;

Thursday, December 27, 2007

Kenangan Terindah (Kahwin Aboy)

Gambar-gambar hangat yang berjaya dirakamkan....

" Smile....say ngeeeee....Ngeeeeeee!


Aduh..bosannye..ngantuk..tapi pose dulu lah...heee...


Ini anti yong bersama anaknya, Azlan dan isteri, Fairuz. Gambar ni diambil disaat dorang semua sedang duduk kekenyangan setelah menikmati hidangan majlis kahwin Aboy. Sambil menoleh ke kiri dan kanan, mungkin mencari-cari wajah yang dikenali untuk disapa, dalam fikiran masing-masing berlegar satu persoalan iaitu.... nasi sudah...buah-buahan sudah...kuih pun sudah..lepas ni apa yek? hehehe.....



"Kian jauh...kian hilang...kasih antara kita.."

Aiseh...sedap sungguh suara ku ini. Mawi....check this out!!!
Ada berani mau lawan ka???







Bisikan Hati

Di sini saya senaraikan beberapa puisi yang saya karang sendiri, sekadar meluahkan apa yang tersirat dalam jiwa. Ada antara puisi ini saya karang untuk sahabat tertentu. Sebenarnya, saya merupakan salah seorang daripada ribuan pembaca setia komik Blues Selamanya (tak tau la korang pernah baca ke tak komik ni). Tapi malangnya, komik ni telah ditamatkan cetakannya atas sebab-sebab tertentu. Oleh kerana terlalu obses dengan komik ini disamping untuk menunjukkan sokongan padu saya kepada Blues Selamanya, maka kebanyakan karya-karya luahan jiwa saya ini telah diterbitkan di dalam komik tersebut. Insan yang paling banyak membantu saya ialah Brader Macho, kolumnis hebat bagi ruangan 'Hello Bebeh' komik tersebut yang tidak henti-henti memberi kritikan membina terhadap karya-karya saya. Thanx Brad!

Selamat Membaca!


PADA WAJAH KOTA INI

Kota ini dahulu tegap berdiri,

Memperkasa kedaulatan Raja dan Bangsa,

Memperkukuh ukhwah rakyat jelata,

Membina benteng peradaban dunia.


Pada wajah kota ini,

Sejarah itu bermula,

Menyaksikan permulaan era,

Pemerintahan Raja adil lagi berdaulat,

Menggalas tekad menjunjung amanat,

Biar halangan menggempur semangat,

Langkah diundur tidak akan sesekali disemat.


Pada wajah kota ini,

Tercalit onar bermangsikan darah-darah perwira,

Yang gugur membasahi pertiwi yang luka parah,

Angkara kuasa mancanegara,

Merampas rakus nyawa dan maruah,

Menghunjam agama dan budaya rakyat segelintir,

Menunjangi idealisme berkiblatkan kafir,

Satu makar yang berakhir dengan penaklukan tanah air.


Kini,

Kota ini sudah hilang identiti,

Meninggalkan sejarah untuk sama-sama diteladani,

Menakung tangis yang sudah lama terhenti,

Hingga satu saat ia berbicara,

Luahan sepi tanpa kata,

Kota tunduk ditelan masa.


ZETTY RAIHAN M.Y

JOHOR BAHRU



SEMALAM…DI SINI

Semalam aku di sini,

Hutan ini masih kaya dengan khazanahnya,

Air sungai masih deras mengalir,

Mencurahkan manfaat kepada seluruh penghuni,

Yang mendambakan alam sebagai sumber rezeki.


Semalam aku di sini,

Cengal itu masih utuh berdiri,

Menunjang tinggi mencakar mentari,

Ratusan tahun sudah hampir usianya,

Melatari danau juga pepohon rimbun,

Tanpa ancaman, tanpa terokaan.


Semalam aku di sini,

Masih menagih keindahan panorama hutan ini,

Kupejamkan mata lantas hati menggumam,

Masih wujudkah ia hari ini?

Atau telah sirna ia ditelan masa?


ZETTY RAIHAN M.Y

JOHOR BAHRU


MERAIH KEAMPUNAN

Satu langkah telah ku atur,

Dalam perjalanan mencari damai dihati,

Tak perlu sesiapa mendampingi,

Tak perlu sesiapa mengiringi,

Hanya aku berteman sepi,

Berkelana membawa diri,

Nekad menggalas amanah yang diberi.


Sekian lama hidupku dipenuhi noda,

Dosa yang saban hari menyingkir iman dan taqwa,

Setiap langkah menuju kemungkaran,

Setiap perbuatan menjurus kehinaan,

Hati menghitam tiada pernah ku bimbang,

Nafsu menguasai akal mengilai girang,

Tipu helah dunia jua yang dijulang,

Ibadah menghilang,

Akhirat tidak ku kenang.


Kini aku mula mengerti,

Setelah keinsafan menguasai,

Ingin ku panjatkan kesyukuran,

Kerana segera memberiku kesedaran,

Agar aku tidak terus hanyut dan lalai,

Membiar diri selamanya dipukul badai,

Masih adakah harapanku,

Masih adakah kesempatan,

Untuk meraih keampunanMu Tuhan?


ZETTY RAIHAN M.Y

JOHOR BAHRU


DI MANA PEMBELAAN

Seringkali dilaungkan,

Hujah-hujah berkisar pembelaan,

Yang lantang serta nyaring diperkatakan,

Dalam ucapan, perbualan mahupun dibahaskan,

Oleh pemimpin yang bangkit memperjuangkan kesamarataan.


Penindasan berlaku tidak kira di mana,

Yang berkuasa kukuh di tempatnya,

Yang lemah diinjak semahunya,

Yang kaya terus menguasai Negara,

Yang miskin terasing meratap di bumi tercinta.


Laungan pembelaan dimanakah ia?

Atau pemimpinnya sudah senyap disuapi wang ringgit segala?


Masih adakah lagi mereka yang bersimpati,

Atau sudi menjadi pembela insan-insan tertindas ini,

Walau hadirnya cuma selaku pemerhati,

Harapan menggunung usaha bersambung,

Menantikan pembelaan yang tak pernah kunjung.


ZETTY RAIHAN M.Y

JOHOR BAHRU


KITA TIDAK HARUS LUPA

Kita tidak harus lupa,

Kemerdekaan dicapai bukan dengan duduk sahaja,

Bertumpah darah bukan pula disengaja,

Demi memartabatkan maruah bangsa,

Yang sering diperlekeh bangsa-bangsa durjana.


Kita tidak harus lupa,

Menghunus senjata bukanlah budaya kita,

Walau nyawa dihujung pedang,

Masih gagah bangun berjuang,

Bukan juga sekadar berarak dan berhimpun,

Memegang slogan mengutuk dan menghamun,

Harta awam menjadi sasaran,

Oleh mereka yang tidak dapat mengawal kemarahan,

Setelah diri dihasuti kebencian.


Kita tidak harus lupa,

Siapa kita sebenarnya,

Yang hanya menghuni dunia untuk seketika,

Selagi jiwa masih bernyawa.


Kita tidak harus lupa,

Lima asas rukun Negara,

Kepada Tuhan meletak percaya,

Kesetiaan padu terhadap Raja dan Negara,

Apabila perlembagaan Negara diluhurkan,

Semestinya undang-undang dapat didaulatkan,

Adab sopan diketengahkan,

Barulah Melayu punya jatidiri,

Yang beretika dan berperibadi,

Teras keharmonian

Menuju wawasan

Menjulang warisan.






Tentang Aku, Kau & Dia

Ok...First of all, let me introduce you guys to my mom and dad. Abah, Hj. Mohd Yassin Hashim, seorang pesara kerajaan. Skang ni aktiviti utama abah ialah melayani kerenah cucu-cucu dan cuba menjadi datuk yang dikasihi...heheh...walaupun karakter abah ni keras, tapi bila tengok cara dia melayan cucu ada kelakar la jugak. Sebab tu la cucu suka main dengan abah. Di samping melayani cucu, abah jugak mempunyai satu aktiviti tetap di rumah iaitu membasuh dan menyidai baju. Ini bukan kes queen kontrol atau apa tapi rasanya abah dah mula jatuh cinta kot dengan mesin basuh, sabun dan softener. Sampaikan bila beli mesin basuh baru, abah langsung tak ajar mak cara nak guna, takut mak salah tekan nanti mesin rosak plak! Bukan saja mak, tapi bila orang lain gunakan mesin basuh tu abah akan dok perati je, bitau brape cawan sabun kena letak, bila nak curah softener dan macam-macam lagi. Pendek kata 'ABAH'S RULES' yang mesti dipatuhi bila nak gunakan mesin basuh tu. Tak kisah la orang nak kata apapun, yang penting apa yang abah buat sekarang ni dapat mengurangkan kerja mak. Bertuahnya emak dapat abah!


Ok...itu abah...sekarang ni emak pulak. Emak, Hjh. Mariam Hj. Sulaiman, surirumah sepenuh masa yang kerjanya sekarang ni pun termasuklah melayani cucu-cucunya disamping lain-lain kerja yang orang pompuan dah mula wat sejak kecik lagi (sendiri mau taulah!). Kalau tak melayan cucu, mak akan berkebun di belakang rumah dengan abah. Macam-macam pokok yang dorang tanam hinggakan apa jenis pokoknya pun saya tak pernah tahu. Itu memang dah hobi emak & abah, tak leh nak kata apa. Tapi, biasalah orang tua kan, bila dah berkebun tu, mulalah sakit tangan, kaki, pinggang dan segala. Lepas tu mulalah masing-masing mengurut satu sama lain. Lepas tu, esok lusa sambung berkebun semula. Lepas tu, mengurut lagi. Lepas tu, sambung berkebun lagi dan begitulah keadaannya untuk beberapa bulan hinggalah dorang sama ada dah bosan nak berkebun ataupun masing-masing tak sihat nak berkebun. Oklah tu, duduk rumah je, lagi bagus.

Ok, sekarang beralih kepada diri saya pulak. Saya merupakan anak kedua daripada tiga orang beradik...kira kak ngah la. Kak long saya, panggil dia Ita je, ni dia orangnya.... ada macam muka Miss Universe tak? hehe.. Yang kat sebelah dia kira Prince Charming dia la tu, her hubby... Yang berderet 3 macam rumah teres setingkat tu ialah anak-anak dia...Sarrah, Afif and Qystina (teringat lak cite Spa Q..ahaks..) hello my dear sarrah, apip and tinot... Love you guys soooooo mucchhhhhhh! Muah! Muah!

Adik saya plak, panggil dia Aboy je. Dia ni kira macam Mike Tyson dalam family we all. Bukan sebab dia suka belasah orang tapi sebab badan dia yang paling besar berbanding me and Ita. We all kudut je, berat tak lebih 45kg pun. Aboy ni baru je kawin bulan Oktober lepas and sekarang wife dia dah mula uwek-uwek, pembawakan budak la tu...heheh...congrats to Aboy & Siti! Korang berdua memang hebat! Apa rahsianya?! Ahaksss!!!!

Ha...yang sorang lagi ni plak, kakak yang paling sulung, atas lagi dari Ita... Nama dia Kak Lailan...Ops...Hjh. Lailan sekarang ni. Dia ni walaupun mak tak lahirkan tapi tersangatlah rapat dengan our family... Anak angkat dalam keluarga, biarpun my mum mempunyai ramai anak angkat, baik lelaki mahupun pompuan. Kak Lailan ni anak yatim piatu, keluarga pulak dok jauh nun di seberang, jadi rasanya tak salah kalau dia menumpang kasih dengan family we all. Lagipun we all memang dah lama mesra alam dengan kak Lailan ni. Ops...lupa plak satu benda...Sorang lagi ahli keluarga kami ialah Koriey...ni bukan Koriey adik penyanyi Ella tu...tapi yang ni Koriey hubby saya. Dia ni keje di KL, saya plak di JB...kira weekend husband and wife la... Mungkin pada orang lain, rasa terseksa tinggal berjauhan tapi pada saya la, itulah satu tanggungjawab namanya. Tanggungjawab pada kerjaya dan hutang piutang sendiri. Masing-masing terpaksa terima keadaan ni dengan pasrah. Lagipun, ramai gak kawan-kawan saya yang dah lalui saat macam ni. Yang paling penting, pandai bawak diri, tak kiralah di mana pun anda berada. Hehehehhe....

Wat masa sekarang ni, we all anak beranak termasuk Ita anak beranak tinggal di Kulai, Johor. Kalau ada sape-sape nak datang rumah, hah, pandai-pandai korang cari rumah saya kat Kulai tu yek... hahahhaha.... Demikianlah sahaja kisah family saya.

Aku



Howdie bloggers, friends and enemies.
Welcome to BluesUntukZack blog aka Di Sini Kasihku Abadi.

Nak tau apa ada dalam ini blog?
Nak tau sape saya?
Nak tau apa saya suka?
Nak tau apa saya benci?
Nak tau apa yang saya suka merepekkan?
Nak tau apa yang saya suka luahkan?
Nak tau sape orang-orang disekeliling saya?
Nak tau kisah perjalanan hidup saya?
Nak tau tentang family saya?
Nak tau apa lagi tentang saya?

Jawapannya ada dihujung jari anda...just click and u'll get all the answers.

Enjoy your reading.

Sesungguhnya membaca itu merupakan jambatan ilmu
...adios amigos...