
Semalam kalau tak silap telah diumumkan pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi tahun 2008. Saya tak berada ditempat kejadian di mana berlangsungnya majlis HSKU tersebut, oleh itu tak dapek lah saya nak mengulas lanjut tentang perkara ini. Tapi, apa yang saya nak sampaikan ialah berkenaan Hadiah Sastera Darul Ta'zim yang tahun ini merupakan tahun ketujuh pelaksanaannya. Pada awalnya ia dirancang untuk diadakan pada 20 Jun 2009. Namun, atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan ia telah diubah kepada 17 Julai 2009 bertempat di Persada Johor, Johor Bahru. Hadiah ini seperti biasa akan memberikan pengiktirafan kepada para penulis Johor yang berkarya di seluruh Malaysia. Seperti tahun2 yg sudah, ramai juga para penulis Johor yang telah menerima hadiah ini yang menyediakan hadiah dalam beberapa kategori. Bukan nilai wang tunai yang menjadi ukuran tetapi pengiktirafan daripada Kerajaan Johor yang menjadi idaman pada penulis. Maklumlah, semua orang boleh mengaku diri sebagai penulis, tetapi sejauh manakah karya yang mereka hasilkan itu boleh dianggap bermutu dan berkualiti, itu yang diserahkan kepada panel untuk menilai. Untuk tahun ini, bolehlah dianggap satu pencapaian yang amat baik dalam sejarah pelaksanaan HSDT kerana banyak karya yang diterima untuk setiap kategori.
Untuk melegakan kegelisahan penulis yang menghantar karya mereka untuk penilaian dalam HSDT, maka diumumkan keputusan HSDT sebagaimana di bawah:
heheheheh...keputusannya adalah rahsia!!!!
mana leh bitau lagi...tak surprise laa....
nak tau kena lah datang sendiri ke tempat kejadian pada 17 Julai nanti atau pada sapa2 yg malas tu, tengok je la nanti dalam paper Utusan Malaysia dan KOSMO keesokan harinya...
hehehehe.... adios!!!!