;

Monday, March 29, 2010

I WANT TO KNOW WHAT LOVE IS

I gotta take a little time
A little time to think things over
I better read between the lines
In case I need it when Im colder

In my life there's been heartache and pain
I don't know if I can face it again
Cant stop now, Ive traveled so far
To change this lonely life

I wanna know what love is.....
I want you to show me......
I wanna feel what love is.....
I know you can show me......

I'm gonna take a little time
A little time to look around me....
Ive got nowhere left to hide
It looks like love has finally found me....

I wanna know what love is.....
I want you to show me......
I wanna feel what love is......
I know you can show me......

I wanna know what love is....
I want you to show me....
And I wanna feel, I want to.... feel what love is....
And I know, I know you can show me....

I wanna know what love is, lets talk about love
I want you to show me, I wanna feel it too
I wanna feel what love is, I want to feel it too
And I know and I know, I know you can show me
Show me love is real, yeah
I wanna know what love is..

Friday, March 26, 2010

INILAH YANG DINAMAKAN REZEKI...

Semalam petang, saya menerima sepucuk surat yang diminitkan sesuatu oleh bos saya. Saya mula membaca isi surat tersebut dan automatik pula senyuman terukir dibibir. Alhamdulillah, spontan keluar ayat itu dari mulut saya. Tak disangka-sangka, rupanya isi surat itu memberitahu bahawa permohonan saya untuk mendapatkan pelarasan gaji daripada pihak universiti telah diluluskan!

Mungkin pada orang lain, apalah sangat dapat pelarasan gaji tu kan? Lainlah kalau naik gaji ke pangkat, baru best! Tapi walaupun tak berapa nak bes, saya tetap bersyukur sebab sebelum ni gaji saya banyak kurangnya nak banding dengan gaji ditempat lama dulu. Sekarang ni, at least bila dapat pelarasan ni tak la beza banyak nau. Yang membuatkan saya rasa bersyukur sangat-sangat adalah sebab ada staf di sini yang walaupun sebelum ini dah berkhidmat 10 tahun sebelum mendapat status tetap (gaji yang ditawarkan sudah tentu pada tangga asas) dan bila dibuat permohonan, permohonan mereka ditolak. Terpaksa la mereka bertahan dengan gaji yang jauh lebih rendah daripada gaji lama mereka. Sedangkan saya pula, pengalaman 11 tahun kerja saya bukanlah di UTM, gred pula berbeza, namun permohonan saya diterima! Itulah yang saya namakan rezeki saya!

Kadang-kadang kita tak tahu apa yang telah Allah janjikan untuk kehidupan kita. Kadang-kadang Allah datangkan ujian dalam kehidupan kita, demi untuk menguji tahap keimanan kita. Kadang-kadang Allah datangkan sakit kepada kita, untuk menguji kesabaran kita. Kadang-kadang Allah datangkan kepada kita kesusahan, untuk kita menginsafi saat-saat kesenangan yang kita peroleh sebelum ini dan bagaimana harus kita mensyukurinya pada ketika itu. Kadang-kadang pula Allah datangkan musibah kepada kita, demi untuk kita memandang kehidupan yang terbentang di hadapa kita ni dengan lebih taqwa dan muhasabah. Macam-macam yang Allah berikan kepada kita sebenarnya. Dan semuanya sudah tertulis dalam 'KITAB' kita. Tiada siapa yang dapat mengubahnya, tanpa mendapat perkenan Allah s.w.t.

Pada saya, yakinlah bahawa setiap apa yang Allah berikan kepada kita sepanjang kehidupan kita, sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kita sendiri pun tidak pernah menduganya sehinggalah kita berhadapan dengan situasi tersebut. Orang-orang yang beriman dan bertaqwa tidak pernah mengeluh setiap kali didatangi dengan ujian sebab mereka yakin sekiranya mereka menerimanya dengan penuh redha, ada 'hadiah' yang menanti mereka di kemudian hari. Seharusnya, kita yang berusaha untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa ni, mencontohi sikap seperti ini, dan bukanlah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Ada orang Allah sengaja lambatkan jodohnya atau ditiadakan terus, ada orang Allah timpakan kesusahan demi kesusahan kepadanya, ada orang Allah sempitkan pintu rezekinya walaupun dia giat berusaha untuk mengejar kemewahan. Mengapa ini semua berlaku? Itu semua telah Allah tuliskan buat mereka. Tak usahlah kita tanyakan mengapa dan kenapa. Yang pasti, bagi mereka yang meredhai tiap apa yang Allah turunkan kepada mereka, insyaallah 'hadiah' besar menanti mereka nanti. Dan yang paling penting, bagi mereka yang mendapat rezeki terpijak atau turun dari langit tu, janganlah tamak atau kedekut. Sebenarnya Allah akan lipat gandakan lagi rezeki kita tu sekiranya kita berkongsi rezeki yang Allah limpahkan tadi dengan orang lain lebih-lebih lagi mak ayah kita, adik beradik kita, saudara-mara kita, sahabat-sahabat kita. Dalam konteks rezeki ni, saya sering lihat (kes-kes di tempat kerja lama saya) bila seseorang ni dapat rezeki dan jarang pula untuk berkongsi rezeki tersebut dengan orang lain, Allah akan tarik satu bahagian daripada kehidupan mereka, yang mana disebabkan kekurangan yang ditarik Allah ini, kebahagiaan tidak sepenuhnya menjadi milik mereka. Boleh jadi Allah tarikkan jodoh mereka, boleh jadi juga Allah tarikkan kesihatan mereka dan boleh jadi juga Allah tarikkan ketenangan hidup mereka, semua perkara ini telah saya lihat dan saya kaitkan ianya dengan konsep rezeki juga. Orang yang kaya, Allah kayakan lagi mereka dengan penyakit. Orang yang tidak suka bersedekah, Allah sempitkan lagi laluan jodohnya dan bermacam-macam lagi situasi. Apa yang penting, kita kena sentiasa beringat bahawa tiap rezeki yang kita terima hari ini datangnya dari Allah s.w.t. Esok lusa, bila-bila masa saja Allah boleh tarik segalanya daripada kita!

Untuk sahaba-sahabat saya di luar sana, yakinlah dengan konsep rezeki yang Allah telah janjikan untuk kita semua dan jangan pula sesekali kita melupakan orang tua kita di saat kita memperoleh rezeki kerana setiap sen yang kita belanjakan untuk mereka, bukan sahaja rahmat yang berganda, bahkan keberkatan kehidupan kita yang Allah telah janjikan untuk kita. Selagi ada orang tua kita, bahagiakanlah mereka.


Monday, March 22, 2010

Hari ini saya seperti teringin sangat nak makan sushi. Memang la sushi ni makanan kegemaran saya, tapi saya sudah mula dapat merasakan bahawa keinginan untuk makan sushi ni (selain daripada keinginan tekak saya sendiri) sering datang sewaktu fikiran saya sedang dibebani dengan banyak perkara. Sebagai contoh bila terlalu banyak kerja di pejabat, tengah hari saya akan keluar pergi makan sushi di Sushi King, biarpun hanya bersendirian. Lepas dapat makan sushi tu rasa macam kepala saya lapang sedikit, macam berjaya dicurahkan semasa menikmati sushi. Kelakar pun ye juga kan.

Sekarang ni keinginan tu bagaikan meluap-luap. Dan ianya mungkin disebabkan ada beberapa perkara yang sedang ada dalam fikiran saya ketika ini. Dalam mencari-cari penyelesaian kepada beberapa permasalahan yang sedang bersarang dalam kepala ni, boleh tiba-tiba terfikir nak makan sushi pulak! Itu yang saya pelik padahal tak terfikirkan pun nak makan sushi sebelum ni. Huh, sekarang saya da nampak perkaitan antara sushi dan Zetty. Nasib baik sushi, bukan KFC or McD atau lain-lain makanan segera yang kalau dimakan selalu boleh menjadi faktor penyumbang kepada kegemukan! Huh, ngeri!! Kalau sushi tu, ok lagi, makan selalu pun pada saya tidak la terlalu berkalori atau berkolesterol tinggi pun. Makanan sihat juga sushi ni sebenarnya. Ingat sushi teringat pula kepada teman yang sering menemani saya menikmati sushi walaupun dia sendiri bukan penggemar sushi, sekadar menemankan saya je. Harap-harap dia pun ingatkan saya gak...


Bertanya aku kepada hati,
Inikah yang aku cari,
Yang dipegang terlepas,
Yang dikejar belum pasti menghampiri.

Rindu ini tidak pernah kering airnya,
Mengalir deras dalam sukma kebahagiaan lampau,
Walau badai menghempas keras,
Tasik hati ini masih setia digenangi kasih,
Biar pedih datang menjerat,
Api kasihmu kan ku genggam erat.

Dengarlah...
Hatiku ini sedang berbicara,
Tidak ada satu perkara pun yang aku lupakan,
Biar pelbagai andaian kau lemparkan,
Aku masih di sini,
Menanti jawapan kasihmu....

Sunday, March 21, 2010

TERLANJUR BICARA

Dalam kehidupan kita, kita takkan pernah lari daripada pertelingkahan. Memang sudah adat bernama manusia, selagi kita bernafas, pasti ada sahaja perkara-perkara yang akan timbul, membawa kepada pertikaman lidah. Perkara-perkara ini boleh merangkumi urusan berkaitan kerja, peribadi dan juga percintaan. Waktu saya masih bekerja di tempat lama dahulu, saya sering argue akan sesuatu perkara dengan bos saya. Sebenarnya pada saya argument tu perlu ada bagi menegakkan sesuatu perkara yang menjadi topik utama. Kalau dalam urusan kerja sudah pasti hal kerjalah topiknya dan argument tersebut juga berlaku demi untuk mencapai satu keputusan yang terbaik. Cuma dalam kes saya, bos saya ni sering menyangkal dan membantah apa je yang kita cuba rancangkan. Ada ketikanya pula, saya pula menyangkal perkara yang cuba diketengahkan olehnya dan apabila memberi cadangan lain, idea itu pula ditolak mentah-mentah. Argument berlaku apabila kita cuba untuk meyakinkan seseorang akan mengapa sesuatu perkara itu seharusnya dilakukan sebegitu dan bukannya sebaliknya. Perkara itulah yang sering saya debatkan dengan bekas bos saya dulu. Ada ketikanya, dia menerima, tapi tak kurang juga ketikanya apabila tidak tetap bertegas dengan keputusannya. Apabila ini terjadi. saya akan diam. Terus teringat dengan kata-kata seseorang kepada saya dahulu..."a boss may not always be right, but a boss will always be a boss!" Faham? Tak perlu saya jelaskan lanjut...

Dalam kehidupan harian juga, banyak perkara yang kadang-kadang mengundang kepada pertelingkahan mulut. Macam perang mulut gak la tapi tengok sehebat mana pertikaiannya. Untuk saya sendiri, saya tidak suka dengan perang mulut ni. Dalam pemerhatian saya sehari-hari, yang saya perhatikan, perkara-perkara kecilpun boleh mengundang kepada pertikaian apabila kedua-dua belah pihak mula berbalah antara satu sama lain. Masing-masing nak tunjuk terrer, nak tunjuk idea siapa yang paling hebat! Pada saya, kalau nak ketengahkan idea sekali pun tak perlulah sampai nak bertelagah atau bertikam lidah! Bukan ke ada cara halus yang boleh digunakan, iaitu berbincang secara damai. Kadang-kadang saya terfikir, orang yang suka bertelagah ni, dorang ni agaknya memang bangsa yang tak suka dengan suasana aman tenteram agaknya. Sering saya perhatikan, apabila satu pihak mula balas-membalas jawapan, keadaan yang tenang akan bertukar menjadi tegang. Dan tau-tau je, dah boleh jadi perang mulut! Saya sering cuba menghindarkan diri saya daripada terlibat dalam agenda perang mulut ni tak kira lah dengan siapa pun. Ada satu ketika, saya mengambil langkah pendekatan berdiam diri apabila diri diasak dengan pelbagai pertanyaan. Makin didiamkan makin banyak pula andaian yang dibuat, makin sedap pula bercakap yang bukan-bukan. Akhirnya, saya cuba untuk melayan. Dan kesudahannya mulalah keluar ayat "...kenapa awak sekarang macam ni?" atau "...saya sedar siapa saya" ataupun "sampai hati awak cakap macam tu". Agaknya bila orang-orang pendiam macam saya ni yang tak pandai nak diajak bergaduh atau bertikam lidah, tapi tiba-tiba berbuat demikian, impak yang diberikan kepada orang lain sangatlah besar! Orang mula terasa dengan kata-kata balas yang saya keluarkan walaupun kadang kala apa yang saya cakap tu sekadar nak buat orang sakit ati je, bukan betulpun. Sebab pada saya, dalam perang mulut, tak semua perkara yang dikatakan tu adalah betul pun. Bila topiknya tentang hal-hal berkaitan perasaan, satu pihak tu sebenarnya menggunakan pendekatan lebih kepada menyakit hati pihak yang satu lagi. Itulah! Tak tahu apa motif berbuat macam tu sebenarnya. Best ke sakitkan hati orang lain? Best ke buat orang berkecil hati?

Saya kalau boleh tak nak buat orang rasa sebegitu sekali menerusi perang mulut ni. Biarlah dengan cara lain. Tapi tak semua orang yang paham dengan cara yang kita inginkan sebenarnya. Ada juga yang masih berterusan nak ajak perang mulut. Tapi seperti biasa, saya memilih jalan berdiam diri. Termasuk dengan ahli keluarga saya. Kalau ada pertikaian apa sekalipun, saya lebih suka diam, dengar tan telan semua sekali tanpa perlu membalas apapun sebab saya tahu buat macam mana sekalipun saya takkan pernah menang dalam pertikaian ini. Bila kalah bukan bererti kita mengalah, tapi lebih kepada memberi jalan kepada keharmonian untuk menguasai keadaan sebenarnya. Itu yang pada saya adalah terbaik dan tak semua orang mampu untuk melakukannya. Anda setuju dengan saya? Mesti tidak sebab sifat, keperibadian setiap orang tak sama antara satu sama lain. Itu bezanya manusia. Kalau semua manusia sukakan keharmonian, da pasti dunia ni aman tenteram. Tengok sajalah pada masyarakat kita, tak yah pergi jauh-jauh. Setiap manusia ada kelompok mereka tersendiri. Kelompok A akan mengata kelompok B sedangkan kelompok B buat endah tak endah je dengan kelompok A ni tadi, sebab mereka berfikiran bahawa hanya orang yang tidak dibekalkan dengan ilmu pengetahuan yang mendalam sahaja yang akan bertindak sebagaimana orang-orang dalam kelompok A ni tadi. Tapi manusia ni biasalah, bila cakap dia tak pandai, tak nak terima, padahal memang betul pun! Kalau ilmu penuh di dada, rasa-rasanya hendak ke kita pergi menjaja cerita orang lain kepada pihak luar yang mungkin tak tahu menahu or even tak kenal pun dengan orang yang dijaja ceritanya tu? Fikir-fikirkan........

P/S: Kalau bahasa yang saya gunakan agak kasar especially meminjam perkataan 'muak', saya minta maaf. Saya langsung tidak bermaksud untuk menyakiti hati sesiapa tapi selama mana harus saya telan semua kata-kata yang dilemparkan? Sesekali ingin juga saya buangkan sedikit, supaya ada ruang sedikit untuk saya menghela nafas panjang..........


Wednesday, March 17, 2010

AKU DAN KARIKATUR

Hehe..inilah karikatur saya yang dilukis oleh seorang teman yang memang pandai melukis. Sampai sekarang pun saya masih lagi berteman dengan dia. Dia pun sememangnya baik orangnya. Tengok part dagu tu, tu la aset yang paling mahal!! Hahaha...Kawan saya cakap macam dagu ahli sihir!!!

Dulu, saya pernah gak la berhajat nak buat lukisan karikatur ni untuk kad kahwin saya nanti. Tapi, mak saya bantah habis-habisan masa saya nak kahwin dulu. Dia cakap tak sesuai, macam budak2, tak senonoh, tak formal, memalukan dan macam2 lagi. Padahal pada saya ini kan idea baru. Selalu orang letak gambar masing-masing kat kad kawin, tapi kali ni kasi ubah sikit, letak gambar sendiri yang telah dikarikaturkan plak. Tak menarik ke? Hanya orang-orang yang berjiwa seni je yang boleh terima idea macam ni agaknya. So, korang camne lak? Agak-agak, korang nak adapt tak idea saya ni untuk kad kahwin korang nanti???? Fikir-fikirkan...... Hehehe.

APA-APA JE LAH LABUUUUU......

As Salam. Ada orang tegur rumah saya da bersawang (maknanya blog saya ni da lama tak update la tu heheheh). Memandangkan hari ni pun tak busy sangat, so leh a amik masa bersihkan sawang-sawang ni.

Saya ni sebenarnya tengah menunggu seseorang untuk reply SMS saya, yang dari semalam dia tak reply, marah sangat agaknya pada saya. Apapun salah saya, saya cuma nak cakap maafkan saya...

Saya sebenarnya tak tau nak cerita apa hari ni, coz belum datang idea lagi pasal isu yang ingin dikongsikan bersama. Apapun, sekadar nak bercerita sedikit tentang majlis perkahwinan sepupu saya yang berlangsung di belah pihak perempuan di Shah Alam baru-baru ni. Boleh dikatakan semua sedara-mara hadir dimajlis ini. Nak kata meriah sangat tu tak lah, majlis pun buat di dewan, masing-masing boleh gambarkan apa la yang meriahnya melainkan gah majlis itu sahaja. Ok, saya pun bukan nak ulas tentang gah atau tidak majlis ini, sebab terlalu banyak cerita-cerita belakang tabir yang berkait dengan majlis ni. Minggu ni, tiba belah keluarga lelaki pula meraikan pengantin. Majlis akan dibuat selama 2 hari dan dua-dua hari ni gak la saya kena hadir. Baju pun da siap (walaupun belum siap lagi projek menjahit maniknya!). Apa yang ada, pakai je la. Nak sediakan baju baru, mahu bengkok jap saya dibuatnya! Hehehe.. Sepupu sepapat pun semua akan turun ke JB meraikan pasangan pengantin. Yang paling best ialah bila dapat berkumpul beramai-ramai, dan dalam kesibukan nak meraikan pengantin tu, sempat gak dorang nak menjalankan aktiviti berpoya-poya di Pandan!! Hehehe..nak borong CD la tu.. Orang KL bila sesekali dibawakkan ke tempat menjual CD pirate ni, suka bukan main dorang!! Hehehe... OK, ni ada la sikit pic yang sempat diambil masa wedding di Shah Alam hari tu sebelum battery camera saya buat hal, tiba-tiba kong!



Friday, March 12, 2010

CINTA SELEMBUT SUTERA

Satu ketika dahulu, saya minat sangat dengan Ella. Even sehingga ke hari ni pun, saya masih lagi meminati Ella. Minat sangat. Album Ella USA antara album yang paling best sekali. Dan lagu ni merupakan antara lagu kegemaran saya pada masa tu. Tak sure la lagu ni terkandung dalam album tu ke tak, yang pasti memang saya suka sangat dengan lagu ni. Bila hari ni, kembali mendengar lagu-lagu lama yang pernah menjadi siulan di bibir, boleh mengundang senyum. Macam sekarang......
Waktu itu engkau berlari
Menghampiri mentari
Mesra senyumanmu
Membenamkan hari itu

Walau kini sekian lama
Masih dalam ingatan
Tak pernah ku menduga
Kitakan terpisah

Cinta selembut sutera
Menjadi kaku sekeras hatimu
Dan kesilapanku
Membuat aku memendam rindu
Andai kini kita kembali
Bersama meniti kasih
Dalam ranjau cinta
Terhapuslah sepi di hati ini

Aku mengharap kasihmu
Aku tahu kerinduanmu
Kasih tawarkanlah
Keracunan di dalam dada
Kasih hapuskanlah rindu
Rindu dihati kita



Thursday, March 11, 2010

BOSAN!

Sekarang ni mood bosan da mula activated dalam diri. Tak tau lah siapa or apa yang dah activatekan button dia ni tapi yang nyata sekarang ni memang terasa macam buat apapun serba tak kena. Yang ada dalam kepala ni benda-benda lain selain daripada benda yang kena ngadap hari-hari ni. Dalam erti kata lain, mood nak bekerja pun kurengg!! Huh..susah camni...kalau saya ni banyak duit untuk dijolikan, rasanya time-time macam ni lah masa yang paling seronok untuk pergi bercuti ke luar negara! Tapi memandangkan itu hanya sekadar angan-angan mengalahkan Mat Jenin, terpaksalah ia diabaikan. Namun, saya masih rasa yang saya memerlukan cuti disaat ini. Tak kisahlah kemana pun langkah kaki yang akan saya bawa, yang pasti saya ingin bersendiri. Alangkah bestnya kalau impian mudah ini dapat saya realisasikan........

Tiba-tiba teringat akan kata-kata seseorang kepada saya....Untuk jadi sesiapapun dalam hidup seseorang, yang penting niat, ikhlas dan sedia menerima kekurangan dan menghargai kelebihannya. Jika kita memilih untuk menjadi seseorang yang disayangi, diri kita akan dikenang sampai bila-bila. Biarpun hidup ini ada pasang surutnya, kenangan itu akan sentiasa menjadi album kehidupan untuk kita singkap apabila kesunyian, apabila kita merindukan saat itu, untuk ia kembali dikecap.

Kenangan itu merupakan sebuah album kehidupan sebenar, yang mana di sebaliknya terselit seribu macam kisah yang pernah berlaku. Ada antara kisah tersebut terlalu manis untuk dikenang, manakala sebahagiannya pula tidak dibenarkan oleh hati untuk diingati. Apapun, ia tetap album kehidupan kita. Dan untuk saya sendiri, saya rasa......................................

I REALLY NEED A VACATION!!!!

TINGGAL SEPI

Semalam di radio, terdengar lagu ni..rasanya macam jarang dengar lagu ni selama ni. Muzik dia macam best, lirik dia tak dapat catch up sangat. So, pagi ni, surf lagu ni, baca lirik dia and sat lagi nak donlod lagu dia lak. Tak tahulah lagu ni sebenarnya nak menceritakan apa. Apapun, sekadar berkongsi minat secara tak langsung dengan kawan-kawan saya..Enjoy!!!

Kalimah indah

Kau masih bergema

Cermin suluh ku pecah sejuta

Kau adalah segalanya
Kau mampu bermegah
Aku pula melutut ke bumi


Tinggal sepi
Dikamar dingin ini
Menanggal duri-duri
Dalam taman hati

Tinggal sendu
Semua ditimbus tepu
Hati semakin beku
Kau terus berlalu
Tinggal sepi

Jangan tanya lagi
Jangan tambahkan pedih
Cukuplah sudah ku derita

Kau yg sememang hebat
Semakin sempurna
Aku yg silap memujamu

Kenapakah terjadi
Sangkaku tak menjadi
Jadi sekali lagi
Oh satu misteri

KAMI JOHAN!!!

9 Mac 2010 melakarkan kenangan yang paling manis bagi pasukan badminton wanita Canseleri, yang saya wakili, sebab telah berjaya dinobatkan sebagai Johan Badminton Wanita, Sukan Antara Jabatan, UTM.

Tepat jam 830 malam, perlawanan semi-final dimulakan dengan pasukan kami menentang pasukan daripada Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKKKSA) yang mana berjaya gak menimbulkan gerun di hati kami. Manakan tidak, saat mengetahui yang mereka mempunyai 3 orang player yang pernah bermain untuk universiti, hati masing-masing da kecut. 3 orang pemain universiti, nak bandingkan dengan kami yang takat main suka-suka dengan seorang pemain veteran lagi! Hebatkan! Dengan mereka, kami menang 2-1 (single dan team double kedua). Nampaknya percaturan mereka dalam menyusun pemain tidak menjadi yang akhirnya kemenangan berpihak kepada kami.

Rehat dalam 15 minit, perlawanan final bermula sekitar jam 10 malam dan kali ini pula lawan kami adalah pasukan Pendaftar, dimulakan dengan team double pertama yang mana kami turunkan orang muda berpasangan dengan orang veteran dan alhamdulillah, strategy kami ini menjadi dan berjaya menang game pertama dengan straight set. Bila dah menang game pertama, maka game seterusnya menjadi penentu johan! Saya bermain untuk game seterusnya dan turun sebagai single. Alhamdulillah juga, lawan saya tidak setangkas lawan sewaktu di semi-final, yang berjaya membuatkan nafas saya mencungap juga sekejap. Lawan di final ini lebih relaks, agak tenang bermain dengannya dan tidak mengundang cungapan yang kuat hehehehe. Dengan straight set dan mata di bawah 10, pasukan kami telah berjaya menjadi JOHAN untuk julung-julung kalinya! Tak pernah lagi tercatat dalam mana-mana sejarah, pasukan Canseleri wanita menang acara badminton untuk inter jabatan. Semuanya berkat semangan kental dan juang yang diberikan oleh semua pemain. Muda atau veteran, yang penting sukan berjaya mengeratkan silaturrahim antara kami semua lebih-lebih lagi saya yang merupakan orang baru di UTM ini. Dan secara tidak langsung juga, saya telah berjaya menempah tiket untuk ke Sukan Staf Universiti SeMalaysia (Inter-varsity) pada bulan Jun ini di USM, Penang untuk terpilih menjadi pemain U-Team apabila nama saya turut disenaraikan pada malam itu. YES!!!

Gambar-gambar akan saya cuba uploadkan nanti (sedang menunggu daripada pengurus pasukan). MAJULAH BADMINTON UNTUK SAYA! MAKAN BADMINTON, TIDUR BADMINTON, MANDI BADMINTON, SEGALA-GALANYA BADMINTON!!

Tuesday, March 9, 2010

DIAM

Kenapa perlu kita diam? Perlukah setiap persoalan diadakan jawapan? Sedangkan kita sudah sedia maklum bahawa tiap lontaran jawapan kepada persoalan itu sudah pasti akan berakhir dengan percanggahan. Even di dalam keluarga sendiri pun, sering saya lihat percanggahan-percanggahan yang berlaku akibat daripada jawapan yang diberikan yang mungkin tidak menepati jawapan yang dikehendaki oleh si pemberi soalan. Soalannya, jika setiap jawapan harus dicanggah sehingga menimbulkan pertengkaran, walaupun kecil, masih berbaloikah pertengkaran itu?

Saya sering kali keliru. Secara dasarnya, diri saya ni dilihat sebagai seorang yang tidak gemar untuk berbalah. Pada zaman kecil, saya ni lebih dilihat sebagai seorang yang pendiam, berat mulut, tak banyak cakap. Bila da masuk ke sekolah menengah pun masih begitu hingga pernah satu kali sewaktu mak datang ambil report card, guru kelas mengadu dengan mak bahawa saya ni berat mulut. Ditanya pun tak nak jawab. Hinggalah saya melangkah masuk ke dunia yang lebih mencabar iaitu sewaktu di UiTM. Semuanya mula berubah. Demi senior-senior yang zalim, saya berubah menjadi agresif dan lebih banyak bercakap. Hinggalah ke hari ini.

Namun, dalam kehidupan harian, tabiat diam ini masih lagi saya praktikkan lebih-lebih lagi demi mengelakkan sebuah pertengkaran. Saya tak gemar nak bertengkar. Bila emak da mula meninggi suara, saya akan memilih untuk diam dan akhirnya perlaha-lahan berlalu meninggalkan bebelan emak. Kurang ajar? Mungkin tapi itu adalah lebih baik daripada saya berbalas-balas jawab dengan emak saya hingga akhirnya mengakibatkan dia berkecil hati dengan saya. Itu kesudahannya. Berbaloikah tindakan saya sekiranya itu yang berlaku? Tidak!! Begitu jugalah keadaannya dengan orang lain. Benda yang sama turut saya praktikkan namun ada pula yang mengatakan perbuatan diam saya itu lebih menjurus kepada cubaan untuk saya mengendahkan ataupun melupakan seseorang/sesuatu. Itu definisi diam saya kepada mereka namun adilkah bagi saya sekiranya itu yang mereka tafsirkan? Tidak adil!! Saya kenal diri saya. Saya sedar dengan setiap tindakan saya. Dan itu bukanlah jawapan yang tepat untuk menggambarkan diam saya. Tidak! Tapi kalau itulah yang anda mahukan, terserahlah. Saya hanya seorang manusia yang tak berdaya untuk melakukan sesuatu mengikut apa yang orang lain mahukan. Untuk itu juga, saya akan tetap memilih untuk DIAM.

YAYY!!!!

Semalam saya meneruskan perjuangan dalam sesi perlawanan badminton antara jabatan di UTM. Saya bermain single semalam. Sebelum game bermula, syndrom nervous dah mula menguasai diri. Mungkin sebab dah terbiasa dengan ketakutan sebelum perlawanan bermula agaknya. Apapun, team saya, Canseleri, semalam menang 3-0 mengalahkan pemain daripada Perpustakaan Sultanah Zanariah. Saya pula menang straight set ke atas pemain single mereka. Tahniah guys!!!

Malam ini pula, perlawanan semi final tak taulah kami akan bertemu dengan siapa. Dengar cerita dengan Fakulti pula. Kalau berjaya dalam semi final ini, kami akan terus masuk Final. Menurut cerita pengurus pasukan Canseleri, inilah kali pertama Canseleri berjaya melangkah masuk ke peringkat semi final sebab sebelum ni, perlawanan pertama pun dah jadi lauk orang kawin!!! Hahaha...So, malam ni, menurut pengurus, mereka akan turun untuk memberikan sokongan padu. Aiyooooo!!!! Saya ni bila orang da bersorak ramai-ramai kat tepi gelanggang, rasa nervous tu lagi la berlipat ganda. Bagus lagi kalau tak de yang menyokong. Huhuhu...

Apapun, kami akan cuba untuk memberikan saingan kepada pihak lawan. Bukan nak menang sangat tapi sekadar memberikan perlawanan sengit sedikit. Dan ternyata semalam, nama saya sudah diambil oleh seseorang, katanya untuk mewakili UTM pula di dalam Sukan Universiti SeMalaysia yang akan berlangsung bulan Jun ini di USM, Penang. Entahlah. Kalau benar terpilih, pergi (kalau tak de aral). Kalau tidak pun, tak ada masalah. Anyway, sahabat-sahabat saya, doakan la kejayaan pasukan saya malam ini!

"Awak rasa saya ada peluang tak nak masuk final?"
"Ini kan benda yang awak suka buat, mestilah boleh. Pergilah terkinja-kinjakan diri awak tu. Macam tak reti penat!"

"Hehehe...dah saya minat, nak buat camne. Saya taulah awak tak suka."

"Benda yang awak minat pe, bukan hak saya pun nak menghalang."


Dialog ini berlegar-legar di dalam kepala. Dialog yang pasti saya akan ucapkan pada seseorang saban hari, kini hanya layak dipanggil dialog sepi. Entah dia masih mahu mendengar celoteh saya ni, entahkan tidak. Apapun saya tahu dia di luar sana pasti membaca tulisan saya ini. Saya menang!!!!

Monday, March 8, 2010

I WILL NEVER LET YOU GO - PART I


Sambil-sambil melayan lagu, tetiba lagu ni berkumandang. Terus teringat nak post lirik ni kat blog sebab lagu ni mengembalikan ingatan pada seseorang. Lirik lagu ni sangat menyentuh pada beberapa artikel yang pernah saya post di blog saya ni. Tentang sahabat, tentang sayang, tentang pengkhianatan, tentang manusia, tentang hari ini, tentang esok, tentang masa depan, tentang kehidupan, tentang kemanisan dan kepahitan hidup, tentang segala-galanya! Semua perkara boleh diterjemahkan menerusi satu lagu ini yang mana liriknya jelas menerangkan maksud tersirat... Semoga 'mereka' berjaya menyelami apa yang saya cuba ingin sampaikan menerusi bait-bait lirik lagu ini...

Haruskah...
Aku terus merayu padamu
Haruskah...
Aku taburi janji beribu
Untuk menembusi
Tembok hati sanubarimu
Ataupun... aku hanya penanti

Mengapa
Dikau meragui keikhlasan
Setelah kuberi
Pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu
Pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu

Mungkin ku pentafsir
Yang gagal mencari
Pengertian cinta
Akhirnya melara

Kau insan misteri
Penuh rahsia cinta
Kulemas dalam arena
Meredah nestapa
Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta

Bisakah
Silap kata menjadi penanda
Dapatkah
Kecewa ku menjadi harapan
Marilah berganding
Mengharungi badai asmara
Dunia dikecapi penuh bahagia


SAYANG... TAPI TIDAK ADIL?

Seseorang pernah berkata kepada saya, 'apabila terlalu menyayangi seseorang, janganlah sehingga berlaku tidak adil pada diri sendiri'. Lama ayat tersebut meresap ke dalam sanubari saya, dihayati, ditafsir dan sesekali dinilai akan kebenaran disebalik ayat tersebut. Tanpa sedar, tiba-tiba rasa hiba datang menerjah jiwa sehingga berjaya menakungkan air jernih pada kelopak mata. Entahlah kenapa, tetapi mungkin saya meneydari akan kelemahan diri sendiri, cuba untuk menjadi yang terbaik sedang hakikatnya Allah tidak mengizinkannya.

Yang benar-benar mengundang sebak di hati saya ialah kerana selama ini saya lebih banyak berusaha untuk menggembirakan insan-insan disekeliling saya, insan-insan yang saya sayangi, sehingga terlupakan akan kepentingan diri sendiri. Seringkali saya mengenepikan kehendak hati sendiri demi untuk memenuhi permintaan orang lain selagi ia tidak dilakukan dalam terpaksa. Saya sedar berlakunya perkara ini namun saya membenarkan ia terjadi kerana saya mahukan mereka yang kasihi gembira. Sehingga semalam, barulah saya sedar bahawa apa yang saya lakukan ini sebenarnya belum mencukupi. Tidak semua mereka yang dapat melihat apa yang saya lakukan selama ini dan seterusnya tidak dapat merasai erti kasih sayang yang cuba saya curahkan bersama-sama tindakan yang saya lakukan. Saya akui, saya cukup lemah untuk meluahkan apa yang tersimpan di hati. Menuturkannya demi untuk memperdengarkan kepada orang lain, itu bukan cara saya. Saya lebih suka melakukan sesuatu perkara tanpa perlu saya beritahu kepada mereka, dan membiarkan mereka merasa sendiri tiap perbuatan saya, merasakan kasih sayang yang cuba saya sampaikan kepada mereka. Melalui cara ini saya rasa lebih tulus penghayatan seseorang terhadap erti sayang yang saya cuba sampaikan.

Tapi saya perlu akui bahawa tidak semua orang dapat mentafsir apa yang saya cuba sampaikan kepada mereka selama ini sebagaimana yang saya ingini. Seringkali tafsiran mereka terpesong jauh daripada apa yang ada dalam hati saya. Apabila ini berlaku, rasa kecewa datang bertimpa-timpa ke dalam jiwa. Namun, mungkin juga ini adalah balasan kepada kekecewaan yang saya berikan kepada mereka juga kerana tidak berupaya untuk menjadi sempurna kepada mereka. Pembalasan demi pembalasan sudah saya terima, namun mengapa saya masih merasakan kesakitannya sehingga kini? Walaupun saya menyumbang kepada ketidakadilan kepada diri sendiri, apa yang saya mahu hanyalah kegembiraan dalam diri. Yang penting, saya tidak akan sesekali berlaku tidak adil kepada insan yang saya sayangi. Saya cuma ingin mereka yang saya sayangi di luar sana tahu bahawa dalam apa keadaan sekalipun, marah, kecewa, sedih dan sebagainya, saya akan selalu menyayangi diri anda...

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan.. dengarkan aku

Thursday, March 4, 2010

KEKAGUMAN PADA DIRI SENDIRI

Hari ni saya buat rekod peribadi! Rekod yang tak pernah saya buat sebelum-sebelum ni sebab perkara ni tak mampu saya lakukan kecuali pada bulan puasa. Tapi tak tau la, macam mana lak hari ni saya berjaya melakukannya!!! Nak kata dahsyat tu tak la sebenarnya, sebab tu la saya cakap ini rekod peribadi. Sebenarnya rekod yang saya buat tu ialah rekod tak makan apa-apa sejak dari pagi dan sekarang ni jam dah menunjukkan pukul 430 petang. Lagi 30 minit dah boleh balik rumah. Dan untuk itu rekod yang saya bakal buat ni ialah 'berpuasa' untuk 8 jam! Jangan pulak ada yang ingat saya memang berpuasa hari ini. Sedangkan sebenarnya tidak. Cuma saya terpaksa, bukan sebab saya nak, tapi keadaan yang memaksa, untuk saya mengosongkan perut selama 8 jam sebab tidak berkesempatan untuk menjamah makanan apapun dari pagi tadi sebab hambatan, bebanan dan komitmen kerja. Saya pun tak tau lah mana pergi rasa lapar yang dari pagi tadi da mula menyerang saya. Bila sibuk dengan kerja, saya abaikan rasa yang ada, tau-tau hilang dah rasa lapar tu. Ajaib gak sebenarnya. Bererti, kita ni sebenarnya mampu untuk alihkan perhatian kita daripada sesuatu rasa yang datang apabila kita fokus kepada sesuatu perkara yang lain. Ini hakikat sebab saya bukanlah seorang yang boleh berlapar sangat sebenarnya. Kalau dulu di tempat kerja lama, jam 830 pagi je da pergi makan. Maknanya, bila kita rasa sedih misalnya, cepat-cepat la kita cari or buat sesuatu benda supaya kita tak terlalu tumpu perhatian sangat pada perasaan sedih yang tengah melanda hati kita tu. Begitulah cara rupanya manusia ni menipu dirinya sendiri. Lari daripada sesuatu perasaan, dengan mewujudkan perasaan yang lain. Boleh ke saya cakap menipu? Memang betul pun menipu sebenarnya, sebab rasa tu sebenarnya masih lagi duduk dalam diri kita sehinggalah ia benar-benar hilang, beredar bersama waktu. Tapi, itulah kehebatan manusia! Bila tumpuan kita pada sesuatu perkara telah hilang, maka rasa yang awalnya tadi menerkam, akan datang semula dan kita akan dapat rasa semula. Seronok kan tipu diri sendiri????

Janganlah balik ni, rasa lain pula yang datang pada saya. Rasa sakit, sebab gastrik naik!!!! Ah..sudah........Oooo...lupa pula nak cakap...Malam ni jam 8 saya ada pertandingan badminton inter jabatan. Dengar cerita perempuan cuma ada 4 orang je. Jawabnya yang berempat ni mainlah gilir-gilir untuk setiap kategori. Layan je laaaaaa.....

Wednesday, March 3, 2010

MENCARI DAMAI DI HATI

Sebagaimana yang semua maklum, hari ini sesuatu telah berlaku dan telah mengundang rasa tension, bengang yang sangat-sangat kepada saya! Atas rasa yang tak bes itulah, saya cuba luahkan melalui artikel saya yang '...aaarrrggggghhhh' tu. Masa tu tengah tension sangat, kena releasekan cuma tak tau je pada siapa. Kalau dok tepi laut, da lama saya jeritkan pada laut. Huh! Akhirnya pada blog juga saya luahkan. Itupun tidak sepenuhnya melegakan hati dan perasaan saya sekarang ni. Macam-macam rasa yang wujud ketika ni sedangkan semalam dan pagi ini (sebelum kebengangan ini melanda) saya rasa mood saya masih tetap pada mod happy dan ceria je. Huh, cepat tul perasaan tu direnggut dari saya. Kalau ketika ni saya cuba nak cari damai di hati, sudah pasti la tak kan berjumpa. Dan bila kedamaian itu tiada, dapat saya rasakan hidup akan jadi serba tak kena. Samalah macam sekarang. Elok-elok saya rancang nak makan awal pagi tadi memandangkan saya da kelaparan, bila datang je rasa tak bes ni, terus hilang rasa dan selera nak makan tu. Perut tiba-tiba jadi kenyang. Penangan betul!

Di sini lah letak pentingnya ketenangan sebenarnya. Bila jiwa tenang, semua benda dapat dilakukan dengan lancar. Jika tidak, beginilah keadaannya. Nak cari di mana ketenangan tu bila kita memerlukannya? Bukan boleh dibeli di pasar raya. Atau boleh di download dari internet. Atau dikutip ditepi jalan. Tidak! Semuanya tidak mungkin dapat diperolehi daripada sumber-sumber yang saya nyatakan di atas. Pokok pangkalnya hati kita sebenarnya. Hati kitalah sebenarnya yang dapat memberikan ketenangan tersebut kepada kita. Sebab hati kita lebih memahami diri kita.

Saya nakkan ketenangan tu di saat ini, tapi bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkannya?????

ARRRGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH1 Hari yang sangat-sangat memberi tekanan kini hadir kembali!!!! Kenapalah engkau kena datang? Lain kali duduklah kat 'dalam' sana tu diam-diam! Aku tak suka engkau datang! Tau tak!!! Bila engkau datang je terasa hidup aku jadi very miserable. Daripada tadi perut aku lapar berbunyi sebab dari pagi lagi belum disogokkan dengan apa-apa makanan, terus tak rasa apa-apa! Aku nak makan pun dah tak selera sekarang tau! Body system aku dah terus down sekarang ni, semuanya gara-gara engkau!!!! Aku harap engkau cepat-cepat berambus!!