;

Tuesday, November 11, 2008

TENTANG SAYANG, KASIH DAN PENGORBANAN

Masa topik ni ditulis, saya tengah hang out di Starbuck, JB City Square. Sambil menikmati menu baru, Dark Cherry Frappucino yang memang leh tahan sedap gak, apa lagi..sementara leh free surfing kat sini, saya pun ambik peluang untuk tulis blog. Lama gak tak tulis blog ni. Actually, this topic has been running wild in my mind selepas berlaku satu perkara yang leh dikatakan mengguris hati saya and at the same time membuatkan saya wondering whether all this while i'm doing the right thing in my life. Of course, there is no turning back for all the things i've did but sometimes it did makes me thinking.

Tentang sayang...saya dah penah cerita in my previous topic so rasanya tak perlu la nak ulang lagi. Tentang kasih lak... Orang kata mula dengan berkasih baru lahir sayang dan kemudian baru datangnya cinta. Yup, quite true! Camne lak dengan pengorbanan? To me, bila ada kasih and sayang ni, confirm, suka ke tak suka, kena gak ada pengorbanan.....(to be continue...)

Friday, November 7, 2008

Monday, October 20, 2008

Friday, October 17, 2008

PERHIMPUNAN HARI RAYA



Haaa....baca je headline da terbayang lak orang dok berhimpun beramai-ramai, macam gempaks nau la perhimpunannya yekk!!! Hehehehe...

Sebenarnya perhimpunan ni lebih kurang macam jamuan hari raya je. Ahaks! Saja je wat gempaks! Masa tu sedara mara dari Shah Alam datang beraya ke Johor. Dah terlanjur berkumpul beramai-ramai tu, mak-mak sedara pun mula la menganjur rumah terbuka untuk 'kami-kami' sahaja. Hehehe...lepas rumah Kulai, ke rumah Nong Chik plak. Ha, gambar ni masa kat umah mak teh la ni. Makan apa? BBQ! Huh...berjenis haiwan yang telah dikorbankan pada jamuan hari tu. Antaranya, udang, sotong, ayam dan rusa pun ada! Jangan tak tau, datuk moyang udang pun terkorban gak dipanggang malam tu. Sepupus sepapats sesekali berkumpul, meriahnya bukan main lagi. Berborak sambil meratah lauk, bergelak tawa. Memang bes bila dapat jumpa sepupus sepapats ni. Lagi pulak, saya dengan sepupu di Shah Alam memang jenis rapat giler! Macam adik beradik pun ada. Maklumlah, umur masing-masing pun bukan jauh sangat pun. Bagi mana-mana sepupusku yang tidak hadir pada malam itu, untuk tahun depan, korang masukkan la cepat agenda beraya ke Johor dalam jadual korang. Kalau tidak....rugilah korang! Muahahhahahahah!!! SELAMAT HARI RAYA....MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Wednesday, October 15, 2008

TENTANG MATI

Pada 13 Oktober yang lepas, salah seorang sahabat saya di tempat kerja kehilangan bapanya. Saya agak terkejut jugak pada mulanya sebab minggu sebelumnya kami berjumpa, dia ada sebut yang bapanya masuk hospital sebab sakit. Bayangkan la dimusim raya ni tiba-tiba ahli keluarga kita masuk hospital, mesti kalut kan. Tiba-tiba dapat berita, bapanya meninggal lak! Innalillah. Balik je dari melawat, terus terlintas di hati saya, camner agaknya bila situasi sebegini berlaku atas diri saya pulak? Huh...time tu terus datang rasa nak menangis. Arwah ayah kawan saya tu umurnya 73 tahun, ayah saya lak da 65 tahun, terkedu kejap saya! Saya belum rasa bersedia untuk kehilangan mana-mana orang yang saya sayang buat masa ni.

Cerita tentang sayang.... dalam hidup saya, ada 2 golongan orang yang saya sangat sayang... Golongan pertama ialah ahli keluarga, darah daging saya. Golongan yang kedua pulak yang lain-lain, iaitu bukan darah daging. Orang-orang yang termasuk dalam golongan ni kebanyakannya kawan-kawan rapat saya. Sebut pasal famili, doranglah yang paling saya sayang dalam dunia ni, lebih daripada sayang diri saya sendiri. Saya sanggup berkorban apapun termasuk nyawa sendiri demi famili. Ada satu ketika bila mak saya berhadapan dengan satu pembedahan yang sangat2 merbahaya, saya rasa macam nak pergi jumpa tuhan suruh gantikan tempat mak saya tu dengan saya je. Saya tak sampai hati nak tengok emak saya dalam keadaan koma atau sebagainya. Tapi, alhamdulillah, walaupun tak berjaya jumpa tuhan, doa saya dimakbulkan dan emak saya berjaya melalui detik2 sukar dalam hidupnya.

Dalam hidup saya jugak, saya rasa amat bernasib baik sebab dari kecil sampai la dah besar panjang ni, saya sering dipertemukan dengan orang yang baik2 yang seterusnya ditakdirkan untuk menjadi sahabat baik saya. Masa zaman sekolah rendah, sahabat baik saya namanya Nanee dan sehingga sekarang ni kami masih lagi berhubung. Nanee tinggal di Lukut, PD dan bertugas sebagai guru sekarang ni. Masa sekolah menengah lak kawan baik saya nama dia Haffisza dan sekarang ni dia keje di UTM, dulu dia ni peguam. Zaman di universiti pulak, lagi ramai kawan baik saya tapi yg betul2 baik sampai sekarang ni ialah Cipah dan Nanje. Sorang di KL dan sorang lagi di Perlis. Tu lum termasuk senarai adik2 angkat yg masih lagi berhubung hingga sekarang. Kat tempat keje pun saya ada kawan rapat. Antaranya Rohan, As, K.Azwa, K.Zaila, Rabiah, Linda dll. Bila saya ada dengan dorang sume, saya rasa macam life saya tak de masalah. Tak kira la apapun yg berlaku kat luar sana, tapi bila sama, life rasa tenang sangat2. Bukan senang nak dapat rasa gitu sekali. Itulah terapi seorang kawan baik namanya! And saya sayang semua kawan2 saya! Bila kita ada kawan baik, kita cuma ada satu rasa je dalam diri, nak gembirakan hati kawan kita tu and dalam masa yang sama hati kita sendiri akan gembira! Pernah gak kadang2 terlintas dalam pala saya yang membuatkan saya angkat tangan dan berdoa pada Allah s.w.t supaya dapatlah kiranya diri saya dijemput mendahului ahli keluarga dan orang2 kesayangan saya yang lain. Saya tak rasa diri saya cukup kuat untuk berhadapan dengan situasi kehilangan mereka. Oleh itu, lebih baik saya yang lebih dulu pergi dari dorang yang lain. Dengan cara tu, saya takkan meratap menangisi pemergian mereka mengadap Ilahi. Ok tak? Hehehehe....

Monday, September 8, 2008

My Best Pal


Ini Sumaiya Mamdani, my best pen pal i've ever had. Here goes the story.... Nak dijadikan cerita, in 1997, me and my family pegi la menunaikan umrah... 2 minggu gak kami di sana... Nak dijadikan cerita sekali lagi, sewaktu kami menunaikan solat di Masjidil Haram, Mekah, terjumpalah akan kami dengan dua orang manusia ni... nak kata orang india bukan, arab bukan tapi tengok dari raut muka and kulit, macam ada darah gak la dengan belah-belah arab ni. Rupanya memang betul. Kaji punya selidik rupanya dorang ni warga Amerika, tapi berdarah campuran Pakistan, maka secara resminya orang Islam. Kalau bukan Islam takkan leh pijak kota Mekah, ye tak.... Itulah dia tuan empunya nama, Sumaiya Mamdani, kenalan yang pada ketika itu baru berusia sekitar 10 tahun dan saya lak masa tu 19 tahun... bayangkan dekat 10 tahun bezanya umur saya dengan minah ni. Pertemuan di masjidil haram tidak berakhir begitu sahaja. Kami bertukar-tukar alamat dengan harapan untuk menuai silaturrahim yang terjalin. Sebenarnya pada masa tu kakak saya yang beria-ia berbual dengan dorang berdua ni memandangkan englishnya power pada masa tu. Tapi tah kenapa, sebaik je alamat si Sumaiya ni saya simpan dalam kocek dan sekembalinya ke Johor Bahru selepas tu, saya pulak yang meneruskan jalinan persahabatan ni. Mulalah saya kirimkan poskad dan surat pada Sumaiya bertanyakan khabar dan ada kalanya kirimkan juga ole-ole untuknya. Sumaiya pun macam tu gak. Bertahun berhubung dengannya, macam-macam yang dia da bagi...rantai, gelang, penanda buku, dan tahapa-hapa lagi saya pun tak ingat. Sekarang ni da hampir 11 tahun kami berkawan, Sumaiya pun bukan budak kecik lagi, dia da jadi anak dara yang rupawan, lulus universiti, da bekerja dan tak lama lagi nak berkahwin pun. Ini lah Sumaiya, sahabat saya yang baik, yang cantik dan yang penyayang. Harap-harap persahabatan yang terjalin ni akan berkekalan sehingga ke akhirnya...Amin...

Friday, July 4, 2008

Melayan Blues

Ada satu hari tu, sedang syahdu saya melayan blues, tiba-tiba datang satu ilham untuk tulis puisi ni....

BICARA HATI I

Lalu soalku kepada hati,
Andai rindu yang kurasakan,
Mengapa harus datangnya sepi,
Saat mentari melimpahkan cahaya,
Hati ini dingin bak salju,
Tangis pilu memagari kalbu,
Wahai rindu,
Dekatlah engkau kepadaku,
Biar pedih mendalam dikau mencengkam,
Ruang hatiku tak pernah kelam,
Cahaya rindu memancar,
Di situlah kasihku kembali bersinar....

Something To Share

Actually, it have been quite a while since my last visit to my own blog. Hehehe...busy...nak buat camne. Dalam pada tak wat apa-apa pada blog sendiri, saya gi la jenjalan tengok blog orang lain. Antara blog yang betul-betul menambat hati saya ialah blog lagu-lagu MP3. Dengan adanya blog-blog sebegini, makin mudahlah urusan untuk mendapatkan lagu-lagu yang diminati. Di sini saya sharekan web blog-blog tersebut. Antaranya:

Lagu sepanjang zaman...Korang leh jalan ke blog ni
LAGU TOP MASA KINI and gerenti korang sume sure berpuas hati melayan lagu-lagu yang termuat.

Pastu, ada satu blog ni, antara yang hebat dan berinformasi gak pada saya. Dia ni macam-macam adaaaa! Dalam erti kata lain, blog dia ni macam poket doraemon gak la, apa nak semua ada. Saya belajar convert video dari You Tube pun dari mamat ni. Memang gempaks la lu mat! Tenkiu!
INI AKU PUNYE CITE..

Manakala yang ni plak, satu lagi website yang banyak membantu dalam urusan meng'convert' video FLV kepada MP3 dan lain-lain.
YouTube to MP3 Online Converter - Convert YouTube's videos to MP3 fast and free

so pasni, make sure you all layan blog and web yang saya recommend ni and nescaya anda semua pasti berpuas hati. Adios Amigos!

Wednesday, January 2, 2008

Hari Ini & Semalam


UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI

First of all, mintak mahap banyak-banyak pada sape-sape yang tengah sedap menyuap tu, tiba-tiba dalam tengah syok klik sana klik sini, terklik pada topik ni. Gambar ni bukan apa, sekadar gambar kaki saya selepas lebih kurang 2 minggu dijahit akibat kemalangan kecil. Nak tau apa citernya? Haa..ni lah nak habaq... Pada bulan Mei 2007, lebih kurang 16 Mei gitu la, saya ke Melaka bagi menyertai satu acara sukan gilang-gemilang yang mana saya turut serta sebagai peserta sukan. Acara ni berlangsung lebih kurang seminggu gak lamanya. Selepas 3 hari, sebaik sahaja tamat acara sukan, kami terpaksa pula mengikuti satu acara gotong-royong yang diadakan di Kg. Morten tak silap namanya. Di situlah segala-galanya bermula. Alkisah, tiap kumpulan diberikan tugas untuk membersihkan kawasan persekitaran, termasuk kawasan luar rumah dan juga diberikan kepada sebuah keluarga angkat untuk membantu mereka melakukan kerja-kerja rumah yang ringan. Oleh kerana tak suka memerap kat rumah orang, saya memilih tugas membersihkan kawasan laman luar dan bersama-sama ahli kumpulan yang lain yang antaranya ada Abg. Enal Zapin, Pak Edhi, Miza dan ramai lagi. Memandangkan bilangan kami ramai maka cepatlah jugak kami menyudahkan kerja-kerja pembersihan yang diarahkan. Tiba disatu lorong, disebuah rumah yang menjual pelbagai produk famous Melaka antaranya belacan dan cincalok maka ramailah antara kami yang turut menyinggah untuk memborong belacan untuk dibawa balik ke JB. Saya pulak tak berminat nak memborong sama jadi saya pun berjalan-jalan disekitar kawasan tersebut sehinggalah kawan saya, Miza namanya, ternampak sebuah basikal dan mula memboncengnya. Apa lagi, dek kerana kebosanan menunggu, saya pun tumpang sekaki membonceng di belakang basikal tersebut yang dikayuh oleh Miza. Jalan punya jalan ternampaklah kami satu gerai yang menjual ABC dan kami pun berhenti untuk membeli ABC tersebut. Hari yang terik panas membuatkan ABC yang tak seberapa tu kelihatan amat menarik pada tekak kami. Selesai membeli untuk diri sendiri dan kawan-kawan lain, Miza pun mula mengayuh untuk pulang ke tempat kawan-kawan kami tadi. Entah macam mana, agaknya disebabkan kaki dah penat mengepak di sisi basikal, tiba-tiba boleh pulak saya letakkan kaki di tepi tayar dan nak dijadikan citer sedih, masa tulah tiba-tiba kasut saya dibahagian tumit terbelit serta-merta di rim basikal yang sedang dikayuh oleh Miza. Terus Miza berhenti mengayuh dan saya pulak mengeluarkan kaki yang dah terpusing pada rim basikal. Sakitnya boleh tahan juga, pedih, bisa, mungkin sebab kaki dah terpeleot. Lepas mengepakkan semula kaki Miza kembali mengayuh.
Sampai di tempat menjual belacan tadi, saya cuba berdiri tapi terasa kaki sebelah kanan yang cedera tadi tak kuat untuk menyokong badan. Saya ambil kerusi dan duduk sambil tangan segera membuka kasut dan stokin biru yang tersarung. Bila bukak je kasut dah ternampak setompok darah, hati saya mula berdetik, ah..sudah....Perlahan-lahan saya melorot turun stokin pula dan terasa pedih yang amat sangat pada bahagian keting kaki. Elok saja stoking terlurut semua barulah saya tau yang sebenarnya kulit dibahagian keting dah tersiat, terkuak turun bersama-sama dengan stoking yang saya buka tadi. Nampak putih je. Darah mula mengalir dibahagian tepi luka. Alamak! Hati saya bersuara lagi. Ini sudah kes kulit terkoyak! Ini tandanya luka kena jahit, saya bercakap sendiri. Masa tu ramai yang dah kelilingi saya. Mana yang jenis mabuk darah tak berani nak tengok dekat-dekat, yang lain menolong hulurkan tisu dan abang jual belacan pulak berlari ambilkan minyak gamat untuk saya. Thank you bang! Hehe.. Saya tekup luka dengan tisu sambil mulut mengarahkan seseorang mendapatkan kenderaan untuk membawa saya ke klinik. Tiba-tiba saya rasa sesuatu, macam nak pitam! Saya duduk bersandar, pejamkan mata, tarik nafas dalam-dalam dan tenangkan diri. Bila saya rasa dah ok baru saya buka mata semula. Orang masih kerumun dikeliling saya, bersimpati kot dengan saya. Sakit pada kaki saya dah tak rasa sangat, cuma rasa pedih je. Dalam masa tu, saya perasan satu benda, saya tak sempat nak menangis! Kalau perempuan lain, saya rasa sure dah meraung masa tu tapi bukan diri saya. Saya tak nak menangis. Saya tak suka menangis tapi yang kelakarnya bila tengok drama atau hindustan yang sedih, pandai plak saya menangis! Hahaha...itu jiwa tersentuh namanya! Bab sakit macam ni, saya cuba tahankan apapun kesakitan yang saya rasa. Saya tak nak orang tahu yang saya dalam kesakitan. Saya tak nak orang bersimpati dengan saya. Saya nak orang nampak ketenangan saya. Sehingga 15 minit berlalu, saya masih lagi boleh berjenaka dengan orang-orang yang mengerumuni saya. Saya cakap pada mereka, nasib baik game dah habis. Kalau tak siapa nak gantikan tempat saya bermain badminton?
Sebuah kenderaan 4wd milik JMA tiba dan saya melompat dengan sebelah kaki naik ke dalamnya sambil ditemani oleh Miza dan Azlan Hafiz. Sambil tu sempat juga Miza menghulurkan ABC yang dah cair kepada saya. Saya minum, ternyata tarikannya saja yang menarik, rasanya tidak. Saya berikan ABC kepada Azlan untuk diminum sehingga kami tiba di klinik. Di klinik, seorang pembantu doktor membuat kecoh menyuruh saya ke hospital dengan mengatakan luka saya tidak boleh dijahit sebab dikhuatiri keting turut terluka. Aduh! Janganlah macam-macam, hati saya berbisik lagi. Tak lama kemudian doktor keluar dan menyuluh kaki saya untuk melihat tahap kecederaan. Beliau mengatakan keting saya tidak terluka, hanya nyaris terluka sahaja dan mengarahkan saya ke bilik rawatan. Di sana luka saya telah dijahit dengan 8 jahitan bersamaan dengan 8cm. Panjangnya! Selesai satu perkara.
Balik ke JB saya terpaksa berhadapan pula dengan satu perkara, emak saya! Nak tau sebab apa? Sebenarnya, pada minggu hadapannya saya akan melangsungkan perkahwinan saya! Emak dah lama menghalang saya dari pergi dengan memberi alasan darah manis dan sebagainya tapi saya tetap berdegil nak pergi. Sememangnya saya tau saya ni degil. Bila balik ke rumah dengan keadaan begini, apa lagi, merintihlah emak. Saya rasa bersalah teramat sangat pada emak walaupun saya yakinkan emak majlis tu tetap akan berlangsung sebagaimana yang direncanakan. Banyak perkara yang emak bimbangkan. Biarpun memohon maaf beribu kali pada emak, tapi saya tahu ianya tidak dapat menghilangkan kekesalan dihati emak atas kejadian yang telah menimpa saya ini. Saya redha, terpaksa berjalan tempang pun saya tak kisah asalkan majlis yang diatur dapat dilaksanakan. Tunang saya (pada ketika itu) tak banyak komen dalam hal ni. Alhamdulillah, majlis berlangsung, saya tak perlu berjalan tempang atau bertongkat, hanya dengan berkuat pada pimpinan Kak Long Babes yang saya lantik sebagai pengapit, saya berjaya mengharungi keseluruhan majlis dengan jayanya. Thank you jugak pada Kak Long Babes yang berjaya 'menongkatkan' dirinya untuk saya sepanjang majlis itu berlangsung. Tima kasih beb!
Demikianlah sahaja cerita luka berjahit diusia tua yang ingin saya sampaikan. Bila diingat kembali, macam kelakar pun ada jugak. Mana taknya, waktu kecik, ligat macam manapun tak de la sampai jatuh luka berjahit. Tapi bila umur dah meningkat tua, barulah nak merasa luka kena jahit. Hehehe..at least orang kata ada jugak pengalaman kan. Saya tak pernah rasa jarum dijahit pada kulit. Inilah kali pertama. Memanglah tak sakit sebab ada bius, tapi pengalaman tu yang paling berharga sebenarnya. Hingga ke hari ni, parut luka masih kekal ada. Setelah enam bulan merehatkan diri dan membina semula kekuatan kaki, akhirnya selepas tempoh istirehat yang cukup membosankan itu saya kembali aktif semula dengan aktiviti bersukan saya, apa lagi kalau bukan bermain badminton.
Satu perkara yang saya teramat pasti, konon macam iktibar yang perlu diambil daripada kejadian ini, saya perlu mengubati penyakit degil saya! Saya memang degil tapi buat masa ni degil saya tidaklah sampai kepada menderhaka kepada emak abah. Saya masih waras untuk tahu kedudukan saya sebagai seorang anak. Harap-harap saya berjaya menjadi anak yang solehah kepada kedua ibubapa. Amin.

Ceritera Cinta - Cerpen I

Di Sini Kasihku Abadi
- NiKKie -

Kamar itu kosong dan sepi. Yang terlihat oleh Izhan hanya sebuah mesin yang entah apa perlu ia berdiri di sampingnya. Pandangan Izhan agak berbalam-balam. Digagahkan juga matanya yang berat untuk dibuka. Sunyi, namun cukup untuk meyakinkan dirinya bahawa dia kini berada bukan di pejabat, mahupun di rumah, akan tetapi di hospital. Izhan cuba memainkan semula rakaman memori, mengingati apa yang telah berlaku atas dirinya sehingga mengakibatkan dirinya terlantar dikamar hospital yang tidak diketahui lokasinya apatah lagi namanya. Ingin sahaja Izhan bersuara tetapi tidak tahu pada siapa. Dalam kepayahan dan kebingungan, kotak memorinya berjaya juga memainkan rakaman. Izhan lihat dirinya, sedang menunggu di hadapan lif, dan terlihat juga beberapa wajah yang turut ada bersamanya. Tiba-tiba dia rebah. Barangkali, peristiwa itulah yang telah mengheretnya ke mari. Dan Izhan pasti.
Sedang dia berusaha untuk mencari jawapan kepada tiap persoalannya, bidai kamarnya dibuka. Seorang jururawat mendekati sambil tersenyum.
“Cik Izhan dah sedar rupanya.”
Izhan sempat mengerling tag nama jururawat yang sedang bercakap dengannya. Melati. Seragam hijau lembut yang membalut kemas tubuh Melati semakin membuatkan Izhan tertanya-tanya kerana jururawat di hospital kerajaan akan hanya mengenakan seragam berwarna putih.
“Di mana saya sekarang ni?” soal Izhan sambil cuba membasahkan bibirnya yang kering. Rasa seperti sudah lama bibir itu tidak menjamah air. Bagaikan faham dengan bahasa tubuhnya, Melati segera menyuakan segelas air kepada Izhan untuk diteguk.
“Cik Izhan sekarang berada di PUSRAWI. Baru semalam Cik Izhan dimasukkan ke sini. Tapi jangan bimbang, keadaan Cik Izhan sudah mula stabil buat masa ni. Kejap lagi doktor akan datang. Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh ajukan pada doktor ye.”
Penerangan yang diberikan oleh Melati belum cukup lengkap namun Izhan terpaksa akur mengizinkan Melati beredar setelah melakukan tugasnya. Mengenangkan doktor akan datang sebentar lagi, biarlah doktor berkenaan yang menjawab persoalannya.
“Selamat pagi Cik Izhan Naufal. Hmm, cantik nama awak, secantik orangnya juga. Nama saya Dr. Fahmi, doktor yang merawat Cik Izhan,” Ayat pertama yang dituturkan tatkala doktor itu merapatinya. Nampaknya orang-orang yang bertugas di sini sudah terbiasa untuk memaniskan mulut tatkala bertemu pesakit, hati Izhan mula berbisik.
“Macam mana saya boleh berada di sini, doktor?” soalan pertama mula dilontarkan Izhan.
“Rakyat Malaysia akan mencecah 10 juta, Cik Izhan. Namun, kita harus berbangga kerana nilai-nilai murni masih tertanam dalam jiwa insan yang bergelar anak Malaysia, dan insan-insan inilah antaranya yang membawa Cik Izhan ke mari setelah jatuh pengsan tidak sedarkan diri semalam. Thanks to them.” Senyuman sempat terukir walaupun tangan Dr. Fahmi sedang ligat bekerja. Pembinaan ayatnya masih sama seperti saat mula-mula dia melangkah masuk. Kata-kata berunsur pujian tetap ada. Dan Izhan mula merasakan agak seronok berada di tempat ini walaupun keseronokan bukanlah sebab untuknya berada di tempat yang bernama hospital ini.
“Maksud saya, saya ditahan di sini atas sebab apa?” soal Izhan lagi, walaupun pembinaan ayatnya tidak sebaik dan semanis ayat Dr. Fahmi yang berada di sampingnya.
Dr. Fahmi senyum lagi. Ah! Walaupun tiada jawapan diberikan tapi senyuman itu sudah cukup memberikan ketenangan buat Izhan. “Saya harap Cik Izhan tabah dan banyak-banyak bersabar mendengar apa yang akan saya katakan ini. Hasil ujian terhadap sampel darah dan CT Scan yang kami jalankan menunjukkan terdapat satu ketumbuhan sebesar saiz bola pingpong di kepala Cik Izhan. Dan ketumbuhan ini pula letaknya betul-betul di atas otak sebelah kanan. Akibat daripada tekanan yang diberikan itulah yang menyebabkan Cik Izhan pengsan semalam.”
Izhan tergamam, bagaikan tidak percaya dengan perkhabaran yang dibawa Dr. Fahmi. Wajahnya mula suram dan perubahan ini jelas dapat disaksikan oleh Dr. Fahmi lalu segera beliau menyambung semula ayatnya.
“Sabar Cik Izhan,” ujar Dr. Fahmi cuba meredakan kesedihan yang melanda hati Izhan ketika ini. “Terus-terang saya katakan perkara ini bukanlah satu berita yang baik untuk didengar, namun demikian, Cik Izhan harus bersyukur kerana ujian menunjukkan ketumbuhan tersebut bukanlah kanser sebaliknya ia disebut meningioma iaitu ketumbuhan yang diakibatkan oleh sel-sel yang tumbuh secara tidak normal. Meningioma boleh berlaku di mana sahaja bahagian tubuh manusia dan untuk kes Cik Izhan ianya di kepala. Cik Izhan tak perlu gusar kerana ianya tidaklah seburuk kanser.”
Tatkala mendengar sedemikian, Izhan segera mengangkat muka menatap wajah Dr. Fahmi. “Apa bezanya doktor, ianya tetap sejenis tumor yang mempunyai risiko tinggi tatkala berhadapan dengan proses pembedahan. Bukan begitu doktor?” balas Izhan mengharapkan kejujuran Dr. Fahmi.
Dr. Fahmi menghela nafas panjang. Dia sedar dia tidak seharusnya menyorokkan apa jua fakta daripada pengetahuan pesakitnya. “Setiap tumor harus melalui proses pembedahan untuk membuangnya dan setiap proses pembedahan pula masing-masing mempunyai risiko yang menanti. Tidak kira sama ada ia pembedahan major ataupun hanya minor. Dan untuk itu, saya mencadangkan supaya Cik Izhan menjalani proses pembedahan ini dengan segera bagi mengelakkan sebarang komplikasi.”
“Apa peluang saya doktor?” tanya Izhan lagi. Nadanya agak pasrah kerana itulah sahaja yang mampu dilakukannya ketika ini.
“Buat masa ini saya hanya boleh katakan peluang Cik Izhan adalah 90-10. Kami bedah dan buang tumor tersebut. Seterusnya kita sama-sama tunggu dan lihat implikasi daripada pembedahan tersebut. Ini sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini. Mungkin juga ia akan berubah sebaik sahaja tamat proses pembedahan itu nanti. Semuanya bergantung kepada doa dan tawakal, Cik Izhan.”
Lidah Izhan jadi kelu. Doa dan tawakal. Ya, kenapa harus aku singkirkan dua perkara tersebut dalam mengharungi ujian sebegini? Aku harus kuat. Aku tidak akan menyerah begitu sahaja. Lagipun, doktor telah memberikan jaminannya. Selebihnya terserah kepada doa yang akan aku panjatkan kepada Dia Yang Maha Kuasa.
“Kalau begitu, baiklah doktor. Saya akan ikut saranan doktor. Lagipun itu saja peluang saya. Saya belum mahu mati lagi. Diri saya belum cukup sempurna untuk mengadapNya,” ujar Izhan dan kali ini ada semangat yang membara dalam tiap patah kata yang dituturkannya.
Dr. Fahmi senyum. Ternyata pesakit di hadapannya ini bersemangat kental. Keinginannya untuk hidup begitu tinggi seolah-olah masih mengejar sesuatu dalam hidup. “Bagus. Cik Izhan akan perlu menerima beberapa rawatan dan ujian sebelum pembedahan dapat dilakukan dan saya akan memaklumkan kepada saudari nanti. Selepas ni saya akan pindahkan Cik Izhan ke wad. Sekiranya keadaan stabil, Cik Izhan boleh pulang esok,” ujar Dr. Fahmi memberikan khidmat kepakaran sebaik mungkin kepada pesakitnya.
“Terima kasih doktor,” balas Izhan. Tidak langsung ada nada kecewa dalam bait katanya.
“Sama-sama. Oh ya, seperkara lagi, barang-barang Cik Izhan ada pada kami. Nanti saya suruh mereka bawakan ke mari. Dan sekali lagi, terima kasih kepada mereka yang telah menyerahkannya kepada kami,” dengan baik hati Dr. Fahmi memberitahu lalu mula mengatur langkah meninggalkan Izhan.
Izhan hanya angguk. Nasib baik perkara ini dimaklumkan kepadanya. Bimbang juga hatinya mengenangkan apa yang terjadi kepada dompet, kad pengenalan, lesen, telefon bimbit.... Telefon bimbit? Fikirannya terus menangkap perkataan itu. Ya! Ada seseorang di luar sana yang pastinya kerisauan mengenangkan kehilangannya tiba-tiba. Dia harus diberitahu. Dan dibenaknya hanya ada satu nama, Ady Raflyshah, tunangnya.

“You janganlah bimbang. Doktor kata dalam sepuluh, lima orang yang hidap penyakit meningioma ni. I bernasib baik sebab penyakit ni dapat dikesan dari awal. Pembedahan segera dapat membantu.”
Ady melepaskan keluh resah. “It’s a brain tumor, sayang. Macam mana Ady tak bimbang,” bicara Ady melahirkan keresahan yang menghantui diri sejak dimaklumkan oleh Izhan tentang penyakitnya. Kalau sahaja dia dapat menikmati ketenangan sebagaimana Izhan ketika ini, alangkah bahagianya.
“Ady, saat doktor maklumkan berita ni pada I, macam you juga, I terkejut. Tapi setelah mendengar penjelasan lanjut I rasa hanya pembedahan sahaja jalan yang ada. I really need your support.” Izhan bersungguh-sungguh merayu dan seterusnya meyakinkan tunangnya itu agar menyokong keputusannya.
Dengan hati yang berat, Ady mengangguk perlahan. “Baiklah sayang, kita sama-sama berdoa semoga pembedahan ini berjaya dan Ady akan selalu ada dengan sayang menjalani semua ni sampai ke akhirnya,” begitu keyakinan yang cuba Ady tanamkan kepada Izhan dan juga dirinya.
Izhan sengih. “Thank you,” ujarnya. “So, macam mana dengan trip you ke JB hari tu? Semua ok?” Izhan memulakan topik perbualan baru, sengaja meloloskan dirinya daripada menjadi bahan perbualan utama.
“Menarik,” balas Ady, ceria. “Perkara yang paling Ady tak sangka ialah berjumpa semula dengan kawan baik kita masa di universiti.”
“Iya? Siapa?” Soal Izhan sekadar ingin berkongsi kegembiraan yang dirasai Ady.
“Taufiq Aulia. Lepas kita tunang hari tu, dia terus hilang. Tanpa khabar berita. Tak sangka dia sanggup buat kita, kawan baik dia sendiri, macam tu. Sayang tau tak Fiq dah bertunang. Pilihan keluarga.”
Mendengarkan nama itu, terasa deras adrenalin yang mengalir dalam tubuh Izhan kini. Fiq cuma sayangkan Iz seorang saja dalam kehidupan ini. Tanpa Iz, tiada erti hidup Fiq.
“Dah 7 bulan dia bertunang, mendahului kita lagi. Sikit pun dia tak beritahu.”
Sudah tiga tahun Fiq cuba tarik perhatian Iz. Harapan Fiq pada ketika itu hanyalah untuk bersahabat dengan Iz. Tapi, tidak pernah sekalipun Iz endahkan Fiq termasuk mesej-mesej SMS yang Fiq kirimkan kepada Iz. Baru sekarang akhirnya Fiq pasti usaha Fiq selama ini membuahkan hasil. Fiq sayangkan Iz bukan baru kini, tapi sehingga kini sudah 5 tahun Fiq menyayangi Iz dan semakin hari perasaan sayang itu semakin menebal dalam jiwa dan hati Fiq hinggakan tidak ada insan lain yang Fiq benarkan untuk merajai hati ini melainkan Iz.
“Taufiq yang beritahu you sendiri?” kali ini giliran Izhan pula untuk menujukan soalan setelah membiarkan Ady menjadi pencerita begitu lama.
“Yelah, siapa lagi,” jawab Ady tanpa menyedari ada rahsia yang sedang disorokkan daripada pengetahuannya.
Perasaan Izhan mula dibuai kehampaan namun terselit kegembiraan. Fiq, akhirnya dapat juga kau lupakan aku. Siapapun gadis itu, dia semestinya seorang yang cukup bertuah kerana dapat memilikimu sedangkan aku hanya mampu melihat kebahagiaanmu pada sisa runtuhan pentas kasih kita. Kali ini hati Izhan bertambah sayu. Tiada siapa mengerti akan kesayuan yang tatkala ini merintih dalam hatinya. Tiada penawar yang dapat menyembuhkan keperitan bisa yang diakibatkan kekecewaan yang menusuk sanubarinya. Penawar dan semua kegembiraan itu hanya ada pada Taufiq, cinta hatinya yang pertama dan terakhir.

“Fiq sayangkan Iz lebih dari nyawa Fiq sendiri. Tolonglah fahami hati Fiq. Fiq tak dapat terima wanita lain selain daripada Iz dalam hidup Fiq. Apatah lagi menerima gadis pilihan keluarga untuk ditunangkan dengan Fiq.” Rayu Taufiq disaat Izhan meluahkan hasrat untuk memutuskan sahaja hubungan mereka demi merelakan rancangan pertunangan yang telah diatur oleh keluarga Taufiq dengan gadis pilihan mereka.
“Cinta memerlukan pengorbanan, Fiq. Cinta juga bererti menerima dan bersedia untuk melepaskan. Tiga tahun lalu Iz telah menerima kehadiran Fiq dalam hidup Iz, dan Fiq telah memberikan kebahagiaan setulusnya kepada Iz, kebahagiaan yang tidak pernah Iz impikan selama ni. Sebagai menghargai kasih sayang yang Fiq curahkan selama inilah yang membuatkan Iz bersedia melakukan pengorbanan untuk melepaskan Fiq pergi demi menghormati keputusan keluarga Fiq.” Dalam kepayahan, Izhan cuba menahan sebaik mungkin air mata yang semakin mendesak untuk dilimpahkan sepanjang menuturkan kata-katanya kepada Taufiq. Dia tidak mahu Taufiq melihat kesedihannya. Walaupun kata-kata yang dituturkan begitu lancar namun tiada siapa yang dapat membaca kepedihan sebenar luka yang tertanam jauh disudut hatinya.
Taufiq kehilangan kata mendengarkan penjelasan yang diberikan Izhan kepadanya. Taufiq seakan pasti dia akan kehilangan insan yang paling disayanginya dan kehilangan ini semestinya akan menimbulkan kerinduan yang berkekalan atas dirinya.
Izhan mula menghayun langkah pergi meninggalkan semua kenangan yang terindah dalam dirinya. Saat ini kesedihan sudah tidak dapat lagi dibendung. Dibiarkan sahaja air matanya mengalir mengiringi ratapan nurani yang tidak lekang dengan kepiluan. Selang beberapa langkah, hayunan Izhan terhenti lalu dia menoleh semula ke belakang untuk menatap wajah Taufiq buat kali terakhir. Kelibat Taufiq sudah berada jauh dari dirinya dan ketika itu jugalah bibirnya dengan ringan memanggil nama itu......
“Jangan pergi Fiq! Jangan tinggalkan Iz. Iz sayangkan Fiq!”
Jeritan Izhan pantas mengejutkan Ady yang berada disisinya. Bahu Izhan dipegang dan namanya diseru lembut. Serentak itu juga Izhan terjaga lantas menggenggam erat tangan Ady yang disangkakan milik Taufiq.
“Shh...it was just a dream, sayang,” pujuk Ady cuba menenangkan tunangnya yang dikira baru mengalami sebuah episod mimpi sedih.
Suara Ady segera menyelinap ke corong pendengaran Izhan. Segera genggaman tangannya dileraikan kerana sedar bukan Taufiq yang berada bersamanya ketika itu tetapi sebaliknya orang itu adalah Ady. Senyuman segera dilemparkan kepada Ady bagi menutupi kebodohan yang baru sahaja dilakukannya sebentar tadi.
Menyedari perubahan air wajah Izhan ketika itu Ady dengan pantas berkata, “Sayang mimpi apa sampaikan Ady yang terlelap pun boleh terjaga.”
Perasaan Izhan kembali tenang mendengar kenyataan Ady. Terlelap, bererti Ady sudah pasti tidak mendengar apa-apa. Hatinya kembali lega.
“Dah lama you sampai?” soal Izhan.
“Setengah jam yang lalu. Ady tengok sayang tengah nyenyak tidur jadi Ady tak nak kacau. Tadi Dr. Fahmi datang buat pemeriksaan dan dia beritahu sayang sudah stabil untuk menjalani pembedahan yang direncanakan esok pagi jam sepuluh.”
Fantasi Izhan segera menghilang. Realitinya dia kini di hospital, dan esok merupakan hari terakhir perhitungan. Pembedahan akan dijalankan dan selepas itu penderitaannya akan berakhir. Namun, tidak kesemuanya. Yang nyata ada kesan derita luka yang akan terus terbiar tidak dirawat sehingga ke akhir hayatnya.
Lawatan Ady ke hospital tengah hari itu telah membangkitkan selaut kesedaran yang selama ini tidak terlihat olehnya. Kebenaran yang selama ini tersembunyi disebalik sebuah rahsia. Kejahilan dirinya yang tidak pernah cuba untuk mengetahui akan perkara ini telah menempatkan dirinya sama ke dalam golongan lelaki dayus. Ady agak terpukul dengan situasi ini. Dibenaknya hanya ada satu penyelesaian. Bersemuka dan menuntut kejujuran.
Dari jauh Ady melihat kelibat seseorang yang dahulunya agak akrab dengan dirinya. Baru kini Ady sedar mengapa secara tiba-tiba orang itu mula menjauhkan diri. Bukan kerana hutang tidak berbayar atau sengketa yang melanda tetapi ianya disebabkan oleh seorang wanita yang amat dikasihinya.
“Apa khabar Ady,” tangan dihulur saat mata bertentang mata.
Ady menyambut tangan itu dengan penuh mesra. Mengapa pula dia harus membenci lelaki itu kerana dia tidak pernah menyakitinya. “Baik,” balas Ady seikhlasnya. “Bagaimana dengan kau Taufiq?” tanya Ady lagi.
Kereta Ady dijadikan Taufiq sebagai dinding untuk menyandarkan tubuhnya. “Macam yang dapat kau lihat sekarang, tiada apa yang berbeza.” Jawapan yang diberikan Taufiq bersahaja.
“Ada yang berbeza Fiq. Status. Kau lupa?” pantas Ady mencelah.
Taufiq mengerling Ady dengan dahi berkerut. Cuba untuk dimengertikan kata-kata Ady sebentar tadi.
Ady senyum cuba menenangkan sahabatnya itu. “Status kau kini telah ada bezanya dari dulu. Kau sekarang tunangan orang,” Ady gelak dalam memberikan jawapan.
“Engkau pun sama,” balas Taufiq acuh tak acuh dengan jawapan yang diterimanya.
“Dengan wanita yang kita berdua cintai.”
Kali ini jawapan Ady menyentak perasaan Taufiq. Wajah Ady ditenung dan saat ini jawapan yang dinanti cukup bererti, bukan seperti tadi.
“Aku tidak pernah lihat selama ini Fiq, yang hati Izhan bukan milik aku sebenarnya tetapi akan kekal menjadi milik kau selamanya. Aku tak tahu apa yang telah kalian lalui bersama selama ni tapi yang aku tahu dia masih mengasihi kau, bahkan engkau juga yang hadir dalam mimpinya.”
Tidak semena-mena hati Taufiq bagaikan tersayat hiba mengenangkan pengorbanan yang tidak pernah direlakan Izhan terhadap cinta. Jodoh itu ternyata bukan milik mereka berdua.
“Izhan milik kau Ady. Aku telah lama merelakan dia pergi saat dia sendiri yang inginkan perpisahan ini,” tutur Taufiq cuba menyembunyikan kesedihan yang sedang berperang dengan dirinya.
“Tapi hati kau tidak pernah merestuinya. Begitu juga dengan Izhan. Keadaan yang telah merobohkan tugu cinta kalian berdua. Jangan dihukum diri kerana itu Fiq.” Tanpa disedari tangan Ady telahpun menggenggam erat kedua-dua bahu Taufiq dan saat kewarasan hadir segera dilepaskan genggamannya.
Taufiq masih diam. Berbanding Ady, dia lebih mengerti akan perasaan kasih dan cintanya terhadap Izhan. Izhan adalah segalanya bagi Taufiq. Izhan cahaya yang menyuluh kegelapan. Di dalam dirinya hanya ada Izhan, ibarat udara yang dihela, Izhan selalu dekat padanya.
“Cinta memerlukan pengorbanan. Itu yang Izhan cakapkan pada aku sebelum dia melangkah pergi. Dan pengorbanan yang dilakukannya adalah untuk aku, agar aku dapat menurut pertunangan yang telah direncanakan keluarga.”
Ketahuilah Ady kini bahawa Izhan telah melakukan pengorbanan suci untuk melepaskan Taufiq pergi demi menghormati keputusan orang tuanya. Timbul tekad jauh disudut hati Ady untuk membahagiakan Izhan demi memastikan pengorbanannya itu berharga sebuah kegembiraan untuk dikecapi dalam kehidupannya.
“Izhan memang seorang wanita yang berhati mulia. Melepaskan cintanya pergi dan menerima aku sebagai ganti. Moga sahaja aku dapat membahagiakannya sebagaimana kau mewarnai hidupnya, Fiq,” ulas Ady pula. “Dengan gelaran sebagai sahabat, aku minta dan berharap sangat engkau dapat memberinya semangat dan kekuatan sebagaimana yang kau berikan padanya dahulu untuk mengharungi ujian keduanya.”
Taufiq tersentak. “Apa maksud kau?” soal Taufiq ingin tahu.
“Izhan sekarang di hospital dan akan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di otaknya. Nama kau yang disebutnya dalam mimpi dan aku yakin dia berharap sangat engkau hadir sebelum dia melalui ujian getir ini,” ucap Ady mematikan gundah yang melanda diri Taufiq. Saat itu tiada apa lagi yang mampu untuk Taufiq lafazkan.

Dikala wajah insan yang sedang terlantar itu ditatap, ianya telah berjaya menghidupkan kembali kerinduan yang selama ini menghuni disetiap ruangan hatinya. Kerinduan yang sudah sekian lama terbuku akhirnya berjaya dicairkan dengan panah renungan Izhan terhadapnya.
“Taufiq? Ma..mana Fiq tau Iz di sini?” soal Izhan sedikit tergamam dengan kehadiran Taufiq.
“Ady yang beritahu. Fiq tak sangka akan bertemu sekali lagi dengan Iz dalam keadaan begini,” ujar Taufiq sambil merapati Izhan. “Tidak semestinya apabila cinta kita tidak bersatu, hubungan kita sebagai sahabat akan turut lenyap. Sampai hati Iz merahsiakan perkara ni dari Fiq. Nasib baik Ady hubungi dan memaklumkan Fiq akan perkara ini.”
Ady. Izhan mengeluh kecil. Perkara yang disangkanya tidak berlaku rupanya berlaku. Pandai sungguh Ady berlakon di hadapannya.
“Maaf, tapi Iz tak nak membebankan sesiapa termasuk Fiq sendiri,” luah Izhan.
“Ini bukan beban Iz, tapi tanggungjawab sesama sahabat. Fiq harap Iz ingat tu. Cinta tidak semestinya bersatu. Namun, kita berdua akan kekal bersahabat sampai bila-bila,” ujar Taufiq sambil mengukir senyuman dibibir.
Senyuman terbit dari Izhan. Situasi ini cukup membahagiakan. Atau sebenarnya memilukan? Cinta tidak akan pernah sesekali bertukar kepada persahabatan, itu yang pasti. Tapi, bagaimana pula sekiranya persahabatan itu bertukar kepada cinta? Bukankah itu pengkhianatan namanya? Izhan hanya membiarkan dirinya dibelenggu oleh persoalan tersebut.
Taufiq mendekatkan dirinya kepada Izhan. Pandangannya masih tertacap pada wajah Izhan. Jemari Izhan digapai lalu memegangnya erat dan sekaligus perbuatannya menyentak perhatian Izhan. “Hari ini Fiq tetap datang sebagai sahabat yang menyayangi, menyintai dan mengasihi Iz. Hari ini juga Fiq berikrar di hadapan Iz, biarpun tidak memiliki, walau sekalipun telah jauh jasad Fiq dibatasi bumi, kasih sayang Fiq akan tetap bersama Iz. Tidak akan ada satu perkara pun yang boleh merampas atau menyingkirkan Iz dari ruang hati Fiq. Tempat itu telah Fiq khususkan untuk Iz dan sampai bila-bila pun hanya akan ada Iz dalam hati Fiq.”
Kata-kata Taufiq membuatkan Izhan tidak dapat menahan pilu. Segera dia membalas genggaman jemari Taufiq. Air mata sudah tidak terbendung. Walaupun sedar diri mereka bakal menjadi milik insan lain, namun cinta yang terlahir tidak pernah akan sesekali padam. Begitu jugalah kasih Izhan terhadap Taufiq. Taufiq merupakan cinta pertamanya dan Taufiq jugalah akan menjadi yang terakhir. Tiada sepatah kata yang dapat Izhan luahkan ketika ini kerana hanya air mata yang mengiringi dan menjadi saksi kepada ikrar yang termeterai. Tidak memiliki bukan bererti untuk berhenti menyayangi. Kasih sayang itu tidak akan pernah sekali terpadam selagi diizinkan hati. Dan buat masa ini, Izhan pasti, benar-benar yakin dan pasti hatinya tidak akan pernah berhenti untuk menyayangi Taufiq.

Fiq,
Terima kasih kerana menyayangi diri Iz. Terima kasih juga kerana akan terus menyayangi diri ini biarpun sedar apa yang kita ada sekarang ini bukanlah sebenarnya milik kita. Namun, biarpun hanya sementara ianya cukup membahagiakan Iz. Ternyata tempoh tiga tahun usaha Fiq mengejar Iz selama ini mengajar Iz betapa kesungguhan itu tidak pernah mengenal jemu. Keseluruhan usia lima tahun hubungan kita sangat-sangat bermakna kerana memberikan suatu dimensi baru dalam kehidupan Iz. Sebagaimana yang Fiq lafazkan sewaktu di hospital, cinta tidak semestinya bersatu. Tidak memiliki bukan bererti berhenti untuk menyayangi. Biarpun jasad jauh dibatasi bumi, hati, kasih sayang dan ingatan Iz akan sentiasa menjadi milik Fiq. Maaf kerana tidak meluahkannya sendiri kepada Fiq tempoh hari sebaliknya mengutus surat ini untuk menyampaikannya. Iz berdoa semoga kita berdua menemui kehidupan yang indah bersama insan baru. Dan untuk kisah kita, semoga ia kekal terukir sebagai sebuah kenangan yang terindah. Salam persahabatan yang dihulur akan tetap diterima bersama kasih yang terpahat kemas dijiwa.

Sahabat yang menyayangi,
Izhan
P/s: Harap-harap surat ini berjaya juga sampai ke peti surat Fiq sebab upah yang Iz berikan kepada jururawat untuk tolong poskan surat ini bagi pihak Iz melebihi kadar nilai setem yang diperlukan. Tapi, kalau bukan sekarang, bila lagi dapat Iz kirimkan surat untuk Fiq. Ye tak?
Dia tergelak kecil lalu surat yang habis dibaca itu dilipat semula dan disimpan kemas di dalam sampulnya. Bukan baru sekali surat itu dibaca olehnya malahan sudah berkali-kali namun Taufiq masih tidak pernah jemu untuk terus membacanya. Taufiq memandang sekeliling. Kalau bukan kerana Izhan dia tidak mungkin berada di sini setiap hari. Tempat ini merupakan destinasi terakhir kisah cinta mereka namun sedar kasih sayangnya terhadap Izhan tidak akan pernah berakhir. Noktah cerita mereka ada di sini kerana di sini jugalah jasad Izhan bersemadi tenang setelah pembedahan yang dilaluinya dua minggu lalu berakhir dengan pemergiannya. Kali ini, tidak seperti yang lalu, Taufiq redha merelakan Izhan pergi buat selamanya kerana yakin dirinya tidak mampu melawan kasih sayang Allah yang menjemput Izhan pergi dari sisinya.
Tanah yang masih merah itu digumpal dalam genggaman dan kemudian membiarkan ianya jatuh semula. Sebuah buku kecil di tangan kanan segera dikucup dan balasan kepada surat Izhan segera dialunkan dan alunannya akan berterusan sehingga keakhirnya. Yasin.....
* Cerpen ini telah disiarkan di dalam majalah Blues Selamanya.

Ceritera Cinta

Ha...kalau korang nak tau, saya ni punya banyak hobi. Antara hobi saya ialah bersukan, tak kira la sukan apa tapi yang paling saya suka sekali main badminton, futsal dan ping pong. Skang ni mula berjinak-jinak dengan paintball lak. Selain bersukan, saya juga gemar bermain gitar. Bleh a takat menghibur hati sendiri. Satu lagi hobi saya yang tak ramai orang tahu ialah menulis dan melukis. Apa yang saya tulis? Haaa...sebenarnya saya gemar menghasilkan karya penulisan kreatif. Cerpen, novel dan drama antaranya. Dengan drama radio ni sebenarnya baru je menceburkan diri tahun 2007 bila dapat offer dari RTM Johor untuk buat skrip drama radio sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu dan hasilnya maka terlahirlah 'Citra Sebuah Kurniaan' yang disiarkan pada hari raya ketiga di Johor Fm jam 3 petang. Hehehe... ini yang dinamakan late promo. Malangnya saya sendiri tak dapat dengar karya saya ke udara masa tu sebab berada di Selangor, menghadiri majlis perkahwinan adik saya di pihak perempuan. Sedih sungguh rasa. Tapi tak pelah....Skrip saya tu pada pendapat saya sangat sedih jalan ceritanya, siap mengalir airmata sewaktu saya menaipnya. Ianya ditulis berdasarkan pengalaman insan-insan tertentu yang saya gabung jalinkan kisah mereka dalam sebuah cerita. Nak tau camner citernya? Haaa...cuba baca skrip di bawah ni:
SHARINI : [MONOLOG] [KEHAIRANAN] Eh...? Di mana aku ni? Macam mana aku boleh ada di sini? [TERSENTAK] Hah...tu ada orang....baik aku pergi bertanya...
[GUGUP] Err....assalamualaikum saudara...tumpang tanya....

KAMAL : [PANTAS MEMOTONG] Waalaikumsalam.... Sharini Ahmad Maher bukan?

SHARINI : [BERTAMBAH HAIRAN] Eh....macam mana saudara boleh tahu nama saya? Saudara ni siapa?
Saya nak tahu, apa nama tempat ni?

KAMAL : [TENANG] Saya, Kamal. Sudah lama saya nantikan kehadiran saudari. Dan tempat ini
pula merupakan persinggahan sementara saudari sebelum menentukan destinasi seterusnya.

SHARINI : [MEMINTA] Tolong panggil saya Sha saja, tak perlu bersaudari dengan saya.
[KEMBALI MENYOAL] Apa maksud Kamal? Sha kurang faham.

KAMAL : [MENYABARKAN] Lambat laun nanti Sha akan mengerti maksud disebalik kata-kata Kamal.

SHARINI : [MULA TENANG] Mmmm...Cantik betul tempat ni. Sha memang suka ke kawasan pantai
macam ni. [BERFIKIR] Tapi, rasanyakan...Sha macam pernah ke sini sebelum ni. Cuma, tak
ingat bila. [KEMBALI MENYOAL] Tapi kenapa ya Sha dibawa ke sini? Bukankah sepatutnya Sha
harus berada di hospital sekarang ni?

KAMAL : [MENJELASKAN] Sharini, dalam kehidupan kita, banyak tempat yang boleh kita kunjungi
tanpa perlu dilawati. Mungkin apa yang Sha sedang lalui ketika ini merupakan satu episod
mimpi yang telah lama Sha tempuhi. Tentang pertanyaan Sha yang lain, Kamal rasa biarlah
ia terungkai sendiri. Ini juga merupakan satu episod baru perjalanan hidup Sha.

SHARINI : [TENANG] Sha rasa Sha dah mula faham maksud Kamal. Jadi, apa tugas Sha sebenarnya
sekarang?

KAMAL : [MENERANGKAN] Kita di sini untuk melihat perkara-perkara yang kita tak pernah nampak
pada kehidupan kita yang lalu. Mungkin pada satu masa, kita merasa amat kecewa terhadap
sesuatu atau seseorang, dan adakala kita rasa seperti dipersiakan oleh seseorang. Pernah
tak Sha rasa macam tu dalam hidup Sha sebelum ni?

SHARINI : [CUBA MENGINGAT] Hmm...sebenarnya memang banyak kali Sha rasakan keadaaan begitu,
lebih-lebih lagi pada mama dan suami Sha, Shamil. [TENANG] Cuma, bila dah mula
melayankan perkara-perkara yang membuatkan hati sedih, Sha akan cepat-cepat larikan
fikiran daripada perkara tu.

KAMAL : [MINTA KEPASTIAN] Boleh Sha ceritakan pada Kamal apa sebenarnya yang membuatkan Sha
merasa sedih?

SHARINI : [KECEWA] Sha belajar erti kesepian semenjak mama berkahwin baru dan berhijrah ke London
mengikut suami barunya. Shamil pula dengan urusan kerja, nun di seberang lautan, yang
akhirnya memisahkan kami berdua. Kadang-kadang Sha rasa hidup Sha tak macam orang
lain, punya keluarga di sisi, bergelak tawa bersama. Yang ada cuma sepi. [TIBA-TIBA SEDIH]
Kamal tahu tak, yang paling menyedihkan ialah bila tiba hari raya, seharusnya kami
sekeluarga berkumpul bersama, tapi tidak. Kesempatan cuti hari raya kami akan gunakan
untuk pergi melancong. Paris, Hong Kong, Tokyo, Italy, namakan sahaja, semuanya kami
dah pergi. Inilah budaya hari raya yang Sha lalui setiap tahun, hingga kini.

KAMAL : [MEMUJUK] Sebenarnya...Sha masih lagi tergolong dalam orang yang bernasib baik. Pernah
tak Sha fikirkan bagaimana agaknya perasaan orang lain yang menyambut hari raya tanpa
ibu ayah dan ahli keluarga di sisi? [MENASIHATI] Sha....walaupun cara sambutannya berbeza
namun yang paling utama, hubungan kekeluargaan dapat terjalin dalam apa situasi
sekalipun. Bersyukurlah dengan apa yang telah tersedia di hadapan kita Sha. Dengan cara
itulah baru Sha akan merasai erti sebenar kebahagiaan. Lagipun, Sha sudah bersuami, maka
seharusnya menerusi dialah Sha akan kecapi kebahagiaan itu. [BERTANYA] Sha sayangkan
Shamil bukan?

SHARINI : [MENARIK NAFAS PANJANG] Dia suami Sha, seharusnya kasih sayang Sha curahkan kepada
Shamil. Dialah segalanya bagi diri Sha. Tapi, ada ketikanya bila diri dirundung duka, Sha
rasakan kasih sayang Sha terhadap Shamil hanya penuh kepura-puraan.

KAMAL : [MINTA KEPASTIAN] Kenapa Sha cakap begitu?

SHARINI : [TENANG] Sebab Izhan. Sha sering teringatkan Izhan, bahkan, kadang kala kerinduan
terhadap Izhan seperti membuak-buak di dalam diri, mengatasi segalanya yang ada untuk
Shamil. [MENGELUH] Ah... tak guna Sha bercerita panjang tentang Izhan, Kamal tak kenal dia
pun.

KAMAL : [GELAK] Hahahaha......Sharini...Sharini....[MENARIK NAFAS PANJANG] Di dunia ini, tiada satu
perkarapun yang dapat Sha sembunyikan daripada pengetahuan Kamal. Sha jangan terkejut,
tapi itulah hakikat yang harus Sha ketahui.

SHARINI : [BERTAMBAH PELIK] Maksud Kamal?

KAMAL : [MEMBERI ARAHAN] Cuba Sha pandang ke depan sana. Sha lihat betul-betul orang tu. Sha
kenal siapa dia?

EFEK : Bunyi hembusan angin dan deruan ombak.

SHARINI : [MONOLOG] [TERKEJUT] Eh...Kalau tak silap....itu macam....Hah! Tak mungkin! Apa erti
semua ni, Kamal? [MENJERIT] Kamal! Kamal! [MONOLOG] [KESAKITAN] Aduh.....kenapa tiba-
tiba sahaja badan Sha terasa sakit. [MEMANGGIL. LEMAH] Iz...tolong Sha. Sha tak tahan
menanggung kesakitan ni. Iz............
Ha...demikianlah sahaja sebahagian petikan daripada skrip drama radio Citra Sebuah Kurniaan. Kalau nak baca habis tunggu saya upload keseluruhan skrip tu nanti.
Ok, bab drama da abis...puisi pun da ada dalam blog ni...skang nak citer pasal novel lak. Dalam bidang pekerjaan saya skang ni, saya berpeluang untuk bercampur gaul dengan sifu-sifu dalam bidang penulisan ni. Antara mereka merupakan para pensyarah/profesor di IPTA, contohnya Dr. Mawar Shafei (UKM), Saudara Shamsudin Othman (UPM), Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali (UM), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan (UM), Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein (GAPENA), Dr. Hashim Ismail (UM), Tn Hj. Hamzah Hamdani (GAPENA) serta ramai lagi di DBP dan UM. Perkara yang paling menyeronokkan apabila bergaul dengan sifu-sifu ini ialah ia membantu saya untuk menimba ilmu daripada mereka disamping merangsang minat saya untuk lebih mempelajari bidang yang mereka ceburi, termasuklah minat untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi dalam bidang-bidang tersebut. Nanti, dalam penulisan saya yang lain saya akan ceritakan serba sedikit pengalaman saya bersama-sama orang yang saya sebutkan di atas tadi.
Berbalik kepada penulisan novel, sejak dari usia 15 tahun sebenarnya, saya sudah mula menulis sebuah novel remaja yang saya sendiri dah tak ingat sangat judulnya. Novel ini saya tulis selepas mendapat satu pengalaman yang sangat mengujakan daripada pembacaan sebuah novel yang pada usia sebegini baru saya tahu novel tersebut telah memenangi Hadiah Sastera Utusan. Hasil daripada pembacaan tersebut pelbagai azam telah tertanam, antaranya azam untuk memijakkan kaki ke universiti kerana terobses dengan kehidupan di IPTA dan satu lagi azam ialah untuk saya sendiri menulis novel yang menarik sebagaimana novel tersebut dan bermula dari saat itu saya mula menulis, hasilnya tidaklah membanggakan namun saya berjaya menamatkan novel yang hanya bertulis tangan di dalam sebuah buku 'test pad'. Alhamdulillah, saya berjaya menjejakkan kaki ke IPTA sebagaimana azam yang telah lama terpatri namun, saya terpaksa mengurangkan minat menulis saya itu memandangkan sudah mula terbeban dengan status pelajar.
Sehingga kini, bukan sahaja saya telah berjaya bersemuka dengan ramai ramai penulis yang tersohor malah telah seakan-akan terjalin satu perhubungan antara kami yang membolehkan kami berinteraksi pada bila-bila masa antara satu sama lain dan antara mereka ialah Faisal Tehrani, Zaharah Nawawi, Khadijah Hashim, Aminah Mokhtar dan ramai lagi. Ditambah pula dengan tugas yang turut menjurus ke arah penulisan, minat yang sedia ada bagaikan diterangi dengan cahaya. Wow! Begitu hebatnya apabila peluang sudah terbentang di depan mata. Tangan hanya menunggu untuk menggapai dan kemudiannya hanya perlu untuk dicurahkan sahaja. Saya mula menanamkan semangat untuk menjadikan penulisan sebagai salah satu hobi yang bukan sahaja dapat membantu merangsang minda untuk melihat secara terperinci tiap episod yang berlaku dalam kehidupan realiti ini malahan sebagai satu sumber pendapatan sampingan buat saya. Dan di sinilah akan saya bentangkan apa yang telah saya karang yang dahulunya menjadi tatapan dan bacaan saya sendiri. Di sini, akan saya kongsikan apa yang saya namakan sebagai sebuah karya yang bukan 'masterpiece' namun cukup bererti buat diri saya yang baru berjinak-jinak dengan dunia sastera. Enjoy!!!! Adios!

Kenangan Terindah II


Kenangan semasa majlis konvokesyen UiTM pada 23 November 2007. Yang kat sebelah kiri tu sepupu saya Azwin. Dia ni mak orang, sebab tu posing senget sebelah je, saja nak cover body la tu konon!! Ahaks! Jangan mare ye Ping! Love you darling...muah!!!! Hehehe...

Yang kat sebelah kanan tu plak is my dear auntie, Mak Uda dengan Erma. Thanks guys for coming and for all the flowers. Thanks a lot! Muah!

Tuesday, January 1, 2008

Suatu Masa

KAWAN tu macam mane?

1) kawan tu bukan macam maen FUTSAL. Mula-mula kejar. Dah dapat sepak..
2) kawan tu bukan macam maen SKATEBOARD. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3) kawan tu bukan macam maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) kawan tu bukannya macam PAMPERS.. dah pakai, buang..
5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6) kawan tu bukan mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7) kawan tu bukan macam KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8) kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. skejap ade skejap tak de..
9) kawan tu bukan mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

sebenarnya kawan tu macam mane yek?? Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya. :)
Saya suka sekiranya diri saya berjaya untuk menjadi seorang kawan yang sempurna. Saya memang suka berkawan. Tak kira apa bangsa, keje apa, atau latarbelakang dia camne. Pada saya, atas dunia ni tak de manusia yang perfect. Saya sendiri pun punyai banyak kelemahan. Tapi apa yang saya buat ialah saya gunakan oran-orang disekeliling saya untuk merawat kelemahan diri saya. Saya dah banyak berjumpa dengan manusia. Pelbagai perangai pelik dan mulia manusia. Ada satu masa saya ditemukan dengan manusia yang berperwatakan baik, tapi setelah lama mengenali dirinya baru saya tahu sebenarnya hati dia tak seindah wajah dan perwatakan yang ditonjolkan. Perkara biasa la tu, orang kata indah khabar dari rupa.
Saya paling tak suka sekali berkawan dengan orang yang berperangai hipokrit, bermuka-muka dan kuat mengata orang. Depan kita wajah manis, tapi bila di belakang kita siap boleh umpat kutuk kita lagi! Itu ke yang dinamakan kawan? Bila bab mengata orang, ibarat macam makan nasi. Sehari tak dapat, gigil kepala lutut dibuatnya. Saya banyak jumpa orang yang macam ni. Bila saya dah jumpa saya akan perlahan-lahan keluar dari kelompok orang macam ni. Saya tak suka duduk dalam kelompok orang-orang hipokrit. Sudahlah minda kita tak berkembang, asyik citer hal dalam kain orang lain, satu perkara paling tak sihat yang ketara ialah orang-orang kelompok hipokrit ni sebenarnya mula bersaing antara satu sama lain. Kalau persaingan sihat tak apa jugak tapi persaingan yang akhirnya memberi bebanan kepada diri sendiri. Kalau hari ni sorang kawan beli gelang emas, minggu depan kawan yang sorang lagi akan beli rantai pulak dan mulalah tayang kat orang lain. bulan depan lak, member yang sorang lagi akan beli cincin, gelang kaki atau apa aje dan mula tayang kat orang lain. Kadang-kadang rasa benda tu berlaku bagai tak dirancang tapi kalau dikaji sedalam-dalamnya, ada perkaitan dengan isu persaingan tadi. Itu baru bab beli emas, lum masuk bab beli handbag, kasut, baju, perkakas rumah, sofa dan kawasan yang sewaktu dengannya. Orang kata, selagi benda yang boleh dibeli, termasuk buat hutang ataupun bayar secara bulanan, benda kena wat jugak! Yang penting kena ada gak! Kalau terdengar cakap-cakap orang keliling, dorang akan berbunyi "...pedulik hapa, aku tak kacau orang, duit aku!" Memang la betul tu. Kelompok orang hipokrit ni memang jenis sensitif giler! Kalau sikit je dicuit sure melenting. Tapi bila orang lain yang dorang cuit, tak rasa bersalah plak! Kalau sesaper pernah jumpa orang-orang yang macam ni baik korang blah je dari orang tu. Tak guna wat kawan dengan orang macam ni. Bila kita ada, dorang ngumpat pasal orang lain. Tapi bila kita tak de, diri kitalah yang akan jadi bahan umpatan dorang. Korang leh terima tak bila ada antara kawan-kawan korang buat benda ni pada korang? Apa yang korang rasa? Ada tak rasa macam kena tikam dari belakang? Fikir-fikirkan......
Orang kata hati-hati dalam memilih kawan. Kawan yang baik akan membawa kita ke jalan bahagia dan begitulah sebaliknya. Ini memang benar. Zaman kini saya lihat banyak juga kawan yang membawa kehancuran kepada kawannya yang lain. Antaranya yang tadi, kawan hipokrit. Sebab itulah agak penting sebenarnya untuk kita berhati-hati sewaktu berkawan. Macam saya senang je, bila da mula nampak tanda-tanda yang tidak sihat dalam perhubungan tadi, cepat-cepat saya tarik diri dari kelompok tersebut. Dengan cara itu saya sudah berjaya menjauhkan diri dari bahaya! Saya ada seorang sahabat, berkerjaya dan berasal dari keluarga yang baik. Peribadinya juga amat saya senangi. Cuma sahabat saya ni gemar merokok sedangkan dia perempuan. Sebenarnya, perokok wanita ni tidaklah begitu mengganggu mata saya sebab tak ada yang salah apabila seorang wanita merokok. Masalah ini agak taboo sebab masyarakat Melayu khususnya memandang serong terhadap orang sebegini namun tidak bagi saya. Paling penting sahabat saya ini tidak hipokrit sebab dia merokok di mana-mana sahaja, tidak hirau langsung dengan pandangan liar orang lain terhadapnya. Pada saya dia mempunyai pendirian yang tersendiri dengan sikap yang ditonjolkan. Bila kami bersama, dia akan merokok dan saya tidak kisah. Cuma sebagai sahabat yang menyayangi dirinya, sering saya nasihatkan agar dia mengurangkan tabiatnya itu. Bukan senang bagi seorang perokok untuk berhenti merokok, dapat kurangkan pun dah cukup bagus! Itu yang saya lakukan. Dia sahabat saya dan saya sayang akan dirinya. Saya tidak mahu mendapat khabar yang dia menderita sakit akibat tabiatnya yang kuat merokok. Saya tak sanggup! Sebab itu tiap kali berjumpa saya akan berpesan agar dia mengurangkan tabiatnya itu. Tak tahu sama ada dia terima atau tidak nasihat saya. Terserah. Yang pasti, dia tetap kekal sebagai sahabat saya.
Ada kala bila berkawan, akan timbul satu keakraban yang terjalin antara diri kita dengan seseorang. Tak kira la orang tu lelaki atau perempuan. Tapi kalau mak saya dia akan cakap tiada istilah kawan baik antara seorang lelaki dengan seorang seorang perempuan. Yang ada agaknya istilah suami isteri je kot. Saya tak setuju dengan dia! Itu pendapat dia, biarlah. Yang penting, walau dengan siapapun saya berkawan kalau boleh saya akan jaga hubungan tu dengan baik, terpelihara dan tak kan terputus sampai bila-bila. Saya pernah ada seorang kawan baik sewaktu bersekolah rendah di Port Dickson, sekitar tahun 86-89. Nama dia Norhusnani Hussein. Masuk sekolah menengah keluarga berpindah ke Johor Bahru. Hubungan saya dan Nani agak terbatas masa tu. Cuma surat je yang menghubungkan kami hingga akhirnya kami terputus hubungan. Lepas SPM, saya ke ITM, dan dia ke politeknik. Nani terpaksa bertatih dari bawah untuk menimba ilmu walaupun result SPMnya lebih hebat dari saya. Sejak itu komunikasi antara kami terhenti. Zaman dulu henfon belum ada, jadi memang susah nak berhubung. Kadang-kadang saya telefon juga ke rumah keluarga Nani di PD sekadar nak tahu perkembangan dirinya, itupun saya bernasib baik sebab keluarganya masih tinggal di tempat lama dan nombor telefon lama tidak pernah ditukar. Setelah tamat pengajian di ITM, saya mula bekerja dan masih belum letih mencari sahabat saya itu. Akhirnya, dengan perkembangan teknologi masa lalu, saya berjaya juga mengesan Nani. Kami berhubung dan sehingga kini masih kekal berhubung. Sebenarnya yang membuatkan saya terlalu ingin menjejak mana-mana sabahat yang sudah lama tidak dihubungi ialah kerana ada rasa sayang dan rindu yang tertanam dalam lantai hati kepada mereka. Rasa ini telah bercambah saat kemesraan itu mula terjalin dan sehingga berabad lamanya rasa itu masih segar menggigit hati kadang kala. Ada juga peristiwa di mana seseorang yang telah membuat sejalur garis luka pada hati saya, seseorang yang telah lama saya lupakan dek kerana luka yang diberikan olehnya, namun, pada satu ketika, Allah telah memberikan semula ingatan saya kepadanya, hilang semua parut luka, dan segera saya mengesannya dan alhamdulillah, tahun 2003 persahabatan kami kembali terjalin. Begitu hebat sekali ikatan persahabatan yang tertanam dalam diri saya selama ini. Yang dikasihi, dirindui, sudah tentu diingati. Yang hilang sudah pasti dicari. Yang dilupakan bertaut kembali. Yang di depan mata, kemanapun dijejaki. Beginilah definasi saya tentang persahabatan.
Saya gemar membaca buku-buku falsafah Kahllil Gibran. Dialam siber seperti sekarang, semua jenis bahan bacaan serata dunia boleh diperolehi, hanya dihujung jari. Falsafah Kahlil Gibran tentang sahabat agak unik, bagaikan ianya terlahir dari jiwa seseorang yang begitu menyanjungi sahabatnya. Sahabat ini menurut beliau bagaikan satu tuntutan jiwa yang sepi. Siapa lagi yang dapat mengisikan keperluan ini melainkan seorang sahabat. Mungkin ada yang tidak setuju dengan beliau. Itu hak masing-masing. Yang pasti, seorang sahabat yang sejati tidak akan pernah sesekali meninggalkan sahabatnya kesepian. Dia akan sentiasa berada di sisi menemani, memberikan sokongan, bergelak ketawa, menangis bersama, biar jauh atau dekat, mengenang mereka sahaja sudah cukup menjadi penawar jiwa. Saya sangat-sangat bersyukur kerana saya mempunyai sahabat yang sebegini dan kepada mereka saya berjanji, walau apapun gelaran yang mereka bawa ketika ini, mereka akan sentiasa berada di dalam hati saya untuk selamanya.
So, sekarang korang tahu tak betapa hebatnya pengaruh seorang sahabat dalam kehidupan kita? Kalau korang nak tahu betapa hebatnya perasaan apabila dikurniakan seorang sahabat yang hebat, maka diri sendirilah yang seharusnya mula untuk menjadi seorang sahabat yang hebat! Lastly;
Sweet things are easy to buy,
But sweet people are difficult to find.
Life ends when you stop dreaming,
Hope ends when you stop believing,
Love ends when you stop caring,
Friendship ends when you stop sharing.
To love without condition,
To talk without intention,
To give without reason, and
To care without expectation...is the heart of a true friend...

Adios amigos!