;

Thursday, July 29, 2010


Seorang di dalam hati seseorang ADALAH dirinya sendiri,
bila ia terluka hati akan turut sama menangis, kalau bukan
airmata buktinya, apa yang di rasa akan tetap menjadi rasanya.

Ajaibnya MENJADI SESEORANG KEPADA SESEORANG YANG LAIN.

Wednesday, July 28, 2010

SAMA TAK SERUPA

Hari ni mula terfikir akan sesuatu... kenapa orang yang kita rasa kita kenal dia tapi tiba-tiba macam jadi orang lain bila dengan kita? Orang yang kita rasa kita tau sikap dia macam mana tapi tiba-tiba jadi orang yang berperwatakan lain? Mungkin agaknya inilah yang dikatakan hati dah berubah kot!!!! Tiba-tiba orang tu jadi orang lain dan kita pulak jadi macam seseorang yang baru pada dia.. hmmmm...kalau betul hati da berubah, ok la. Saya boleh terima keadaan tu. Terpaksa terima sebenarnya sebab itu kemahuan dia, kita tak boleh nak halang apa-apa. Well, semoga ANDA BERBAHAGIA MENJADI SESIAPAPUN DI SAMPING SESIAPAPUN!

Saturday, July 24, 2010

AKU DAN SARAH

Baru-baru ni saya ke sebuah kawasan pedalaman, dalam erti kata lain, kampung. Masa tu bersama kakak dan anak-anak dia bertiga. Bila melalui satu kawasan, terlihatlah akan sekumpulan kambing yang berkeliaran di tepi jalan. Setakat tengok kambing, tak de yang menariknya. Tapi, yang buatkan peristiwa ini sangat-sangat menarik dan kelakar ialah ialah apabila Sarah (anak sulung kakak saya) tiba-tiba bertanya kepada saya. Pertanyaannya lebih kurang bunyinya begini::

Sarah : Eiii... (kegembiraan)...mak ngah! Tengok tu.. (sambil menunjuk ke arah sekumpulan kambing tersebut)

Saya : Kenapa? Apa bendanya?

Sarah : Rusa kan tu! Banyaknya rusa mak ngah!!!!

Adoyaiiiiii!!! Sarah.. Sarah... Dah 7 tahun rupanya masih tak kenal rupa kambing macam mana... hahahahhhaha....Berderai kejap gelak saya dan kakak saya di dalam kereta masa tu. Sebenarnya, Sarah selalu gak tengok rusa ni sebab di UTM memang ada rusa dan mamanya selalu bawak mereka bertiga tengok rusa. Tapi tak sangka pulak bila tengok kambing dia leh pulak cakap yang itu adalah rusa!!!! Apa kes!!!!!!

Rusa VS Kambing????? Suka hati kau la Sarah....!!!!!!!! Heehehehehehehe....



Friday, July 23, 2010

THE REASON


I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with every day
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you

Sama ada sedar atau tidak, dalam kehidupan kita, tiap tindakan atau perbuatan yang kita lakukan, ada kala ianya didorong oleh satu kuasa. Tak kira la apapun kuasa itu, kuasa keinginan, impian, dorongan, tekanan, cinta mahupun seseorang, kita melakukannya bersebab. Jarang kita temui alasan tindakan yang dilakukan adalah sekadar suka-suka atau tiada alasan langsung. Tindakan tersebut pula tidak pula semestinya yang baik, tak kurang juga terdorong untuk melakukan perbuatan yang tidak baik. Apapun tindakan kita, sama ada baik atau tidak, selagi kita tahu mengapa ianya dilakukan sedemikian, itu sudah cukup meyakinkan yang kita mempunyai sebuah pegangan dan bertanggungjawab atas setiap tindakan yang kita lakukan. Bagi semua tindakan yang saya lakukan, apapun ia, THE REASON IS YOU.....

Thursday, July 22, 2010

DOA PERPISAHAN

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhuwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi
Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

* Thanks to someone yang sudi berkongsi lagu ini dengan saya..

Wednesday, July 21, 2010

CINTA TAK BERSYARAT


Demi nama cinta
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
Tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
Karna demi cinta
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

Cinta tak bersyarat,
Namun tak mesti dimiliki,
Kecundang berulang kali,
Masih mampu untuk bangun dan berdiri.

Aku juga manusia,
Sama sepertimu,
Punyai hati nurani yang bukan palsu,
Dalam melahirkan semua rasa yang berbekas.

Apa yang ada dulu dan hari ini...
Masih kekal sebagaimana ia...
Tak pernah lekang dek keadaan mahupun situasi,
Kerana ku mahu ia kekal begitu,
Di tempatnya, disisiku..........



Tuesday, July 20, 2010

SOMETHING TO SHARE..





BINGUNG KE BENGONG????

Batuk..batuk..batuk dan batuk lagi! Tak baik-baik lagi batuk ni, naik bosan da melayan batuk jek. Ari ni saya cakap dengan seorang teman yang saya nak check-in kan diri ke hospital sebab dah tak sanggup nak menanggung batuk ni lagi dan dia terus sedih...hehehehe....acah mak enon!!! Tapi kalau betul pun ok gak pe, insurans da 3 tahun jalan, tak pernah lagi pakai ni hehehe... tapi macam tak bes la plak kalau duduk spital. Hehehe..camne lah leh pikir pasal nak duduk hospital ni kan. Bingung?? Ke Bengong!!!???

Friday, July 16, 2010

SEMALAM KU BERMIMPI...

Alkisah, semalam saya bermimpi...bermimpi berjumpa dengan Mummy...(nak tau mummy tu sapa cuba la baca post saya yang lama). Dalam mimpi tu saya sedang berjalan di bandar, tiba-tiba melintasi seseorang yang sedang berjalan di sebelah kiri saya. Sebaik sahaja melintasinya saya terus menoleh sebab dari belakang dia seakan-akan seseorang yang saya kenali. Bila menoleh ke arahnya, saya terkejut sebab orang itu adalah mummy! Saya gembira, menjerit namanya dan dia hanya tersenyum ke arah saya. Saya memandangnya dan begitu juga dengan dia. Kami saling tertawa, mulut tidak berbicara, seolah-olah membiarkan hati masing-masing yang mengambil alih berbicara. Dalam mimpi itu tidak pula saya memeluknya apatah lagi mendekatinya. Dengan tidak semena-mena, mummy pun berlalu meninggalkan saya tanpa disedari. Saat saya mencarinya, dia sudah tiada lagi. Lantas saya pun terjaga daripada tidur dan jam menunjukkan tepat 2.30 pagi. Saya pun menyambung semula tidur saya sambil berbisik di dalam hati..... rindu kat Mummy....

PERHENTIAN

Cari perhentian di mana nak berhenti
Camar kesucian satu cinta abadi
Di mana dia
Sedang aku terlena

Aku yang terjatuh
Tercicir entah dimana
Hilang dalam jasad sendiri
Aku yang mencuba
Cari dan kutip kembali
Ku basuh dengan peganganku

Hari berganti hari masihkah aku di situ
Memerhatikan segala dalam pandangan
Kekaburan
Melihat diri sendiri


...dalam leka mencari arah, adakala tersesat juga ditelan arus kehidupan....

Sunday, July 11, 2010

"Siapa yang akan pernah menyangka bahawa sesuatu yang permulaannya kesedihan akan berakhir dengan kegembiraan, dan sesuatu yang bermula dengan kepiluan boleh berakhir dengan kesejahteraan..."

Pertama kali, Bersemi di jiwa, Oh sungguh indah
Mekar mewangi, Serikan taman hati, Yang selamanya ini, Terbiar dalam sepi
Sekuntum cinta, Tersunting di hati, Oh sungguh murni
Setiap ketika, Bagaikan mimpi indah, Bila saja berada bersama

Tersedar dari sebuah lamunan, Rupanya berbicara sendiri
Kehadiranmu dan keindahan, Sesingkat sebabak mimpi
Sekuntum cinta layu tiba-tiba, Oh sungguh hampa
Gugur berkecai kelopak bunga cinta, Ku kutip semuanya untuk kenangan

...dan apabila kesedihan dan kepiluan itu kembali melingkari hati, usah ditangisi, kerana sesungguhnya ia adalah pengajaran yang paling penting sewaktu diri mula leka dan alpa tatkala diulit kepalsuan dalam kehidupan....

SOMETHING TO SHARE







KALAU SAYA...


Kalau saya kecewakan awak hari ni, saya minta maaf...
kalau saya buat awak bersedih hari ini, saya minta maaf...
kalau saya tak mampu nak penuhi permintaan awak hari ini, saya minta maaf...
kalau saya menjadi seorang yang tidak sempurna untuk awak walaupun sayalah rumput terbaik yang telah awak pilih, saya minta maaf....
kalau saya punya banyak kelemahan pada pandangan mata awak, saya minta maaf...
kalau saya cuba untuk menjadi yang terbaik namun saya gagal, saya minta maaf...
kalau saya membuat awak menangis selama ini, saya minta maaf,
kalau awak rasa saya tak pernah memahami perasaan awak selama ini, saya minta maaf..
kalau awak anggap saya ni seorang yang mendukacitakan, saya minta maaf...
kalau saya tak ada disisi awak saat awak memerlukan, saya minta maaf...
kalau saya tak ada sama untuk menyapu airmata yang mengalir dipipi awak, saya minta maaf...
kalau saya tak ada bersama untuk bersama meraikan kegembiraan awak, saya minta maaf...
kalau saya terlewat hadir dalam waktu awak memerlukan saya, saya minta maaf..
kalau awak rasa kehadiran saya da tak mampu lagi nak mewarnai kehidupan awak, saya minta maaf....

SAYA MINTA MAAF ATAS SEMUA KEPILUAN, KESAKITAN DAN KESEDIHAN YANG TELAH SAYA BERIKAN KEPADA AWAK...


Monday, July 5, 2010

CINTA ABADI

Ujung minggu yang lalu, saya sempat meluangkan masa membaca buku yang telah lama dibeli namun belum sempat lagi dibaca. Sekali lagi, buku karya HAMKA dan kali ini yang menjadi pilihan saya ialah DI DALAM LEMBAH KEHIDUPAN sebuah antologi cerpen beliau yang cuba mengangkat mesej kehidupan dan kemanusiaan di dalamnya. Sarat dengan kisah-kisah yang berjaya mengetuk pintu emosi saya, GADIS BASANAI menjadi pilihan cerpen saya. Kisahnya tentang Basanai seorang gadis kampung yang sangat cantik dibawa oleh ayahnya untuk tinggal bersama ibu tirinya setelah kematian ibu kandung. Bersama keluarga baru, Basanai membesar bersama seorang abang, Asam Sudin (bukan sebapa) dan memulakan kehidupan baru. Tahun berganti, Asam Sudin dan Basanai membesar menjadi teruna dan dara dan dalam diam Asam Sudin rupanya menaruh hati terhadap Basanai. Namun, kerana adat yang mengatakan walaupun tidak sebapa namun mereka mempunyai pertalian darah dari aspek keturunan dan bangsa, perasaan luhur ini tidak dapat disampaikan Asam Sudin kepada Basanai. Satu ketika Asam Sudin telah menyimpan segumpal rambut Basanai yang ditemui di tempat mandi sebagai azimat pengubat kerinduan terhadap gadis yang terhalang untuk dicintainya itu.

Satu hari, Asam Sudin bersama ayahnya telah pergi belayar mencari damar dan rotan untuk diniagakan. Asam Sudin pada ketika itu telah meninggalkan pesan kepada ibunya supaya menjaga azimatnya dengan baik dan tidak membenarkan ibunya itu membuka bungkusan azimat tersebut melainkan dia bersama ayahnya tidak pulang dari berdagang. Itu amanat Asam Sudin kepada ibunya dan amanat ini telah dimaklumkan ibunya kepada Basanai tatkala anak gadis itu bertanyakan perihal azimat yang dilihatnya tatkala mengemaskan bilik abangnya itu. Walaupun telah diberitahu namun dek kerana perasaan ingin tahu yang meluap-luap dijiwa Basanai ketika itu, dia telah membuka bungkusan azimat tersebut dan serta-merta melanggar pantang larang yang dikatakan oleh Asam Sudin. Sebaik sahaja melihat dan mengetahui gumpalan rambut tersebut ada rambutnya (dikisahkan bahawa hanya Basanai sahaja yang berambut panjang) ketahuilah oleh Basanai yang abangnya itu telah sekian lama mencintai dirinya dan semenjak itu Basanai seolah-olah dirundung kerinduan kepada abangnya itu. Saban hari rindu itu semakin mendalam dan tanpa diketahui telah perlahan-lahan memakan dirinya hingga akhirnya apabila kerinduan itu tidak lagi dapat ditahan, Basanai telah membawa pergi kerinduannya itu bersama ke liang lahad. Basanai meninggal dunia kerana terlalu derita merindui Asam Sudin.

Sekembalinya Asam Sudin daripada berdagang maka diceritakanlah oleh ibunya akan kisah yang menyayat hati itu sehingga pemergian Basanai. Asam Sudin menjadi sedih mendengarkan apa yang telah menimpa Basanai. Demi menunaikan permintaan terakhir Basanai, Asam Sudin telah melawat pusaranya yang disemadikan di atas puncak Gunung Ledang pada malam Jumaat dengan membawa sebuah impian yang tidak diketahui oleh sesiapapun. Di sana, Asam Sudin menghembuskan nafasnya yang terakhir disisi pusara gadis yang dicintainya.

Sedihnya cerita ni sampai menitis air mata saya dipenghujung cerita. Sebuah kisah tentang cinta abadi yang jarang-jarang Hamka angkat tema tersebut dalam karyanya namun meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada saya. Kisah cinta abadi Asam Sudin dan Basanai, tidak seperti Romeo dan Juliet mahupun Laila dan Majnun namun berjaya meninggalkan sesuatu di dalam lubuk hati saya yang agak sukar untuk diinterpretasikan dengan kata-kata. Hanya hati dapat disentuh, jiwa dapat merasa dan akal ligat mentafsir yang akhirnya mengundang persoalan di dalam diri sendiri.....


DAN BILA ESOK...

Hari ini bunga menangis lagi. Persoalan serupa kembali menghambatnya. Berada di taman indah rupanya belum cukup menjanjikan kegembiraan dan kebahagiaan. Bunga mahu pulang. Pulang ke taman lama yang tidak seindah mana, namun cukup bererti buatnya kerana di situ bunga dapat menghirup udara yang berbeza dari di sini. Di taman lama bunga amat dikenali dan disenangi oleh semua tumbuhan yang lain. Di sini bunga rasa cukup terasing walaupun di sini juga ada orkid, ada teratai, melur disamping mereka yang lain. Namun, mengapa bunga masih tidak ceria? Mengapa hati bunga masih merasa sedih?

Kadang-kadang bunga rasa dirinya sakit, bagaikan ada sesuatu yang mahu meletup dalam
dirinya. Ingin bunga luahkan kepada seseorang namun bunga tidak pernah mempercayai sesiapapun di taman baru ini. Bagi bunga, mereka yang lain tidak akan pernah mengerti apa yang terkandung di dalam hatinya. Ada kala, terdengar juga suara-suara nakal yang menyuruh bunga agar mencari gembira di tempat baru ini namun semua itu tidak bunga endahkan. Bukannya sengaja bunga tidak mahu menggembirakan hatinya di sini namun semua itu tidak berjaya diperolehinya walaupun setelah berulang kali berusaha. Apa lagi daya bunga melainkan menangisi hidupnya yang dirasakan agak malang berbanding yang lain. Dan disebabkan merasa tanggungan beban yang maha hebat itu, bunga menjadi putus asa, semangatnya semakin luntur. Hari-hari yang dilalui dirasakan semakin kelam bagaikan semua sinar di atas bumi ini telah hilang ditelan langit kermizi. Apakah ini satu bentuk hukuman atau inikah ketentuan daripada takdir yang tidak diminta? Berada dalam situasi yang tidak diingini? Sekali lagi, bunga hanya mampu menangis..........

Di dalam gerimis
Penuh rahmat, dia tersentuh
Cendawan alpa,
Sesegar pagi, yang permai damaikan
Tunggul di pinggir rimba
Lantas mendambakan
Kisah sempurna Dari jiwa Bakal Surinya
Di dalam kelambu
Menunggumu, dia kesali
Hilang bayangan
Pedoman, ikhtiar dan arah
Persis si buta mendambakan
Hidup sederhana,
Menjamahi Hari-hari
Mimpi-Mimpinya..


Thursday, July 1, 2010

THERE'S SOMETHING ABOUT..... HATI

Hari ni hati rasa kurang best. Mungkin disebabkan terlalu penat di pejabat dan sakit belakang yang akhirnya mengundang rasa tak best pada hati. Birthday abang ipar pulak hari ni jadi family bercadang untuk dinner luar. Tapi disebabkan hati rasa tak bes, maka saya rasa tersangatlah malas nak ikut sama. Rasa nak lepak je dalam bilik sambil layan rasa tak bes ni.

Ada beberapa perkara yang sering saya fikirkan kebelakangan ni. Kadang-kadang naik serabut sekejap kepala bila semua benda tu bertandang dalam kepala at one time. Dengan hal kerja lagi. Serabut! Tapi kalau jadi macam tu, saya akan lekas-lekas buat benda lain dan cuba tak nak fikirkan sangat benda tak bes tu sebab nanti mengganggu perjalanan kehidupan. Baru-baru ni saya terdengar akan perbualan teman tentang isu 'cash on delivery'. Bukanlah maksudnya sebagaimana ayat yang dinyatakan tetapi sebenarnya lebih kepada pembalasan atas perbuatan seseorang. Perkara ini membuat saya muhasabah diri sebentar. kadang-kadang kita terlupa bahawa perbuatan kita sama ada disedari atau tidak telah menyakiti orang-orang tertentu. Orang kata, ini baru balasan dunia, balasan akhirat belum tau lagi. Dan akibatnya, Allah berikan kesakitan yang serupa kepada kita, disakiti orang lain. Dan ada masanya, benda itu yang saya rasakan dan ia membuat saya sedikit tersentak kerana mengingatkan semula akan perbuatan saya terhadap seseorang.

Ada masanya saya rasa apa yang saya kecapi sekarang, bukanlah untuk saya kecapi selama-lamanya. Saya seperti dapat merasakan bahawa ia hanyalah pinjaman sementara kepada saya untuk saya merasakan secebis kegembiraan, kesedihan, kepiluan, kesakitan dan kekesalan. Tiba satu masa, semua itu akan terlepas daripada genggaman dan yang ada hanyalah diri saya sendiri, termangu-mangu mungkin, merasai kehilangan. Perasaan sebegini sering menyerang hati saya. Tak tahu kenapa. Untuk itu, saya didik diri saya untuk bersedia menghadapi segala kemungkinan dalam kehidupan sebab saya tahu apa yang saya miliki hari ini boleh sekelip mata hilang, dengan kehendak Ilahi.

Apapun, selagi ianya belum direnggut, saya hanya ingin mengecapi ia selagi mampu, selagi terdaya. Sebab saya tahu, ia mungkin tidak datang berkali-kali, hanya sekali, sekejapan cuma, demi mengusik pintu nurani merasakan apa yang patut dirasai.