;

Thursday, November 26, 2009

MENCARI MIMPI.....

Sepanjang Perjalanan....Meniti Kehidupan
Kucari Mimpi-Mimpi....Tak Pernah Kutemui
Umpama Pengembara....Kuhadapi Segalanya
Walau Sering Terkecewa.....
Sekali Ku Melangkah....Aku Kan Terus Melangkah
Biarpun Kusedari....Ku Meniti Pelangi
Kerana Keindahan....Warnanya Mempesona
Kelabu Pandangan Mata....
Lingkungan Warna-Warna Indah....Biar Seketika
Pelangi Di Langit Yang Muram....Mengasyikkan
Sejenak Kubiarkan Diri....Melayani Hati
Mencari Mimpi-Mimpi Indah....Sia-Sia
Seumpama....Pengembara....Terpedaya
Kerana Mimpi...Hanya Mimpi


Monday, November 23, 2009

TERIMA KASIH!

Sebut saja terima kasih, mesti dalam kepala sudah membayangkan bahawa ada sesuatu yg telah diterima daripada seseorang. Kan? Semestinya!!!! Masa kecik-kecik dulu, bila orang memberikan sesuatu pada kita, mak mesti suruh cakap terima kasih. Kalau tak cakap, orang akan pandang kita ni kurang beradab atau memang spesis kurang ajar sebenarnya!! Hehe... Ni sama kes la dengan manusia laknat yang saya sebut dalam tulisan saya yang lepas. Ada sahabat saya tegur saya, dia kata tak baik guna perkataan laknat tu, macam keras sangat bunyinya. Tapi, perkataan laknat ni sering disebut dalam al-quran, sama ada merujuk kepada sesuatu perbuatan, kaum atau apa saja yang Allah tak suka. Jadi, saya rasa tak salahlah kalau saya gunakan perkataan laknat ni, sebab memang ternyata perbuatan manusia laknat ni memang dikutuk Allah s.w.t.

Saya tak faham kadang-kadang, kenapa dalam kehidupan kita ni, ada saja manusia laknat yang gemar mengganggu hidup kita? Memporak-perandakan hidup kita yang tenang? Sedangkan kita tak pernah wat gitu dalam hidup dorang. Tapi, biasalah, memang Allah wujudkan manusia-manusia laknat ni supaya kita boleh muhasabah diri, menginsafi kekurangan yang ada pada diri kita dan seterusnya berusaha untuk menjauhi daripada perbuatan-perbuatan mungkar manusia laknat ni! Meh kita story pasal penyakit hati. Orang cakap PHD...perasaan hasad dengki! Orang-orang PHD ni memang ramai dikalangan kita. Cuma nak kena kenal pasti je betul-betul. Mana yang da terang-terangan membuka pekung di dada tu, alhamdulillah, mudahlah untuk kita melihat mereka. Tapi yang susahnya apabila ada antara mereka yang berselindung disebalik nama, gelaran, jawatan, pangkat dan juga terus terang saya cakap...kealiman! Dalam kehidupan saya sekarang ni, ramai sebenarnya manusia-manusia laknat yang bersembunyi disebalik kealiman diri..konon!!!! Bersongkok/berkopiah, sembahyang perfect 5 waktu, puasa perfect sebulan, puasa sunat lagi buat...huh...kalau dilihat dengan mata kasar merekalah orang yang paling sempurna! Tapi sebenarnya hati mereka hitam, busuk, lebih busuk dari bau longkang atau loji kumbahan najis!

Nak tau apa kerja manusia-manusia laknat ni? Kerja mereka ialah mengkucar-kacirkan hidup orang lain, menabur fitnah, membuat onar serta memberi kesusahan kepada orang lain @ dalam erti kata lain menganiaya dan menindas orang yang lemah, melaga-lagakan sesama manusia, berbohong dalam percakapan, berpura-pura baik tapi hakikatnya di belakang sibuk dia mengata dan mengutuk orang dan yang terakhir sekali menggunakan kuasa yang ada padanya untuk melakukan penganiayaan!!! So, faham sekarang kenapa saya gunakan perkataan LAKNAT itu sekali lagi? Terlalu banyak spesis-spesis manusia laknat ini di sekeliling saya ketika ini. Setahu saya, saya tak pernah kacau urusan mereka bahkan keluarga mereka juga. Bukan urusan saya! Yang saya tahu hanyalah menyempurnakan tugasan yang diamanahkan kepada saya. Itu sahaja! Saya tidak mengharapkan ganjaran apatah lagi akreditasi daripada pihak-pihak tertentu termasuk majikan atas kerja-kerja yang saya lakukan. Saya anggap pekerjaan yang saya lakukan sebagai satu amanah yang harus saya laksanakan. Itu sahaja. Tapi sering, orang sekeliling (especially manusia laknat ni la) salah tafsir. Mungkin sebab saya ni terlalu bagus, kalau nak dibandingkan dengan mereka tu (ni ayat perasan tapi macam betul yang tak pernah saya ucapkan pada orang lain!) Tapi saya pedulik hapa!!!! Ingat senang ke untuk kita nak jadi bagus! Selama 11 tahun tempoh yang saya gunakan untuk menimba ilmu dengan kerja-kerja yang saya lakukan. Saya sentiasa menanam azam untuk mempelajari apa jua ilmu yang dapat saya pelajari, tak kira lah pekerjaan itu bukan setaraf dengan 'kepegawaian' saya. Dulu, bos lama saya selalu berkata, ada kalanya kita harus belajar menjadi 'pencacai' (ayat lain untuk kuli) sebab dari situ sebenarnya baru kita dapat belajar. Saya pegang kata-kata azimat beliau. Bos lama saya juga selalu berkata kita jadi manusia kenalah peka, bukan pekak! Saya pegang juga kata-kata beliau itu. Semua nasihat serta ilmu berguna yang beliau curahkan, saya kutip semuanya lalu saya sematkan untuk saya jadikan azimat berguna untuk saya melayari kehidupan saya kelak baik dalam alam pekerjaan mahupun kehidupan harian.

Dan untuk manusia-manusia laknat di luar sana, sedarlah wahai kalian semua, tak selamanya umpatan, hinaan dan cacian kalian itu akan lekat pada orang yang kalian tujukan. Tak selamanya hasad dengki yang meliputi hati kalian itu akan berjaya menganiayai orang-orang yang tidak berdosa. Kalian telah menyakiti ramai insan yang tidak berdosa dan kalian pula tidak sedar akan perkara ini disebabkan hati kalian sudah hitam diselaputi asap kahudu yang membawa penyakit hati yang besar sedangkan penyakit hati itulah yang Allah sebutkan supaya dijauhi oleh setiap umat manusia. Sedarlah, penyakit hati ini sukar dirawat selagi kalian sibuk menjaja cerita-cerita bohong, fitnah sehingga ada antaranya menjatuhkan maruah seseorang. Tetapi sedarlah, Allah itu Maha Besar dan Maha Memahami....Doa insan-insan yang teraniaya sering Allah makbulkan dan oleh itu sedarlah juga bahawa dalam doa insan-insan yang kalian telah aniaya, mereka tidak lupa untuk memohon semoga kalian diberikan petunjuk dan segala perbuatan aniaya kalian ke atas mereka selama ini moga-moga mendapat balasan sewajarnya daripada Allah s.w.t. Suatu hari nanti Allah akan timpakan hinaan dan cacian sama ada ke atas diri kalian mahupun keluarga kalian ataupun adik beradik kalian supaya kalian tahu, dalam kehidupan ini, bukan kuasa kalian yang menakluki segalanya tetapi yang satu di atas sana..... AMIN.....

Saturday, November 21, 2009

Sakitnya hati apabila tiap pengorbanan yang telah kita buat selama ni, rupanya tak dilihat bahkan dikatakan pula mementingkan diri sendiri dan orang lain! Apa lagi yang patut kita buat? Perlukah kita membuat pengumuman setiap kali ada pengorbanan yang akan kita lakukan? Atau memaklumkan kepada orang lain tentang pengorbanan yang akan / telah kita buat supaya mereka tahu dan sedar dengan pengorbanan yang telah kita buat? Kalaulah perkara ini semudah apa yang terucap dari bibir, tentu sangat-sangat menyeronokkan. Selama ini pun, tiap pengorbanan yang telah saya buat, untuk siapa-siapa sekalipun, saya tak pernah beritahu sesiapa. Pada yang mengerti, mungkin mereka tahu. Saya bukan nak mintak mereka hargai pengorbanan yang telah saya buat. Cukup sekadar menyedari yang saya juga mampu untuk menjadi seseorang yang bererti kepada diri orang lain. Kepada keluarga dan sahabat yang saya sayangi. Siapapun mereka, pengorbanan saya sentiasa ada buat mereka. Mungkin dalam hal ni, sahabat lebih senang melihat dan menilai tiap pengorbanan kita terhadap mereka sedangkan keluarga pula mungkin susah untuk melihat perkara ini memandangkan kehidupan kita adalah bersama mereka selama ini, membuatkan kadang kala mereka terlupa untuk melihat kebajikan dan pengorbanan yang telah kita lakukan. Pada mereka, itu mungkin adalah tanggungjawab saya selagi bergelar anak! Sebab itulah, saat kita berkorban untuk sahabat, mereka akan menilai tindakan kita itu ibarat lebih mementingkan orang yang bukan darah daging sendiri sedangkan pada saya pula, darah daging atau bukan, itu bukan persoalannya. Dalam hidup kita, keluarga sentiasa diutamakan, namun, selain mereka, kita juga ada sahabat yang perlu diberi perhatian juga. Entahlah...susah saya nak terangkan. Baik keluarga mahupun sahabat, mereka semua sama penting bagi saya. Kebaikan yang kita lakukan untuk orang, tidak semestinya dihebahkan, sebaliknya kadang kala ianya baik sekiranya dipendamkan, demi untuk merahmati sesebuah keputusan yang dibuat serta menghargai tiap detik kehidupan yang kita jalani. Ada kalanya, tanpa pengorbanan, kehidupan kita bagaikan kurang bererti, ibarat kurang gula dalam minuman. Saya rasa, banyak siri pengorbanan yang telah saya lakukan dalam kehidupan saya selama ni. Jika ada yang masih berkata sebaliknya, apa lagi yang dapat saya katakan. Perlukah mereka tahu siri pengorbanan yang telah saya lakukan selama ni ada sebahagian besarnya melibatkan hati, perasaan dan masa depan saya sendiri? Tidak...mereka tidak pernah tahu itu semua dan mereka tidak perlu tahu lebih lanjut. Semuanya telah saya korbankan. Meluahkan segalanya ibarat menoleh ke belakang, mencari sesuatu yang sudah tiada untuk saya lagi. Apa yang saya jumpa nanti hanyalah segumpal kekesalan yang sudah tidak lagi diperlukan walaupun dalam sebekas kenangan. Saya mahu berfikir ke hadapan! Sisi kebahagiaan mungkin masih ada buat saya kecapi. Fikir positif! Itu yang cuba saya lakukan! Mengubati hati. Itu yang perlu dan sering saya lakukan selama ini. Berusaha untuk membahagiakan diri sendiri! Sebab bagi saya, hanya diri saya yang mampu untuk memberi kebahagiaan kepada diri saya sendiri. So.. salah juga ke tindakan saya selama ni??

Friday, November 20, 2009

SAYA SEDANG BERHADAPAN DENGAN SATU SITUASI YANG MANA MEMERLUKAN SAYA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN ATAS SESUATU. YANG MEMBUATKAN IANYA SUKAR DIBUAT ADALAH APABILA SEBAHAGIAN HATI INI SEOLAH-OLAH TIDAK MAHU TURUT SERTA DALAM KEPUTUSAN YANG BAKAL SAYA BUAT NANTI. BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK SAYA MEYAKINKAN HATI INI AGAR DAPAT IA BERSAMA-SAMA SAYA, BERSATU DALAM MEMBURU IMPIAN? ANDAI INI TAKDIRNYA, MENGAPA SAYA TIDAK MERASA GEMBIRA????

Thursday, November 19, 2009

SEMPURNA... NAMUN TIDAK SEMESTINYA BAHAGIA

Baru-baru ini saya berkesempatan bertemu dengan teman yang agak lama sudah tidak berjumpa. Teman saya ni dulu sama-sama belajar sewaktu di UiTM. Bila da berjumpa tu apa lagi, mula lah bermacam-macam topik keluar macam peluru machine gun! Almaklum sajalah... Dalam bual punya bual, terbukalah satu citer dari teman saya ni. Cerita dia menarik, tapi bukan cerita dia yang saya nak ceritakan semula di sini tapi mesej yang tersembunyi disebalik ceritanya itu.

Topiknya kesempurnaan! Bercakap pasal sempurna, macam mana kita nak tau sama ada diri kita ni sempurna atau tidak? Boleh ke kita cakap kita sempurna hanya sebab kita berjaya menjadi seorang Muslim yang baik? Boleh ke kita cakap kita sempurna hanya sebab kita sempurna mengerjakan solat lima waktu? Atau mungkin kita cakap kita sempurna sebab selain dikurniakan tubuh yang sihat, kita juga dikurniakan dengan kerja yang hebat, rumah yang hebat, suami/isteri yang hebat, harta benda yang sihat dan lain-lain benda yang hebat sehingga membuatkan seseorang itu rasa hebat keseluruhan! Dalam soal ni, bagi saya, ukuran kesempurnaan bukan berdasarkan kepada perkara-perkara yang saya sebutkan kat atas tadi. Susah sebenarnya nak nilaikan makna kesempurnaan. Selagi kita rasa bahagia, kepala ringan, hati tenang, itu pada saya sudah cukup baik!

Teringat pula kepada sebuah kisah yang lama telah berlaku. Kisah tentang kesempurnaan juga. Elok juga dapat berkongsikan teladan menerusi kisah ni, dapat muhasabah diri sebenarnya, terutama sekali bagi mereka-mereka di luar sana yang rasa diri mereka sudah cukup sempurna. Sebenarnya, walaupun dengan seluruh harta benda dan kemewahan yang dilimpahkan pada kita, belum tentu lagi hidup kita rasa sempurna. Acu pernah berkata, sekaya manapun dia, sebanyak manapun harta yang dia miliki, dia rasa sedih, rasa tak sempurna kehidupan dia sebab semua kekayaan yang dimiliki hari ini tidak dapat dikongsikan dengan arwah ibunya (iaitu nenek saya). Nenek saya meninggal dalam usia 40 - 50 an, sakit jantung. Dan ketika itu, acu saya sedang menuntut di luar negara. Jadi, bila kembali ke tanah air, menjawat pula jawatan yang hebat, semua itu tidak dapat dikongsi dengan arwah ibunya. Perkara ini rupa-rupanya menerbitkan satu titik rasa kesal dalam sanubarinya. Saya mungkin tak dapat selam perasaan acu sepenuhnya pada ketika itu tapi saya dapat menggambarkan kesedihan yang dirasakan sekiranya perkara itu saya yang lalui.

Apa gunanya ada duit yang beribu riban sekiranya satu sen pun tak dapat di'rasakan' pada ibu kita... Apa gunanya ada rumah yang besar, sekiranya ibu kita tidak dapat sama-sama tinggal dengan kita.... Apa gunanya ada harta sekiranya semua itu tidak dapat kita kongsikan dengan ibu kita....Huh... Bila fikirkan benda ni, alangkah beruntungnya diri kita yang masih mempunyai ibu dan bapa. Semua benda masih boleh kita kongsikan dengan mereka. Tapi ada juga kes di mana anak tak berkongsi baik wang ringgit mahupun harta benda dengan ibu ayah mereka. Ish..ish..ish...jangan la sampai begitu yek! Apa la salahnya hulur walaupun sekadar RM50 sebulan pada ibu ayah kita, bagi memberkati gaji yang kita terima tiap-tiap bulan. Tahu tak, dengan hanya RM50 yang kita bagi pada mereka, keberkatan yang kita perolehi sepanjang hayat!! Janganlah kedekut ataupun berkira dengan kedua ibubapa kita. Selagi ada mereka disisi, bahagiakanlah mereka dengan apa cara sekalipun. Bila mereka dah tiada nanti, baru kita akan rasa, betapa kosongnya hidup kita, lebih-lebih lagi pada mereka yang masih hidup sendirian/belum berkahwin. Ada duit tapi tak dapat nak dikongsikan dengan insan tersayang. Hujung minggu, tak dapat nak luangkan masa dengan insan tersayang. Apapun yang kita lakukan, belum tentu lagi dapat membuat hati kita gembira. Kosong jiwa belum tentu dapat terisi dengan melakukan perkara-perkara lain bersama sahabat.

Oleh itu, bahagiakanlah ibu dan bapa kita selagi ada hayat mereka. Penuhi lah permintaan mereka, selagi termampu, selagi ada hayat mereka. Selepas ketiadaan mereka, tiada apa lagi yang tinggal untuk kita melainkan kenangan bersama mereka. Dan selagi kita berjaya menjadi anak yang dapat membahagiakan mereka, kenangan itu akan kekal menjadi yang terindah buat diri kita. Or else.... air mata kekesalan sahaja yang akan menjadi peneman hingga akhir hayat kita............ Anda sempurna??? Namun tidak semestinya bahagia, kan???

Tuesday, November 17, 2009

Monday, November 16, 2009

RESPONS

Heheheh... saya gelak je bila ramai yang bagi respons tentang artikel 'MANUSIA LAKNAT' yang saya poskan di sini. Macam-macam respons yang saya terima, kritik, bertanya lebih lanjut, korek cerita, dan ah...bermacam lagi! Naik tergelak pulak bila tiba-tiba ramai yang call saya untuk memberikan komen peribadi mereka.

Apapun komen dan kritikan yang mereka berikan, saya ucapkan terima kasih.

KALIMAH CINTA

Simpan diri ku terseksa.. Nak ku luahkan ku gentar.......Kekurangan ku terbongkar.....Sisi mu umpama syurga....Peluang emas ku jamah......Bahagia yang ku cari.....Awal dulu......

Aku .....Insan yang terdampar..... Yang tinggal menagih cinta.... Terang dan terlindung....... Dimana tempat nak ku singgah.... Mengesan mu pasangan ditakdirkan.....

Ku
Rempuh azab sengsara
Tak kisah asal bersua
Kau kasih penyeri jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Kau kasih isyarat jiwa
Ku meniti jalan yang lurus
Kau kasih isyarat jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Mengenal erti cinta
Mengenal cinta tulus

Wednesday, November 11, 2009

MANUSIA LAKNAT !

Salam. Beberapa hari lepas saya baru sahaja menyelesaikan satu tugasan program jabatan. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya terlibat dengan program ini malah hampir setiap tahun sejak dari tahun 2000 lagi rasanya. Biasalah...bila bekerja, bermacam bentuk tekanan yang diperolehi. Dari mula hingga akhir, ada saja tekanan yang datang menjengah. Huh..kadang-kadang naik meletihkan sehingga mengundang satu rasa yang amat tidak best dalam hati. Masa tu, bila angin dah penuh menguasai mental, siapa saja yang datang dekat mau kena jerit rasanya! Hehehe.. tapi saya rasa saya ada sedikit rasional berhubung hal menjeritkan orang @ melepaskan tekanan kepada orang lain.

Tapi berbeza pulak dengan orang lain yang saya anggap cukup-cukup tak rasional dan SENGAL!!! Dalam kesibukan saya menguruskan kerja, ada pulak orang-orang sengal laknat yang mengambil kesempatan atas kepenatan yang dialami oleh setiap orang untuk menikam dari belakang! Huh! Saya cukup tak gemar akan kewujudan insan-insan laknat sebegini! Maklumlah, dalam kesibukan kita mengurus kerja, banyak masalah yang timbul dan kita macam mana sekalipun akan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah tersebut tanpa melibatkan orang lain. Bila ini berlaku, pasti ada satu bentuk kepenatan yang akan hadir tatkala semua perkara itu telah kita laksanakan. Rasa macam barulah dapat tarik nafas panjang! Tapi belumpun sempat menikmati nafas panjang tersebut, sudah timbul satu cerita yang agak tak sedap didengar yang disampaikan oleh orang lain kepada saya berhubung soal mengurus kerja. Apa lagi, segala typhoon yang ada atas dunia ni rasanya mulalah berlonggook dalam badan, berpusing-pusing, menunggu masa untuk dilepaskan!

Saya cuba menenteramkan gejolak hati sendiri. Masih lagi cuba untuk berfikir rasional. Setelah disiasat, ternyata berita yang disampaikan oleh manusia laknat itu tadi tidak benar! Satu perasaan ingin menyerang sudah mula menguasai diri tapi saya tenteramkan sebab tak mahu timbul masalah lain nanti. Saya fikir, baik aku habiskan semua ni dulu, barulah boleh difikirkan tindakan yang akan dibuat terhadap manusia laknat itu tadi.

Hari ini, saya masih menantikan detik dan ketika untuk bersemuka dengan manusia laknat yang telah menabur cerita palsu tentang saya kepada teman-teman saya yang lain. Saya rasa saya dipihak yang benar. Saya tahu bagaimana menguruskan kerja saya lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang luar. Saya ini orangnya yang penuh dengan diplomasi sebenarnya, cuma orang saja yang tidak selalu lihat sifat itu. Tapi, hari ini, saya harus bertindak! Bertindak melakukan sesuatu demi untuk memulihkan maruah diri saya yang telah dicemarkan oleh manusia laknat! Untuk itu, wahai manusia laknat.... jangan kau ingat engkau saja yang ada mulut! Aku pun ada mulut jugak! Mulut engkau busuk, ibarat diternak bangkai di dalamnya, sebusuk hati engkau! Mulut aku akan menceritakan perkara yang benar. Bukan seperti mulut engkau, menabur fitnah sebagaimana yang sering engkau buat. Kalau bukan hari ini, esok lusa kita akan bersemuka. Aku akan pastikan, segala tohmahan yang engkau lemparkan, akan aku patahkan satu persatu, sehingga habis kesemuanya termasuk mulut engkau aku kunci. Wait and see...!!!!!

Sunday, November 1, 2009


KUCH KUCH HOTA HAI

(Something happens in my heart...gulps...)