;

Thursday, October 29, 2009

A GIFT TO LIFE


Siapa yang suka dengan hadiah? Semua orang suka, especially when it comes from someone special. Semalam semasa mendengar radio, maka saya pun terdengarlah akan satu iklan ni. Habis je mendengar, saya teringat semula akan hasrat terpendam yang ada dalam satu sudut di hati saya. Apa dia? Jeng..jeng..jeng...hehehe.... Nak tau tak, saya pernah menanam impian dan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia yang terdaftar sebagai 'organ donor'! Hah!! Itulah impian dan hasrat saya. Nak tau kenapa? Sebenarnya cara saya berfikir ni tak sama dengan adik beradik yang lain. Bila saya berfikir, saya suka tengok pada positive side keputusan yang akan saya buat. Biarpun ada negatif impact, tapi kadang-kadang saya diamkan je dulu sebab hati saya berkuat pegang pada positif result. Isu penderma organ ni pernah terlintas dalam fikiran saya beberapa tahun dulu sebenarnya. Bukan sebab ada saudara mara yang terlibat sebagai organ donor atau yang meninggal sebab menunggu organ, tapi hanya disebabkan oleh satu perkataan...BAHAGIA. Saya rasa semua orang berhak untuk mengecapi bahagia, dengan apa cara sekalipun, selagi diri masih bernafas. Saya pernah merasa bahagia, telah merasa bahagia dan berhasrat untuk terus membahagiakan diri saya sendiri, dengan cara saya. Kadang-kadang tu apa yg saya hasratkan atau lakukan, mendapat tentangan hebat daripada orang-orang sekeliling, tapi itu tidak bermakna bahagia saya akan terhenti setakat itu sahaja. Saya akan cuba mencari bahagia yang lain. Positive thinking! Happiness is everywhere! Berbalik semula kepada isu menderma organ ni. Kadang-kadang, dalam usaha untuk mengejar bahagia, beberapa siri pengorbanan terpaksa kita lakukan. Itu sudah pasti! Bila ada pengobanan, benda yang dikerjakan tu akan jadi lebih valuable, dihargai dan dikenang. Kenapa dengan menderma organ? Sebab saya cuma nak pindahkan bahagia yang ada dalam diri saya ni kepada orang lain supaya mereka juga turut dapat merasakan apa itu kebahagiaan menerusi perkongsian bahagia dengan orang lain, walaupun tanpa kehadiran insan yang sudi berkongsikan rasa bahagia itu. Saya pernah suarakan hasrat ni pada keluarga tapi mereka tentang! Mereka tak suka. Habis saya diceramahkan mereka. Satu hari saya terbaca dalam akhbar pandangan ulamak tentang pendermaan organ. Saya hepi membacanya sebab ulama berpendapat perbuatan menderma organ ni sebenarnya satu perbuatan yang mulia di sisi Allah s.w.t. Tak de timbul isu apabila si penerima organ itu melakukan kejahatan, tempiasnya akan kena pada roh orang yang menderma organ kepadanya. Tak timbul sama sekali! Apa yang dibuat oleh si penderma organ, awal-awal telah diterima Allah sebagai satu bentuk kerja kebajikan dan tercatit sebagai kebaikan yang dilakukan olehnya. Lapang hati saya sebenarnya. Semenjak dari itu, saya tidak pernah lagi menyuarakan hasrat untuk menjadi penderma organ kepada keluarga. Saya tak nak bertelagah, itu je, sebab saya tau, tak semua orang boleh menerima isu ini secara positif. Namun, sehingga kini sebenarnya, hasrat itu masih tersimpan kemas dalam hati. Oleh itu, kepada mana-mana sahabat saya yang membaca catatan saya ini, ditakdirkan satu hari nanti saya sakit sehingga tak ada peluang untuk hidup, cuba-cubalah sampaikan semula kepada keluarga saya akan hasrat saya untuk menderma organ. Kalau mereka tak bagi, dah. Jangan nak bertelagah hehehe...bertelagah sesama sendiri ni tak baik untuk kesihatan. Saya tak anggap catatan saya ini sebagai wasiat jauh sekali permintaan, sekadar sebuah hasrat yang ingin direalisasikan, andainya berpeluang... itu saja. So guys, sign up today as an organ donor. Share your life with others. If chances for us to feel happy is limited, then why don't you guys let others continue the process of making happiness on behalf of you! It is a noble act. Adios!

Wednesday, October 28, 2009


Perlukah PENGORBANAN hanya untuk melihat sebuah senyuman terukir pada wajah insan lain? Wajarkah pengorbanan itu dilakukan walaupun ianya bererti memberi warna hitam kepada kanvas kehidupan sendiri yang sebelum ini dipenuhi dengan warna-warni yang menghiburkan?

Monday, October 26, 2009

Persahabatan adalah anugerah - Membuat Kita Tertawa -Menangis - Menerima - Memberi - dan - yang paling penting - ia mEmbuat kita - MENGHARGAI HIDUP


Terima kasih kepada seorang teman yang sudi berkongsikan kata-kata ini kepada saya...


Friday, October 23, 2009

ADA APA DENGAN SARAH - EPISOD PENGENALAN

Sarrah Izznisa... Sapa dia? Hehe... Dia ni sebenarnya anak sedara saya yang berumur 6 tahun... Leh dikatakan sarrah ni agak rapat dengan saya coz masa dia lum setahun lagi, mama dia da bagi dia adik lagi. Jadi secara tak langsung, terpaksa la saya jadi pengasuh bidan terjun pada anak sedara saya ni. Malam ni tiba2 dapat idea lak nak tulis sesuatu dalam blog dialog2 lawak budak kecik yg berlangsung antara saya dengan sarrah. Ini baru pengenalan, akan ada yg lain menyusul kemudian.

Saya : Yah (panggilan manja untuk Sarrah)... Mak Ngah (panggilan untuk diri saya) garang tak?

Sarrah : Tak...
Saya : Ye ke...tapi kan mak ngah selalu marahkan sarrah.
Sarrah : Memanglah..tapi itu kan sebab Sarrah nakal...
Saya : Ooooo...tau lak eh nakal... Jadi bila mak ngah marah sebab Yah nakal ok la eh?
Sarrah : Ok la...
Saya : Mak ngah nakal tak?
Sarrah :Mmm...tak.
Saya : Ye ke tak nakal? Kalau mak ngah nakal yah suka tak?
Sarrah : Tak suka! Tapi tak pe mak ngah...
Saya : Tak pe apa...
Sarrah : Tak pe la kalau mak ngah nakal...nanti yah kawan dengan mak ngah, jadikan mak ngah budak baik semula...

Hahaha..dialog ni berlangsung masa saya tengah drive nak anto si Sarrah ni ke Kumon... sambil drive tu leh tergelak lak mendengarkan jawapan yang Sarrah bagi. Sebenarnya banyak lagi dialog2 lawak yg berlangsung cuma kadang2 da tak ingat da semuanya. Skang ni saya ingat, bila ada je dialog lawak yg berlangsung antara saya dengan Sarrah, saya nak abadikan kat blog ni. Paling tak pun supaya kekal jadi memori saya.



Monday, October 5, 2009

WARKAH BUAT SAHABAT

Buat Sahabat yang sangat aku kasihi..........

Pertama sekali ingin aku ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepadamu di atas sebuah persahabatan yang sudi kau jalinkan bersamaku selama bertahun-tahun lamanya kini. Kehadiranmu sedikit sebanyak membuat aku sedar bahawa selain keluarga, hidupku tidak akan pernah lagi sunyi. Kehadiranmu menyedarkanku betapa aku memerlukan seseorang disisiku saat diriku dilanda kesunyian, diri dirundung duka dan masalah. Kehadiranmu juga menyedarkanku betapa ada dirimu membuatkan semua derita berlalu pergi, dengan hanya sekali curahan. Engkau begitu mengerti akan diriku. Engkau memahami hatiku. Dan engkau juga mampu membuat hariku ceria.
Sahabat,
Dek kerana begitu indah persahabatan yang kau berikan kepadaku, aku pernah berjanji bahawa segala apa yang telah kau lakukan untukku, akan aku lakukan juga untukmu. Akan ku cuba membahagiakan harimu, menjadi pendengarmu disaat engkau memerlukannya, bergelak ketawa mendengarkan cerita lucumu serta menangis bersama saat berkongsi deritamu. Akan ku lakukan semua itu untukmu, sebagai tanda kasihku kepadamu serta betapa aku menghargai persahabatan kita ini. Aku mahu menjadi seorang sahabat yang terbaik buatmu, sebagaimana engkau cuba menjadi sahabat yang terbaik buat diriku.
Sahabat,
Akhir-akhir ini aku lihat engkau sering berduka. Ingin sekali aku teroka hatimu, mencari punca atas kemurunganmu itu, membantu dirimu melalui saat-saat sukar. Namun, aku tidak akan berjaya sekiranya engkau tidak mengizinkan diriku berbuat sedemikian. Mengapa sahabat? Mengapa kau bersedih? Adakah aku penyebabnya? Adakah kehadiranku sudah menjemukanmu, sekaligus membuat dirimu berdukacita sedemikian rupa? Jika benar aku punca segalanya, dapatkah kau berterus-terang kepadaku? Usah biarkan diriku terumbang-ambing, mencari jalan keluar dalam kegelapan ini, apabila terang cahayanya sudah kau padamkan.
Sahabat,
Kalau dahulu kau begitu menjaga hatiku, baik menerusi tutur bahasamu, santun perlakuanmu. Aku senang sekali dengan caramu melayaniku. Namun kini, aku dapat rasakan semua itu sudah mulai berubah. Mulutmu sudah mula ringan melontarkan makian, biar hanya dalam ucapan berlapis gurauan. Sahabat, mengapa kau begitu? Dahulu, usahkan kata makian, bahkan menengking dan meninggi suara juga jarang kau lakukan. Aku seakan dapat rasakan betapa besar perubahan yang berlaku ke atas dirimu kini. Percayalah wahai sahabat, aku tidak pernah memarahimu namun aku juga punya hati, yang cepat tersentuh apabila ia dicalarkan. Sedih hati ini sukar untuk aku gambarkan. Saat kau berkata sebegitu, aku cuba sedaya upaya menahan titisan air mata ini daripada mengalir, agar tidak kau lihatkan betapa lemahnya aku berhadapan dengan situasimu yang sebegitu. Perasaanku lantas menjadi hiba, perbualan pasti akan terhenti kerana aku khuatir kesedihan akan aku pancarkan sekiranya aku berpura-pura berbual terus bersamamu. Ketika itu, hatiku mula berdetik, jika sekarang mulutmu begitu ringan melontarkan kata sebegitu, satu hari nanti pasti hatimu juga akan ringan melepaskan diriku, sekaligus melontar aku jauh dari dirimu. Itu yang bermain dibenakku tatkala itu. Mengertilah wahai sahabat, aku sukar untuk menerima hakikat sekiranya itu yang kau lakukan. Apa jua makian atau marah hatimu yang kau lemparkan padaku, aku bersedia menyambutnya dengan tabah, namun, selebih dari itu, membayangkannya juga aku tidak berdaya.
Sahabat,
Warkah ini kukarangkan khusus buatmu. Mengertilah akan bisik hatiku ini. Dan seterusnya aku mahu engkau fahami apa yang tertanam dalam sanubari ini. Sebuah kemaafan akan lebih bermakna dengan adanya penyesalan. Sebuah kerinduan akan lebih bermakna jika adanya sayang. Sebuah persahabatan akan hilang ertinya tanpa kehadiranmu. Tiada apa yang aku mahukan darimu, melainkan sebuah persahabatan penuh erti, sebagaimana yang telah kita jalinkan bertahun-tahun lamanya kini. Warkah ini tidak memerlukan jawapanmu, namun mengharap penuh ehsanmu agar setia bersama, menjaga keutuhan persahabatan yang kita bina.
Wassalam.
Sahabat yang menyayangi dirimu....
Wahhhh... amacam? Syahdu tak baca warkah di atas? Hmm... Warkah ini bila saya mula baca, hati terasa bagaikan disentuh, kemudian sedih bertukar ganti. Dapat saya bayangkan betapa penulisnya begitu menghargai sahabatnya sedangkan sahabatnya itu pula bagaikan sudah mula melupakannya. Sekadar untuk bacaan bersama, kemudian buatlah penilaian sendiri...