;

Tuesday, September 29, 2009

PERSIDANGAN ANTARABANGSA BAHASA MELAYU BAHASA DUNIA

Berkampung di Persada Johor selama 3 hari bagi menyelesaikan tugasan persidangan kali ini amat2 mencabar dan menguji ketahanan mental dan fizikal. Sebenarnya, bagi setiap program pun memang ada cabaran masing-masing. Kejayaan persidangan ini semestinya atas jalinan kerjasama antara pihak Yayasan Warisan Johor (kerana pembiayaan sepenuhnya adalah menerusi Kerajaan Negeri Johor) dengan pihak Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan UPSI. Yelah, kalau setakat memberikan idea tapi tiada penyumbang dana pun tak guna gak kan. Jadi, nak bagi berjaya kenalah ada penyumbang idea dan juga penyumbang dana, disertai dengan usaha untuk mendapatkan penyertaan dan sebagainya, barulah boleh diklasifikasikan sama ada program itu berjaya atau tidak!

Persidangan yang berlangsung selama 3 hari ini menampilkan hampir 50 orang pemakalah tempatan dan juga luar negara. Para peserta pula berjaya terkumpul seramai lebih 300 orang sedangkan yang disasarkan pada awalnya hanya 300 orang sahaja. Pada mulanya penyertaan yang kami terima sangat mendukacitakan. Dengan masa yang hanya berbaki 3 minggu sebelum tarikh tutup sedangkan penyertaan pada ketika itu baru 100 lebih peserta sahaja, bos-bos saya apa lagi mulalah meminta saya untuk membuat hebahan dan seterusnya memenuhkan kuota peserta yang pada ketika itu masih ada kosong 200 tempat. Apa lagi, dengan semua contact yang memang sedia ada dalam simpanan saya, saya terus melakukan kerja-kerja hebahan sambil dibantu oleh beberapa orang teman sekerja. Alhamdulillah, usaha tersebut berhasil kerana belum pun sempat tarikh tutup, kesemua kuota tempat kosong berjaya dipenuhi bahkan terpaksa pula menolak beberapa penyertaan akhir.

Kerja-kerja urus setia seperti biasa menuntut kesabaran yang lebih. Bermacam ragam orang yang terpaksa dihadapi di sini. Senyum terus mekar terukir dibibir walaupun dalam hati hanya tuhan yang tahu hehehe... Apapun, kesimpulannya pada mata kasar saya, dari segi penyertaan dan pembentangan kertas kerja, semuanya cemerlang, makanan tidak terbuang, bererti jumlah yang ditempah dengan jumlah yang hadir adalah lebih kurang sama. Namun, terdapat juga beberapa kelemahan yang terbit. Setiap manusia tidak lepas daripada melakukan kesalahan bukan... Dikesempatan ini saya ingin mewakili kesemua urus setia dan jawatankuasa YWJ, menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada kesemua baik peserta, pemakalah mahupun sesama urus setia daripada organisasi UM, UPSI dan DBP, apa jua kesalahan yang berlaku tidak dirancang namun amat dikesali. Kami berusaha daripada semasa
ke semasa untuk memperbaiki kesalahan ini bagi menjamin kesinambungan hubungan kerjasama baik yang terjalin sesama organisasi selama ini. Terima kasih juga atas sumbangan semua bagi menjayakan PERSIDANGAN ANTARABANGSA BAHASA MELAYU BAHASA DUNIA!! SYABAS SEKALI LAGI KEPADA KERAJAAN NEGERI JOHOR!!




Thursday, September 17, 2009

SALAM SYAWAL! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!


Dikesempatan ini, saya ingin menyusun 10 jari, memohon kemaafan kepada semua sahabat, teman, rakan taulan, saudara mara, rakan sekerja, musuh-musuh (hehehee) dan kepada semua yang mengenali diri saya selain ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Tidak seperti saya, saya harap anda semua bergembira dan berbahagia di hari yang mulia ini bersama insan-insan yang dikasihi ataupun tidak dikasihi ataupun yang terpaksa dikasihi. Walau apapun istilahnya, kegembiraan dan kebahagiaan berhak kita nikmati sepanjang masa, dan bukan sekadar di musim perayaan sahaja. Adios amigos....!!!!

Tuesday, September 1, 2009

SANTAPAN JIWA

Bersama-sama saya di tengah hari yang syahdu ini ialah senaskhah buku Sang Nabi karya siapa lagi...Kahlil Gibran. Saya amat gemar membaca buku ini dan saya ada dua naskhah buku tersebut yang satunya ditulis dalam bahasa indonesia, manakala yang satu lagi bahasa Melayu. Melayu atau Indonesia, keduanya tetap saya fahami. Hari ini jiwa saya agak sedikit tertekan, sedih dan pilu bercampur baur. Bagi meredakan gejolak hati ini, maka saya capai buku Sang Nabi untuk saya hanyutkan seketika perasaan yang sedang melatari seluruh jiwa saya ketika ini. Ingin saya kongsikan bersama di sini, tempat saya mencurahkan segala isi hati.....

Lalu seorang wanita bicara,
Menanyakan masalah suka dan duka,
Yang dijawabnya:
Sukacita ada Dukacita,
Yang terbuka sifatnya,
Dari sumber yang sama, yang melahirkan tawa,
Betapa seringnya mengalir air mata.

Semakin dalam sang duka menggoreskan luka
ke dalam sukma,
Maka semakin mampu Sang kalbu
Mewadahi bahagia.

Pabila engkau berdukacita,
Menjenguklah lagi ke lubuk hati,
Di sana pula kau bakal menemui,
Bahawa sesungguhnyalah engkau sedang menangisi,
Sesuatu yang pernah engkau syukuri.....