;

Tuesday, January 6, 2009

WAHAI PARA PENULIS DI LUAR SANA!!!!

Wahai para penulis seMalaysia! Dengar, dengar, dengar.... Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa program penulisan bermula Januari ini hinggalah penghujung Disember 2009. Brosur-brosur program telah pun saya upload di sini, antaranya HSDT, Sayembara (tarikh tutup 31 Disember 2009) dan Bengkel Penulisan Novel Sejarah Johor (pada 23 - 25 Januari 2009). Pada mereka yang berminat untuk menyertai, sila dapatkan borang sama ada download dari sini ataupun melalui Yayasan Warisan Johor atau kirimkan envelop kosong beralamat sendiri dan bersetem RM0.50 kepada:

YAYASAN WARISAN JOHOR,
JKR303, JALAN MARIAMAH
80100, JOHOR BAHRU
(U.P: ZETTY RAIHAN MOHD YASSIN)

kalau tak dapat download dari sini anda juga boleh mendonlod dari laman web DBP atau facebook saya menerusi alamat ini: http://www.facebook.com/home.php?#/profile.php?id=1576721691
&ref=name


Di sana ada borang-borang yang telah saya upload. Selamat Berkarya!!!

BROSUR HADIAH SASTERA DARUL TA'ZIM 2009




BROSUR SAYEMBARA MENULIS NOVEL SEJARAH JOHOR 2009




SELAMAT DATANG 2009!

Salam semua, lama tul ninggalkan blog ni disebabkan mengurus perkara-perkara lain. Sepanjang 2008, banyak kisah suka duka yang berlaku dalam hidup saya. Banyak gak airmata yang jatuh tertumpah dan seterusnya kering sendiri. Banyak kali gak hati terluka dan kemudian pulih setelah dirawat. Tak kurang jugak pertelingkahan kecil yang berlaku dan kemudian baik semula. Huh..macam-macam rupanya dah berlaku sepanjang 2008 lepas. Semuanya kemas tercatat dalam diari hatiku (hehehe..macam lagu tokti lak). Dengan kehadiran 2009 ni, saya harap semuanya akan jadi baik walaupun tak mungkin semua akan baik. Kalau semua baik dunia ni aman makmur. Apapun, saya harap semua yang saya cita-citakan akan berjaya dicapai. Azam? Saya dah tak selera nak tanam azam setiap tahun. Sungguh berbeza dengan orang lain agaknya tapi itulah saya. Pasak azam tapi tak berjaya dicapai buat apa. Sebagaimana biasa, saya hanya akan pasang cita-cita dan impian. Sepanjang tahun pasti ada cita-cita baru yang muncul. Untuk tahun ni cita-cita saya ialah untuk sambung belajar buat Sarjana (Master) di Universiti Malaya. Lepas tu, saya bercita-cita untuk menyelesaikan semua perkara yang belum lagi diselesaikan iaitu, menyiapkan novel yang dah tertangguh sekian lama. Tapi tak pe. Penulis Saleha Husin yang menghasilkan novel best seller PEMBURU MIMPI, dia pernah bitau saya bahawa novel Pemburu Mimpi tu dah tertangguh hampir 5 tahun lamanya kerana dia terlalu busy untuk menyiapkannya. Tulis sikit pastu wat keje lain. Dia cakap gak yang dia cukup penat nak nyiapkan novel Pemburu Mimpi tu. Akhirnya setelah 5 tahun barulah siap dan tak disangka novelnya itu menjadi novel best seller dalam sejarah jualan DBP. Saya harap novel saya nanti jadi macam novel dia gak hehehehe...Itulah impian namanya. Bila cita-cita dah berjaya dicapai, tinggal impian pulak untuk merealisasikan kehendak kita seterusnya. Saya gak ada cita-cita untuk beli kereta baru memandangkan hutang kereta saya dah langsai! Huhuuuuu!! Seronok betul rasanya bila dah terlerai satu ikatan hutang. Cuma, cita-cita beli kereta baru ni kena hold on dulu. Tunggu sampai keadaan mengizinkan coz saya ada kereta impian saya. Hehehee...

So, to all my frens especiallu Sumaiya Mamdani Qadir yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Mahdi Qadir, wish u guys happiness, stay healthy and wealthy so that u can buy me things from US hehehhe...dan buat kawan2 di serata Malaysia, untuk neezie dan bibu yang telah mencoret kata di chatbox saya (whoever u are) termasuk yg baru saya jumpa di Facebook, hepi new year. Semoga tahun ini membawa kebaikan untuk diri kita semua. Amin.