;

Friday, February 26, 2010


GERAM!!!

Susah sangat ke hah nak fahamkan seseorang akan sesuatu? Napelah susah sangat nak faham ni?? Camne lagi cara nak bagi faham ni? Lain yang kita cakap, lain lak yang difahamkan. Last-last... gaduh!!! Huh...kenapalah selalu jadi camni. Pening tau tak, pening!! Saya dah tak tau la nak cakap apa lagi... Apapun, kalau anda membaca blog saya ni, saya nak cakap, saya minta maaf. Itu je...

Thursday, February 25, 2010

KETAKUTAN MANUSIA YANG TERBESAR...

Beberapa hari yang lepas, seorang teman bertanya kepada saya tentang ketakutan, lalu saya memberikan jawapan sebagaimana lazimnya jawapan yang akan diberikan oleh orang lain juga, sudah tentulah saya juga berhadapan dengan ketakutan saya sendiri. Pelik rasanya kalau seseorang tu tak langsung rasa takut. Kalau benarpun orang sebegitu wujud dalam komuniti kita, rasanya orang tu mesti tak normal hahahaha....tah-tah orang tu makhluk asing yang datang daripada planet marikh! Hehe inilah akibatnya bila suka baca buku tentang paranormal activities, tentang alien invasion! Hehe..Bersambung dengan soal ketakutan tadi, saya percaya semua orang mempunyai rasa takut akan sesuatu, terhadap sesuatu. Mungkin bagi sesetengah individu, kenangan lalu menyumbang kepada fenomena takut terhadap sesuatu, hinggakan memikirkan perkara itu sahaja pun boleh mengundang debaran kencang dalam dada. Perkara ini biasa. Isu takut sememangnya sesuatu yang agak general sebenarnya, namun tetap memberikan impak pada kehidupan seseorang.

Bagi saya sendiri, ada banyak perkara yang saya takutkan. Perkara-perkara yang saya takutkan ini sebolehnya saya akan rahsiakan daripada pengetahuan sesiapa. Namun, antaranya termasuklah kehilangan orang yang kita sayangi. Saya rasa perkara inilah yang merupakan ketakutan terbesar manusia terhadap sesuatu! Konteks orang yang disayangi itu terlalulah umum sebenarnya. Mereka boleh terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai, saudara mara, kekasih, sahabat dan sebagainya. Tapi, suka ataupun tidak, kita harus juga berhadapan dengan perkara ini suatu masa nanti. Tiada sesiapa yang akan kekal selama-lamanya di atas muka bumi ini. Satu ketika, kita akan pergi juga mengadap Maha Pencipta. Bagi tujuan itu, perpisahan itu sememangnya telah Allah janjikan kepada umatNya sebagaimana juga sebuah pertemuan. Pertemuan itu tidak akan terjadi sekiranya tanpa kehendakNya. Oleh itu, masih perlukah kita berasa takut untuk menghadapi semua ini? Terus-terang saya katakan, bagi saya sendiri, saya masih belum mampu untuk berhadapan dengan situasi kehilangan insan yang saya sayangi dalam hidup saya. Atas kesedaran akan kelemahan saya inilah maka saya sering berdoa semoga biarlah saya sahaja yang dijemput dahulu sebelum mereka-mereka yang saya sayangi. Namun apakan daya, semua ini diluar kemampuan saya. Tapi saya dapat bayangkan betapa gembiranya saya sekiranya mata ini terpejam dalam keadaan dapat merenung buat kali terakhir wajah-wajah insan yang saya sayangi disekeliling saya. Mungkin kesedihan menyelubungi diri mereka pada ketika itu, namun kebahagiaan tetap menjadi milik saya kerana kesedihan itu tidak saya rasakan saat saya berada di tempat mereka, menatap insan yang saya sayangi perlahan-lahan menutup mata meninggalkan dunia ini, meninggalkan diri saya buat selama-lamanya. Sebagaimana lagu ini...."Inilah saat terakhirku melihat kamu, jatuh airmata ku menangis pilu, hanya mampu ucapkan, selamat jalan kasih..."


Monday, February 22, 2010

AKHIRNYA!!! Hari ni barulah dapat access semula ke blog ku ini!!!! Huhuhuh...Rupa-rupanya saya sendiri dapat detect masalah yang berbangkit. Ada virus rupanya!! Huh! Setelah diexplore dan rujuk pada problem solutions, barulah sedar yang laptop ku ini diserang virus hingga mengganggu nak sign in ke blog. Bila dah clean semua virus, barulah bleh ni. Nasib baik gak pakai KASPERSKY Internet Security. Tapi entah berjaya ke tidak buang virus tu pun tak tau lah. Leceh tul bila laptop da mula kena virus ni. Nyampah pun ye gak.

Ri ni ada bengkel. Jap lagi ada mesyuarat lak, kena la cabut sat gi mesyuarat dulu. Mata lak ngantuk je ni bila da kenyang. Mulalah nak zzzzz.....

Thursday, February 18, 2010

MC!!

Hari ni demam, tak keje...huhuh... Bila gi klinik tadi, doktor tu tanya macam-macam lak. Dia cakap "..sakit apa? Muka awak pucat." Saya jawab, "..saya memang macam ni doktor, pucat selalu, walaupun time tak sakit." Pastu doktor tanya lagi, "Awak ada sakit ke?" Saya balas, "Ada doktor, saya ni low blood." Dia tanya lagi, "Hemoglobin low ke? Saya pun kurang darah gak." Terus saya jawab, "Hah..saya pun kurang darah la doktor, low b.p, tak caye doktor amik b.p saya, tengok sendiri." Lepas ambil BP, ingatkan sesi soal jawab da berakhir tapi rupanya doktor tanya lagi, "Awak mengandung ke? Ke awak tak check lagi?" Saya diam, terkejut sebenarnya. "Tak de la doktor," saya jawab. "Ke awak tak kahwin lagi?" And saya jawab, "Saya da kawin dan saya baru je lepas period doktor." Hah!! Itulah yang buat saya terkejut! Doktor ni tanya kita da kahwin ke belum pun tidak tiba-tiba je gi tanya mengandung ke, apa punya doktor la!!! Kalau yang dia tanya tu anak dara, tak ke terguzat jap budak tu depan muka dia! Daripada muka dia, nampak nau doktor ni muda lagi, baru lulus medic gamaknya. Saya masuk-masuk je bilik dia dan duduk first question yang dia tanya saya ialah umur saya berapa. Saya cakap 33 dan dia diam. Agaknya saya ni nampak muda agaknya kat mata dia hahahhaa. Doktor..doktor...lum pernah lagi saya jumpa doktor yang macam awak ni. Lain kali, nak tanya soklan tu tanya la bermula daripada prinsipal dulu, barulah leh menyusur kepada soklan-soklan yang lain. Ni tak, pakai terjah je tanya. Atau mungkin sebab dia da tau umur saya 33, maka dia ingat saya memang da kawin kot. Tapi, tak logik gak, sebab ada gak kawan-kawan sebaya saya yang masih lum kahwin lagi. Moral of the story, kalau nak bertanya soklan-soklan especially yang bombastik tu, jangan pakai serkap jarang je! Mungkin sesuatu perkara tu pada kita macam kebiasaan tapi sebenarnya kebiasaan tu tidaklah diaplikasikan pada semua keadaan. Samalah macam situasi saya kena tadi, tak semestinya umur 30-an tu orang da semestinya berkahwin. Ada gak yang masih lum bertemu jodoh pe. The best thing to do is to ask people nicely, properly and without prejudice. Itu lah yang patut kita serapkan dalam diri kita ni selagi kita ni bergelar manusia. Peace no war!!! Adios amigos!!

Wednesday, February 17, 2010

MENYAMPAH

Itulah ayat yang wajar keluar daripada mulut saya bagi menggambarkan kemarahan pada sesuatu! Bukan pada seseorang tapi sesuatu, mana tidaknya, daripada 5 hari lepas saya cuba nak masuk ke blog menerusi laptop saya tapi tak berjaya, tak tau apa masalahnya. Tapi bila ari ni saya cuba guna PC kat ofis ni bleh plak. Pehal? Ceh! Mendatangkan kemarahan sungguh!!! Tu mesti nak bitau yang ada problem dengan setting laptop la tu... Eiii...geramnya!!!! Bukannya ada wat apa-apa dengan laptop tu, tiba-tiba dia wat hal ngada lak. Ces!!! Benar-benar menguji kesabaran tul..



Thursday, February 11, 2010

Melayan hati...

Meneka Dalam Kesamaran

Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta

Ku menyingkir tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguan mu
Kian berpanjangan tanpa pedoman

Keteguhan cinta ku pada mu
Membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan
Yang cuba aku timbulkan
Pada mu itu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran
Di dalam sinar pengharapan

Puas sudah mencari silap ku
Puas sudah meneka hati mu
Tiada ku temui
Jawapan mu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri
Hati sayu mengenangkan,
Saat kau melabuhkan layar lalu pergi,
TANPA MENOLEH LAGI.....

Jiwa kosong sepi,
Dalam meniti hari,
Bahagia yang ku idamkan,
Tidak seperti yang kau gambarkan,
Namun segalanya tetap ku telan,
Demi kasih, demi sayang...
Iringan doa disetiap langkah,
Melupakan dirimu takkan sesekali menyinggah,
Dalam ruang hati yang terindah.....


Wednesday, February 10, 2010

Tuhan...Seandainya pada sesuatu keadaan,
Hanya kesedihan yang bakal mendampingiku dalam menghadapi keadaan tersebut,
dan memerlukan aku untuk membuat pilihan...
Aku pinta padamu,
Kau datangkanlah kepadaku aral yang hanya Kau mampu berikan,
Agar dalam menghadapi keadaan tersebut,
Kesedihan yang ada di dalam diri,
tidak aku pancarkan untuk dilihat insan lain...
terutama mereka yang aku sayang.....

Tuesday, February 9, 2010

Kadang-kala...dalam gembira, datangnya sedih,
Dalam sedih, datang pula ketawa.
Membahagiakan bila diberikan bahagia,
Namun dalam bahagia ada pula jiwa yang merana.
Bila merana, tiada lagi rasa bahagia,
Bila kecewa, semua suka menjadi duka.

Paling tidak, kenangkanlah sedikit bahagia yang pernah tercipta, daripada terus melontarnya jauh daripada hati, walaupun kini...hanya kecewa yang kau isi.... betapa satu ketika dahulu ada insan yang amat menyanjung dan mengasihimu...


Monday, February 8, 2010

TENTANG REALITI, TENTANG SESUATU, TENTANG DIA, TENTANG AKU, TENTANG KITA....


Kenapa agaknya realiti sering tak seindah mimpi? Bila bermimpi tu, rasa macam tak nak terjaga daripada lena. Rasa macam nak tidur terus supaya mimpi yang indah akan kekal menjadi milik kita. Hahaha..itulah kita. Tiap apa yang menarik, yang best, senang je mendapat tempat dalam hati. Sedangkan bila sebaliknya pula yang berlaku, kita menangis, meratap menyalahkan takdir itu dan ini. Manusia...Dan saya terpanggil untuk menulis tentang perkara ini berdasarkan kepada pengalaman sendiri serta melihat kepada peristiwa yang pernah berlaku sama ada dalam diri saya mahupun insan-insan disekeliling saya.

Itulah yang harus kita terima sebenarnya, TENTANG REALITI... Apa yang berlaku dalam kehidupan kita hari ini sebenarnya tidaklah seindah yang diimpikan. Masa saya masih menuntut UiTM Segamat, ramai kawan-kawan saya yang bercinta. Ada yang orang kata memang percintaan yang hangat! Macam tak boleh lagi nak dipisahkan. Kemana-mana pasti bersama hinggakan hati kawan-kawan yang lain terguris apabila teman mereka itu cuma melihat sahabat dia yang satu itu sahaja dalam hidup dia sedangkan hidupnya dikelilingi dengan sahabat yang lain. Tapi apa jadi kemudiannya? Bercinta bagai nak rak akhirnya terputus gak di tengah jalan. "I don't care who u are, where u're from, don't care what u did, as long as u love me.." Ini bait lirik lagu Backstreet Boys. Seseorang yang pernah saya kenali dihadiahkan oleh boyfriendnya dengan lagu ni dan si minah ni pun apa lagi, hari-hari dok nyanyi lagu ni. Almaklumlah, boyfriend yang bagi. Tiap kali lagu ni berkumandang di radio, telinga minah ni pasti melekat kat corong radio tu. Punyalah angau!!! Ingat lagi saya saat percutian sempena tahun akhir saya di Cherating bersama teman-teman sekampus. Si minah ni dan boyfriendnya turut serta gak. Mata ni sering memerhati gelagat dua pasang merpati yang bermain kejar-kejar di tepi pantai, tanpa menghiraukan teman-teman lain yang memerhati dengan sindiran, seolah-olah di sana mereka hanya berdua, tiada orang lain! Endingnya, hari Ahad minggu lepas, saya hadir ke majlis perkahwinan si boyfriend tu tadi yang pada undangannya jelas tertera nama isterinya bukanlah nama si minah angau ni tadi, sebaliknya orang lain. What a life.... Kerja tuhan, tiada siapa yang dapat menduga....Saya ketawa sendirian....

Begitulah seharusnya kita menerima apa jua yang telah Allah janjikan untuk kita dengan penuh kesyukuran walaupun perit itu selalu hadir sama bersama ujian. Tiap ujian, tiap keadaan yang berlaku itu sebenarnya menerangkan kepada kita TENTANG SESUATU. Sesuatu yang perlu kita selam dalam-dalam, cari dan berhadapan dengannya. Jangan sesekali cuba lari daripada sesuatu itu sebab sampai bilapun kita tidak akan bertemu dengan jalan penyelesaiannya. "...jujur adalah lebih baik daripada awak terus berbohong...kenapalah susah sangat awak nak beritahu...tak perlu lagi awak fikir apa kesannya sebab semua tu dah tak penting untuk awak..saya cuma mahukan kejujuran dari awak.." Susah sangat ke nak berlaku jujur pada diri sendiri dan pada insan-insan disekeliling kita? Terluak ke harga diri apabila kita bertindak berlaku jujur dengan mereka? Persoalan ni ada rumitnya sikit. Nak berlaku adil or jujur ni sebenarnya tak lah susah tapi kena lihat gak apa situasinya. Saya tak suka dengan sikap orang yang tak jujur. Kita boleh nampak sebenarnya sifat ni dari dalam diri seseorang. Antaranya, bila bercakap dengan kita tak berani pandang muka, mata meliar tengok benda lain. Ada plak spesis tu yang jenis bila kita ada depan dia tak heran pun dia nak mandang. Tapi bila kita dah tak disamping dia, hah, mulalah mata tu mandang atas bawah pada kita. Tak lupa gak mengerling tajam pakai ekor mata! Huh..orang spesis ni memang bangsa umat yang tak de kejujuran dalam hati dia. Saya ada kenal spesis sebegini satu ketika dan boleh saya katakan sepanjang saya mengenali peribadi dia, memang ramai yang tak sukakan dia dan sikap dia dan dari segi kerja pulak, memang tak de kejujuran. Ada gak la dengar kes-kes yang dia buat dalam kerja. Pandai gali tapi tak pandai nak menimbus, mesti ada je kesan bukti yang dia tinggalkan. Macam mana tak kantoi! Hahaha... Kadang-kadang kita terpaksa untuk menipu demi menjaga keharmonian sesebuah hubungan yang kita bina. Kita selalu dengar orang cerita, ini cerita suami isteri, walaupun sebenarnya masakan kita tak sedap, tapi bila di tanya pada suami, dia akan cakap kita masak sedap. Tu apa? Tak jujur tapi bukan dengan niat untuk menyakiti. Untuk menjaga keharmonian sebenarnya. Dan manusia pun memang tak dapat lari daripada situasi ni. Cuma, orang takkan pernah nak terima alasan yang kita bagi tu sebab pada mereka kita tetap menipu mereka. "...bagi saya cukuplah apa yang kita lalui selama ni...kalau kita jumpa pun nanti hanyalah untuk melihat awak bahagia.." Perkara sebeginilah yang paling ditakuti berlaku dalam sesebuah perhubungan. Ditinggalkan! Kadang-kala kejujuran itu mampu untuk membawa kepada kemusnahan. Inilah 'sesuatu' yang paling ditakuti oleh setiap manusia dan untuk itu mereka memilih untuk tidak berlaku jujur demi untuk memastikan apa yang telah terbina antara dua jiwa akan sentiasa menjadi milik mereka. Sukarkah untuk kita memahami perkara ini? Dan sesudah kejujuran itu mereka perolehi, masihkah perkara yang ditakuti itu akan terjadi?

TENTANG DIA... Saya suka menonton filem ni. Berkali-kali tonton pun masih tak jemu. Cerita yang mudah difahami, ringkas, pelakon yang hebat. Cerita tentang jiwa yang dikecewakan, peristiwa yang mengecewakan, sebuah harapan demi masa depan dan yang paling penting sekali sebuah impian untuk mengecapi kebahagiaan dengan meninggalkan masa lampau di belakang. Itulah tema yang cuba diangkat. Cerita yang bukan sepenuhnya cinta namun penuh pengertian tentang seseorang, diri sendiri dan sebuah hubungan. Dalam kehidupan kita, semua ini saling berkait. Kehadiran DIA dalam hidup kita memang amat dinanti-nantikan. Dia yang diharap dapat memberikan kebahagiaan seperti yang kita inginkan. Dia yang mampu menjadi teman bicara, teman berduka, dan teman buat jiwa yang sepi namun meronta untuk diisi. Dia yang datang bersama sinar gembira buat seseorang, menyuluh jalan gelita dan membawa bersama sebuah pengharapan dan impian. Dialah yang kita tunggu-tunggu selama ini. Adakah dia akan hadir juga dalam hidup kita satu masa nanti? Pada saat dia hadir nanti, seluruh kehidupan kita akan berubah. Dia akan mewarnakan hidup kita dengan pelbagai warna. Mungkinkah kisah kita akan berakhir sebagaimana dalam filem TENTANG DIA? Bagi diri saya, cukuplah dengan apa yang telah didatangkan kepada saya. Saya tidak mahu meminta terlalu banyak kerana bimbang apa yang diinginkan tidak dapat saya gapai. Sementara pengalaman lalu telah banyak mendewasakan saya bahawa dalam kehidupan kita ini, tidak semua yang kita inginkan akan datang bergolek kepada kita. Ada kala yang datang hanyalah kehampaan dan kekecewaan dan itulah yang berterusan mengajar kita supaya tabah mengharungi kehidupan. Kini, apa yang saya inginkan hanyalah satu dan ia akan selamanya bersemadi dalam lubuk hati saya yang paling dalam, tanpa perlu saya luahkan kepada siapa-siapa. Tempatnya hanya di situ, kekal! Dengan keberadaannya di situ, hati saya akan selalu rasa hidup ini pernah diisi dengan kebahagiaan dan kegembiraan. Untuk itu...TERIMA KASIH...




Thursday, February 4, 2010

LALU SOALKU KEPADA HATI...


"Semalam aku dapat rasakan perasaan aku lain sangat,"
"Apa yang lain,"
"Perut aku terasa senak, dadaku sesak, jiwaku seakan meruntun di dalam. Hati menjadi sayu."
"Engkau sakit? Apa yang kau fikirkan sebenarnya ketika itu?"
"Aku tak rasa aku sakit dan ianya juga bukan tentang apa yang aku fikir, sebaliknya persoalan apa yang sedang berlegar dalam kepalaku ketika itu."
"Kau tahu apa persoalannya?"
"Mungkin ada sesuatu perkara yang telah menangkap perhatianku namun aku tak sedar begitu sekali penangan yang diberikan ke atas jiwaku. Ia mengingatkan aku kepada dosa-dosa lampauku terhadap seseorang. Tiba-tiba aku rasa diriku berdosa ke atas kehidupan insan-insan yang pernah hadir dalam hidupku suatu ketika dahulu. Mungkinkah tuhan sedang menurunkan balasannya kepada aku?"
"Ah! Jangan sesekali kau berfikiran begitu. Hukuman tuhan pasti akan tiba buat insan manusia khilaf seperti kita. Padaku itu sebenarnya satu petanda seolah-olah kesedaran buat engkau. Engkau bertuah kerana diberikan kesedaran sebegitu pada waktu sekarang, di mana engkau masih boleh bertaubat dan meminta ampun terhadap mereka yang pernah engkau sakiti."
"Ya, aku juga sedar dan tahu apa yang harus aku lakukan, mengapa semua ini berlaku ke atas ku. Tapi, bagaimanakah caranya untuk aku menyembuhkan rasa yang sedang ku alami ketika ini? Rasa ini seakan-akan menghimpit diriku, hinggakan aku sukar menghela nafas. Tolonglah, bantulah diriku!"
"Aku hanya mampu untuk membimbingmu. Namun, usaha seterusnya harus engkau yang mulakan. Carilah jawapan kepada persoalanmu. Dari situ kau akan dapat menyusur setiap alur kemelut yang sedang membelenggu dirimu dan dipenghujung alur itu nanti, kau akan dipertemukan dengan sebuah daratan luas dan saat dirimu tiba di situ nanti ketahuilah bahawa segala persoalanmu sudahpun terungkai sebenarnya dan kau akan ketemukan jawapannya. Yakinlah pada dirimu."

Sebagai manusia, kadang-kadang kita terlupa kepada hati. Ada ketika pula, kita membiarkan hati menguasai diri. Perbualan di atas merupakan sebuah perbualan yang berlangsung antara jasad dan hati.Jasad dapat merasakan dirinya dalam kesakitan, sedangkan puncanya tidak pula diketahui. Lalu jasad bertanyakan perkara ini kepada hati dan masih juga tidak menemukan jawapan. Sebenarnya, apabila insan berada dalam situasi sebegini, kaedah apa yang akan digunakan? Jawapannya ialah AKAL. Apapun yang kita buat, kita tidak boleh membelakangkan akal sebenarnya. Jarang sekali kita bertindak membuat keputusan dengan membelakangkan hati. Kadang-kala kita membiarkan sahaja hati merajai semua tindakan yang kita buat, sedangkan akal tidak langsung dilibatkan bersama.

Apa yang saya cuba perkatakan ialah setiap manusia dianugerahi Allah dengan sekeping hati yang kudus, yang akan diwarnakan oleh si empunya hati itu sendiri menerusi perwatakan, tingkah laku, sifat dan sebagainya. Sebab itulah kita lihat setiap manusia atas dunia ni tak sama antara satu sama lain. Sering kita persoalkan kenapa ada hati yang begitu suci dan bersih terhadap manusia lain dan tidak ketinggalan pula menyebut tentang hati yang busuk, hitam, legam dan kahudu terhadap manusia lain. Ini semua kejadian yang Allah sengaja ciptakan. Supaya kita boleh menilai dengan sendirinya sejauh mana akal seseorang itu memainkan peranan dalam kehidupan individu terbabit. Apabila hati yang dilebihkan, maka hilanglah fungsi akal dan apabila ini terjadi lama-kelamaan tidak akan berfungsi lagi akal itu dalam diri seseorang. Yang penting, setiap perbuatan harus mengambil soal hati dan akal. Kedua-duanya saling berkait. Tidak boleh dilupakan sama sekali.

Bagi diri saya sendiri, seboleh-bolehnya setiap tindakan saya akan berlandaskan hati dan akal. Namun, harus saya akui kadang-kala perkara sebaliknya yang terjadi. Sebagai seorang manusia, kita memang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Oleh itu, pada kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat, teman, saudara-mara dan semua yang mengenali diri saya, seandainya berlaku ketika di mana hati menguasai tindakan dan keputusan yang saya ambil, saya minta maaf. Ini tidaklah disengajakan. Sekadar tergelincir sedikit daripada landasan kewarasan. Sekadar ingin berkongsi rasa..........Wallahualam..........





Tuesday, February 2, 2010

Diam tak diam, rupa-rupanya da 3 tahun blog saya ni beroperasi! Hehe..tak sedar begitu pantas masa berlalu. Rasa macam baru je minggu lepas saya belajar buat blog ni. Huh..cepat tul masa berlalu skang ni. Camne bleh tak sedar ek... Banyak gak benda sebenarnya dok mengelabui bukan setakat pandangan mata tapi ingatan pun juga hinggakan leh terlupa banyak perkara. Rasa macam baru semalam je berhenti dari YWJ and kerja kat UTM ni. Padahal yang sebenarnya, da sebulan pun saya kat UTM ni ha sebenarnya!! Kenapa agaknya jadi gitu? Mungkin gak sebab saya tak pernah terputus hubungan dengan teman-teman di YWJ, dan sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa YWJ. Mana yang boleh saya bantu saya masih akan hulurkan bantuan apabila diperlukan. Rindu jangan cakaplah dengan teman-teman di YWJ, apatah lagi dengan community network yang da memang terjalin selama ni. Buat saya asik terkenang-kenang (macam lagu keroncong tu hehee) selalu. Selalu bila awal bulan ni, kalau di YWJ saya agak relax sikit, tunggu kelulusan bajet dan tentukan program apa yang akan saya laksanakan tahun ni. Berbeza dengan di UTM ni, awal-awal tahun ni jee da busy dengan bengkel lah, mesyuarat lah, macam-macam. IPTA ni memang sentiasa hidup sepanjang tahun agaknya. Macam-macam perancangan yang kena buat. Aktiviti jangan cerita lah, setiap fakulti dan jabatan yang wujud kat UTM ni, semuanya aktif merangka program masing-masing.

Ada beberapa personaliti yang saya temui di sini (tak boleh saya beritahu siapa) yang mempunyai karakter dan perwatakan yang sangat menarik dan tak kurang pula yang seballiknya. Lumrah dunia. Ada antara mereka mempunyai karisma seorang pemimpin, dapat melahirkan idea dan pendapat yang sangat bernas, serius sewaktu bekerja namun masih penuh dengan kesantunan terutama sekali dengan staf dan banyak lagi. Apapun, so far saya kerja saya ini memang menarik walaupun datangnya bersama pakej tekanan. (Mana ada kerja yang tak ada tekanan, ye tak?)

Ok..saya kena stop dulu. Sambung buat keje. Selamat hari Khamis!!!!