;

Sunday, October 31, 2010

JAHATNYA KAMU...HEHEHE

Entahlah kenapa, tapi saya suka sangat dengan lagu Stacy ni, JAHAT. Tengok video clip lagu ni pun enjoy jek. Sebab Stacy pun comel walaupun tak la marveles jelita tapi pada saya Stacy ada tarikan diri sendiri yang membuatkan dia berjaya untuk mengumpul peminat-peminat tersendiri. Saya ingat saya seorang je yang minat Stacy ni, tapi rupa-rupanya ada jugak penghuni kat rumah saya yang minat gak dengan Stacy ni. Nak tau siapa, sapa lagi kalau bukan Zetty Jr...SARAH! Hahaha..Sarah minat Stacy rupanya. Bila dia tahu kat handphone saya ada lagu Stacy, hari-hari dia dengar lagu tu sampai naik kong handphone dibuatnya! Sebelum tidur pun dia akan ambil handphone saya dan dengar lagu Stacy dalam 2-3 kali lepas tu dia dengar pulak Zikir Taubat, lepas tu baru dia tidur. Hehe...Sekarang ni dia sibuk menyanyi lagi Stacy sampaikan bila mak berkaraoke, dia akan ambil satu microphone. Bila mak sibuk nak pilih lagu and CD, dia pun apa lagi, terus nyanyi lagu Stacy tanpa muzik, siap ada muzik intro lagi. HAHAHAHA! Sarah memang kelakar. So, untuk Sarah, saya nak share lagu ni kat blog saya...Lepas ni saya ingat nak gi cari CD karaoke lagu Stacy pulak so lepas ni leh a saya berkaraoke lagu Stacy ni together2 dengan Sarah! Let's karaoke!!!! heheheh...

Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Apa agaknya sudah jadi
Pada ikrar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa

Dah terkena

Terkena demam cinta

Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Oh jahatnya kamu

Jahatnya kamu

Tuesday, October 19, 2010

SO SWEET


Saya suka tengok lakaran ni. Walaupun cukup simple, ibarat kanak-kanak tadika melukis tapi mesej yang cuba disampaikan cukup jelas dan nyata. Tak perlu berselindung disebalik kepura-puraan. Just be yourself!!! Satu ungkapan yang sering saya katakan kepada sahabat saya, sebab pada saya dengan menjadi diri sendiri kita memberikan gambaran diri kita yang sebenar. Tapi tak mustahil juga ada sesetengah mereka lebih suka menyembunyikan ‘true colors’ mereka daripada dilihat orang. Biarlah. Itu cara mereka, bukan saya. So…… would you like to be my friend???? Hehehehe…


Monday, October 18, 2010

BERTAUT KEMBALI

Pagi tadi, saya terpaksa hadiri satu sesi perbincangan/mesyuarat bersama dengan big boss dan beberapa pegawai yang lain. Meeting selesai sekitar jam 1130 pagi. Masa tu saya lum sempat makan apa-apa pun melainkan minum cereal yang baru sempat saya hirup separuh gelas sebelum bergegas hadiri mesyuarat.

Setel mesyuarat saya kembali ke bilik semula dan tengok handphone kot-kot la ada panggilan penting. Tengok-tengok memang tak de tapi ada satu sms yang saya baca dan membuatkan saya gembira!!! NANJE!!!!

Itulah dia. Seorang sahabat baik semasa menuntut di ITM Segamat dahulu yang tak semena-mena terputus hubungan dengannya. Tapi hari ni, kasih bertaut kembali. Penat saya mencari Nanje selama ni. Akhirnya dia sendiri yang menghubungi saya.

Glad to hear from you back my friend!!!