;

Friday, August 5, 2016

KASI WAJAH BAHARU

Ini wajah baru saya. Buat sementara...selagi belum ada rasa nak tukar kepada yang lain. Setelah sekian lama tak jenguk blog, tetiba rasa nak berwajah baharu pulak...hehehe...


Tapi yang pasti, ada perkara yang tidak akan berubah daripada perspektif blog ini sendiri dan peribadi. 

Saya setia dengan perkara lama. 
Saya setia dengan jiwa yang lama. 
Saya setia dengan kenangan lama.

Yang pasti....SAYA SETIA...hahhahaa

Wednesday, August 3, 2016

Aku Ada...Kerna Kamu Ada

Berkawan....biarlah kekal, yang penting tahu membezakan mana satu kawan, mana satu lawan, selagi diri tidak ditekan. 
Berkasih....biarlah ikhlas, berikan persefahaman, yang baik jadikan teladan, barulah rukun damai perhubungan.
Bercinta...tidak semestinya bersatu. Walau pahitnya datang menjengah sesekali dicelah-celah kemanisan, ada duri yang ia cicirkan dan pasti akan melukakan
Bersatu....jangan ditakuti akan perpisahan. Jika itu yang ditakdirkan, apa lagi yang tinggal selain kenangan. Berdirilah di atas kenangan kerana ia yang mampu mematangkan akal dan fikiran.

Uniknya kehidupan. Memamg tak mampu untuk disangkal. 
Hanya redahi demi sebuah kelangsungan. 
Aku melihat kamu dalam kejauhan, menapaki sisa perjalanan.
Biar berliku jalan itu, hanya senyum yang aku mampu.
Tangis dihati takkan sesekali menjelma pada wajah.
.
Di sini ada aku kerana adanya kamu,
Aku harap kamu menjadi yang terbaik buat aku, dan menjadikan aku lebih baik daripada semalam. 

Hidup usahlah menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit itu tinggi rendahnya...

Monday, May 2, 2016

AJAIBNYA....AKU, DIA DAN HATI...

Setelah sekian lama blog dibiarkan tidak bertanda, hari ini terpanggil untuk menandakan ia dengan sesuatu.

Apa yang diramalkan, kini telah berlaku. Ajaibnya, mungkin disebabkan perkara itu telah diramalkan, maka persiapan mental dan fizikal juga telah bersedia. Ajaibnya, tiada kekesalan dan tiada kemarahan yang datang bersama-sama. 


Apabila kebenaran tidak perlu susah payah dicari, ia seakan datang bergolek. Ajaibnya, kehadirannya bukan seperti satu tsunami yang boleh mengakibatkan kehancuran, bahkan seakan memberi satu udara baharu yang memperteguhkan lagi kubu pertahanan. 


Apabila kenyataan diterima tanpa pertengkaran, hati semestinya tidak akan berbicara. Ajaibnya, tiada kata-kata yang dapat terucap oleh bibir, menjauhi diri daripada permusuhan kerana bukan itu yang dicari daripada sebuah perhubungan. 


Apabila lidah masih mendodoikan sayang, sedangkan hati, tubuh dan jiwa tidak seirama. Ajaibnya, irama itu tetap terus dilagukan kerana ia hanya pertuturan semata. Tiada kaitan dengan kehendak hati mahupun jiwa. 

Apabila diri mula sudi untuk menyingkir, tidak pasti itu yang diimpi atau helah selama ini. Ajaibnya, penyingkiran itu bererti tidak lagi akan bersua wajah,namun mampukah penyingkiran itu melenyapkan luka yang telah dilukai?


Apapun yang dicari atau dingini, harap ia berjaya kau perolehi. Aku tetap di sini, meneruskan kehidupan seperti yang ku hajati....jika kemaafan yang kau cari, ia telah ku beri....


LOVE ME OR LEAVE ME

You used to tell me that you loved me once
What happened, what happened?
Where is all of this coming from?
What happened, what happened?
You say I'm crazy and there's nothing wrong
You're lying and you know I know
Baby what have we become?
What happened?

We used to never go to bed angry
But it's all we ever do lately
And you're turning away like you hate me
Do you hate me, do you hate me? Oh

You, can take this heart
Heal it or break it all apart
No, this isn't fair
Love me or leave me here
Aah-aah-aah, oh-ah-aah-ah-aah
Love me or leave me here
Aah-aah-aah, oh-ah-aah-ah-aah
Love me or leave me here

Do you remember when you loved me once?
What happened, what happened?
And you'd hold me here just because
What happened?

We used to never go to bed angry
But it's all we ever do lately
You're turning away like you hate me
Do you hate me, do you hate me? Oh

You, can take this heart
Heal it or break it all apart
No, this isn't fair
Love me or leave me here
Aah-aah-aah, oh-ah-aah-ah-aah
Love me or leave me here
Aah-aah-aah, oh-ah-aah-ah-aah
Love me or leave me here

And love me baby please cause I could still be the only one you need
The only one close enough to feel you breathe
Yeah I could still be that place where you run
Instead of the one that you're running from, ooh

You, can take this heart
Heal it or break it all apart
No, this isn't fair
Love me or leave me here
Aah-aah-aah, oh-ah-aah-ah-aah
Love me or leave me here
Aah-aah-aah, oh-ah-aah-ah-aah
Love me or leave me here

Tuesday, September 22, 2015

ADA APA DENGAN....SENI??

Whoooaaaa....lama giler tak tulis blog! Atas kesibukan yang merantai tangan, kaki dan lain-lain. Ari ni terpanggil nak mengomel tentang apa itu seni, pada tafsiran saya. Tapi sebelum tu nak cakap gak yang saya ni adalah seorang yang amat meminati segala jenis seni kecuali yang satu ni....seni menari!! Hahaha yg tu mintak mahap, teman memang kaki tangan kayu, nak lentikkan memang tak reti sesangat!! 
Minat saya terhadap bidang seni ni sangat tinggi. Seni muzik (menyanyi, bermain alat muzik, menggubah lagu), seni sastera (menulis cerpen/novel, berkarya, puisi, sajak, membaca), seni pertukangan, melukis (ini pun kegilaan gak cuma jarang-jarang dapat masa untuk melukis sekarang ni), seni reka/grafik (buat bermacam-macam jenis design) dan macam2 jenis seni yg lain yg sangat memberikan saya pleasure apabila melakukannya. Lately ni saya juga rasakan seni tattoo itu adalah sesuatu yang sangat...unik dan amazing. Sama juga macam graffiti. Seperti ada kedamaian melihat keindahan lukisan yang dibuat. Tak kira la atas kanvas, atas tubu badan atau dinding batu, saya dapat merasakan ketenteraman hanya memandangnya. Berbalik kepada seni tattoo, ia boleh diterjemahkan dalam sekecil-kecil atau sebesar-besar seni (mengikut saiz tubuh/anggota badan yang dikehendaki) yang pada saya ia bukan suatu yang mudah.

Kalau dahulu saya gemar berkarya menerusi 'henna', diterjemahkan kepada tapak tangan atau kaki pengantin, kebanyakannya. Ya, saya memang berkarya pada waktu itu. Sesuatu yang amat meletihkan namun melihatkan hasilnya memberikan satu kepuasan kepada saya. Satu ketika, saya tidak lagi mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan yang majoriti adalah kawan-kawan, disebabkan kekangan kerja yang tidak mengizinkan. Melalui seni, saya dapat mengurangkan stress. Melalui seni, saya menemui diri saya yang sebenar. Melalui seni, saya dapat meluahkan apa yang tidak mampu saya luahkan pada zahir. Melalui seni, saya dapat mencari semula diri saya yang hilang. 

Wednesday, July 9, 2014

SEBUAH PEMBERIAN

'Sebuah ikatan, bukan hanya dipatri dengan sumpah janji, mahupun lafaz akad, tetapi merupakan satu ikatan yang teguh terpatri antara dua hati, yang menghubungkan dua perasaan dan dua jiwa menjadi satu. Melalui ikatan itu mereka beroleh kebahagiaan, ketenangan, kesefahaman dan yang paling utama merasa kasih sayang yang didambakan setiap insan.' 

Andai tertulis bahawa kebahagiaan yang dipinjamkan buat kita hanya sementara, walaupun berat hati untuk menerima, yakinilah bahawa apa yang ditakdirkan bakal memberi hikmah buat kita berdua. Aku pasti, apa yang telah terbina tidak akan begitu mudah untuk ku lupakan, namun aku percaya, kira ini yang terjadi, aku hanya sekadar memberi laluan kepadamu untuk meraih kebahagiaan sebenar yang tidak pernah kita peroleh. Buat diriku, apa yang ada tidak mudah untuk ku padamkan begitu sahaja. Biarlah masa yang menentukannya..

Duhai sayang ku yang jauh, jika bukan cinta, ingatlah aku kerana diriku yang pernah singgah dihatimu. Ingatlah diriku yang satu ketika dahulu pernah bertakhta dihatimu. Ingatlah diriku yang dahulu pernah merajai segenap perasaanmu. Ingatlah diriku yang dahulu namaku senantiasa meniti dibibirmu. Ingatlah diriki yang dahulu sentiasa kau rindu. Ingatlah diriku yang dahulu turut sama mengharungi suka dan dukamu. Ingatlah diriku yang dahulu sentiasa menemani kala susah, senang dan sakitmu. Ingatlah diriku yang dahulu sering menasihati dan memarahi dirimu. Ingatlah diriku yang dahulu kita sering jalani kehidupan bersama-sama. Dan yang terakhir ingatlah diriku yang hingga kini masih mengasihimu..

Sunday, June 1, 2014

MENGEMAS!!

Whoaaaa!!! Hola bloggerzz!! Hola my dear blog yang sekian lama bersawang..hehehehe... Kali ni memang betul lama saya tinggalkan blog ini bersawang. Bukan tak de benda nak update tapi tak ada masa untuk update. Semakin hari semakin busy. Hari ini memandangkan mood untuk membuat kerja kurang ada, maka bolehlah digunakan sedikit untuk mengemas blog i yg dah lama tak dikemas ni. Bila dah tinggal blog agak lama, sebenarnya ada banyak cerita yang hendak diceritakan tapi rileks dulu brader...slow and steady la ye. Sebagai mukaddimah, saya kongsikan mutiara kata berikut yg ikhlas datangnya dari sanubari saya...hehehhe...:

Ada kala kita rasakan ujian sering mendatangi kita, sehingga kita rasa terlalu sedih untuk berhadapan dengan ujian yang diberikan. Tetapi, jika dilihat pada sudut lain, ujian yang diberikan kepada insan lain sebenarnya lebih berat daripada ujian yang sedang kita hadapi. Oleh itu, belajar untuk menerima ujian kerana disitu ada sabar, ada kekuatan, ada ketabahan, ada semangat dan ada keyakinan! 

Tidak dapat dinafikan, dalam kehidupan kita, ada seseorang yang kita akan letakkan rasa sayang terlalu tinggi kepadanya. Ketahuilah bahawa ianya boleh bila-bila masa pergi meninggalkan kita. Saatnya masa itu tiba, belajarlah untuk melepaskan sesuatu yang kita sayangi..pergi. Ubatlah hati dengan apa cara sekalipun kerana kehidupan masih akan terus berjalan walau dalam keadaan sesukar mana pun.

Saya menyukai awak, seperti awak menyukai saya. Tetapi saya menyayangi awak tidak seperti awak menyayangi saya kerana sayangnya saya pada awak adalah setulus hati dan sepenuh jiwa dan saya tahu awak tidak mampu menyayangi saya sebegitu sekali.

Kelemahan terletak pada minda. Apabila minda mengatakan kita lemah, maka akan lemahlah jadinya ia. Kekuatan datangnya dari akal dan semangat. Apabila akal berkehendakkan ia menjadi kuat, semangat akan menyahut seruan akal lalu mengolahnya menjadi tindakan.