;

Monday, March 16, 2009

SAHABAT YANG HILANG : SUPARYONO

Hari ni seperti kebiasaan, agenda utama bila masuk ke ofis ialah untuk check semua mailbox, kot2 ada emel urusan yang perlu diselesaikan segera. Lepas check emel terus ke facebook plak, tengok apa citer kawan2. Walaupun saya ada terima emel menceritakan tentang the dark side of facebook yang kononnya dijadikan pihak CIA untuk mendapatkan maklumat/info sesiapa sahaja. Perkara itu mungkin juga ada kebenarannya dan saya tak sangsi pun. Tapi yang ingin saya katakan kat sini ialah the bright side of facebook.

Terus terang saya cakap, sejak kali pertama mendaftarkan diri dengan facebook, saya telah di'reunite'kan semula dengan teman2 yang da lama menghilang. Yang paling best sekali, saya berjaya berjumpa dengan kawan2 sekolah rendah sewaktu di SRKPD! Bayangkan zaman 20 tahun yang lalu, dan ari ni bila berjumpa masing2 da lain. Sampaikan ada antara mereka saya da tak ingat pun! (Saya ni hampeh skit sebab pelupa! hehehe)

Hari ni, the same amazing thing happened again. Saya tiba2 dapat satu mail dari seseorang yang namanya cukup familiar. Sebaik sahaja membaca messagenya ati saya yang melompat kegembiraan dulu (saya sendiri tak dapat nak melompat sebab malu kat budak2 ofis ni). Benarlah dia teman yang saya cari selama ini! SUPARYONO! Teman saya dari Indonesia yang saya kenali sewaktu berlangsungnya program Pertemuan Sasterawan Nasional di Johor Bahru tahun 1999! Sebenarnya, saya terputus hubungan dengan Yono sejak dia menikah iaitu kira2 8 tahun yang lalu. Saya cuba hubungi dia di Horisons iaitu tempat kerjanya tapi gagal. Sejak itu, saya da tak tau camner lagi nak jejaki sahabat saya ni. Dan ari ni melalui facebook saya dipertemukan sekali lagi dengannya! Seronok kan main! Saya nak upload gambar Yono tapi album ada di rumah pulak. Saya masih belum berkesempatan untuk berbual lanjut dengannya lagi. Kemudian pun ok sebab saya da berjaya jumpa semula dengan sahabat saya yang hilang ni.

PERTEMUAN PENULIS SERUMPUN, PEKANBARU, RIAU, INDONESIA

Salam.. Ri ni saya just nak citer pasal program yg sebenarnya dekat sebulan gak da berlangsung. Program yang dinamakan sebagai Pertemuan Penulis Serumpun ni menghimpunkan seluruh penulis serantau negara Indonesia, Kepulauan Riau khususnya, untuk sama-sama diseminarkan bagi tujuan menggalakkan mereka menyertai Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor III 2009. Program ni berlangsung selama 3 hari bermula 20-23 Februari bertempat di Universitas Riau (UNRI). Pengisian program da tentu dengan seminar yang mana beberapa orang tokoh akademik dari universiti di Malaysia serta Indonesia ditugaskan untuk membentangkan kertas kerja berhubung perkaitan sejarah Johor-Riau-Lingga. Kalau kita ni pandai dan suka menyoroti sejarah negeri Johor khasnya, banyak cerita menarik yang terpatri disebalik kejadian-kejadian yang termuat dalam naskhah2 sejarah yang boleh didapati.

Kami juga berkesempatan untuk melawat Siak, iaitu sebuah daerah kecil yang namanya turut termuat dalam Hikayat Sejarah Melayu sebagai salah sebuah tempat yang menjadi pusat pemerintahan Sultan Johor sewaktu lari membawa diri dari Kerajaan Johor Lama. Perjalanan ke Siak mengambil masa lebih kurang 4 jam, dengan keadaan jalan yang bagaikan berbukit dan berlubang-lubang. Disepanjang perjalanan, lori besar yang membawa muatan kayu untuk dijadikan kertas sering berselisih hinggakan kadang kala kami terpaksa berhenti bagi memberi jalan kepada lori2 tersebut untuk lepas dulu disebabkan jalan yang sempit. Keadaan kami di dalam bas, memang tak dapat digambarkan, terlompat2 mengikut rentak tayar bas tatkala mengelak lubang2 yang ada. Walaupun pada ketika itu saya bertugas sebagai jurufoto tapi memandangkan kepala saya sudah mulai pening, berpinar dan sebagainya, maka tidak dapatlah saya menjalankan tugas terutama sekali untuk merakamkan suasana di dalam bas dan keadaan persekitaran. Siak dikelilingi oleh sungai yang sememangnya pada suatu ketika dahulu menjadi penghubung dengan negara luar bahkan sewaktu peperangan juga.

Tak ada banyak bezanya antara Indonesia dengan Malaysia sebenarnya. Yg membezakannya ialah budaya, adat dan kehidupan masyarakat setempatnya sahaja. Siak ni bolehlah disamakan seperti Rengit di Batu Pahat, tidak terlalu maju dan tidak pula terlalu mundur. Tapi kalau berharap nak jumpa shopping complex di sini, memanglah jangan harap! Rumah makan (restoran) yang elok pun rasanya cuma ada sebuah. Yang lain ibarat warung2 tepi jalan. Antara tempat yang dilawati di Siak da tentu bekas Istana Sultan Sharif Kasim, iaitu Sultan Siak. Cantik istana ni. Di Malaysia pun lum tentu lagi kita dapat masuk bekas istana sultan. Bekas istana ni telah dijadikan sebuah muzium jadi macam2 la barangan/khazanah yang boleh dilihat. Antara yang menarik ialah sebuah cermin permaisuri yang mengikut lagenda orang Siak, cermin tersebut memberikan awet muda kepada sesiapa yang melihatnya. Mungkin sebab permaisurinya awet muda kot, maka sebab tu dikatakan cermin tu beri aura awet muda. Wallahualam. Selain istana, kami juga mengunjungi masjid agung Siak di mana di situ terdiri sebuah makam pahlawan nasional mereka yang berjuang memerdekakan negara dan bangsa. Selain tempat2 bersejarah ini, rasanya tak de lagi tempat menarik yang dapat dilawati. Sebelum pulang, kami sempat membeli buah salak untuk dimakan dalam bas dan saya seperti biasa hanya mampu melelapkan mata sepanjang perjalanan bagi mengelakkan merasai kepala yang pening sebab takut kalau melarat boleh terkeluar isi perut dibuatnya. Hehehhe.. Apapun, satu lawatan ke satu destinasi telah berjaya memberikan seribu satu pengalaman dan ilmu kepada saya.

Secara keseluruhan, saya tidak berani untuk mengatakan sama ada objektif pertemuan ini berjaya dicapai atau tidak kerana untuk menilainya saya harus menantikan penyertaan penulis2 Indonesia ini dalam sayembara itu nanti. Sekiranya saya memperoleh penyertaan walaupun hanya satu, pada saya itu sudah boleh dianggap sebagai satu kejayaan kerana bukan mudah kita hendak menarik orang luar untuk menyertai sesuatu yang dianjurkan bahkan hendak mendekati kita pun belum tentu lagi berjaya. Tapi, kami telah berjaya mendekati para penulis di Kepulauan Riau dan saya amat berharap semoga kejayaan berikutnya akan dapat kami capai sekali lagi.


Wednesday, March 11, 2009

KISAH ADAM DAN HAWA

Haloooo... Disebabkan ada tekanan berbentuk cabaran daripada seseorang makam here i am! Memang da agak lama tak mencoret di blog disebabkan kesibukan tahap maksima hinggakan ada yg mengajak saya menyertai komuniti blog sawang! Tak pe..tak pe...nanti ye...hehehhe..

Terpanggil seketika untuk menulis tentang kisah adam dan hawa... Bukan kisah Nabi Adam tapi lebih kepada kisah manusia, lelaki dan wanita secara spesifiknya.. kalau Brader Macho (kenalan saya) suka berbicara tentang golongan wanita menerusi kolumnya 'Kerana Kau Perempuan', saya plak memilih untuk bercakap tentang kedua-duanya. Tidak berhasrat untuk menulis panjang, lebih menantikan komen pembaca sebenarnya (itupun sekiranya blog saya ni ada pelawat ekekkeke). Dalam fenomena masa kini, saya lihat, wanita bukan sahaja dilukakan hatinya oleh kaum adam bahkan dari spesis yang sama juga. Apa yang berlaku disekeliling cukup menguatkan keyakinan bahawa wanita zaman sekarang memang berupaya untuk menjadi apa sahaja yang mereka mahukan. Yang bujang tidak lagi segan silu mendampingi suami orang, yang sudah bersuami pula masih ligat bermain cinta, yang keseorangan pula menagih cinta pada yang sudi, walaupun orang tersebut sudahpun berpunya. Kaum adamkah yang harus dipersalahkan kerana alpa dengan status diri mereka atau kaum hawa yang sememangnya semakin bijak menjalankan jarum memikat mereka? Bagaimanakah perasaan kaum hawa apabila suami yang mereka nikahi tiba-tiba memberitahu bahawa mereka ingin menikah lagi? Merenung pula pada diri, melihat-lihat apa yang masih kurang jika hendak dibandingkan dengan wanita yang ingin dinikahi oleh suaminya? Mungkin faktor pendidikan, mungkin juga paras rupa atau mungkin juga kerana faktor tidak pandai bergaya? Atau faktor si suami sendiri, yang kononnya cinta sepenuh hatinya atau love at first sight atau apa juga alasan yang diberikan sememangnya dapat diterima sepenuh hati oleh si isteri bagi membolehkan suami mereka berkahwin lagi?

Saya banyak melihat, mendengar, membaca bahkan berdasarkan daripada pengalaman beberapa orang teman, dapat dirumuskan semua perbalahan atau pertanyaan harus diajukan kepada SI ADAM DAN SI HAWA itu sendiri! Dari situ baru kita akan mendapat jawapan. Situasi sekarang sudah tidak sama seperti dahulu. Sudah amat berbeza sekali. Apa yang saya lakukan? Melihat, mendengar dan mencatat semua episod cerita lalu kemudiannya akan saya kembangkan menerusi bahan pembacaan. Untuk yang itu, tunggu dan lihat.....