;

Tuesday, May 25, 2010

Di tengah kepekatan malam
Berdiri aku di halaman rindu
Dihembus kenangan lalu
Menjelmalah seraut wajah
Sekuntum bunga yang pernah ku puja
Tapi layu akhirnya
Rindu yang datang bertamu,
Membawa bersama sarat kedukaan,
Yang ditulis dengan tinta kasih,
Di atas sekeping dinginnya hati.

Usahkan melontar sayang,
Merisik khabar juga belum tentu mahu,
Selagi hati masih setia keras membeku,
Mungkinkah ingatan juga sebegitu?

PERGI TIDAK KEMBALI

Salam takziah ingin saya sampaikan kepada sahabat saya, Azzera, di atas pemergian bonda tercintanya ke rahmatullah pada 24 Mei di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Pada ketika ini, saya amat-amat mengerti akan perasaan seorang anak yang baru kehilangan ibunya, dan saya dapat rasakan pada ketika ini selain daripada ketabahan dan kesabaran, redha juga penting dalam menghadapi situasi ini kerana kita menyedari bahawa Allah telah menjanjikan satu tempat yang lebih baik untuk insan yang kita kasihi apabila mereka dijemput pulang.

Saya cukup mengenali arwah ibu sahabat saya ini sebab keluarganya banyak membantu saya, adik-beradik sewaktu kami mencari-cari rumah sewa suatu ketika dahulu. Orang berbudi, kita berbahasa. Begitulah yang berlaku selanjutnya selepas bantuan yang dihulurkan. Saya cuma sempat melawat arwah sewaktu arwah sedang dirawat dan keadaannya ketika itu sangat menyedihkan. Terbayang saya saat ibu saya terlantar di hospital sewaktu menjalani pembedahan kepala, terbaring tidak sedarkan diri dan pada ketika itu hanya doa dan bacaan Yasin sahaja yang dapat diberikan untuk kesejahteraannya. Kenangan itu kembali mengisi kotak memori saat melawat arwah.

Saat ini merupakan saat yang sukar buat sahabat saya sekeluarga. Redhalah dengan ketentuan Allah ini. Kerana disebalik kedukaan ini, sebenarnya Allah telah janjikan kebahagiaan buat mereka yang dijemput mengadapNya. Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama dengan para solehah di Jannah. Amin...... Al-Fatihah........

Monday, May 24, 2010

ONCE UPON A TIME...

Tiba-tiba hari ni rasa macam nak bercerita lak. Maklumlah da lama tak bercerita kat blog ni sebab masa sangat-sangat tak memihak kepada saya. Ini adalah skit masa yang terluang untuk saya menjengah disamping menambah cerita kat blog ni. Sebenarnya cerita ni pun ada kaitan gak dengan beberapa peristiwa yang berlaku dalam hidup saya.

Saya ingat lagi, dulu masa bersekolah menengah di Convent JB, subjek yang paling saya gemari selain daripada Prinsip Akaun (leh terminat dengan subjek ni lepas tuition dengan seorang akauntan, Mr. Malai nama dia, dekat Jalan Pak Lomak, JB) saya suka sangat dengan subjek Bahasa Malaysia. Saya minat dengan sastera Melayu gak tapi memandangkan kelas saya tak de subjek tu so tak dapat la nak mendalami ilmu sastera Melayu tu. Guru BM masa tu lak nama dia Puan Sarimah. Yang kelakarnya Pn. Sarimah ni dulu teruk gak kena 'main' dengan budak-budak kelas saya. Al maklumlah, kelas saya ni ramai budaknya yang nakal-nakal hehehe. Masa tu Guru Disiplin namanya Pn. Fatimah, selalu keluar masuk kelas bagi kaunseling pada kitorang sebab Pn. Sarimah ni selalu nau ngadu dengan dia kitorang ni nakal sangat. In the end, we all leh terkamcing lak dengan Pn. Fatimah ni, sebab dia guru yang baik, lemah lembut walaupun masa marahkan we all. Skang ni Pn. Fatimah da tak keje lagi sebab dia da jadi usahawan stesen minyak yang berjaya! Ok la, berbalik pada cerita Pn. Sarimah ni. Masa tingkatan 4 dan 5 dia ajar subjek BM. Tiap kali subjek dia saya mesti suka. Saya tak la suka nau dengan subjek tatabahasa ke apa ke tapi saya suka bab buat karangan je! Bila dia suruh buat karangan, tak kira la apapun tajuknya, saya akan menulis karangan sepenuh-penuh buku latihan! Kadang-kadang sampai makan 10 helai muka depan belakang lagi! Saya suka sangat bab tulis cerita ni. Pernah satu masa tu, Pn. Sarimah ambil buku saya dan memaklumkan pada kelas yang karangan saya adalah yang terbaik dan minta murid lain supaya membaca karangan saya dan belajar dari situ. Bermula dari hari itu, mulalah buku karangan saya akan berjalan dari satu tangan ke tangan yang lain, kawan-kawan akan mula membaca cerita saya. Dan saya juga akan menjadi orang pertama di dalam kelas yang berjaya menghabiskan tulisan karangan dalam waktu kelas! Biasanya bila cikgu bagi tugasan, tak ada yang dapat habiskan penulisan dalam tempoh sejam kelas tapi sayalah orangnya yang akan memanfaatkan masa sejam kelas tu untuk menghabiskan karangan saya dan terus ke meja Pn. Sarimah untuk menghantar buku tersebut. Kadang-kadang bila tak sibuk Pn. Sarimah akan terus membaca karangan saya dan terus memberi markah karangan saya dan markah yang biasa diberikan da tentu 90% ke atas. Bangga bila dapat markah 98% pada satu masa. Kira karangan yang terbaik la tu!! hahahha...

Bila merenung ke hari semalam, dan melihat pula diri saya pada hari ini, saya dapat lihat perkaitannya. Minat menulis ni sebenarnya da ada dalam diri saya sejak zaman sekolah lagi cuma mungkin saya je yang tak sedar dan tak tau nak memanfaatkannya. Sekarang ni saya yakin dengan kebolehan yang Allah berikan kepada saya. Apa yang saya perlukan adalah ilmu untuk mempelajari dengan lebih mendalam dan seterusnya mengasah bakat penulisan saya itu supaya lebih tajam sehingga akhirnya berjaya menjadi penulis yang saya kagumi di Malaysia ni. Kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan oleh kawan-kawan penulis; Aminah Mokhtar, Nisah Haron, Zaharah Nawawi dan yang lain-lain pada saya merupakan pembakar semangat untuk saya lebih berjaya dalam bidang penulisan ini. Saya juga nekad untuk menjadi seorang penulis yang namanya berjaya meniti di bibir pembaca suatu hari nanti. Saya harap saya berjaya dalam mengejar cita-cita yang satu ini.



Sesekali bila datang khabar gembira,
Terlupa sebentar kepada duka,
Namun apabila duka kembali menyapa,
Bahagia hilang meninggalkan jiwa.

Thursday, May 20, 2010

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
DIA datangkan petir dan kilat.
Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,
rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi..

Kadang kita kerap terlupa,
Akan keindahan nyata di depan mata,
Kerana sering kita mengejar,
Indahnya bayang,
Daripada pandangan yang tak terlihat.


Thursday, May 13, 2010

SEMAKIN RINDU SEMAKIN SAYANG

Lagu ni lagu otai, lagu lama. Pernah sekali tu masa berkaraoke bersama sepupu, saya nyanyi lagu ni. Masa tu ada antara sepupu macam tak pernah dengar lagu ni, tapi enjoy dengan muzik lagu ni. So, endingnya we all nyanyi ramai-ramai lagu ni. Akan datang, lagu ni akan jadi salah satu lagu wajib dalam sesi karaoke hehehe....

Ku pendamkan hasrat hati yang menyintaimu
Kerana aku takut untuk terus-terang
Bimbang aku bimbang jika kau tak sudi Oh...
Tentu aku malu Bagaimana nanti ku harus hadapi
Kenyataan... Kenyataan Harap kasih...
Harap kasih Tapi sayang tiada balasan
Kecewa sedih
Setiap hari aku tatap wajahmu
Lidah ku kelu dan membeku
Tetapi sinaran sepasang matamu
Buat aku semakin rindu
Semakin sayang... Kepadamu

Wednesday, May 12, 2010

SECEBIS DOA

Tuhanku,
Jangan ulangi kehilangan kepadaku,
Sudah cukup dengan apa yang Kau berikan selama ini,
Aku bersyukur dan berterima kasih,
Atas pemberian ini,
Namun aku tidak cukup kuat untuk melaluinya lagi,
Walau aku sedar tiap pemberianMu,
Terkandung seribu hikmah di dalamnya,
Aku mohon,
Jauhi aku daripada dirundung kesedihan,
Akibat kehilangan...

RINDU TERHENTI


TELAH KU TINGGALKAN
MEMORI SILAMKU ITU
TIDAK KU BIARKAN
HIDUPKU DIBELIT PILU
WALAU DUKA MENAMPAR DADA
WALAU SEPI MENCALAR HATI
RINDUKU TERHENTI


Tuesday, May 11, 2010

UNIKNYA PERASAAN ITU


Ada orang memperoleh jawapan melalui sebuah kekhilafan,
Dalam kesalahan yang dia terlibat,
Dalam pengkisahan yang dia sendiri tidak sedar akan kewujudannya,
Dari situ dia memperoleh ketenangannya.

Ada insan kononnya melahirkan kelegaan,
Daripada sebuah kerakusan diri sendiri,
Yang terpamer saat pelakunya adalah dirinya,
Yang dia sendiri tidak sedar akan kesahihannya.

Saya mengetahui sebuah perkara. Namun saya tidak mahu menyatakan salah atau betulnya perkara itu, mahupun hitam atau putihnya perkara itu. Ia akan kekal menjadi sebuah PERKARA! Namun, saya sangkakan kebisuan seseorang dalam menghadapi perkara itu adalah kerana merenungi sebuah kekesalan, namun sanagkaan saya meleset sama sekali. Dia menemukan jawapan disebalik kesalahan tersebut. Jawapan yang seterusnya digunakan ke atas orang lain pula. Ajaibnya cara pemikiran! Uniknya perasaan itu! Dan saya juga yang bodoh, kerana menyangkakan perkara yang tidak wujud selama ini. Apapun, andai terima kasih yang diberikan, maka terima kasih jugalah yang akan saya titipkan untuknya. Semoga dia bersenang lenang dengan perasaannya yang unik ini. ADIOS!


Sunday, May 9, 2010


Something struck my heart,
The pain is there but I couldn't feel it,
TRY TO DIG IT OUT,
AND NOTHING TO BE FOUND,
BUT YET THE PAIN IS STILL THERE,
Except that I still couldn't fell it...