;

Thursday, April 29, 2010


Something is missing lately,
And i've been searching all over,
but still couldn't find it,
Was it just my wild feeling,
Or a true statement that I've refused to accept.
Please...
What i need is more than you to love me,
I need someone who understands me well,
I need someone who can lend his/her shoulder,
for me to shed my tears,
What i need most is a FRIEND,
Who will always be there for me,
To support me,
To motivate me,
To laugh with me,
And most of all,
To be the SOULMATE I'm looking for,

ARE YOU THE ONE I'M LOOKING FOR??

Monday, April 26, 2010


Do you know what's worth fighting for?
When it's not worth dying for?
Does it take your breath away
And you feel yourself suffocating?

Does the pain weigh out the pride?
And you look for a place to hide?
Did someone break your heart inside?
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky, you and I

When you're at the end of the road
And you lost all sense of control
And your thoughts have taken their toll
When your mind breaks the spirit of your soul

Your faith walks on broken glass
And the hangover doesn't pass
Nothing's ever built to last
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky, you and I

Did you try to live on your own
When you burned down the house and home?
Did you stand too close to the fire
Like a liar looking for forgiveness from a stone?

When it's time to live and let die
And you can't get another try
Something inside this heart has died
You're in ruins

Friday, April 23, 2010

Tuesday, April 20, 2010

KEMENANGAN BERGANDA!! CATATAN PERIBADI


Inilah dia gambar medal yang saya menangi dalam Kejohanan Badminton Terbuka BAKES - UTM pada hari Ahad yang lepas. Kemenangan berganda buat saya selepas bergelar Juara Pasukan Canseleri dalam Sukan Antara Jabatan UTM bulan lepas. Boleh dikatakan kemenangan ini merupakan sebuah catatan manis peribadi untuk saya dan secara tidak langsung juga membuatkan saya mengenali lebih ramai orang di UTM ni, hanya kerana sebuah perlawanan! Sebenarnya, perjalanan untuk sampai ke tahap ini tidaklah cantik sangat sebab keluarga sebenarnya tidak suka saya terlalu aktif dalam sukan badminton ni. Tapi oleh kerana minat yang mendalam saya teruskan juga sebab saya tahu saya tidak pernah menyusahkan keluarga lebih-lebih lagi meminta wang mereka. Oleh sebab itulah saya cakap kemenangan ini sebenarnya catatan peribadi buat diri saya sebab tak boleh nak dikongsikan sangat dengan siapa-siapapun melainkan teman-teman yang turut meminati sukan badminton. Apapun, thank you pada hubby coz sudi menjadi penonton untuk 2 siri perlawanan dan tidak berkesempatan untuk menonton perlawanan akhir sebab da kena balik KL. Buat semua teman-teman yang bersama-sama saya sepanjang tempoh perlawanan, memberikan kata-kata semangat dan sebagainya, terima kasih banyak. Mungkin lepas ni saya akan pertimbangkan usul kalian untuk main single pula! Hahaha..

Wednesday, April 14, 2010

Apa yang saya nak sebenarnya dalam hidup?

Tiba-tiba persoalan ini kembali mengetuk pintu hati, menghambat jiwa, mengikat akal minta persoalan ini berjaya dirungkai. Masa kecil dahulu, saya bukanlah orang yang suka meminta-minta. Apa yang ibu dan ayah berikan, mainan contohnya, saya ambil. Kalau tak diberikan saya jarang minta mereka membelinya. Saya masih ingat lagi, sewaktu di sekolah rendah, saya cukup suka bermain badminton dan itulah kali pertama saya minta abah belikan saya raket badminton untuk saya bermain dengan kawan di sekolah. Lama juga abah ambil masa untuk belikan saya raket, tunggu gaji mungkin masa tu. Tapi akhirnya abah belikan juga. Bukan satu bahkan dua pula, satu lagi untuk kakak saya walaupun dia tak minta dibelikan raket masa tu. Tapi mungkin abah fikir, kalau ada 2 raket, boleh juga kami bermain di rumah nanti. Pro-kennex, itulah jenama raket badminton yang dibeli abah masa tu di kedai cina.

Itu cerita di sekolah rendah. Di sekolah menengah pula, saya sudah tidak pandai untuk meminta-minta lagi. Beg sekolah, kalau abah tanya nak beg baru ke tak, saya akan tengok pada keadaan beg dulu. Kalau masih boleh dipakai, tidak koyak, saya tak akan minta untuk dibeli. Sama jugalah halnya dengan kasut. Saya ingat lagi saya memakai kasut yang koyak rabak jugalah ke sekolah masa tu, hanya kerana tidak mahu membazirkan duit abah memandangkan masa tu da tingkatan 4, tak wajar rasanya nak membeli kasut yang baru, setakat untuk dipakai lagi 2 tahun. Jadi, saya pakai kasut pada zaman tingkatan 3 ke tingkatan 4 dan 5. Di sekolah pula saya aktif dengan sukan, mana tak koyak rabak kasut tu dikerjakan. Tapi saya tetap pakai jugak walaupun ketika itu saya bersekolah di Sekolah Convent JB, sekolah yang agak elit juga pada zaman saya tu. Tapi masa tu, tak rasa pula diri kita ni papa kedana, tak mampu beli kasut, sebaliknya terasa diri tersangat-sangat ROCK masa tu. Yelah, zaman jeans koyak. Kasut koyak pun kira trend gak la. Saya ingat, awalnya saya bercita-cita nak jadi jurutera. Masuk form 4, saya tukar cita-cita saya ke arkitek. Dan bila dapat result SPM je sekali lagi cita-cita saya bertukar, kali ni kepada designer pula dan bila pelaksanaan itu terhalang sekali lagi ianya bertukar dan kali ini kepada tidak mempunyai cita-cita terus! Begitu sekali impian saya boleh berubah, dalam tempoh 5 tahun sahaja. Alhamdulillah juga akhirnya saya berjaya juga menjadi seseorang walaupun ianya sesuatu yang tidak pernah saya rancangkan.

Sekarang ni, soalan yang sama kembali menjengah. Apa yang saya mahu? Saya mendapat pekerjaan pertama pada usia saya 21 tahun iaitu sebaik sahaja saya tamat menduduki peperiksaan semester akhir. Belum sempat pun saya berfoya-foya di rumah, menikmati saat-saat bahagia setelah bergelar pelajar tiba-tiba peluang pekerjaan tiba. Saya pada awalnya ingin menolak kerana mahu bercuti panjang sebelum mula bekerja tetapi keluarga membantah, mengarahkan saya untuk menerima saja peluang tersebut yang tidak mungkin datang bergolek kali kedua. Rupa-rupanya alam pekerjaan ni pun sesuatu yang indah juga sebenarnya. Mempelajari perkara baru membuatkan saya sentiasa bersemangat. Kemudian, selang beberapa tahun kemudian Allah berikan pula kepada saya jodoh di saat saya merasakan alam perkahwinan mungkin bukan sesuatu yang sesuai untuk diri saya. Tapi itu yang Allah berikan, di saat kita tidak mencari dan berharap.

Apa yang saya mahu sebenarnya dalam hidup? Selain mengharapkan kehidupan yang bermakna dalam erti kata kebahagiaan dunia dan akhirat, saya juga inginkan diri saya mendapat kegembiraan yang berkekalan. Cuma lately ni saya rasa seolah-olah macam saya ni berada jauh daripada semua orang-orang yang pernah berdampingan dengan saya. Saya rasa macam saya tersisih daripada semua benda. Dan secara tak langsung benda-benda ini membuatkan saya rasa membenci pada diri sendiri sebab sesuatu pada diri saya yang membuatkan semua ini berlaku. The world seems like avoiding me as well. Why is this happening to me? What have i done? Does one sin i've committed relate to this condition i'm going thru? Ooooooo..........
I just hate myself....
I hate people around me.....
I hate my life....
Everything seems not to be in its usual place as before and they are not connecting to each other....
Why is this happening?
Am i not worth to live in this world anymore?
Then, where shall i belong to?
To whom should i turn myself to when i need someone by my side?
After been asking and searching,
I realized that i only have me in this world...
To look after myself,
To hold and to share,
Nothing else,
And nobody,
I have only Me...

Wednesday, April 7, 2010

SAWANG KE????














Sawang ke? Haaa...itulah persoalannya. Apa yang bersawang? Ke ada yang tak tau sawang tu apa. Hehehe... kalau nama da melayu tapi tak tau sawang tu apa baik gi dok India je!!! Ahaks...

Ada la teman ni yang menegur saya tentang unsur-unsur sawang yang berlaku pada blog saya. Thanks la sebab sudi beritahu saya tapi kalau tak diberitahu pun saya tau gak! Hahahaha...Apa boleh buat, kadang-kadang komitmen dengan kerja ni mengatasi segalanya. Kalau sampai tumbuh kulat atau cendawan kat blog pun saya tak kisah sebab nak buat camne kan. Lagipun, bila ada kulat and cendawan tu nanti baru la blog saya ni nampak seni dari yang lain-lain.

Sebut pasal hasil seni ni teringat lak pada satu perbualan dengan seorang teman baru-baru ni. Tapi nak ceritakan apa bendanya tak bolehlah sebab ianya agak sensitif dan berunsur 18sx sikit hahahah. Apapun, seni tu sangat luas maksud dan ruang lingkupnya hinggakan setiap perbuatan manusia tu pun orang boleh kaitkan dengan kesenian!

Semalam juga saya berjumpa dengan seorang teman di tempat kerja lama yang datang ke sini utnuk menghadiri temuduga. Selesai urusan temuduga, kami berborak sambil makan tengah hari di kafe. Macam-macam cerita yang keluar especially cerita di tempat kerja lama hinggalah akhirnya cerita diri saya sendiri di tempat baru. Saya ceritakan kepadanya dengan cara budaya kerja saya di sini, betapa sibuknya saya seharian menyelesaikan urusan-urusan kerja yang tidak pernah ada hentinya. Lalu saya katakan padanya, nikmatilah kepuasan bekerja sambil beristirehat di YWJ sebab satu masa apabila awak meneruskan perkhidmatan di tempat lain, mungkin awak akan merindui saat-saat bersantai yang awak ada di YWJ sekarang. Memang betul! Di tempat kerja lama saya, banyak masa yang boleh diisikan dengan bersembang kosong, merambu ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan, melepak di kafe dan bermacam-macam lagi perbuatan santai yang tidak ada kaitan langsung dengan kerja! Hinggakan pada satu ketika di satu bahagian (kalau saya sebutkan sure meletuskan perang dunia ke4!) staf di bahagian tersebut lebih banyak menghabiskan masa dengan melayari internet dan sembang maya (chat la apa lagi!). Terkagum sekejap saya melihat mereka sebab saya sendiri di unit saya dahulu, walaupun tiada projek tetapi masa lapang yang ada sentiasa dipenuhi dengan sesuatu yang berkaitan dengan kerja. Manusia ni kadang-kadang terlupa nak memandang pada kelemahan diri sendiri. Yang mereka nampak hanyalah, kelemahan orang. Bab ini saya tak mahu ceritakan hari ni sebab tak de dalam agenda saya pun!

So saya harap pengomen yang mengatakan blog saya ni da bersawang berpuas hati dengan posting saya pada hari ini walaupun sekadar bebelan kosong dari saya.

Friday, April 2, 2010


THE TRUTH MAY HURT SOMEONE'S FEELING, BUT IN OUR LIFE, WE NEED TO HEAR THE TRUTH SOMETIMES IF NOT ALWAYS, BUT PEOPLE SELDOM FIND IT TOO DIFFICULT TO SPILL OUT THE TRUTH.

DERITA MERINDU


Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata

Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan

Jika kau dapat memahami hati seorang perindu

Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Thursday, April 1, 2010

DEMI KASIH SAYANG

Cintaku bukan kerana harta
Cintaku tidak kerana paras rupa
Sedarilah kasih...
Cintaku harap hingga ke syurga
Bersama-samamu

DEMI KASIH SAYANG,
YANG AKU PERTAHANKAN,
SANGGUP KU MENITI,
MALAM TANPA MIMPI,
AKU BERDOA KITA AKAN BERDUA,
HINGGA KE AKHIR HAYAT,
UNTUK SELAMA-LAMANYA....

Itulah sedikit bait lagu dendangan Siti Nurhaliza. Kalau dulu kira top jugalah lagu tu, even sampai sekarang pun sebenarnya masih top lagi lagu tu. Kalau nak dengar lagu tu berkumandang, dengarlah radio Suria Fm menerusi rancangan Suria Cinta. Banyak lagu-lagu cinta lama-lama yang boleh kita dengar dari situ.

Sebenarnya bukan pasal lagu atau radio yang ingin saya kongsikan di sini tetapi lebih kepada isu kasih sayang. Demi kasih sayang, apapun sanggup dilakukan. Benda-benda yang mustahil ajaib pun boleh terpacul keluar daripada mulut. Akan ku seberangi lautan api...itu antaranya! Sebenarnya, kadang-kadang kita selalu terlupa bahawa kita ni hanyalah insan biasa, bukan superhero! Demi cinta, demi kasih, demi sayang, kita sering dibawa melangkaui satu batasan yang boleh jadi di luar kewarasan kita yang bergelar manusia. Batasan tersebut tidak pernah kita jangkakan pada satu masa namun demi keadaan, ditambah pula dengan kealpaan dan kerakusan, perkara-perkara yang berada di luar kewarasan ini jugalah yang kita lakukan.

Baru-baru ini seseorang berkongsi sebuah cerita temannya kepada saya. Cerita tentang masalah rumah tangga temannya. Biasalah, hidup berumahtangga, ada pasang surutnya. Tapi kisah teman saya ni agak sedih juga. Manakan tidak, kisah keretakan rumahtangga yang disebabkan oleh ilmu hitam! Sihir, dalam erti kata lain. Saya secara peribadi pernah turut sama bersama dengan seseorang yang rapat dengan diri saya melalui episod duka dalam rumah tangganya. Berbalik kepada cerita pasal ilmu sihir/hitam tadi. Dalam kes-kes yang biasa kita dengar pada hari ini, dek terlalu ingin mendapatkan sesuatu atau seseorang, seseorang tergamak membuat perjanjian dengan iblis demi memastikan hasratnya tercapai. Pernah dengar pasal minyak dagu, ubat pengasih, pembenci dan sebagainya? Inilah antara perkara-perkara mistik yang tersebar meluas dalam masyarakat melayu kita hari ini. Kalau kita fikirkan secara logik, selama mana ilmu hitam ini akan bertahan? Mungkin pada ketika itu, kita telah berjaya mendapatkan seseorang atau sesuatu, tapi perrnahkah kita terfikir apa yang akan terjadi sekiranya ilmu itu mulai tawar dan pudar?

Apabila kita terlalu menyukai seseorang contohnya, kita sering terdorong oleh satu perasaan ingin mendekati dirinya. Apabila sudah berjaya didekati, timbul pula rasa ingin berkasihan dengannya. Kalau perhubungan itu tidak terlarang, tiada apa yang harus dibangkitkan. Namun, bagaimana pula dengan hubungan yang terlarang? Bercinta dengan suami/isteri orang contohnya. Ilmu pengasih, pembenci dan lain-lain mula memainkan peranan mereka. Sehingga porak peranda rumahtangga dikerjakan (samalah macam situasi teman saya tadi).

Persoalan saya sekarang ni, sejauh manakah kewarasan kita sebagai manusia ingin mempertahankan rasa cinta, kasih dan sayang yang tumbuh dalam hati, walaupun kita sedar ada ketikanya semua itu bukan ditakdirkan untuk kita miliki? Walaupun sekadar inginkan perhatian, wajarkah perkara-perkara mistik seumpamanya diserapkan? Apa yang saya tahu dan sering saya dengar menerusi orang-orang yang pandai agama, ilmu-ilmu hitam yang digunakan ke atas seseorang hanya akan bertahan selama 44 hari sahaja, dan bukan untuk selama-lamanya. Sampai ketikanya ia akan mulai tawar dan tidak lagi berkesan. Berbaloikah untuk berkongsi perasaan cinta, kasih dan sayang apabila semua rasa itu adalah palsu belaka? Sanggupkah kita merenung ke dalam bola mata seseorang yang kita kasihi, hanya untuk mendapati bahawa semua perasaan yang ada padanya dikuasai dan terdorong oleh satu kuasa hasil perjanjian kita sebagai manusia dengan iblis? Adakah itu yang kita inginkan dalam sesebuah perhubungan?

Nasihat saya, walaupun kita terlalu menyayangi seseorang, cubalah hindari daripada melakukan perkara-perkara bidaah seperti ini sebab hakikatnya ia tidak akan berkekalan dan membawa kita ke mana pun.