;

Wednesday, December 30, 2009

APA YANG KAU MAHU??

Kadang-kadang dalam hidup kita ni, kita cuba nak jadi yang terbaik, terbest, terhebat, tercantik, terkaya, terpandai, terbilang dan bermacam-macam ter lagi. Cuma ada kala kita lupa kita hanyalah seorang hamba Allah yang kerdil, yang sebenarnya tak punya apa-apa melainkan menjadi hambaNya yang taat. Sejauh mana kita berjaya, itu biarlah masing-masing yang jawab sendiri. Bukan urusan kita selagi bernama manusia untuk menilai semua tu. Sedangkan diri kita sendiri pun sedang dalam penilaianNya.

Bagi saya lak, selagi kita masih belum dijemput mengadapNya, selagi tu kita berhak menggembirakan insan-insan yang kita sayangi. Boleh jadi orang tu adalah ahli keluarga sendiri, ataupun saudara-mara atau juga boleh jadi para sahabat kita. Saya ni kalau boleh cuba untuk menggembirakan hati semua orang. Keluarga sudah pasti. Namun demikian, apa yang saya lakukan sering kali tidak dapat dilihat dengan telus. Masih juga kedengaran suara-suara yang mengatakan saya ini begitulah, beginilah dan sebagainya. Hingga pada satu tahap, saya mengambil langkah untuk berdiam diri. Diam bukan bererti kalah atau mengalah tapi diam demi keharmonian.

Mungkin ada yang tidak suka dengan cara saya berkawan. Mungkin juga ada yang tidak suka dengan cara saya bercakap. Atau ada yang tidak suka kerana diri saya secara keseluruhannya. Itu sudah pasti. Kehadiran kita di sekeliling manusia ada kalanya tidak disenangi dan ada kala pula digemari. Itu hakikat! Tapi bolehkah sekiranya cara saya dikritik hanya kerana unsur-unsur peribadi yang lain?

Saya sayang dengan kawan-kawan saya. Walaupun saya sudah berpindah ke tempat baru, saya tidak akan sesekali melupakan mereka yang saya tinggalkan. Bahkan mereka sentiasa saya bawa bersama di dalam hati. Ingatan dan kenangan bersama menguatkan lagi keutuhan sebuah jalinan yang dinamakan persahabatan. Namun, tidak dapat disangkal, apabila segelintir daripada mereka mungkin merasakan saya sudah mula tidak mengendahkan mereka sedangkan itu bukanlah perkara sebenar yang berlaku. Mungkin saat ini saya sudah tidak berdaya untuk meluangkan masa bersama namun jauh di sudut hati saya masih lagi menanam keinginan untuk berjumpa dengan mereka, bersantai sama, lepak sambil berbual-bual. Keinginan itu sangat hangat namun belum dapat direalisasikan lagi.

Buat mereka yang saya sayang di luar sana, kasih sayang saya masih teguh, tidakkan luntur! Di mana pun saya berada, kasih sayang itu akan saya bawa bersama, walaupun masa kita bersama sangat terhad sekarang ni. Insyaallah, sekiranya diizinkan, kita akan bersua. Kalau tidak hari ini, esok. Yang pasti saat itu akan tiba.....

Sunday, December 27, 2009

Lara...
Tanpamu bahagia kan selalu milikku,
Tanpamu sinar terang kan masih menyuluhiku,
Tanpamu tiada batas waktu,
buat aku menyusun rindu..

Sepi...
Hadirmu tanpa ku pinta,
Hadirmu mengusung derita,
Hadirmu membebaniku,
Rindu yang hadir terus membatu.

Cinta...
Terima kasih kerana menyentuh jiwa,
Terima kasih atas gembira yang kau cipta,
Terima kasih kerna sudi berbahagi derita,
Kunjungmu ku nanti setiap ketika.

Perlukah aku mengulanginya,
Memaniskan rindu sedang ia sudah tawar buatmu?

Mampukah aku memulainya dahulu,
Sedang kau setia keras membisu?

Salahkah aku andai cinta tercipta,
Disaat engkau dipenuhi curiga?

Tiap bait kata yang terucap,
Tiap baris maaf yang terlafaz,
Aku hanya ingin kau tahu,
Aku hanya menumpang kasih dihatimu,
Biar seketika cuma,
Biar dipenuhi curiga,
Biar pudar warna,
Aku kan terus menunggu,
Kerna keinginan ku hanya itu,
Ku mahukan hanya itu saja...


Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu...Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu.... Karena langkah merapuh tanpa dirimu...
Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh... Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu... Tanpamu sepinya waktu merantai hati...
Bayangmu seakan akan...

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu Ohh...

Seperti udara yang ku hela kau selalu ada....

Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang... Tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi...

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu Ohh...

Seperti udara yang ku hela kau selalu ada,
selalu ada dan selalu ada...

Friday, December 25, 2009

Dalam hidup saya, bermacam perkara yang datang dan pergi. Perkara yang best dan dah pasti yang tak best. Walau apapun perkara yang datang tu, biasanya saya layan ikut kemampuan diri. Sebagai contoh, bila perkara tu perkara yang best, saya akan layan sepenuh hati menghayati semua rasa best yang saya leh dapat. Rasanya semua orang gitu la kot (hehehehe...gelak ada makna ni). Akan tetapi, bila rasa yang tak best pulak datang, maka mulalah episod kelahiran bermacam-macam perasaan dalam diri. Susah nak digambarkan. Yang pasti perasaan sedih, hiba, kecewa, tertanya-tanya, confuse, putus asa, jatuh semangat dan macam-macam lagi akan melanda hati dan jiwa saya yang sebenarnya tidak lah begitu sensitif sangat. Kemudiannya, bermulalah juga episod menghasilkan solutions bagi mengatasi masalah yang sedang melanda itu.

Hari ini, hati saya sekali lagi disentuh. Kali ini ia disentuh dengan hunjaman pedang berbisa! Aduh... sakit sungguh rasanya. Persoalan demi persoalan dilontarkan terhadap saya sehingga membuatkan saya rasa tidak berdaya untuk membalas apatah lagi menepis setiap persoalan yang menerpa hati. Sehingga satu ketika, apabila rasa tidak berdaya telah menguasai diri, saya rasakan diri ini begitu lemah dan perasaan putus asa terus menerjah diri. Kecewa dan hampa bercampur baur. Ada kala saya begitu berharap agar semua ini tidak berlaku ke atas diri saya. Kerana saya tahu, pada suatu ketika, saya sudah tidak berdaya lagi untuk mengharunginya.

Banyak dugaan yang datang melanda namun semuanya berjaya saya lalui dengan sabar. Namun, dugaan yang satu ini amat mencabar! Saya akui mungkin juga ia sebenarnya berpunca daripada kesilapan diri saya sendiri, namun apabila kata-kata kebenaran sudah tidak lagi dipedulikan, apa lagi yang mampu saya lakukan? Bila berada dalam keadaan ini, saya rasa saya tidak kuat. Badan terus terasa lemah, longlai sehingga satu ketika saya rasakan alangkah baiknya sekiranya saya tidak melalui semua ini. Ingin saja rasanya untuk saya lari daripada semua ini, membawa hati saya yang sangat kusut ke sebuah tempat di mana saya tidak dikenali. Tapi, itu semua hanyalah impian, sedang kenyataannya saya tidak mampu untuk melakukan sedemikian.

Aku mencari arus sinar
yang dapat membawaku menuju ke destinasi bahagia
bersama insan yang kusayangi...
Namun,
sekiranya semua itu tidak layak untukku...
sekiranya aku ditakdirkan tidak mampu membahagiakan
insan yang aku sayangi,
maka, aku relakan diri ini pergi jauh
daripada mereka yang ku sayangi
agar
mereka akan terus dapat mengecap bahagia
bersama insan yang mereka sayangi..
tanpa perlunya ada aku di sisi.................
24 Disember 2009.... Hari saya melapor diri di tempat baru... Pejabat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, UTM...Tingkat 4, Bangunan Pentadbiran.... Ofis menarik...Sangat2! Ada TV dilengkapi dengan pemain ASTRO yang sentiasa terpasang di lobi menunggu untuk tetamu yang datang membunuh kebosanan. Ternyata pemandangannya jauh berbeza dengan YWJ. Mungkin sudah rezeki saya, saya telah ditempatkan seofis dengan teman sewaktu bersekolah di Convent, JB, Haffisza namanya. Dia dulunya seorang peguam, kini Pegawai undang-undang. Buat sementara ni, saya berkongsi ofis dengan Fisza memandangkan saya akan berpindah ke ofis lain sebaik sahaja kerja-kerja renovation dilaksanakan. Mungkin 2-3 bulan lagi. Kalau setahun sekalipun, saya tak kisah sebab sememangnya Fisza ni sahabat baik saya sewaktu di Convent. Jadi saya rasa lebih seronok berkongsi ofis dengannya daripada duduk sorang2 di ofis lain.

Cerita tentang bos pulak! Wawawawa...bos saya ni sudah berjaya memikat hati saya pada hari pertama lagi! Bukan pikat yang menggatal tu tapi sebenarnya tertawan dengan karisma sebagai ketua yang ditunjukkan olehnya. Beliau ni nampak sangat2 berpendirian dalam ketegasan yang tersembunyi di sebalik kelembutan. Ha!!! Amacam!! Mesti tak terbayang camne kan?? Susah nak describe la sebenarnya tapi saya rasa beliau ni memang seorang ketua yang amat disenangi semua. Melalui info yang disampaikan oleh kakak saya, rupa-rupanya ternyata beliau ni memang merupakan salah seorang orang kesayangan Naib Canselor sendiri! Wah! Memang jelas! Beliau pun sebenarnya baru sahaja 3 bulan bertugas di unit ini. Harap-harap biarlah first impression yang beliau tunjukkan ni, kekal sebagai peribadi beliau yang amat saya kagumi.

Staf2 lain pulak, ok buat masa ni. Maklumlah, saya pun orang baru. Perlu masa untuk mengenali dengan lebih dekat orang2 di sini. Itu sudah pasti kan!

So... itu sahaja buat masa ni... Saya pun da tak sabar nak wat keje. Bosan la duduk je tak wat apa. Next week saya da tau apa yang saya nak buat. Saya da mula buat research sikit2 tentang kerja saya di tempat baru ni macam mana so ingat next week saya nak gi cari bahan2 yang saya perlukan tu. Saya pun nampaknya memerlukan buku2 business saya untuk dibawa bersama ke tempat kerja sebagai rujukan. Nampak gaya, kerja saya ni memang akan memerlukan saya untuk mengaplikasikan semua ilmu business yang saya pelajari. Something to challenge myself! Wah!!!! Quite challenging kerja saya ni and I LOVE CHALLENGES! Adios....

Monday, December 14, 2009

SAKITNYA BILA...

Alkisah...dalam sebuah kampung yang amat terpencil, yang penduduknya pun tidaklah ramai, tinggal di antaranya 2 buah keluarga yang masing-masing mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Kedua-dua mereka bersahabat sejak kecil lagi memandangkan tak ramai lagi rakan-rakan sebaya mereka yang ada di kampung mereka tu. Mereka berdua tersangatlah rapat, sebab si lelaki yang tidak mempunyai adik perempuan, menganggap temannya itu ibarat adik manakala si perempuan pula menganggap si lelaki itu seperti abang.

Masa berganti, tahun bertukar. Akhirnya kedua mereka meningkat dewasa namun persahabatan mereka berdua tetap akrab, malah bertambah akrab saat ditambah dengan kasih sayang serta perasaan cinta yang mula bercambah sesama mereka. Masing-masing saling menunjukkan perasaan saling menyayangi serta mengambil berat sesama sendiri. Ke mana sahaja mereka berdua pergi, pasti ada sahaja yang iri hati melihatkan kemesraan mereka berdua. Mereka tidak pernah ambil peduli itu semua. Bagi mereka, perasaan yang terhubung antara mereka berdua sejak kecil sangat kuat untuk berhadapan dengan hasad dan iri orang sekeliling. Mereka sentiasa ada untuk menyokong satu sama lain. Mereka sentiasa ada untuk menghiburkan satu sama lain dan yang amat penting mereka selalu ada untuk mengisi kekosongan satu sama lain.

Namun, tiada siapa yang dapat menduga masa hadapan. Apa yang telah ditakdirkan untuk diri mereka berdua. Satu hari, si lelaki pergi menemui si gadis. Seperti biasa, mereka bertemu, membawa hati yang berbunga. Akan tetapi, bukan hati yang berbunga yang dibawa oleh si lelaki sewaktu mengadap si gadis, tetapi sebuah hajat. Si lelaki menyuarakan hajatnya itu kepada si gadis...."Saya nak mintak putus dari awak!" ujar si lelaki tegas. Si gadis terkejut, tidak sepantas itu menyoal tetapi sebaliknya hanya menatap sayu wajah si lelaki yang ternyata tidak sedikitpun mempunyai belas ehsan pada raut wajahnya sewaktu menuturkan kata-kata keramat itu tadi. Akhirnya, setelah sekian lama membisu, si gadis mula menyusun kata... "Awak nak minta saya putuskan apa? Awak nak kita putus sebagai kekasih? Atau awak nak kita putuskan kasih sayang yang sudah terjalin sebegini lama? Atau yang awak maksudkan kita putuskan ikatan yang tersimpul dalam hati kita selama ni? Ataupun awak nak kita putuskan silaturrahim? Mungkin gak yang awak maksudkan ialah kita putuskan semua kenangan indah yang terpahat dalam sanubari kita? Atau yang awak maksudkan ialah kita putus sebagai sahabat? Tiada lagi persahabatan antara kita yang akan terjalin selepas ni? Putus yang mana sebenarnya yang awak maksudkan dan awak harapkan dari saya?"

Si lelaki terus terdiam, kelu tidak dapat menyambung kata.......

Sebenarnya, dalam kehidupan kita, hubungan yang terjalin antara dua individu, baik lelaki dengan perempuan mahupun perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan lelaki, sebenarnya melebihi daripada satu hubungan. Tidak semestinya apabila sepasang kekasih yang bercinta, hanya hubungan cinta yang terjalin antara mereka. Sebenarnya ianya lebih daripada itu! Hubungan dengan hati lebih kuat mengatasi segala jenis hubungan. Dan apabila hubungan tersebut terletai, sebenarnya ada satu hubungan yang tidak akan terlerai sehinggalah hati memutuskan untuk meleraikannya iaitu hubungan persahabatan! Oleh itu ingatlah, apabila sahabat mahupun kekasih anda meminta untuk diputuskan hubungan, semua yang lain boleh ditunaikan kecuali persahabatan! Persahabatan akan terus terjalin walaupun pada ketika itu tiada lagi rasa sayang, kasih mahupun cinta di dasar hati. Persahabatan itu akan berkekalan selagi kenangan bersama segar berputar dalam kotak memori ingatan......Saya tau sebab saya pernah melaluinya....

BEEN THERE...DONE THAT...


Tuesday, December 8, 2009

FOR ALL MY BELOVED




lovecommentsmyspacelovequotes5.jpg image by eda199



KESEMPURNAAN


Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih
hidup……
Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih
mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK….tidak sukar untuk kamu menampal dan
memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu
istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN…. tidaklah sukar untuk kamu
MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke
akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana
kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh
menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU….dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia
menjadi milik orang lain……

Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah
faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA
sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
…kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…itu lebih BERMAKNA!

Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah tumbuh yang hilang
berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

P/S: Thanks to my dearie beloved cousin, Erma for sharing this with me...




TIPS MENCARI TEMAN

Akhbar KOSMO hari ini ada berkongsikan tips untuk mencari teman yang paling ideal dalam hidup. Satu artikel yang sangat-sangat saya gemari. Maklumlah, dalam hidup siapapun, kita mesti ada teman yang mendampingi. Takkan nak harap suami, isteri, atau ahli keluarga je. Pada saya, seorang teman merupakan seorang pendengar, pendamping dan juga penasihat yang paling efisien sekali dalam hidup seseorang. Pengaruh seorang teman kadang kala berupaya untuk membuatkan seseorang berubah sama ada kepada yang lebih baik ataupun sebaliknya. Pentingnya untuk memilih teman adalah bagi mengelakkan seseorang itu bukan berubah menjadi yang tidak baik tetapi sebaliknya yang lebih baik. Kadangkala seorang teman boleh meredakan perasaan kita yang sedang berkecamuk dengan berkongsi masalah.

So, meh kita kongsi tips tersebut!!!

MUDAH SENYUM
SENANG DIDEKATI
PENDENGAR YANG BAIK
- ini ciri terpenting!

MEMAHAMI

BERSAMA KALA SUSAH DAN SENANG
JUJUR

BAIK HATI

Adakah anda rasa anda mampu untuk menjadi seorang teman bercirikan kriteria di atas????

Monday, December 7, 2009

SAAT TERAKHIR

Saat paling sukar untuk membuat keputusan telahpun berlalu. Keputusan telahpun saya buat dan hanya menunggu masa sahaja untuk ditunaikan. Keputusan yang terpaksa saya buat itu ialah untuk melepaskan jawatan saya di YWJ, sebaliknya menerima lamaran yang datang daripada pihak UTM pula. Memang susah! Berendam airmata saya seminggu, dalam terkais-kais, mencari jawapan dalam keputusan yang bakal saya ambil. Kali ketiga, dalam hidup saya terpaksa membuat keputusan dengan situasi berteman airmata selama seminggu! Kalau dah namanya berteman airmata sudah pasti bererti keputusan itu tersangat sukar untuk disimpulkan. Namun, akhirnya, dengan mengambil kira beberapa aspek, ianya berjaya juga saya lakukan. Oleh itu, rasmilah sudah, 20 Disember 2009 ini bakal merupakan hari terakhir perkhidmatan saya bersama YWJ.

11 tahun! Itulah tempoh perkhidmatan saya bersama YWJ sebenarnya. Bukan mudah untuk membuat keputusan. Hala tuju saya selepas ini ialah bersama UTM pula. Nasib baik di Skudai, tidaklah tambah lagi tempoh masa saya berendam airmata! Rata-rata teman saya menganggap peluang ini merupakan satu peluang keemasan yang tidak harus ditolak mentah. Saya ambil kira pendapat mereka. Saya pun ada impian. Impian saya dalam karier, pelajaran dan hidup. Saya lihat barangkali dengan peralihan ini, saya dapat mencapai kesemuanya sekali, perlahan-lahan. Lagipun peluang-peluang tersebut memang terbentang luas di tempat baru saya nanti. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar selancar perjalanan saya selama 11 tahun bersama YWJ. Cuma lately ni saja yang timbul banyak manusia-manusia lahanat disekeliling saya, yang sibuk menjaga tepi kain saya, yang ternyata tak koyak ataupun berlubang. Paling tak tahan, apabila dengan seronok manusia lahanat ni sebarkan cerita berunsur pembohongan, tipu dan fitnah yang kononnya saya bakal diberhentikan kerja gara-gara masalah sikap di tempat kerja, termasuk menimbulkan masalah dengan bos saya! Masya Allah!!! Saya gelak sahaja mendengarnya tatkala ia menyusup masuk ke cuping telinga saya. Pada masa tu pulak, tawaran daripada UTM baru sahaja saya terima. Saya simpan rahsia ini berminggu-minggu lamanya termasuk daripada pengetahuan ahli keluarga saya. Bila saya serahkan notis peletakan jawatan, barulah saya maklumkan kepada sahabat-sahabat rapat dan keluarga. Lama kelamaan, semakin tersebarlah cerita tentang peletakan jawatan saya ini. Saya sengaja tak mahu beritahu yang lain, pada saya kalau cerita pembohongan pun cepat tersebar, inikan pula cerita benar! Atau...memang trend di sini, cerita bohong, tipu dan berunsur fitnah sahaja yang gemar dihebahkan oleh individu lahanat sedangkan cerita-cerita benar didiamkan sahaja? Mungkin juga ye... Lagipun, memang ada kelompok individu tertentu di sini yang gemar menjadi paparazzi, paparazzi lahanat dengan lebih tepat lagi! So, let them be what they want to be. I don't care! Yang penting, doa-doa sahabat dan teman-teman rapat yang mengharapkan semoga kehidupan saya menjadi lebih baik dari sekarang, di tempat baru nanti. AMIN! Mudah-mudahan doa kalian terhadap saya dimakbulkan Allah s.w.t. Dan untuk manusia lahanat yang gemar sekali menjaga tepi kain saya, dengan sukacitanya saya beritahu di sini, segala perbualan saya dengan bos saya tentang cerita fitnah yang anda sebarkan, telah saya rakam. Bila-bila masa sahaja saya boleh perdengarkan kepada orang-orang yang mendengar cerita fitnah daripada mulut anda sendiri supaya mereka tahu siapa diri anda sebenarnya. Supaya mereka tahu adakah anda seorang insan yang layak dihormati ataupun tidak. Supaya mereka juga tahu sememangnya anda adalah seorang manusia yang berselindung disebalik sikap orang yang beragama, warak! Supaya mereka juga tahu, di sini, di tempat ini, di atas bumi ini, terdapat ramai manusia yang tidak ikhlas, hatinya legam bak arang dan mulutnya busuk bak loji kumbahan najis! Manusia itu ada di sekeliling kita! Dan mereka akan terus mengumpat, mengumpat, mengumpat dan terus mengumpat sehinggalah akhirnya nyawa mereka dicabut! Masa tu nanti barulah mereka akan diam. Dan saya menantikan masa itu tiba untuk mereka.....


tak pernah terpikir olehku.....tak sedikit pun ku menyangka.... kau akan pergi tinggalkan ku sendiri... begitu sulit ku menyangkal... begitu sakit ku rasakan...kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan...kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi... karna ku sangat cinta

ini lah saat terakhirku melihat kamu... jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih...

satu jam saja ku telah bisa... sayangi kamu di hatiku.... namun bagiku melupakanmu.... butuh waktuku seumur hidup di hatiku


Saturday, December 5, 2009

BENGKEL PENULIS MUDA JOHOR 2009





4 - 6 Disember 2009, bertempat di Kampus UiTM Segamat, Johor, telah berlangsung bengkel penulis muda Johor. Bengkel ini merupakan susulan bengkel tahun lepas yang mengetengahkan genre novel sebagai taruhan. Pembimbing 'handalan' yang diundang kali ini masih lagi Kak Min (Aminah Mokhtar), Nisah Haron dan Zaid Akhtar. Walaupun jumlah peserta tidak ramai, namun, daripada jumlah ini diharapkan semoga karya yang mereka hasilkan berjaya dicetak dan diterbitkan satu hari nanti.

Untuk urus setia pula, selain saya, ada juga Fetty, Nadia, Wawan dan Tn. Hj. Dzul. Kali ni, apa yang menarik tentang bengkel ini ialah ia diadakan di dalam kampus UiTM sendiri, sebagai satu bentuk pembaharuan yang cuba dilakukan sejak mula bekerjasama dengan pihak UPENA, UiTM Segamat. Seronok dapat kembali semula ke ITM, tempat yang menyimpan banyak kenangan kepada saya. Even kalau bukan disebabkan bengkel ini pun, saya akan pastikan saya akan selalu kembali ke bandar Segamat, sekadar untuk jalan-jalan dan meninjau tempat-tempat kenangan ini. Mengusik kalbu sungguh hehehehe!!!

Dan peluang berada dalam kampus ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk bersiar-siar melawat kolej dan tempat-tempat lain, saja untuk refresh semula memory lepas. Gambar dan juga story lain akan saya ceritakan di lain masa nanti.


Thursday, December 3, 2009

SESUNGGUHNYA...

SEBENARNYA...

HATI INI CINTA KEPADAMU

SEBENARNYA...

DIRI INI RINDU KEPADAMU

TAPI AKU TIDAK MENGERTI

MENGAPA CINTA MASIH TAK HADIR

TAPI AKU TIDAK MENGERTI

MENGAPA RINDU BELUM BERBUNGA

SESUNGGUHNYA...

WALAU KU KUTIP

SEMUA PERMATA DI DASAR LAUTAN

SESUNGGUHNYA…

WALAU KU SIRAM DENGAN AIR HUJAN

DARI TUJUH LANGITMU

NAMUN CINTA

TAK KAN HADIR

NAMUN RINDU TAK AKAN BERBUNGA

KU CUBA MENGHULURKAN

SEBUAH HADIAH KEPADAMU

TAPI MUNGKIN KERANA ISINYA

TIDAK SEMPURNA TIADA SERI

KU CUBA MENYIRAMNYA

AGAR TUMBUH DAN BERBUNGA

TAPI MUNGKIN KERANA AIRNYA

TIDAK SESEGAR TELAGA KAUSAR

JIKA TIDAK MENGHARAP RAHMATMU

JIKA TIDAK MENAGIH SIMPATI

PADAMU YA ALLAH

TUHAN...

HADIAHKANLAH KASIHMU KEPADAKU

TUHAN...

KURNIAKANLAH RINDUKU KEPADAMU

MOGA KU TAHU SYUKUR KU

ADALAH MILIKMU....

I'm grateful for who i am, what i do and where my life will be...AMIN.

Wednesday, December 2, 2009

WARKAH BUAT SAHABAT II

SAHABAT... saya hepi dengan adanya awak dalam life saya, awak memberi pelbagai warna dalam hati dan juga life saya.. saya tak sangka orang yang selama ini saya harapkan hadir dalam life saya adalah awak...

SAHABAT... kalau dapat awak tengok dalam hati saya... yang ada cuma awak... memenuhi segenap ruang yang ada....

SAHABAT... terima kasih sebab selama ini awak berusaha menjaga saya, hati dan perasaan saya dengan baik, saya hargai segala yang awak dah buat untuk saya, segala pengorbanan awak saya ucapkan terima kasih. saya tak terbalas semua itu, hanya tuhan sahaja yang dapat membalas segalanya..


DIRIMU SAHABAT YANG AMAT SAYA SAYANGI... dan akan selalu begitu...

Tuesday, December 1, 2009

behind every SUCCESSFUL PERSON
lies a pack of HATERS
THE DAY YOU FIND IT...
IS THE DAY..
I WILL STOP..
MISSING YOU......