;

Wednesday, April 15, 2009

Tuesday, April 14, 2009

PERGI YANG TAK KEMBALI

Semalam saya demam, selesema. Rasa badan lemah betul sampaikan terpaksa amik half day keje. After lunch saya balik, telan ubat and tido sampai petang. Ri ni baru badan rasa macam ok skit. Tapi sebab demam tak keluar betul, badan still rasa tak bes. Ingat nak cari air kelapa nanti. Lepas pegi breakfast, dapat cerita tak best, mummy saya meninggal dunia! Yang peliknya, kali ni reaksi saya beza skit. Saya tak rasa sedih sebaliknya terperanjat. Terperanjat disebabkan banyak sebab.

Dah hampir 2 minggu sebenarnya saya berulang alik ke hospital untuk ziarah insan yg saya panggil mummy ni. Dia sebenarnya macam emak angkat @ godmother kepada saya adik beradik. Kami sekeluarga amat rapat dengan beliau. Mummy yang saya maksudkan sebenarnya orang cina yang da menjadi sahabat kepada keluarga saya selama hampir 40 tahun lamanya. Dari kecik lagi kami da panggil dia dengan mummy. Orangnya tersangatlah baik, kalah orang melayu kita. Hampir 10 tahun lamanya mummy berperang dengan penyakit kanser payudara yang mana beberapa bulan lepas kansernya telah mula menyerang ke hati pula. Rawatan kemo dijalankan dan kali ni saya dapat tengok perubahan pada fizikal mummy amat ketara. Setelah berbulan menjalani rawatan kemo, tiba-tiba mummy ditahan di hospital sebab terkena jangkitan pula. Kali pertama saya melawat beliau di hospital, hati saya terlalu hiba sebab melihatkan keadaan dirinya. Badannya ternyata amat kurus dan kulitnya nyata legam kesan daripada rawatan kemo. Saya tak dapat menahan sebak, akhirnya saya menangis sewaktu di bilik menunggu. Saya tak sangka begitu sekali keperitan yang terpaksa dilalui oleh mummy. Sepanjang rawatan kemo, mummy tak bagi sesiapa pun melawat beliau di rumah kerana selalu dia akan menghabiskan masa dengan tidur dan berehat dan untuk itu tidak berdaya untuk melayan tetamu.

Sejak lawatan pertama, saya tidak henti-henti menziarah mummy di unit HDU walaupun setiap kali melawat, mummy tidak pernah sedar atau mampu berbual. Mummy hanya terlantar dengan tiub melingkar dari hidung hinggalah ke lengan-lengan beliau. Matanya sentiasa pejam namun sesekali dipanggil dia akan memberikan respons. Sering saya bisikkan ditelinganya bahawa dia mampu untuk bertarung dalam perlawanan kali ini. This is the final fight, saya katakan padanya, and you have to win this fight, you have to! Tubuh yang terbujur lesu dihadapan saya tidak memberikan sebarang reaksi atas percakapan saya, sebaliknya diam. Hanya deras hela nafas dan dada yang berombak kencang yang menemani saya ketika itu. Bila memerhatikan orang yang sedang bertarung nyawa melawan kanser, hati saya berdetik, lebih baik sebenarnya dia 'pergi' cepat supaya diri dia tak terseksa menahan sakit lagi. Saya tahu dia dalam kesakitan sebab walaupun sedang 'tidur', ada ketikanya wajah dia berkerut seperti menahan sesuatu yang menyakitkan.

Saya sebenarnya terkilan. Terkilan sebab tidak sempat melawat mummy semalam disebabkan saya demam. Rasa macam nak pegi jugak tengok tapi keadaan tak mengizinkan. Saya fikir pagi ni baru saya nak pergi lawat dia. Apakan daya, tuhan lebih sayangkan mummy berbanding diri kami dan ahli keluarganya yang lain. Seawal pagi tadi, 14 April 2009, mummy telah dijemput tuhan. Ibu saya meratapi pemergiannya dengan perasaan terkilan kerana tidak dapat melihatnya untuk kali terakhir. Apa yang dimaklumkan kepada kami, mayatnya akan dibawa ke sebuah tokong bagi urusan akhir sebelum dibakar. Tiada sebarang kata lagi yg dapat saya lafazkan. Saya serta seluruh ahli keluarga saya telah kehilangan seseorang yang amat kami sayangi. Seseorang yang amat rapat dengan kami. Seseorang yang kehadirannya begitu bermakna kepada kami. Seseorang yang akan kami kenangi dan akan kekal berada dalam hati kami sampai bila-bila...




Everything passes away,
But i wish i could remember you and your love forever.

REST IN PEACE..My dear mummy...