing lasts forever
I'm sorry 
I can't be perfect
Now it's just too late and 
We can't go back
I'm sorry 
I can't be perfect

KISAH BUNGA II

Hari ini Bunga berasa agak tenteram. Segalanya kerana Bunga telah berjaya meluahkan semua yang terbuku di lubuk hatinya selama ini kepada penghuni baru di taman ini. Walaupun sudah sekian lama Bunga berada di taman baru ini, namun, hatinya masih merasa kosong dan mengimpikan untuk berada di taman lamanya, kembali semula kepada semua perkara yang dapat menggembirakannya. 


Semalam, secara tidak langsung, Bunga berjaya menceritakan kepada Kumbang perihal apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini. Kumbang pada asalnya hanya berdiam diri mendengar namun akhirnya bersuara, yang hakikatnya melegakan hati Bunga. Barulah Kumbang mengerti bahawa Bunga masih merindui taman yang telah lama ditinggalkannya dan beradanya dia di taman ini sama sekali tidak pernah dipinta namun terpaksa. Kumbang melahirkan rasa simpatinya kepada Bunga dan berusaha untuk memujuk hati Bunga yang kesedihan. Tindakan Kumbang telah berjaya menenteramkan hati Bunga. Baru Bunga tahu selama ini ada juga makhluk di taman ini yang sudi mendengar kisah sedihnya. 

Selang beberapa hari, hati Bunga kembali terdetik, adakah tindakannya menceritakan kisah sedihnya kepada Kumbang akan dapat membawa dirinya ke taman yang diimpikan? Atau mungkin perkara tersebut dihebahkan kepada penghuni taman ini dan seterusnya mengundang perli sinis mereka sahaja? Ah! Hati Bunga kembali bersedih. Mereka mungkin akan menjadikan Bunga sebagai bahan ketawa mereka sahaja atau mungkin juga kisah Bunga akan mereka jadikan sebuah cerita yang lengkap dengan spekulasi yang tidak tepat mengenai Bunga. Bunga kembali berdukacita. Perlukah Bunga kembali bercerita demi untuk meyakinkan penghuni taman ini akan cerita sebenarnya?? Bunga buntu dan hanya berserah kepada takdir.....  

 

Thursday, November 11, 2010

SARRAH MEMANG HEBAT!!!!


Wah..wah..wah...bangga sungguh rasa bila dapat tau semalam Sarrah dapat Anugerah pelajar cemerlang untuk tahun ni. Hehehe walaupun Sarrah cuma anak sedara je tapi saya pun terlibat jugak tau dalam mengurus dia hari-hari nak-nak dalam keadaan sekarang ni mama dia tengah menunggu hari nak bersalin! Sayalah yang kena bawa Sarrah hari-hari pergi sekolah. Bila balik rumah melayan dia membaca buku pulak (dia la yang baca, saya dengar dan betulkan sebutan je). 


Pagi tadi pukul 6 dia da ketuk pintu bilik saya. Dengan pisat-pisat saya pun bangun bukak pintu dan tengok dia dah siap pakai baju sekolah. Hah! "Cepatnya Sarrah siap. Nape bangun pagi sangat ni? Mak Ngah nak tido lagi laa...." bebel saya. "Ala, saja je.." jawapan Sarrah. Lepas tu saya landing semula atas katil dan tarik selimut. Biasanya waktu saya bangun pagi ialah jam 6.30. Bila saya sambung tidur, Sarrah duduk dalam bilik saya sambil mulalah pegang, bukak, cuit itu dan ini. Saya yang ngantuk ni, malas nak marah or tegur, tidur lagi bes! Dengar-dengar je abah masuk bilik dan cakap dengan Sarrah. "Yah, jangan buat bising, jangan kacau mak ngah. Nah, main game boy ni dulu." Hehehe...atuk...atuk....Sarrah pun apa lagi terus senyap main game boy yang abah pagi. Senyap sungguh! Jam 6.15 alarm saya da mula menanyi, saya tutup dan sambung tidur tapi lepas tu tak leh nak tidur rupanya sebab perut lak tiba-tiba sakit. Apa lagi, bergegas la ke toilet dan terus mandi. 

Dalam siap-siap, Sarrah pulak buat permintaan. "Mak ngah, mama suruh ikatkan rambut Yah." Adeh!!!! Rambut mak ngah sendiri pun pendek sebab mak ngah tak pandai dan tak suka nak ikat, ini kena ikat rambut Yah pulak! "Rambut Yah kan pendek, nak ikat camne pulak?" tanya saya. "Tah, mama suruh ikat," jawab Sarrah spontan. Alaaa....leceh tul la. Tak pandai bab nak ikat-ikat rambut ni. Kejap lagi Sarrah tunjuk cara camne yang mama dia nak suruh ikat tu. Saya pun terkedek-kedek ambil sikat dan mula lah buat-buat pandai. Siap!!! Hehehhee...Sarrah pun diam je, no komen, kira ok la tu!!! 

Apapun, majlis penyampaian hadiah Sarrah ialah pada hari Isnin ni. Kesian dia sebab mama dia tak dapat pergi tengok sama sebab mungkin masa tu da melahirkan. Kenalah papa dia pergi. Takpun angkut Ummi dengan Alid sekali hehehehe.... Kalau mak ngah ada sure mak ngah dah jadi kamera woman hari tu. Teringat pulak masa saya sendiri berumur 7 tahun. Dapat hadiah kecemerlangan hujung tahun, dapat nombor tiga lah katakan. Emak cakap nak buatkan reben. Dalam kepala saya besnya mak nak buatkan reben untuk saya pakai. Sekali pagi tu, masa nak gi sekolah, rupanya mak buatkan toncit dua kat rambut dan diikat reben!! Haiyaaaaa!!! Ini reben ka??? Kalau ini aku nggak mau!!! hehehhe...tapi apakan daya, mak da buat. Makanya pagi tu ambil hadiah rambut saya tertoncitlah dua! Tiba giliran Sarrah pulak nanti. Ahaks!!!!

Tuesday, November 9, 2010

HAMBATAN, DIHAMBAT DAN TERHAMBAT!!!

Woooo...penatnya! Lately ni punyalah busy sampaikan blog saya ni naik nak undang spiderman bertapa sebab punyalah tebal sawangnya! Tak de pulak tu orang nak tolong kemas-kemaskan. Makanya, terpaksalah saya sendiri yang mengemasnya. 


Dalam mode kerajinan yang tengah ada ni, idea pulak tak ada. Tak tau nak tulis apa kat blog ni. Diam tak diam dekat setahun dah saya di UTM ni. Masih teringat masa hari pertama jejak kaki ke UTM ni. Naif je rasa. Masa tu tahap kebosanan teramatlah tinggi coz tak de keje nak wat. Asik la membaca apa-apa yang patut disamping mencari-cari maklumat berhubung dengan kerja yang akan saya wat nanti padahal masa tu tak tau pun lagi apa kerjanya. Hahahaha...

Rupa-rupanya kalaulah saya tau, time awal-awal masuk keje dulu lah masa untuk saya bersenang lenang sebenarnya. Sebab sekarang ni da tak dapat dah masa-masa sedemikian rupa. Masa bersenang lenang sudah tiada dalam kamus hidup saya. Naik tak de masa nak makan sampaikan sekarang ni. Pulak tu, sekarang ni dah mula mendatang benda-benda tak bes dalam kerja. Orang-orang tak bes pun da mula ada. Adoyaiiiii!!! Kenapa lah harus ada benda-benda macam ni? Ini lah yang dinamakan dugaan, ujian dan cabaran, ye tak! Buat masa ni, saya sabar menempuh apa pun halangan dalam kerja saya ni. Pengalaman selama 11 tahun di tempat kerja lama cukup bernilai untuk saya jadikan panduan dalam saya mengharungi kehidupan di tempat baru ni. Sikap manusia yang bertopengkan bermacam-macam karakter sudah lali dengan saya. Mudah-mudahan saya kuat untuk melalui semua ini sekiranya diuji sekali lagi.

Sekarang ni, selain dengan hambatan kerja yang mendesah macam tsunami datang, tanggungjawab saya yang lain pun da banyak. Dipilih sebagai pengerusi kelab jabatan amat memeranjatkan saya sebenarnya. Masa tu pulak, persaingannya adalah dengan bos saya sendiri, yang jauh lebih senior dari saya. Saya mendapat undi majoriti! Huh, tak tahu lah perasaan saya ketika tu, susah nak digambarkan. Takut gak dengan implikasi lain tapi hati sentiasa berdoa supaya dijauhkan diri saya daripada sebarang perbuatan hasad dengki atau iri hati orang sekeliling. Lagipun, saya tidak pernah meminta orang lain untuk memilih diri saya. Tak sangka pun akan terpilih sebenarnya. Bila tanggungjawab dah diserahkan, maka, saya harus terima amanah, laksanakan dengan baik dan ikhlas. Seperti sewaktu bersama KERIS, amal jariah adalah key-word nya! Yang penting tugas yang dapat dilaksanakan dengan baik. Itu saja. Tahun depan macam-macam aktiviti yang telah direncanakan. Lawatan ke Australia, lawatan-lawatan kecil yang lain, lawatan ke Sarawak, semuanya memerlukan komitmen yang padu. Yang paling besar ialah cadangan untuk mengadakan tournament futsal UTM demi untuk menjana income bagi tujuan Global Outreach Programme. Komitmen lagi! Banyaknya komitmen! Dengan tugas harian lagi. Saya berdoa semoga Allah permudahkan apa jua yang telah dirancangkan dan yang paling penting memberi saya kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk menjalankan setiap tugasan dengan baik, tanpa sebarang masalah besar. Amin....

Seorang sahabat mengatakan kepada saya.... "awak kena kuat, macam masa awak di YWJ dulu. Awak mesti boleh!" Terima kasih la kepada sahabat yang memberikan kata semangat dan dorongan kepada saya dalam memahami akan kesibukan saya ketika ini. 

Apapun....saya kena kuat!!!