;

Wednesday, June 30, 2010

KISAH AKU DAN GITAR


Saya ada sebuah gitar kapok. Usia gitar saya ni lebih kurang 14 tahun. Gitar ni merupakan hadiah harijadi pemberian emak semasa saya menuntut di tahun pertama di UiTM. Gitar ni sebenarnya menyimpan banyak kenangan manis, sesuai dengan usianya yang da 14 tahun. Kalau orang, da kira tahap remaja akil baligh da ni hehehe. Cerita gitar saya ni menarik. Menarik sebab disebaliknya terkandung seribu misteri nusantara. Ceritanya macam ni. Saya mula meminati gitar ni semasa berada di tingkatan 4. Masa tu saya agak akrab dengan anak lelaki jiran sebelah rumah yang suka main gitar. Tiap kali dia main gitar saya akan pasang telinga atau sekodeng di tingkap melihatnya bermain mengalunkan lagu. Indahnya rasa kalau ada seorang lelaki yang dapat mainkan gitar sambil menyanyikan saya lagu, sempat berangan masa tu!!! Dipendekkan cerita, saya mula memintanya untuk mengajar saya memetik gitar namun jawapan yang diberikan ialah saya harus memiliki sebuah gitar dahulu. Mmmmm..di situlah bermulanya masalah. Budak sekolah macam saya ni mana la ada duit nak beli gitar yang harganya paling murahpun masa tu RM80. Tu kira yang berkualiti la. Akhirnya saya test power gi tanya kat abah yang masa tu merupakan banker utama dalam keluarga. Abah tak setuju! Dia kata kalau saya main gitar saya akan lupa nak belajar. So, tu reason abah masa tu. Mungkin ada betulnya gak memandangkan tahun depan saya da exam SPM. So, saya tak la merajuk tapi membenamkan dulu hasrat untuk belajar main gitar ni.

Hinggalah tamat SPM. Dapat 1st grade, apa lagi saya request la abah belikan gitar lagi tapi kali ni abah bantah lagi. Yang sebenarnya yang membantah abah belikan gitar untuk saya tu adalah emak. Kali ni alasan yang diberikan ialah gitar ni permainan lelaki dan tak sesuai untuk perempuan lebih-lebih lagi untuk perempuan yang bernama ZETTY RAIHAN! Hehehe... So, sekali lagi saya pendamkan lagi hasrat tu. Dua kali kena bantah last-last saya fikir biarlah saya beli sendiri gitar ni, habis cerita! Tapi nak kerja part time emak abah tak kasi. Camne nak dapat duit?? Akhirnya sampailah saya berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM Segamat. Masa tu tak la pulak saya mintak gitar lagi. Tapi setelah setahun di sana, pada 30 September 1996 tak semena-mena semasa famili datang ke UiTM untuk meraikan harijadi saya di sana, tiba-tiba saya dihulurkan oleh kakak saya dengan sebuah gitar yang kemas dibalut dalam kotak. Saya terkejut sebab tahu itu gitar coz kotak gita je yang rupanya sedemikian. Kakak kata hadiah dari emak. Saya pandang muka emak, musykil, hairan. Dulu emak bantah belikan saya gitar tapi kali ni emak sendiri yang belikan gitar tu. Saya tak tanya pun emak kenapa belikan saya gitar sebaliknya hanya kesukaan sebab dapat gitar tu. Bermula pada saat itu saya beli sendiri buku belajar main gitar dan belajar sendiri untuk bermain gitar sehingga ke hari ini. Ramai teman-teman saya menyangka saya belajar bermain gitar secara berguru dengan seseorang padahal tidak langsung! Saya belajar totally menerusi buku yang saya beli dan masih saya simpan sehingga ke hari ini. Buku itulah sifu saya. Belajar dari bukupun boleh pandai juga, selagi kita ada usaha dan daya untuk belajar.

Hari ini, gitar itu masih setia bersama saya. Akan saya bawa ia ke manapun saya pergi. Cuma hari ini, di badan gitar itu telah saya coretkan kenangan-kenangan saya selama ini. Ada perkara mungkin dilukis sekadar hiasan dan ada juga yang membawa makna tersendiri buat diri saya. Yang paling penting dan takkan dilupakan sampai bila-bila ialah gitar itu adalah pemberian daripada emak yang tersayang..... Thanks mak!!!!



Sunday, June 27, 2010

SELAGI ADA...

Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu

Oh Kasih

Damailah
Engkau Disana

Ku Berdoa
Pada Tuhan
Agar Kau Bahagia


Thursday, June 24, 2010

HILANG...


Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku
Kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi.. pergi..
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Meski bicara tak lagi tak dapat diteruskan, meski salam tak lagi dapat dihulurkan, meski bibir tak mampu lagi membisikkan, meski senyum tak lagi dapat dilontarkan, meski tawa tak lagi dapat diperdengarkan, meski hati tak lagi mampu berkongsi, meski kata tak lagi seindah bahasa, meski permintaan tak lagi mampu ditunaikan, meski harapan tak lagi seindah mimpi, meski kenangan masih terpahat, meski realiti mengundang pedih dihati, meski kalimah rindu kian terhapus, meski sayang tidak pernah luntur, meski wajah tidak lagi dapat ditatap, meski suara tidak lagi didengari, meski airmata sudah berhenti mengalir, meski harum bau tiada lagi dapat dihidu, meski suratan sudah tertulis, meski apapun takdir yang telah mendatangi......... kasih ini akan selalu ada, sayang ini akan selalu hadir.....BUATMU....


Wednesday, June 23, 2010

ERTI UNIK YANG SEBENAR

"AWAK MEMANG UNIK!!!!" Itulah tutur kata seseorang kepada saya baru-baru ini. Saya buat-buat tak dengar je statement yang dia buat tu dengan tidak memberikan komen apa-apa. Sebab saya pun sebenarnya tak faham apa yang dia maksudkan dengan uniknya saya tu sedangkan masa tu kami hanya berbual tentang diri saya, apa yang saya suka dan sebaliknya.

Unik seorang manusia ni sebenarnya letaknya di mana? Pada hati? Iman? Taqwa? Semua tu bukan untuk dinilai oleh manusia kan? Yang boleh dinilai oleh kita sebagai manusia ni apa? Cantik seseorang? Kepandaian seseorang? Kecekapan seseorang? Mungkin juga kan. Apa yang manusia nilaikan semuanya berdasarkan apa yang boleh dilihat dari luaran sifat keperibadian manusia. Dalam erti kata lain, apa yang boleh mata manusia lihat, itulah yang boleh dinilaikan, lalu dari situ datanglah lontaran ayat "..awak memang unik" tersebut.

Saya tak unik, saya tak istimewa. SAYA ADALAH SEBAGAIMANA DIRI SAYA. Sebab hakikatnya, pada segelintir orang sahaja yang bersetuju dengan pendapat bahawa diri saya adalah unik tapi pada sebahagian besar yang lain tentu sekali tidak bersetuju. Itu adalah realiti yang perlu dihadapi. Saya peka dengan realiti itu. Namun, menjadi diri sendiri, tentunya saya akan kejar untuk menjadi seseorang yang unik. Bukan untuk mendapatkan populariti yang akhirnya membawa kepada lupa diri tapi sekadar ingin menjadi seseorang yang diri saya sendiri dapat banggakan. Dan yang paling penting, apabila tuhan mengizinkan saya untuk menjadi unik, saya ingin berkongsi keunikan saya tu dengan insan-insan yang saya sayangi, yang sentiasa berada disisi saya, dalam suka mahupun tawa.

Wednesday, June 16, 2010

Bawa aku bersamamu,
Dalam tawa mahupun tangis,
Dipelukmu aku tenang,
Meski taufan datang menyerang.

Kepadamu ku utuskan,
Sebuah kalimah mentera keramat,
Membuai hati menyentuh nikmat,
Satukan jiwa dalam kepayahan.

Duhai rindu,
Datanglah kau kepadaku,
Membawa sekuntum bunga kasih,
Yang mekar harum mewangi,
Dalam taman hati.

Tuesday, June 15, 2010

RUMPUT YANG TERBAIK


Hari ini (15 Jun) jam hampir menunjukkan angka 12 tengah malam. Mata saya hairannya dapat bertahan sedangkan kalau hari biasa da pasti mata tak sabar nak beradu! Kepenatan di siang hari dengan latihan badminton, rupanya masih bersisa kekuatan untuk bertahan hingga ke lewat malam. Dah mata tak ngantuk saya terus sambar buku untuk dibaca dan yang menjadi pilihan ialah buku bertajuk 'TERUSIR' karya Prof. Dr. Hamka. Kisah Mariah, yang telah difitnah mertuanya sendiri dan atas ditnah tersebut dia telah diusir oleh suaminya Azhar. Mariah yang hidupnya sebatang kara, terpaksa meninggalkan suami yang amat dicintainya serta anaknya Sofyan yang sangat dikasihi dek kerana fitnah yang ditabur mertuanya. Daripada menjadi orang gaji, Mariah akhirnya terjerumus ke lembah pelacuran sehingga lewat usianya. Dendam terhadap Azhar membara kerana Azharlah dia terpaksa meredah kehidupan di lembah hina. Anaknya Sofyan membesar menjadi seorang peguam yang terkenal dan Mariah hanya mengikuti kisah anaknya itu menerusi cerita-cerita yang tersiar didada akhbar tempatan. Satu hari, Sofyan telah diminta untuk membela seorang perempuan tua yang dituduh membunuh tanpa mengetahui perempuan tua itu adalah Mariah, ibu kandungnya. Mariah berjaya disabitkan tidak bersalah namun meninggal sebelum sempat hakim mengumumkan keputusan tersebut tanpa dapat memberitahu Sofyan bahawa dia adalah ibu kandungnya. Hajat terakhir Mariah iaitu untuk mengucup dahi anak yang dirinduinya setelah berpuluh tahun berpisah akhirnya berjaya ditunaikan sewaktu Mariah sedang nazak di mahkamah menantikan perbicaraannya. Pada saat-saat terakhir Azhar, telah diceritakan kepada Sofyan perihal Mariah, ibu kandungnya dan dosa yang telah dilakukan akibat memfitnah isterinya itu dan hidup dalam kekesalan sehingga membawa kepada ajalnya. Sofyan amat terkilan namun masih bersyukur kerana dia telah berjaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak dengan membebaskan ibunya daripada pertuduhan serta menguruskan pengkebumian ibunya dengan sempurna walaupun dalam keadaan tidak menyedari bahawa Mariah itu ibunya.

Itulah serba sedikit buku yang sempat saya habiskan bacaannya. Menitis airmata saya dipenghujung cerita tersebut. Teringat pula saya kepada sebuah kisah lain yang menurut saya masih lagi menarik dan berkait juga dengan kisah di atas. Seorang pendita telah memanggil seorang anak muridnya yang sangat bijak, sangat sempurna sifat pekertinya, serta sangat disenangi tingkahlakunya untuk menjalankan satu arahan. Kata pendita kepada anak muridnya: "Pergilah engkau ke sebuah padang, berjalanlah semahumu. Namun, dalam perjalananmu itu, aku ingin engkau cabut sehelai rumput yang paling indah, paling cantik pada pandanganmu, lalu bawakan rumput itu kepadaku. Tapi engkau harus ingat, sekali engkau melangkah, engkau tidak dibenarkan sama sekali untuk berpatah semula ke belakang mendapatkan rumput yang baru sahaja engkau tinggalkan ia." Maka si murid tadi pun mula menjalankan arahan penditanya. Dalam perjalanannya, ternyata banyak sekali rumput cantik yang ditemuinya. Namun, setiap kali itu jugalah, dia berlalu meninggalkan rumput tersebut kerana yakin di padang yang luas itu, sudah pasti ada rumput yang tercantik di antara yang cantik yang akan ditemuinya. Lepas satu, satu rumput dibiarkan sehinggalah dia tiba dipenghujung perjalanan dan dia menyedari tidak ada lagi rumput cantik yang ditemuinya. Dengan wajah hampa dia pulang menemui pendita lalu pendita segera meminta ditunjukkan rumput tercantik yang telah ditemuinya. Dengan hampa dia menjawab, " Saya terlalu angkuh meyakini bahawa di luar sana pasti ada rumput tercantik yang akan saya temui hingga saya membiarkan sahaja rumput cantik yang pertama serta seterusnya yang saya temui begitu sahaja. Akhirnya, tiada lagi rumput cantik yang saya temui di penghujung perjalanan saya. Pendita hanya tersenyum mendengar jawapan yang diberikan.

Kedua-dua kisah ini ada kaitan dengan kehidupan kita sebenarnya. Kisah Hamka berkisar kepada sebuah harapan yang dihancurkan oleh si suami sehingga membawa isterinya ke lembah hina namun si suami juga turut menanggung kesal seumur hidup atas penganiayaan yang dilakukan kepada isterinya. Kisah yang kedua pula masih lagi tentang kehidupan, yang menegaskan bahawa dalam perjalanan hidup kita, sudah pasti kita inginkan perkara yang terbaik berlaku namun seringkali, sikap diri sendiri yang membawa kita jauh kepada kebaikan tersebut. Kita kadang-kala meyakini bahawa apa yang kita ada sekarang belum lagi yang terbaik dan yang terbaik itu akan datang kepada kita nanti, namun yang sering kita lupakan ialah perkara yang terbaik yang kita hadapi pada hari ini belum tentu lagi akan dapat kita kecapi pada masa akan datang. Great times only comes once in our life! Oleh itu, hargailah peluang 'pertama' yang diperolehi sebaik mungkin sebab peluang yang datang seterusnya tidak akan pernah menjadi yang pertama lagi.

Saya hargai semua yang pernah menjadi yang 'pertama' dalam hidup saya. Gitar pertama saya, handphone pertama saya, first love (heheheh), adik angkat pertama, kakak angkat pertama, kereta pertama, raket pertama, sahabat baik yang pertama, jam tangan yang dibeli dengan gaji pertama, kerja pertama, dan banyak lagi benda pertama yang berlaku dalam hidup saya, semua saya masih ingat hingga kini dan tak kurang juga yang masih saya simpan sehingga ke saat ini. Pada saya, walaupun saya telah jauh meninggalkan rumput pertama tercantik yang saya temui di masa lalu demi mengejar rumput yang lain, namun saya telah meninggalkan kasih sayang saya terhadap rumput tersebut kerana ianya telah berjaya menarik perhatian saya at the first glance!

Demikianlah juga kepada orang-orang yang telah sempat mencurahkan kasih sayang mereka kepada saya, terima kasih kerana telah memilih saya untuk menjadi rumput anda yang pertama!!! Kenangan ini akan saya bawa hingga ke akhir hayat. Dan saya akan sentiasa berusaha untuk menjadi rumput ANDA yang terindah!

Thank you!!!!


Friday, June 11, 2010

BILA CEMBURU MENGUASAI

Cemburu tu tandanya sayang? Saya cukup tak sokong ayat ni. Pada saya cemburu tu cuma akan memburukkan lagi keadaan sesebuah perhubungan yang terjalin. Kerana cemburu, isteri tak pasal-pasal menerima tamparan suami. Tak kurang juga kes kerana cemburu seorang kawan hilang kawan. Kalau itu yang berlaku, tanda sayang ke cemburu tu? Kalau sebuah hubungan punah hanya kerana cemburu, di mana nilai sayang itu?

Kadang-kadang cemburu ni jugak banyak mengundang kesusahan dalam hidup seseorang. Cemburu memaksa seseorang untuk bertindak tidak rasional, tidak professional dalam menjalani kehidupannya. Cuba bayangkan situasi di mana seorang bos bercinta dengan seorang stafnya. Apabila cemburu menguasai diri, tak pasal-pasal si staf tadi ni terpaksa terima padahnya apabila si kekasih merangkap bosnya itu tadi memberinya susah contohnya memberinya tugas yang banyak atau berat atau tidak berkaitan dengan dirinya hanya kerana ingin si kekasih itu tadi tidak dapat berganjak dari kerusinya selagi kerja-kerja tersebut tidak diselesaikan. Wajarkah itu? Memang wajar, sebab dia bos kan. Tapi sangat-sangat tak wajar sebab bos itu tadi tidak professional dalam menangani masalah dengan kekasihnya sehingga terbawa-bawa kepada urusan pejabat pula. Mungkin orang akan melihat keadaan ini ibarat suatu tugas yang perlu dilaksanakan selagi kita bergelar orang bawahan tapi pada satu keadaan kita sedar tugas-tugas tersebut sebenarnya boleh diagihkan kepada orang lain dan tak semestinya kita seorang yang terbeban dengan tugas tersebut. Itu baru satu perkara. Belum lagi masuk perkara-perkara yang lain.

Saya kadang-kadang pelik juga memikirkan isu cemburu ni. Nak-nak bila seseorang itu bertindak tidak rasional dalam menguruskan soal cemburunya terhadap seseorang. Perkara tidak rasional itu boleh merangkumi pelbagai aspek baik daripada peribadi hinggalah kepada aspek yang lain. Hinggakan pada satu masa saya rasa seseorang itu seakan-akan membiarkan sahaja cemburu itu merajai dirinya hingga akhirnya mengundang kesusahan pula kepada orang lain.

Entahlah.....kenapa mesti ada rasa cemburu yang menyusahkan orang lain? Sayang boleh hilang dengan mudah apabila pengurusan cemburu itu tidak dilakukan dengan bijak. Kalau rasa nak teruskan juga dengan sikap sedemikian, silakanlah, tapi tolong sangat-sangat, jangan susahkan orang lain hanya kerana cemburu anda itu yang ternyata sangat-sangat tak rasional, professional dan juga menampakkan kelemahan anda sebagai seorang ketua keluarga, pemimpin, pegawai dan yang paling penting sebagai seseorang yang menyayangi insan lain!!!!!!

Wednesday, June 9, 2010

Untuk membina keyakinan orang kepada kita bukanlah satu kerja mudah. Agak sukar, lebih-lebih lagi apabila orang tersebut sememangnya sudah hilang kepercayaan kepada kita, mungkin disebabkan oleh sebuah pengalamaan.

Pada saya, tak perlu kita nak bersungguh-sungguh meyakinkan seseorang untuk melihat diri kita. Baru-baru ini seorang sahabat pernah menceritakan perihal ini kepada saya dan jawapan balas saya kepadanya mudah saja iaitu KEJAYAAN KITA PADA MASA AKAN DATANG BERDIRI DI ATAS HINAAN ATAU CACIAN ORANG LAIN. Saya berfikir seketika, pada masa saya mengucapkan kata-kata tersebut ia keluar spontan sahaja dari mulut saya namun setelah difikirkan sedalamnya, saya akui kebenaran disebalik kata-kata ini dan lantas saya katakan kepada sahabat saya itu, peganglah kata-kata ini sepanjang hidup awak dan jangan jadikan hinaan, tohmahan, cacian serta pandangan orang lain terhadap kita membuatkan kita tewas dalam menempuh sebuah kehidupan. Sebaliknya jadikanlah ia sebagai satu dorongan serta kekuatan untuk kita membina kejayaan dalam hidup kita.

Wallahualam.......

Thursday, June 3, 2010

TWO IS BETTER THAN ONE?? TRUE?



I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought
"Hey, you know, this could be something"
'Cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now I'm left with nothing

So maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

I remember every look upon your face
The way you roll your eyes
The way you taste
You make it hard for breathing
'Cause when I close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
I'm finally now believing

That maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

Maybe it's true
That I can't live without you
Maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking
I can't live without you
'Cause, baby, two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
But I'll figure it out
When all is said and done
Two is better than one
Two is better than one


Wednesday, June 2, 2010

ALKISAH SEBUAH CERITERA

Alkisah..... Saya ni memang spesies yang suka berkawan especially bila mula berkawan dengan orang yang baik-baik, leh sampai timbul kasih sayang kat orang tu! Itu memang style saya dalam berkawan. Sebab tu la, sehingga ke hari ni, saya masih lagi berhubungan dengan kawan-kawan rapat baik semasa di sekolah menengah mahupun rendah dahulu. Masih keep in touch! Pada saya, adalah satu kerugian sekiranya saya melepaskan mereka daripada hidup saya sebab mereka antara insan terbaik dalam hidup yang pernah saya jalinkan persahabatan semenjak saya kecil hinggalah dewasa.

Dalam berkawan tu, bila ada perselisihan faham atau bahasa mudahnya bergaduh, itu pada saya perkara biasa. Dari situ sebenarnya keikhlasan kita benar-benar teruji. Kalau kita mementingkan persahabatan, kita akan sentiasa beralah. Tapi kalau kita lebih mementingkan keegoan, jawabnya runtuhlah sebuah tembok yang dinamakan persahabatan itu. Tak kurang juga persahabatan yang disulami dengan hasad, perasaan cemburu dan dengki. Pada saya ini sangat bahaya! Sebab ia lambat-laun pasti akan mengundang retak yang akhirnya hanya menanti belah untuk ia termusnah.

Kadang-kadang dalam bersahabat, kita masih lagi tidak mengenali sahabat kita itu. Ini memang benar walaupun sudah lebih 10 tahun kita menjalin persahabatan bersama. Kita rasakan tempoh yang lama membuatkan kita cukup mengenali seseorang tetapi sebenarnya tidak. Saya selalu salah bab ini. Apabila saya merasakan yang saya sudah cukup mengenali seseorang, rupanya masih ada lagi perkara tentangnya yang saya masih tidak ketahui. Kadang-kadang kita dimarahi apabila dilihat terlalu rapat dengan seseorang. Mungkin dalam hati sahabat kita tercetus sedikit rasa cemburu, maka kemarahan merupakan satu cara untuk ia dilepaskan. Tapi tak semena-mena, di satu ketika pula kita melihat sahabat yang memarahi kita tadi berkawan rapat dengan insan yang paling tidak disukainya! Sedangkan hatinya sudah cukup jelas memahat insan tersebut merupakan insan yang paling dibencinya. Mengapa ini berlaku? Bagaimana pula ianya boleh berlaku? Seseorang pernah berkata kepada saya, barangkali ini disebabkan oleh ilmu hitam yang dikenakan oleh seseorang ke atas diri seseorang melalui makanan. Wallahualam, tapi saya yakin perkara ini memang berlaku. Tapi, apabila orang yang menyuruh kita berjaga-jaga tadi mula berhubungan rapat dengan insan yang dikatakan mempunyai kelebihan mengilmu orang, apa agaknya yang akan timbul di benak??? Adakah amaran yang diberikan sekadar amaran palsu bagi membolehkan dirinya sendiri merapati insan tersebut? Itu kemusykilan saya. Atau mungkinkah orang itu yang terlalu sangat kononnya berjaga-jaga dengan 'ilmu' yang dipraktikkan oleh seseorang, akhirnya berjaya ditewaskan? Dia terlupakah dengan pesanannya selama ini kepada orang lain?

Kesimpulannya, bila kita tidak mengenali seseorang, DON'T EASILY JUDGE A BOOK BY IT'S COVER! Itulah perumpamaannya. Kenali dulu hati budi seseorang itu, barulah kita boleh tahu insan jenis apakah seseorang itu. Kalau baik, teruskanlah menjalin persahabatan dengannya. Kalau tidak, kurangkanlah pergaulan dengannya. Itu sahaja. Tapi jangan pernah sesekali menuduh seseorang dengan tuduhan yang pelbagai yang mana akhirnya kita sendiri yang akan terjebak! Ibarat meludah ke langit, bila jatuh akan kena juga muka sendiri dan sudah diludah, dijilat kembali..............