;

Thursday, August 27, 2009

PERSIDANGAN ANTARABANGSA BAHASA MELAYU BAHASA DUNIA



Kerajaan Negeri Johor sekali lagi dengan sukacitanya akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia pada 28-30 September 2009 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru. Persidangan ini diselenggarakan secara bersama oleh Yayasan Warisan Johor, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, UPSI dan DBP. Persidangan ini akan membentangkan lebih kurang 30 prosiding daripada 30 orang para pemakalah yang kebanyakannya merupakan IPTA tempatan dan luar negara termasuk China, Rusia, Indonesia dan lain-lain. Persidangan ini akan membincangkan secara serius perkembangan, halangan serta beberapa tajuk yang membincangkan isu Bahasa Melayu di seluruh dunia.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai persidangan ini, bayaran yuran sebanyak RM100 dikenakan, merangkumi penginapan, makan minum dan kit peserta sepanjang menghadiri persidangan. Penyertaan hanya terbuka kepada 200 orang peserta pertama. Yang dulu didahulukan! Sila berhubung terus dengan saya sekiranya berminat atau hubungi Cik Noor Sharila Abdullah (YWJ) di talian 07-2213148/2245488/2263267 sebelum 10 September 2009. Bersama-sama di sini saya lampirkan brosur yang merangkumi borang penyertaan ke persidangan tersebut.

JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!


Monday, August 24, 2009

RAMADAN YA RAMADAN



Salam Ramadan!! Alhamdulillah, kita diberi Allah s.w.t umur yang panjang untuk sama-sama dapat menyambut ketibaan Ramadan kali ini. Kawan-kawan, baik yang ada dalam negara mahupun di luar negara, sama-sama sibuk mengucapkan selamat berpuasa antara satu sama lain. Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa buat semua pembaca blog saya especially sahabat-sahabat baik yang baru mahupun yang lama, yang ada dalam Malaysia mahupun di luar negara, dengan ucapan...Selamat Berpuasa dan semoga semua amal ibadah yang kita laksanakan di bulan puasa ini diterima Allah s.w.t. And satu pesanan lagi, dah alang-alang selama sebulan ni kita tak leh nak mengumpat, mengata orang, mencerca orang, menjaga tepi kain orang, so, apa kata teruskan la sifat baik budi itu pada bulan-bulan seterusnya. At least nampak gak ada cahaya Ramadan yang meresap dalam jiwa raga kita ni dan bukanlah setakat menahan lapar dan dahaga je!!! Opsss...Hehehe