;

Wednesday, August 25, 2010

KU ADA KAMU

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Lagu ni kira macam lagu THE CLIMB Miley Cyrus tu cuma ni leh dianggap versi Melayu je. Enjoy gak dengar lagu ni at first time. So, korang nak dengar lagu ni donlod la sendiri yek! Just wanna say, buat semua 'KAMU' di luar sana yang ada bersama-sama saya selama ini, it's a great thing to know that 'AKU ADA KAMU'.....

Friday, August 20, 2010


Ku akan selalu menjadi bintangmu

Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

Friday, August 13, 2010

KADANG-KADANG...

Kadang-kadang....

Saya rasa macam ada banyak benda yang ingin saya catatkan di sini, tapi terhalang disebabkan pelbagai faktor termasuklah unsur-unsur menjaga privasi sendiri. Bila itu berlaku, perkara tersebut akan kekal duduk dalam kepala tanpa dapat ia dikongsikan dengan sesiapapun. Besnya kalau dapat ianya diluahkan, kurang sikit bebanan dalam kepala yang memang sentiasa terbeban ni.

Kadang-kadang….

Saya rasa macam ada banyak idea untuk saya menulis. Tapi, apabila pena dan kertas sudah ada di depan mata, masa bagaikan terhenti. Beku semuanya termasuklah pena yang sudah kemas terkepit di jari saya. Ia tidak mampu digerakkan, kerana tidak tahu apa yang ingin dicoretkan.

Kadang-kadang…..

Saya rasa macam nak jadi seseorang yang lain, supaya saya dapat keluar ke sana sebagai individu yang tidak dikenali oleh orang-orang yang mengenali saya. Dengan cara itu, saya dapat melakukakan perkara-perkara yang ingin saya lakukan tanpa diketahui oleh sesiapapun seperti pergi bercuti seorang diri ke tempat yang saya ingin lawati sangat-sangat tetapi bersendirian (hajat ini memang saya rasa takkan dapat ditunaikan sebab sampai bila-bilapun keluarga takkan benarkan). Adakala dalam diri kita, kita mengimpikan sesuatu yang bila didengar oleh orang lain mereka akan katakan impian kita itu ridiculous, atau stupid atau paling-paling pun mereka akan cakap “hah?”. But that’s life! Benda yang orang lain tak pernah fikir tu lah yang sebenarnya orang lain di luar sana sedang fikirkan.

Kadang-kadang…

Saya rasa macam nak kembali ke zaman kanak-kanak saya semula sebab saya rasa zaman itulah kegembiraan sebenar menjadi milik saya. Tapi bila memikirkan pula halnya dengan zaman persekolahan, tak nak pula rasanya, sebab tak sanggup nak menempuhi zaman pelajar itu semula melainkan untuk peringkat yang lebih tinggi daripada sekarang.

Kadang-kadang…

Saya tanya pada diri sendiri, ke mana hala tuju saya selepas ini? Walaupun jawapan yang sama yang akan saya berikan kepada soalan tersebut namun saya pasti, yakin sangat-sangat itu hanya sekadar sebuah jawapan kepada diri saya dan bukannya jawapan kepada kenyataan realiti yang akan saya hadapi pada masa hadapan.

Cuba tanya diri kita, berapa ramai yang sanggup nak ke Palestin/Gaza dalam keadaan sekarang sebagaimana yang sedang dilakukan oleh masyarakat Islam sedunia sekarang ni? Mesti tak ramai yang sahut cabaran ini. Tapi sebenarnya, ramai orang Malaysia di sini, hari ini, yang berusaha untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan yang dianjurkan sama ada Kerajaan sendiri mahupun badan-badan pertubuhan lain. Sedangkan kita sendiri, nak pasang impian sendiri pun kadang-kadang tak mampu sebab takut, bimbang ianya tidak akan terlaksana.

Walaupun sering kali saya ungkapkan tentang impian dan harapan sebenar saya dalam kehidupan ini, namun disebaliknya, terselit sebuah kenyataan mewakili sebahagian lagi zahir yang tidak terucap yang mengatakan bahawa ‘..keep on dreaming Zetty. That’s not what u’re gonna get in reality.’

Hakikatnya….walaupun takdir tidak akan menyebelahi saya dalam merealisasikan semua impian saya, namun saya masih akan tetap terus memasang impian kerana bagi saya itulah antara caranya yang akan membuatkan saya tersenyum pada hari ini demi untuk sebuah masa depan yang tidak pasti……..

SURATAN ATAU KEBETULAN?

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Wednesday, August 4, 2010

TRUTH HURTS!


There is no bond between us...

There is no love either...

But yet...

Why are we still together?