;

Saturday, January 30, 2010

A SHOULDER TO CRY ON.. ANYBODY?




Sekarang ni sebenarnya saya sedang berbengkel di Kuala Lumpur. Mata ngantuk, otak penat tapi bila kat bilik leh wifi free, apa lagi, celik la semua yang tadi kuyu! Hehehe... Da lama sebenarnya nak upload pasal topik ni tapi kekangan masa mengatasi segala. Kalau kat ofis tu, rasanya memang da tak de masa sangat nak berFB ke, ngenet ke. Yang ada dan memang wajib kena wat ari-ari ialah tengok emel ofis coz kat situ ari-ari ada keje yang mendatang. Yang sebenarnya, saya just nak bitau dengan sahabat-sahabat saya, tak kira walau di mana pun anda berada, walaupun jasad saya berada jauh dari korang sume, tapi dalam hati korang selalu dekat. Anytime, anywhere, i will always be there for you and be a shoulder for you to cry on.

Life is full of lots of up and downs, And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take you down,
It's so hard to know the way you feel inside, When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you by your side,

And when you need a shoulder to cry on, When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone, You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on, I'll be there,
I'll be a friend to rely on, When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

All of the times when everything is wrong, And you're feeling like
There's no use going on, You can't give it up
I hope you work it out and carry on, Side by side,
With you till the end, I'll always be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done, our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on, everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone, you won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on, I'll be there
I'll be the one you rely on, when the whole world's gone
you won't be alone, cause I'll be there....



Wednesday, January 20, 2010

Hari ni merupakan hari terakhir saya di sini.... sebelum off me go to Kedah untuk berkursus!! Nanti bila da mula bengkel nanti, da tak de masa langsung untuk berblog or apapun. Masa sepenuhnya untuk kursus yang membuat kepala ini berasap! Seminggu ni saya rasa macam busy sangat-sangat, sampaikan rasa macam terkejar-kejar nak buat itu ini. Nak gi Kedah ni pun lum prepare apa-apa lagi. Modul yang sepatutnya dibaca pun lum sempat lagi nak baca. Huh... tak aman idup dibuatnya.

Hari ni harap-harap la relaks skit, coz saya nak setelkan segera assignment kursus. Hari ni gak nak forward final report tu every group members supaya dorang leh get ready membaca dan buat preparation.

Ok...tak leh tulis lama-lama. Banyak benda nak buat pagi-pagi ni. Adios amiogs!! See u guys again in 5 days.

Saturday, January 16, 2010

BERASAP!! Itulah yang dapat menggambarkan keadaan saya hari ini! Huh..dah huh lagi...dan huhuhuhu!!! Nak tau apa sebenarnya? K...U...R...S....U....S....!!!! Hah...tu la dia...Kena gi kursus!! Adoiii.... Memang berasap kursus ni tapi so far ok lah... Every point yang disebut memang bagus sebenarnya, very closely related with our my work, life and GOD! Cara beliau berfikir sememangnya amat luar biasa, maklum je lah kan, Profesor... tapi ngeri!! Ngeri bukan sebab apa tapi sebab beliau ni teramat lah strict! Mak aii... kalah Bos lama saya! Dalam kelas dia, kena fokus pandang muka dia sepanjang masa. Mata tak leh melilau ke melata tempat, alamat memang nak kena la jawabnya tu! Pastu lak, tak leh tunjuk muka ngantuk. Pastu bila dia soal kena cepat-cepat jawab, tak kira la siapapun yang jawab. Bila da jawab, dia akan counter semula jawapan kita tu lebih-lebih lagi kalau yang dijawab tu kurang betul. Paling tak tahan bila dia da mula menyoal pasal subjek management, iaitu subjek yang dipelajari sewaktu di universiti dahulu. Mampus!!! Mana la ingat sangat. Buku pun banyak da masuk kotak! Haiyaaa... Plak tu, dia da tau saya ni budak management, asik kena soal je manjang....adoyaiiiiii.... Pendek kata, muka saya ni dia memang da aim, memang takkan terlepas daripada mulut dia. Huhuhuh...

Pasni kursus akan bersambung kat Kedah lak, kali ni kat umah dia lak, 4 hari lagi!!! Rasanya kali ni nanti bukan takat berasap je pala tapi terus terbakar kot..hehehe... harap-harap semua berjalan la dengan lancar walaupun macam da dapat agak camne keadaannya nanti. Huh... Adios!





Friday, January 15, 2010

Sambil-sambil mendengar lagu MUTIARA (menerusi headset) yang baru je saya download, terasa lak nak nulis kat blog ni. Lagipun sekarang ni sedang waktu rehat. Memandangkan saya hanya duduk di ofis je, maka dapatlah saya mencoret sesuatu kat blog disamping ngenet untuk hal-hal lain. Terbaca lak komen-komen sahabat di blog tentang artikel yang saya tulis semalam. Hahaha... gelak kejap saya. Terus rasa ilang penat. Itulah sahabat-sahabat saya, walaupun mencoret setakat sepatah dua kata tapi kadang-kadang perkara itu sudah mampu untuk menghiburkan hati saya. Sambil mulut tak henti-henti kunyah 'MAMEE' (ada sahabat yg memarahi saya sebab suka nau makan mamee dan saya cakap kepadanya itu sajalah benda yg saya suka makan di pejabat buat masa sekarang heheh), duduk pula dalam bilik yang gelap (member saya yg sorang ni sedang tidur. Sebab tu la tak nak bilik terang and layan lagu pun guna headset) pala mula berfikir-fikir apa saya nak tulis sekarang ni.

Lagi seminggu maka genaplah usia sebulan saya berada di UTM ni. So far ok semuanya, alhamdulillah. Kerja pun da mula menimbun, membuatkan saya gembira sebab tak la saya bosan menantikan jam 5 petang. Sekarang ni, balik pun sudah tidak lagi jam 5. Di pejabat pula, sampai je pagi2 bukan dapat tinjau FB dulu ke, tapi terus on PC dan check emel ofis. Setiap pagi tu, at least ada 10 emel yang masuk. Emel daripada banyak pihak. Ada yang saya pun tidak tahu dan kenal. Mana yang patut saya respon saya akan respon dan sebaliknya. Selesai semua tu, maka saya beralih pula ke meja saya. Semua dokumen yang ada atas meja saya go thru satu persatu, dengan teliti, sebab part saya lebih kepada memberikan kelulusan atas penganjuran bengkel, seminar dan kursus yang dipohon oleh semua unit, jabatan dan fakulti yang ada dalam UTM ni. Kalau diberitahu, paling-paling saya rasa 200 kesemuanya! Banyakkan! Sebab tu saya tak boleh nak berlengah-lengah selesaikan dokumen-dokumen ni, sebab setiap hari akan ada saja dokumen baru yang masuk ke dalam bilik. Paling-paling 5 dokumen dalam sehari. Kalau asik bertangguh je, benda-benda ni akan jadi semakin menimbun dan akhirnya saya sendiri yang akan juling mata membacanya! Alhamdulillah, so far saya dapat catch-up dengan kerja saya, dengan bantuan kerani-kerani dan juga bos saya! So far, mana-mana permohonan yang saya dah luluskan, tak ada pula sebarang query yang datang daripada bos. Itu baru satu bebanan tugas yang sempat saya nak beritahu, belum lagi yang lain-lain. Pendek kata, hari saya memang penuh dengan ngadap PC ataupun membaca dokumen-dokumen untuk kelulusan. Balik rumah, lepak!!

Dalam pada sibuk di pejabat tu, masa saya di sini sempat gak saya isi dengan aktiviti riadah, yang tak lain ialah BERMAIN BADMINTON! Hehehe...saya da jumpa dengan geng badminton kat sini. Baru sekali je main sama, dorang da mula ajak saya join macam-macam tournament anjuran UTM ataupun badan lain di sini. Saya katakan saya ok selagi tidak clash dengan aktiviti saya yang lain ataupun urusan kerja saya. 20-22 Jan ni pun ada tournament. Tapi sayang, saya tak dapat join sebab pada 21 Jan saya harus ke Kedah, join kursus sehingga 25 Jan. Lama kan?? Hmmm...nak buat camne, terpaksa la ikut gak. Da kursus kan. Lepas ni saya ingat kalau ada geng, saya nak sambung pula dengan aktiviti futsal. Lama da tak main futsal. Kasut futsal pun da rosak agaknya sebab da lama tak guna.

Dalam sibuk-sibuk ni, sempat gak saya merindui seseorang yang amat saya kasihi hehehe. Harap dia pun sedang enjoy dengan kerja dan urusan dia kat sana. So, itu je la kot catatan saya untuk hari ni. Banyak gak da saya tulis diam tak diam hehehe.. Ada sahabat pernah cakap, saya ni walaupun sebenarnya macam tak banyak cakap orangnya, tapi bila da mula bercakap, sebenarnya leh jadi banyak gak! Sama gak la masa bagi ucapan di majlis perpisahan yang diadakan di sebuah hotel. Hasrat hati tak nak cakap banyak memandangkan masa tu da masuk waktu makan tengah hari. Tapi bila da berdiri kat rostrum (bos kat tempat keje lama saya suka nau panggil rostrum ni as Lectern, padahal orang semua da familiar dengan rostrum, buat apa la dia nak gunakan perkataan tu kan...tah la dia tu...) saya bercakap dan bercakap dan bercakap hingga tak sedar yang saya sebenarnya da lama bercakap!!! Hahahah...nasib baik saya sedar diri maka cepat-cepat saya tamatkan ucapan saya..ahaks! Itulah penangan badi mikrofon gamaknya! Ok la frens, saya pen off dulu. Nanti-nanti saya tulis lagi on different topic lak. Rindu sangat-sangat kat para sahabat saya!!! Bila agaknya kita leh jumpa ek.????? Hopefully soon! Adios.........

PERPISAHAN ITU MEMANG PAHIT UNTUK DITELAN, NAMUN, KENANGAN ITU JUGA BOLEH MENJADI PEMANIS KEPADA KERINDUAN..

Thursday, January 14, 2010

Dingin malam,
Membekas dalam hatiku,
Merenggut rinduku,
Yang sedang sarat tepu.

Ingin sekali aku,
Melaungkan nyanyian rindu buatmu,
Sang pencinta kalbu.

Dapatkah kau rasa,
Bisa gigitan resah,
Hanya kerana kedinginan ini,
Bergabung sepi bersama hati...

AKULAH KEKASIHMU

Di pertemuan semusim yang lalu
Harumnya suasana
Kehadiranmu sewangi haruman
Menyegarkan perasaan

Tanpa ku menduga
Bagaikan lautan menghempas
Menghanyutkan daku
Terlontar jauh dari sisimu

Mengapa mesti terpisah
Sedangkan aku sabar dalam kesetiaan
Biarkan wajah rinduku terdampar sepi
Menunggu berakhirnya nafas... ini

Sejenak itu aku menyedari
Betapa sayangnya aku
Andainya dikau menyesali diri
Pulanglah kerna akulah kekasihmu

Ni satu lagi lagu otai dulu2. Best! Jiwang karat! Layan blues! Antara lagu favorit saya gak.. Cair jiwa raga bila dengar lagu ni...hehehe...layanzzzz....

MUTIARA

Berulang kenyataan kuberi
Tapi kau masih tidak mengerti
Perasaanku ini
Adakah kau memahami

Langkah hiba telah kuutuskan
Berjalan di setiap belaian
Sepi mengajar kita
Memahami bahasa cinta

Dalam bersahaja
Kau coretkan madah
Yang terindah
Dalam terpesona seraut wajahmu
Keunggulan dan kesucianmu bagai mutiara
Dan terus memancar
Di hatiku

Puisi cinta yang kian lama
Memancar indah serta bercahaya
Telah kucuba tapi tak berdaya
Hendak kulupa teringat semula
Seraut wajah

* Lagu ni lagu rock kapak / rock otai yang saya suka layan skang ni. Banyak lagi lagu rock otai yang ada dalam koleksi saya tapi tak larat la nak kuarkan semua kat blog ni...orang pun bosan nanti...hehehe....so...layanzzzz...
HOWDIE GUYS!!!! Wah....lama tul tak nulis kat blog ni. Sampaikan ada teman yang cakap dalam sehari dia kunjung blog saya sebanyak 5 kali, semata-mata nak baca new posting tapi hampa sebab blog masih lagi bersawang..hehehe.... Bukan apa, kesibukan di tempat baru membuatkan masa saya sedikit padat. Maklumlah, banyak kerja mendatang, yang perlukan fokus dan perhatian penuh dalam menjalankan tanggungjawab.

Sambil-sambil tu, sempat gak lagi saya berkunjung ke blog teman-teman yang lain. Ada gak yang bersawang macam saya hehehe... So, nasihat saya kepada teman-teman, rajin-rajinlah meng'update'kan blog kita!!! Hahahaa....

Dalam pada kesibukan saya, sebenarnya ingatan saya tetap hangat dan segar mengenangkan sahabat-sahabat. Adakah mereka sedang merindukan saya? Adakah saya masih lagi di ingatan mereka? Atau mungkinkah mereka sudah melupakan saya??? Hmm...apapun jawapan mereka, saya mahu semua sahabat-sahabat saya di luar sana, mereka amat saya sayangi dan tidak pernah walau sesaat sekalipun mereka hilang daripada ingatan saya. Bahkan setiap minit, setiap saat dan disetiap helaan nafas, mereka selalu hadir bersama saya.

So my frens, if you hear nothing from me in a day, it doesn't means that you guys are forgotten. No! It's not that. Just make sure that we do get connected, in any ways, I don't mind as long as our friendship will remains as it is before. Love ya....!!!!


Thursday, January 7, 2010

SUARA (KU BERHARAP)

di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu
bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya


INDAHNYA PERKHABARAN

Salam... semalam dalam kesibukan tiba-tiba kerana keperluan kerja yang mendadak, saya mendapat satu perkhabaran gembira menerusi satu panggilan telefon. Alhamdulillah... sewaktu mendengar perkhabaran itu, saya sedang menemani kakak saya membeli barang di Jusco. Saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terkira kepada Allah s.w.t kerana bukan sahaja doa saya bahkan doa sahabat-sahabat saya telah diperkenankan Allah s.w.t. Syukur!!! Semalam juga, dek kerana perkhabaran gembira ini, hati saya terus berbunga mengalunkan lagu gembira. Benar sebagaimana yang dikata, setiap ujian yang diberikan Allah s.w.t sebenarnya terkandung di dalamnya sebuah hikmah yang kita sendiri mungkin tidak menyedarinya. Bahkan hikmah itu, bukanlah datang bergolek. Inilah hikmah yang diperoleh oleh sahabat-sahabat saya atas kesabaran yang mereka tanamkan dalam diri. Sesungguhnya Allah memberikan ujian kepada hambanya di atas kemampuan hamba tersebut untuk menghadapinya. Wallahualam. Semoga kegembiraan akan terus menjadi milik mereka yang teraniaya.... Amin........

Wednesday, January 6, 2010

Ada hati yang sedang cuba aku selami ketika ini....
Tanpa perlu aku menunjukkan diri ku yang sebenar.

Ada hati yang sedang kecewa saat ini....
Tanpa perlu memusnahkan segala yang telah tercipta.

Ada rindu sedang bertakhta di hati tika ini...
Membuat sayang ini semakin menebal.

Segala rasa masih ada...masih terasa hingga kini...
Hangat membara, membakar jiwa,
Biar khilaf sesekali menjelma,
Namamu segar mengisi ruang nadi......

Kau kan slalu tersimpan di hatiku
Meski ragamu tak dapat ku miliki
Jiwaku kan slalu bersamamu
Meski kau tercipta bukan untukku

Tuhan berikan aku hidup satu kali lagi
Hanya untuk barsamanya
Ku mencintainya sungguh mencintainya

Rasa ini sungguh tak wajar
Namun ku ingin tetap bersama dia
Untuk selamanya..

Buat yang mengerti... THIS IS FOR YOU....

Hari ini, 6 Januari 2010. Saya membaca sesuatu secara online dan tiba-tiba perasaan yang pagi tadi ceria dan gembira, berubah kepada kecewa. Tak mungkin saya terkecewa sekali lagi.... Saya berharap sangat akan ditunjukkan kepada satu jalan penyelesaian bagi saya merawat kekecewaan yang baru sebentar ini menjengah... Harap-harap sangat...mmmm....

Tuesday, January 5, 2010

BUKAN MUDAH

Salam... Hari ini saya terpanggil untuk menulis tentang topik 'BUKAN MUDAH'. Bukan mudah apa? Atau untuk apa? Sebenarnya, macam-macam. Bersempena dengan tahun baru ni, sesuai sangatlah saya nak berkongsi pendapat tentang perkara 'BUKAN MUDAH'. Masa melangkah masuk ke pejabat baru saya ini beberapa minggu yang lepas, saya dapat rasakan bukan mudah untuk saya mempelajari pekerjaan baru saya nanti. Bahkan bukan mudah juga untuk saya belajar mengingat nama semua teman-teman baru di sini (sebab saya memang ada masalah skit nak mengingat ni). Dan setelah beberapa minggu, saya dapati pula kerja yang diamanahkan kepada saya ini bukan mudah, memandangkan unit ini agak baru jadi saya harus bermula daripada zero, atau dalam erti kata lain bermula daripada tiada apa-apa! Akan tetapi, saya anggap ini semua sebagai satu cabaran. Seperti yang bos saya sering katakan "....kita semua berada di sini tanpa dipaksa oleh sesiapa, bahkan itulah kemahuan kita sendiri kerana kitalah yang mengisi borang permohonan dan seterusnya kitalah juga yang menghantar borang tersebut ke UTM.." Samalah seperti keadaan saya. Bukan mudah sebenarnya untuk menerima tawaran jawatan ini kerana terlalu banyak perkara yang saya pertimbangkan dan berat untuk melepaskan. Akan tetapi, saya jugalah yang sebenarnya memohon jawatan ini pada peringkat awal, dan apabila permohonan saya diterima, mengapa pula saya berasa berat hati? Dan juga, saya turut merasakan BUKAN MUDAH untuk saya melupakan insan-insan yang saya sayangi walaupun pernah satu ketika, seseorang itu telah saya lupakan hampir 10 tahun lamanya, namun dengan kuasa Allah, saya kembali mengingatinya lalu berusaha untuk mencarinya. Alhamdulillah, usaha saya berhasil dan sehingga kini saya masih berhubung dengannya.

Itulah perkara 'BUKAN MUDAH' yang saya maksudkan. Kita yang menginginkan sesuatu perkara, kita yang memulakan sesuatu perkara, kita yang mencipta sesuatu perkara, tetapi kelak, mengapa pula kita sukar untuk menerimanya atau mengubahnya atau melaksanakannya? Persoalan inilah yang sering menjadi isu perdebatan dalam jiwa kita sebagai manusia. Dalam situasi lain pula, saya lihat, perkara BUKAN MUDAH ini sebenarnya sangat-sangat berkait rapat dengan hati manusia. Ya Allah...saya mohon hati saya dijauhi daripada semua jenis penyakit hati kerana sesungguhnya dengan adanya penyakit hati ini pada diri seorang manusia sahaja sudah mampu untuk meruntuhkan keharmonian berjuta-juta manusia lain! Lihat sahajalah Amerika, bagaimana seorang Presiden kafir laknatullah yang cukup sempurna hatinya dengan semua jenis penyakit hati membinasakan keseluruhan penduduk Islam di seluruh dunia! Kagumkan?? Ini orang kafir, yang memang sudah Allah janjikan neraka jahanam sebagai tempat persemadian akhir. (Bagi kes Firaun pula, sedangkan bumi Allah sendiri menolak jasadnya daripada disemadikan, sehingga memaksa mayatnya diawet dan disimpan di dalam peti pemakaman).

Kita ini orang Melayu, Islam pula tu. Seharusnya kita menyedari bahaya penyakit hati daripada menyerang diri kita. Hati kita bakal dipenuhi dengan hasad dengki, iri hati, cemburu, dendam, sukar memaafkan dan banyak lagi yang akhirnya membawa kepada perkara-perkara seperti fitnah dan lain-lain perbuatan munafiq. Bukan mudah pula untuk seseorang yang telah menghidap penyakit hati ini untuk memulihkan dirinya kembali. Dan, bukan mudah juga untuk insan-insan ini menerima teguran orang lain yang cuba untuk membimbing dirinya keluar dari jalan kesesatan. BUKAN MUDAH!!! Umur yang semakin meningkat tidak akan menyedarkan mereka ini bahkan segala suruhan Allah yang dikerjakan saban hari juga tidak akan mampu untuk memutihkan semula hati yang sudah hitam. Pernah satu peristiwa yang saya saksikan, di bulan Ramadhan yang mulia, dengan masing-masing patuh mengerjakan perintah Allah iaitu berpuasa, namun masih ada lagi kelompok teman yang mengambil peluang untuk menabur fitnah, mengumpat dan menjaja cerita yang mereka sendiri tidak tahu hujung pangkal kebenarannya! Sedangkan mereka pada ketika itu sedang menjalani ibadah berpuasa! Daripada situ saya sedar, mengerjakan solat cukup 5 waktu sekalipun tidak mampu untuk mengubah hati dan jiwa seseorang, mengubah mereka ke arah kebaikan. BUKAN MUDAH!!!

Entah sampai bila agaknya manusia akan berubah...entahlah...BUKAN MUDAH. Saya hanya mendoakan semoga insang-insan yang saya sayangi terhindar daripada dihampiri oleh penyakit hati serta orang-orang yagn telah dijangkiti dengan penyakit hati ini. Buat teman-teman yang telahpun dijangkiti, saya amat berharap semoga kalian segera bangun daripada kelalaian dan kemunafiqan. Janganlah dijadikan perkara yang BUKAN MUDAH itu sebagai penghalang kalian untuk berubah menjadi insan yang terpuji perwatakannya. PERMUDAHKAN perkara yang BUKAN MUDAH itu. Sebab, saya sendiri pernah melalui banyak episod BUKAN MUDAH yang menimpa diri saya namun, dengan hidayah yang tak henti-henti Allah pancarkan dalam hati, saya mampu untuk berubah! Buat mereka yang tak henti-henti menabur fitnah kepada saya, teruskanlah. Saya tak luak walau seinci pun dengan cerita-cerita yang kalian taburkan ke sana sini. Allah masih lagi mengurniakan rezeki kepada saya. Allah masih lagi memberikan kesihatan yang sempurna kepada saya dan Allah masih lagi melindungi diri saya daripada ditimpa bala bencana. Kalian tak sedar, sebaliknya kalianlah yang sekarang sedang diuji dan ditimpa dengan bencana. Masalah kesihatan...walaupun bukan kalian yang diuji, tetapi insan-insan kesayangan kalian yang ketika ini sedang diuji Allah. Masalah kewangan...mungkin bukan kalian yang diuji tetapi insan-insan kesayangan kalian yang sedang berhadapan dengan masalah kewangan sehingga memaksa kalian sendiri terbabit untuk sama-sama menyelesaikannya. Saya hanya memerhati dan mendengar daripada jauh, sedangkan kalian sendiri tidak pernah menyedari bahawa apa yang sedang kalian hadapi pada ketika ini sebenarnya ujian daripada Allah. Tunggulah. Doa daripada insan-insan yang teraniaya mudah untuk Allah perkenankan. Dan buat teman-teman, insan-insan teraniaya di luar sana, perbanyakkanlah doa kalian kerana sesungguhnya Allah sedang memakbulkannya, satu persatu.




Monday, January 4, 2010

PELANGI PETANG

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

MUNGKINKAH

Hehe... tiap kali dengar lagu ni sure teringat kat seorang teman... Bukan la sebab lagu ini ditujukan kepada saya atau sebaliknya tapi sebab lagu ni dinyanyikan oleh beliau dalam satu sesi karaoke. Yang membuatkan lagu ini menjadi ingatan sangat2 sebab selepas sahaja beliau habis nyanyi, ada pulak member2 yang memberi komen ala2 juri American Idol gitu...hehehe..... bosan kejap teman saya ni dibuatnya...yelah...kadang2 orang bagi komen memang pandai, tapi cuba suruh dia lak yang nyanyi, entah camne ke longkang agaknya lagu yang di'sumbangkan' tu.. hehehe....layanzzz....
Seperti ada yang tak kena
Di saat melihat ke arahmu
Saat kau berpaling dan tersenyum
Dunia jadi luar biasa

Maafkan andainya ku mengganggu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Kucinta kau tidak terasa
Pedih saatnya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Maafkan andainya ku mengganggu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Kucinta kau tidak berasa
Pedih saatnya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Kucinta kau tidak berasa
Pedih saatnya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Mungkinkah
Kita akan bersama
Ooooo
Mungkinkah

Saturday, January 2, 2010

RAWAN

Buat yang bernama sahabat...

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku
Kau untukku...

Friday, January 1, 2010

HINGGA TIBA SAAT ITU

Lihatlah diri ini
Hanya ruang yang sepi
Kekosongan tiada berseri
Bagai pelaut usang
Yang dipukul gelombang
Itu bagiku pengalaman
Laut yang tak bertepi
Begitu nasib diri
Ku terumbang ambing diri
Tak kuasa berteman
Mencari keriangan
Bimbang diri kecundangan

Beronak berliku pendakian hidup ini
Terjatuh ke lumpur
Ditertawa dicaci

Sewaktu dipuncak
Banyak mata memandang
Namaku disebut dipuji dijulang
Siapa kawan
Siapa lawan

Tipisnya garis perbezaan
Lantaran itu kau maafkanlah aku
Sukar mempercayaimu

Mungkin suatu hari akan terbuka hati
Kekosongan akan terisi
Tapi ku rasa ragu
Sanggupkah kau menunggu hingga saat itu