;

Thursday, September 30, 2010

SEKALI AIR BAH, PANTAI TERUS BERUBAH

Tadi berkesempatan berbual dengan seorang sahabat yang da agak lama juga saya tak jumpa, iaitu Julia (bukan nama sebenar). Bual punya berbual terbual la pulak tentang sahabat kami, Markonah (juga bukan nama sebenar) yang mana beliau ni merupakan sahabat baik juga kepada kami berdua. Tah macam mana topik perbualan kami berdua mula tertumpu kepada si Markonah ni. Julia mengadu, sejak dua menjak ni Markonah sudah tidak sering lagi menghubunginya apatah lagi berjumpa dengannya, seperti masa-masa dahulu. Kalau adapun perhubungan mereka berlangsung ialah apabila Julia mengirimkan SMS kepada Markonah. Kalau tidak, tiadalah pula si Markonah nak berSMS dengan Julia. Julia sangat-sangat terasa akan perubahan yang ditunjukkan oleh Markonah ini. Lalu meluahkannya kepada saya secara tidak langsung. Saya hanya mendengar, bersimpati dan apa yang mampu saya buat ialah untuk Julia memaafkan Markonah atas perubahan sikapnya itu dan cuba untuk tidak mengambil hati sangat. Mungkin Markonah sibuk dengan kerjanya di tempat baharu, kata saya. Tapi berbeza pula dengan pandangan yang dilontarkan oleh Julia yang kononnya Markonah berubah kerana sudah ada teman baru. Saya diam. Anda pasti, saya tanya Julia. Ya, saya sangat-sangat pasti sebab apabila Markonah berkunjung ke tempat Julia atas satu tugasan rasmi, dia seolah-olah menjauhi Julia dan sering sahaja bersama sahabat barunya itu. Julia bukanlah cemburu cuma tersinggung je dengan perbuatan Markonah.

Saya sedia maklum akan keakraban Julia dan Markonah sebelum ini kerana selain bertugas di bawah satu bumbung satu ketika dahulu, mereka juga sangat rapat dengan keluarga masing-masing. Tidur baring di rumah Julia adalah satu perkara yang biasa dilakukan oleh Markonah. Saya sendiri agak terkilan dengan perbuatan Markonah terhadap sahabat karibnya itu lebih-lebih lagi apabila Julia mengatakan Markonah berubah kerana sudah mendapat teman baharu yang mungkin lebih baik dari Julia, sehinggakan Julia merasakan dirinya tidak terlalu baik untuk berada bersama Markonah. Sedangkan satu ketika dahulu, Julia sering mendengar Markonah bercerita perihal teman baharunya itu yang sedikit masa dahulu dibencinya atas sebab-sebab tertentu tetapi hari ini, apa yang dahulunya Julia dengar, kini berlaku pula ke atas dirinya.

Kenapa ya manusia berubah? Mungkin faktor hati yang membuatkan manusia jadi begitu. Kalau dahulu, dia sering mengeji sikap seseorang terhadap sahabatnya, tetapi hari ini dia sendiri yang melakukannya, terhadap sahabat karibnya sendiri. Apa sudah jadi??? Perkara yang berlaku ke atas Julia saya renung buat seketika. Mungkinkah saya juga pernah melakukannya kepada orang lain? Barangkali pernah tapi sehingga kini saya masih sedar dan tahu siapa kawan dan siapa pula lawan saya. Tidak pernah sesekali pun saya menyisihkan mana-manapun sahabat saya melainkan mereka sendiri yang berkehendakkan begitu. Saya tau, saya tidak mempunyai kuasa atau hak untuk mengarahkan mereka atau sesiapa sahaja untuk terus berkawan dengan saya, oleh itu saya tidak pernah menghalang mereka sekiranya mereka sudah tidak mahu lagi berkawan dengan saya. Mungkin rasa kecewa itu akan lahir akibat perbuatan mereka, namun ia mungkin akan hilang ditelan masa. Saya tidak pasti sama ada Julia dapat melupakan kekecewaannya itu. Apa yang pasti, saya masih ingat lagi kata-katanya, "...yang penting saya tahu dia bahagia dengan lifenya yang baru dan sahabatnya yang baru dan saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia dan takkan berhenti menyayangi dirinya...."

Julia..Julia... luhur sungguh hati budimu...... walaupun sahabatmu itu sudah dalam proses untuk melupakanmu, namun masih lagi kau mendoakan kebahagiaannya. Alhamdulillah. Saya pujuk Julia dan katakan padanya kalau kita sayangkan dia, kita doakan kebahagiannya hingga bila-bila. Biar dia lupakan kita asalkan kita tahu dia kekal disayangi................

Untuk Markonah di luar sana, sekali air bah, pantai memang akan berubah. Tapi ati manusia, akal manusia, kita yang mencorakkannya kan? Jangan terlalu ego dengan diri! Ego tak akan membawa anda ke mana pun! Kalau marah sekalipun yang merajai hati, padamkanlah kemarahan tersebut setulus hati Julia memaafkan perbuatan anda. Entahlah... kadang-kadang kita cuma pandai nak mengata, tetapi terlupa ludah yang dilontar ke langit akhirnya jatuh semula ke muka sendiri... Wallahualam....

Tuesday, September 28, 2010

SEBUAH IMPIAN

Lepas saya tamat Diploma, saya terus dapat pekerjaan dan tanpa berlengah lagi terus mula bekerja. Memang tak sempat nak tanam anggur sebenarnya. Rezeki! Lepas ayah pencen dan berhijrah ke Shah Alam untuk memulakan bisnes restoran di sana, tinggallah saya bersama 2 beradik yang lain di Johor. Masa tu pergi kerja pun naik bas je. Lama juga lah saya menggunakan perkhidmatan awam ni untuk berulang-alik pergi kerja. Tak rasa susah pun sebab sampai je di Post Office, ada kenderaan jabatan yang akan menunggu. Tambang pun masa tu murah je. Hampir 2 tahun naik turun bas, akhirnya mak suruh saya beli kereta. Mulanya memang tak nak tapi bila didesak oleh mak akhirnya saya akur juga. Masa tu gaji pun bukan besar mana, jadi tak mampu nak pakai kereta yang mewah selain KANCIL! Saya beli Kancil 850 Metallic Silver di Perodua Larkin. Sampai sekarang ni saya masih lagi menggunakan Kancil kesayangan saya ni. Walaupun kali ni banyak pihak yang mendesak supaya saya menukar kereta baru, tapi saya tak peduli! Saya masih lagi setia dengan Kancil saya ni. Hutang dah habis, kereta pulak tak pandai meragam, buat apa saya nak tukar kereta lain. Lagipun yang naik kereta ni saya seorang je, buat apa nak besar-besar? Tapi yang sebenarnya saya memasang impian. Impian saya ialah untuk membeli kereta idaman satu hari nanti, apabila keadaan kewangan mengizinkan. Nak tau kereta apa? Of course la kereta import! Saya kalau beli kereta baru saya tak nak lagi pakai kereta local ni, hehehe.... teringin nak pakai kereta import pulak. Antaranya, Honda Civic, Nissan Sylphy, Mazda 5 dan yang terbaru kini ialah Kia Forte! Huh! Jatuh cinta kali pertama betul dengan Kia Forte ni la! Sepupu saya seorang baru sambar kereta tu! Mak aii....bestnya!!! Selain itu, saya juga turut suka dengan Jeep! Ini kira impian angan-angan je la sebab tak mampu nak beli kereta tu yang tersangatlah mahalnya! Sultan Johor ada jeep ni. Jeep ni kalau dapat, huh, memang best la! Saya suka sangat dengan jeep ni. Selalu kalau lalu dekat area Mutiara Motor tu, saya akan menoleh ke showroom dia coz Jeep ni ada terpamer kat situ! Yang ni memang takat tengok kat dalam citer CSI tu je la. Selebihnya tak mampu ekekeke!

Tak salah pun untuk kita memasang impian kan? Impian tu adalah sebuah harapan yang cuba untuk digapai dan bukan sekadar angan-angan kosong tanpa menyedari akan kemampuan diri sendiri. Yang pasti, apa yang saya impikan, akan berjaya saya capai satu hari nanti. Kalau tak hari ini, esok, lusa, bulan depan, tahun depan, siapa tahu kan.

Saturday, September 25, 2010

HARI YANG INDAH

Hari ini, 25 September 2010 merupakan hari konvokesyen graduan UTM. Bila cerita pasal konvokesyen ni teringat pulak zaman masa saya sendiri konvo. Tahun 2006, saya menghadiri konvo UiTM di Shah Alam. Masa tu mak abah tak ikut, dorang malas, sebab masa diploma dulu dorang da pernah attend konvo. Kali ni yang temankan saya cuma hubby je. Menghadiri konvo ni sebenarnya penat, dari mula mendaftar sehinggalah beratur dan berarak masuk ke dewan. Masa tengah beratur tu kita jumpalah dengan students yang tak pernah kita jumpa selama ni. Maklumlah, saya ni student part-time sedangkan yang bersama-sama saya ada juga students full time. Tapi bila da beratur sama tu, berbual gak lah, buat-buat macam kenal hehehe. Berpeluh-peluh 'tiak' bila menunggu untuk masuk dewan tu. Masing-masing riuh dengan perbualan sendiri, sambil membetul-betulkan robe yang dipakai. Huh! Susah betul robe ni. Asik nak menggelebeh je, jadi tak kemas dibuatnya. Ah! Belasah je lah. Yang penting tak senget sudah.

Masuk dewan! Huh! Lega! Aircond! Barulah sejuk skit badan yang da macam air terjun ni. Sambil menunggu ucapan demi ucapan sehinggalah tiba giliran untuk mengambil scroll, rasanya sempat tidur seround! Punyalah mengantuk menunggu orang-orang ni abis berucap. Pap! Tiba-tiba dengar bunyi kerusi bergerak, cepat-cepat saya tersedar. Rupanya, its time! Apa lagi kelam-kabut la bangun, beratur lagi. Dalam mamai tu sempat gak la betul-betulkan semula robe yang dipakai sambil berjalan perlahan-lahan menunggu giliran naik ke pentas. Tiba-tiba terasa seperti ada tangan sedang memegang robe saya. Saya pun menoleh. Seorang petugas sedang membantu membetulkan robe saya. Hehehe...sure senget or tak betul ni. "OK!" Kata petugas itu kepada saya. "Terima kasih," balas saya. Naik pentas dengan penuh sopan, maklumlah orang terakhir. Bila tiba je nama saya diumumkan, apa lagi. sorakan paling kuat dan gemuruh yang saya dengar! Siot tul budak-budak ni. Dorang da penat nak tepuk tangan sebenarnya, sebab tu lah bila saya yang terakhir berada di pentas dorang balun tepuk kuat-kuat, siap sorak-sorak lagi, sebab lepas ni da tak payah tepuk tangan lagi. Hehehehe...Saya sengih-sengih je depan Datuk Abu Shah yang turut sengih tanda faham dengan apa yang sedang berlaku.

Keluar dewan, dapatkan hubby dan sepupu yang sempat lak datang nak meraikan saya. Bunga, teddy bear, antara hadiah yang saya dapat. Lepas tu apa lagi, tanpa berlengah lagi terus gi pulang robe, ambil transkrip sebenar dan cau! Setel!

Konvo di UTM ni sehingga hari Selasa. Hari ni akan dibuat sekali pemasyhuran Raja Zarith sebagai Canselor baru menggantikan Sultanah Zanariah. Saya pulak bertugas sebagai penyedia slide presentation. Saya stay je kat ofis, tunggu arahan untuk mengemaskini slide. Senang je keje nya cuma bila benda berlaku last minute ni, kerja kita da jadi kena speed up la. Esok nak pakai, hari ni kena setelkan semua. Tu yang kadang-kadang kena balik malam tu. Ayooooo! Baru ingat nak gi tengok wayang ri ni. Lama tak tengok wayang. Ajak member, tapi dia tak leh lak. Kalau nak layan gak tengok sorang je jawabnya. No hal.

Hari yang indah...hari konvokesyen. Kenangan pun indah juga. :)

Monday, September 20, 2010

PERSEPSI MANUSIA

Hari ni terasa nak citer pasal topik ni. Sebab sebelum ni, hati ni terlalu berbuku dengan beberapa perkara yang sangat-sangat tidaklah best sehinggakan hari raya pun terasa tidak best untuk diraikan. Sebenarnya memang dah beberapa tahun kebelakangan ni hari raya ni rasanya sama je macam hari lain cuma kali ni rasa tak best tu terlalu kuat menggoncang. Hari raya rasanya macam hari biasa cuma istimewanya ialah kerajaan bagi kita cuti dua hari, so tak yah kerja, tak yah sekolah. Tu je! Tapi disebabkan tanggungjawab, hari raya ni berjalan juga walaupun tanpa keceriaan ataupun kemeriahan. Who cares....

Hidup akan tetap diteruskan tak kira la apapun yang berlaku kecuali kiamat tiba. Time tu semua orang da tak hidup. Putaran roda kehidupan manusia ni kalau kita nak tengok, lebih kurang sama lah macam drama-drama yang kita tonton kat TV tu. Sampaikan ada kalanya, orang yang kerap menonton drama Melayu ni mindanya jadi statik kat situ je. Skeptikal dengan semua keadaan. Ada seorang teman saya, saya anggap dia ni agak skeptikal pemikirannya. Apa sahaja yang berlaku disekeliling, ada sahaja andaian, persepsi, pandangan, perasaan syak, musykil, tertanya-tanya atau tak kira la apapun yang akan membawa dia ke dalam rangkaian skeptikal tadi. Tapi adakalanya pula, dia seolah-olah membenarkan sahaja apa sahaja yang dilihatnya ke dalam dirinya seolah-olah semuanya sudah ditakdirkan begitu, maka tak perlulah nak dipertikaikan apa-apa lagi. Dalam erti kata lain, sudah memang kesudahannya begitu. Yang ini saya tak tau nak kategorikan sebagai apa. Believer kot.

Uniknya menjadi seorang believer ni ialah dia menerima bulat-bulat apa jua keadaan yang berlaku disekeliling dengan beranggapan bahawa kun fa ya kun, jadi maka jadilah. Contohnya, apabila seseorang itu sudah berkahwin, maka tanggungjawabnya kini ialah untuk menjadi isteri/suami/ibu/ayah kepada keluarga masing-masing, seolah-olah perjalanan hidupnya seakan-akan berkesudahan happy ending. Setakat gaduh-gaduh suami isteri tu perkara biasa je. Kelakar tak? Pada saya cukup kelakar sebab in real life, bukan itu cerita sebenarnya. Dalam drama bolehlah! Hakikatnya, belum terjamin lagi kebahagiaan itu akan berpihak dan menjadi milik mutlak individu tersebut. Mungkin pada wajah boleh terukir senyum, namun di hati tiada siapa yang dapat meneka atau membaca ribut yang sedang melanda. Dan tidak semestinya pula mereka yang belum/tidak berkahwin itu tidak bahagia/bersedih. Kadang-kadang merekalah individu yang paling bahagia sebab tak perlu nak fikirkan masalah-masalah mendatang yang ditimbulkan oleh orang lain. Dalam kehidupan juga tidak semestinya apabila berlaku sesuatu, kepada satu pihak sahaja jari harus ditudingkan. Mengapa tidak dituding jari itu kepada orang lain? Sebab orang lain itupun masih lagi manusia, bukan malaikat. Betul tak?

Jadi seorang yang skeptikal pula lain ciri-cirinya. Tiap tingkah laku manusia pasti sahaja mendatangkan tanda tanya kepada dirinya. Saya pernah mengenali seseorang yang berperangai begini, dan saya tidak mahu mengaku dia sebagai sahabat sebab perangai sebegini sungguh-sungguh saya tak suka. Perangai skeptikal ni sebenarnya lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Entahlah, ada ketika mungkin perlu bersikap skeptikal ni, tapi tidaklah sepanjang masa. Yang ingin saya tekankan ialah, jangan membuat spekulasi atau persepsi tentang kehidupan orang lain. Seperti kata pepatah, 'jika mahu merasai sakit seseorang, sarungkanlah kasut yang membuatnya sakit. Sakit yang menggigit kakinya akan turut menggigit kaki kita dan secara tidak langsung akan membuatkan kita mengerti kesakitan apa yang dialami oleh insan terbabit.'

Kehidupan manusia tidak sama seperti yang lain. Dan bukan semua yang ingin dikongsikan dengan orang lain. Melihat dan cuba untuk mendalami itu lebih baik daripada mencampuri urusan yang kita sendiri tidak tahu dimanakah punca atau kesudahannya. Namun, sebagai manusia, kita masih lagi memerlukan seseorang yang bergelar sahabat untuk diluahkan semua rasa yang terpendam itu kerana dari situlah baru dapat kita menggantikan 'buku' yang lama dengan 'buku' yang baru.


Tuesday, September 14, 2010


Sehelai daun, setitis embun,
Setulus kasih, seluhur budi,
Segunung impian, selautan harapan,
Seharum rindu, seindah kenangan,
Seraut wajah, semanis bicara,
Sehangat dakapan, sedingin sentuhan,
Biar jauh, dekatnya pada hati,
Biar membenci, sayangnya masih bersemi,
Biar pahit, manisnya pasti akan dirasai jua.





Tuesday, September 7, 2010


The boring, sad, loneliness, heart-breaking, headache, chestpain, anger and all other negative aspects from the system so called life are going to rule over the body SOON! May you people out there have a wonderful life and enjoy this moment!!!
Your contribution is really worth it!


Sunday, September 5, 2010

Pernah tak....

Sekali dalam hidup, kita rasakan seolah-olah waktu mulai berhenti berdetik, udara bagaikan sudah tiada disekeliling kita......

ketika itu, alam seakan kelam, langit bagaikan hilang warnanya...

dan kita?

rasanya seperti tiada apa lagi yang tinggal untuk kita... semuanya kosong.... apa yang ada???

TIADA APA-APA LAGI........ semuanya sudah tiada......